Simple itu Kami! (^_^)
Bagaimana cara nak celebrate ulang tahun perkahwinan? Jujurnya kami tak pernah celebrate. Biasanya hanya ucapan tanda memperingati tarikh di mana zaman solo kami telah dilepaskan dengan "rela".This year Encik suami buat suprise dengan bercuti tanpa beritahu aku (Tapi dia memang tak pernah beritahu pun kalau cuti! Hampeh betul!) Ish, jangan rosakkan mood lah Yana oi!
Okay okay, kita ulang balik ayat tadi.
Encik suami buat suprise dengan bercuti tanpa beritahu aku (Ahh, terkejut Mak! Sambil kedua belah tangan diletakkan ke dada!) Petang tu dia ajak aku melakukan aktiviti paling aku suka, SHOPPING!
Hai dunia bagai ana yang punya! (Lupa kejab pasal sakit belakang!)
Hari ni pula, ada makan-makan sikit dekat rumah Mak. Kebetulan semua adik beradik ada. Lagipun bukan senang nak berkumpul semua especially bila semua dah ada life sendiri.
Ikut perancangan awal, Angah (the mastermind) nak celebrate awal birthday Syafie dengan Anis (sepatutnya bulan Januari). Tapi aku menyibuk! Hehe!
Dengan muka tak malu (as usual) aku bertanya, "What about birthday Aisy (yang dah lepas) and kita orang punya anniversary?"
Angah dengan terpaksa memberi jawapan, "Yelah! Kita buat sekali lah!"
Best jadi Along ni, semua menurut aje! Hehe! (Kau ada?) Apapun terima kasih banyak kepada Angah sebab bersusah payah menyediakan semuanya! You are the BEST!
As usual dia jadi chef!
Di atas jerih payah sendiri (termasuk segala perbelanjaan!) dari masak kerapu tiga rasa, membakar kek hingga ke mendekorasi kek adalah kerja dia! (Err, kecuali masak tempoyak, tu Mak buat aje SEDAP!)
By the way, have I ever mentioned that she is SINGLE and AVAILABLE? (^_^)
Lepas makan-makan, kita orang bergegas pula nak ke rumah sepupu Encik suami yang buat majlis berkhatan anak kembar lelaki dia. Sebab dah kenyang, lauk kenduri ku pandang sepi!
Gambar atas dari kanan adalah Ustaz yang jarang jumpa and 4 orang hero cilik Nenek, plus Gorel! |
Bila Aisy jumpa Nenek, Mama dekat sebelah pun dia lupa! Manjalah kononnya tu! |
Lepas pergi kenduri, Encik suami ajak singgah Pantai Remis. Tapi tak sempat nak memanaskan punggung, gerimis mengundang pula! Bak kata Afif, "Tak sempat Afif nak makan aiskrim!"
So that's it! Begitulah cara kami celebrate anniversary kami kali ni. Simple tapi paling banyak aktiviti and of course paling diingati!
Mood sedih balik ni bila teringat besok nak kerja! Oh tidakkkkk!
selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat hari lahir buat anak tersayang.. semoga bahagia bersama insan tercinta... dan di limpah ruahkan rezeki...
ReplyDeleteterima kasih cik ekin oi...amin! (^_^)
Delete