Basah Sudah! (^_^)

11:44:00 pm Yana Yani 0 Comments

Jarak di antara hari jadi Abang dan Adik lebih kurang seminggu aje.

So bila aku suarakan hasrat untuk buat something sempena meraikan hari jadi Aisy yang pertama, Encik suami jawab macam ni, "Tak boleh! Membazir duit aje"

"Kenapa pula membazir duit? Bukan orang lain pun, anak kita sendiri kan?" soal aku dengan rasa kecewa.

"Kalau hari jadi aje kena potong kek ke? Wajib?" soal dia bertubi-tubi.

"Kan tu tanda memperingati" jawab aku dengan muka sepuluh sen.

"Hari tu sebelum sayang pergi hospital nak bersalin, sayang masak apa? tanya dia.

"Roti sardin" jawab aku dengan muka blur.

"Ha, pergi sana masak roti sardin. Tanda memperingati!" jawab Encik suami dengan senyuman yang menyindir.

"Sayang ni!" jawab aku sambil mencuit Encik suami.

------------------------------------------------

Rupanya Encik suami ada rancangan lain untuk celebrate hari jadi Aisy yang pertama! Kami sekeluarga termasuk Anis dibawa ke WaterWorld@i-City!

Masuk untuk dewasa adalah RM35 + RM10 sebagai cagaran (untuk benda ala-ala jam yang diwajibkan pakai). Kanak-kanak pula RM30 + RM10 sebagai cagaran. Harga untuk weekend sahaja.

Perhatian! Makan dari luar tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk!

Kakitangan WaterWorld@i-City akan check beg-beg yang korang bawa masuk. Kesian tengok sesiapa yang bawa makanan hari tu, semua kena sita!

Disebabkan makanan luar tak boleh dibawa masuk, korang kena top up duit untuk makan minum, minimum RM50 (optional).

Duit makan ni kalau tak digunakan, akan dipulangkan termasuklah duit cagaran tadi. So jangan lupa simpan resit!


Aku pada mulanya tak berapa setuju idea untuk ke sini sebab tak suka bab-bab masuk air especially tempat public macam ni.

Tapi bertukar fikiran pula bila tengok anak-anak happy.


Paling mengujakan semestinya Tornado Ride! Benda ni adalah yang pertama di Asia Tenggara dan satu-satunya yang terdapat di negara bertuah ini, Malaysia!

Tapi aku tak berani naik pun sebab takut tempat tinggi! Hehe! Untuk makluman, untuk naik benda ni, ada minimun dan maximum weight tau! Diwajibkan juga naik berempat!

Encik suami ketika beratur untuk timbang berat, naik tangga dan menjunam!

So kalau korang sama kategori macam aku (takut tinggi), ada banyak tempat lain lagi yang korang boleh enjoy! Aku paling suka wave pool! Macam betul-betul ada dekat pantai especially bila kena lambung dengan ombak!

So exciting!

Birthday girl kena rendam! 

Afif yang excited!

Tapi sedikit yang perlu pihak pengurusan perlu ambil perhatian adalah laluan untuk ke WaterWorld. Untuk makluman, aku bawa Aisy mengguna stroller.

Tapi agak mengecewakan bila terpaksa turun dan menaiki tangga. Rasa susah betul nak tolak stroller dalam keadaan macam tu. Turun mungkin okay lagi, nak naik tu yang menjadi masalah.

Bayangkan pula mereka yang terpaksa menggunakan kerusi roda atau OKU.

Lagi satu adalah bilik bayi! Memang aku ada nampak bilik bayi disediakan berhampiran dengan tandas, tapi tidak lengkap atau masih dalam renovation.

Bayang kesukaran aku dan ibubapa yang lain yang ada bawa anak kecil, sebab tiada tempat untuk kami tukarkan lampin pakai buang anak dan tempat untuk menyusukan!

Tapi selain dari dua perkara yang aku cakapkan tadi. WaterWorld@i-City adalah tempat yang berbaloi untuk korang yang meminati aktiviti air dan menghabiskan masa di hujung minggu! 

Have fun!

P/S: Untuk muslimin dan muslimat, surau juga ada disediakan!

 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...