Selamat Ke? (^_^)

8:36:00 pm Yana Yani 2 Comments

Comel tak budak ni?

Tengok senyuman manis dia, automatik buat aku terus teringat dekat Afif dengan Aisy.

Siapa dia ni?

Nama dia Emillie Parker berusia 6 tahun. Dia adalah antara 26 orang yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newtoen, Connecticut, Amerika Syarikat pada 14 Disember 2012 yang lalu.

Dalam tragedi itu, 20 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa termasuk ibu penembak itu sendiri telah terbunuh.

Penembak itu, Adam Lanza berusia 20 tahun juga telah membunuh diri selepas melakukan perbuatan yang di luar batas kemanusian.

Klik sini untuk nama dan gambar mangsa.

First of all, kita tolak ketepi dulu perbezaan agama, bangsa dan negara. Kita bercakap pasal naluri semulajadi manusia iaitu, perikemanusian!

Aku tak tahu orang lain, tapi aku Mama kepada dua orang cahaya mata rasa sedih bila baca berita yang memenuhi kebanyakan dada akhbar kebelakangan ni.


Bayangkan kita menghantar anak ke sekolah untuk masa depan mereka, lepas tu dapat berita mengejutkan macam ni.

Mesti gelap gelita dunia ni dan hancur luluh hati dan perasaan. Aku turut rasa berdukacita atas malapetaka yang menimpa keluarga mangsa.

Hilang seseorang yang disayangi dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang diingini. Tapi tu lah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Takut rasanya bila membayangkan aku ditempat mereka. Teringat anak-anak yang aku tinggalkan dekat rumah Mak bila aku pergi bekerja. Mula membayangkan, selamat ke anak-anak kita dalam dunia hari ini?

Beginilah agaknya perasaan setiap ahli keluarga Palestin yang setiap kali memeluk dan mencium orang yang mereka kasih dan sayang seolah-olah itu adalah pelukan dan ciuman mereka yang terakhir.

Bezanya antara aku dan mereka, nama Allah sentiasa terukir di bibir mereka dan aku pula hanya mengingati-NYA ketika berduka.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, panjangkanlah umur anak-anakku dan jauhilah mereka dari sebarang malapetaka. Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah kekuatan bagi setiap rakyat Palestin bagi mempertahankan hak mereka. Sesungguhnya Kau Maha Pelindungan dan Maha Mengasihani"

Nota: Kita sebagai seorang manusia dan kahlifah di atas muka bumi Allah SWT ini hanya mampu merancang dan segala yang lain adalah atas ketentuan-NYA.

2 comments:

  1. tegarnya perasaan anak2 kecil di bumi palestin . Mrk tdk gentar dgn musuh apalagi senjata . Hidup mrk seluruhnya utk Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan vee...saya kagum sangat dengan mereka
      hidup dan mati mereka adalah kerana ALLAH
      dengar cite, di sana tiada langsung bau hanyir darah
      melambangkan betapa bersihnya jiwa mereka

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...