Aku dan Wayang! (^_^)

11:44:00 pm Yana Yani 1 Comments

Bila adik-adik aku kata dia orang nak pergi tengok cerita The Hobbit (semalam). Terasa teringin nak ikut sama, tapi apa kan daya keadaan mengatakan sebaliknya!

Lagipun rasa bersalah pula nak tinggalkan anak-anak semata-mata nak berhibur. Setakat ni, aku tak pernah tinggalkan anak-anak. Ke mana aje aku pergi, dia orang pasti aku akan angkut sama.

Berbalik ke cerita pasal wayang tadi. Satu ketika dulu aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang "hantu" wayang!

Apa aje cerita terbaru dekat wayang, aku mesti tengok walaupun seorang diri aje (layan juga!). Kadang-kadang aku layan 3 movies sekaligus dalam satu hari! Mak selalu membebel pasal tabiat aku ni, tapi aku buat tak kisah aje! (jahat sungguh!)

Dulu kalau nak tahu latest movie, aku melanggan majalah Cinema Online (tak pasti majalah tu wujud lagi ke tidak) semata-mata nak baca review tentang upcoming movies.

Ada orang kata, apa kelas baca review dulu, tak thrill! Tapi bagi aku, baru best tengok movie kalau dah tahu sikit jalan cerita. At least kita tahu berbaloi ke tidak kita pergi tengok cerita tu

Cerita Melayu merangkap juga movie pertama yang aku tengok dekat wayang adalah cerita Leftenan Adnan. Lakonan Hairie Othman dan Umie Aida. Filem ni arahan Aziz M Osman dan ditayangkan sekitar tahun 2000.

Masa tu aku baru aje lepas SPM, baru keluar dari kepompong! Tengok wayang adalah satu kegilaan baru bagi aku ketika tu selepas Backstreet Boys!

Cerita Inggeris pertama yang aku tengok pula adalah Hollow Man. Cerita lakonan Kevin Bacon ini juga ditayangkan sekitar tahun 2000. Nak dijadikan cerita, movie ni telah di rate hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas (kalau tak silap 18PL).

Time tu kebanyakkan panggung wayang mengenakan peraturan agak ketat dan dia orang akan mintak IC bila nak beli tiket wayang untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Tapi aku agak bernasib "baik" kerana dapat masuk tengok walaupun aku belum berusia 18 tahun ketika tu (mungkin muka aku nampak tua kot! (Hehe!)  

Cerita yang paling aku minat dalam banyak-banyak movies yang aku dah tengok adalah trilogy The Lord of The Rings!

Memang tak pernah ketinggalan tengok cerita ni yang merupakan satu fenomena bagi penggemar filem berbentuk fantasi ketika tu.

Aku paling suka ayat "One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all in the darkness bind them".

Lagi satu part bila Gandalf cakap, "You shall not pass!" Siap boleh terbayang lagi adegan mana yang Gandalf cakap part tu!

Biasanya setiap kali lepas tengok movies aku pasti akan beli CD (original tau, tak mainlah cetak rompak!) movies yang aku minat. 

Sampai sekarang almari rumah Mak penuh dengan CD yang aku pernah beli. Aku rasa sekarang Angah pula meneruskan legasi aku! Memenuhkan almari Mak dengan CD dan DVD! Hehe

Malangnya Encik suami tak mempunyai minat yang sama. Dia tak suka tengok wayang dan lebih suka aktiviti outdoor. Lepas aje kahwin dengan dia, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke panggung wayang!

Last movies yang aku tengok adalah cerita Transformers: Dark of the Moon dengan Encik suami. Tu pun dia terpaksa layankan juga sebenarnya sebab masa tu aku mengandungkan Aisy dan cakap teringin nak tengok wayang. Hehe!

Tapi nasib baik juga dia minat tengok! Kalau tak, usah mimpilah! Hehe! Lagipun cerita tu pun berepisod macam LOTR. Kami suami isteri memang follow cerita ni dari yang first (sekitar 2007) sampailah sekarang.

Anyway aku dapat tahu Transformers 4 akan berada di pawagan sekitar tahun 2014 nanti. Dengar cerita Mark Wahlberg pula yang akan jadi hero (sebelum ni Shia LaBeouf, lebih dikenali sebagai Sam Witwicky dalam cerita tu)  

So itu lah dia cerita aku dan wayang! Emm, tiba-tiba teringat memori zaman solo. Tapi aku tak rasa regret pun meninggalkan zaman tu, I have a better life now! (^_^)

1 comment:

  1. Sedih juga saya Shia LaBeouf dah tak berlakon dalam filem Transformer. Lagi sedih bila Megan Fox dah tak berlakon dalam Transformer 3: Dark Of The Moon . I very like this couple , Sam and Mikaela .😢😢

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...