Setengah Dekad yang Pertama! (^_^)

2:35:00 pm Yana Yani 0 Comments

Sayang,

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dan samaada kita sedar atau tak, hari ini telah genap setengah dekad kita telah melayari bahtera rumah tangga. Ayang tak akan mungkin melupakan hari ini dalam sejarah lipatan hidup Ayang.

Hari di mana dengan rasminya Ayang menjadi milik Sayang. Hari di mana kita telah mengikat dan mematerai janji untuk setiasa berada disisi disaat suka ataupun duka. Hari di mana ayang memilih untuk meninggalkan zaman solo dan tidak lagi mahu menoleh kebelakang.

Ya, hari itu! Hari di mana Ayang berbangga mengatakan "Aku milikmu!"


Sayang,

Hari ini, hari tu berulang lagi. Di saat ini 5 tahun yang lalu, Ayang berdebar untuk melalui satu lagi frasa baru dalam kehidupan. Bunyi riuh sanak saudara dan alunan muzik di halaman rumah gagal mententeramkan debaran Ayang. Usikan nakal hadirin menambahkan debaran di jiwa.

Kaki terasa berat melangkah. Perasaan takut makin menebal. Percaya atau tidak ayang diseret oleh Angah untuk masuk ke ruang Masjid di tempat kita diijabkabulkan. Tapi bila dengan lancarnya Sayang melafazkan lafaz keramat tu, Ayang terasa cukup lega!

Hilang segala perasaan rungsing dan takut. Yang tinggal hanya perasaan bahagia! Dan Ayang tak akan lupa jelingan Sayang selepas kita dengan rasminya bergelar suami dan isteri.

Yes, I am yours!


Sayang,

Hari ini Ayang masih seperti 7 tahun yang dulu dari saat Sayang mula mengenali Ayang (err, kecuali tang berat badan eh!) Masih lagi menyanyangi Sayang dengan sepenuh hati, masih lagi teruja menghitung waktu menanti saat kepulangan Sayang dari kerja.

Masih mendambakan pelukan hangat Sayang. Renungan mata Sayang masih membuat Ayang tak tenteram. Senyuman Sayang masih lagi penawar hati yang lara. Kucupan selamat malam sayang adalah yang paling ditunggu dan Ayang sanggup melaluinya sepanjang masa! Sungguh!

Sayang,

Ketahui bahawa Ayang tidak menginginkan harta di dunia ini, cukup lah rasa kasih sayang dan kesetian dari seorang ihsan yang bergelar suami. Satu ketika dulu Ayang cukup takut tak mampu memberikan Sayang zuriat sepertimana orang lain. Tapi Tuhan penentu segalanya walau doktor pernah mengatakan sebaliknya.

Kini Ayang boleh berbangga kerana dapat memberi Sayang sepasang zuriat yang comel. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia yang diberikan kepada kita sekeluarga.

Let's aim for the third! Hehe!


Sayang,

Ayang berdoa jodoh kita akan kekal hingga ke akhir hayat dan kalau boleh sehingga ke Syurga. Sayang adalah cinta pertama dan yang terakhir (Insya-Allah) dan ia akan berkekalan sampai bila-bila. Ayang akan menyintai sayang seumur hidup Ayang!

Selamat Ulang tahun yang ke-5 Sayang. Sayang sayang sangat-sangat!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...