Kesian Dia! (^_^)

11:38:00 pm Yana Yani 0 Comments

Demam? Bila last sekali korang demam?

Kalau tanya dekat aku, aku tak ingat! Tapi aku rasa memang dah agak lama aku tak demam.

Tapi aku bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal Encik suami. Tahun ni aje entah beberapa kali demam.

Dan bila dia dah demam, kalah anak-anak dia. Sampai naik pening kepala ni dok melayan karenah dia.

Kalau anak-anak yang demam, aku rasa senang sikit nak handle.

Of course lah sebagai seorang Mama rasa tak senang hati bila anak sakit tu memang wujud.

Tapi at least tak sesusah Papa dia orang. Nak jumpa doktor kalau tak mahu pun, angkat aje masuk kereta.

Makan ubat pun suka ke tidak, sumbat aje. Lepas tu monitor keadaan dia orang walau terpaksa berjaga selama 24 jam.

Tapi kalau Papa dia orang, payah sungguh rasanya!

Tadi aku balik kerja, dia mengadu dia tak sihat. Badan pun panas aje.

Suruh makan ubat, tak mahu. Suruh jumpa doktor, lagi lah! Susah hati betul bila tengok dia macam tu!

Tapi dia tetap degil! Agaknya memang style orang lelaki susah nak pergi berubat kot!

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab Abah aku pun bila dia sakit, sikit punya susah nak bawa pergi ke klinik or hospital.

Sama ada betul ke tidak kenyataan aku ni, aku tak pasti. Tapi keadaan sekeliling memang telah mengiakan cerita aku! Hehe!

Apapun to my beloved hubby, hopefully you will get well soon! Makan ubat lah Yang oi, Ayang risau!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...