Hina Ke? (^_^)

10:46:00 pm Yana Yani 4 Comments

AMARAN: Entry aku kali ini mungkin aku menyinggung sesiapa yang membacanya. Tak payah baca kalau korang tergolong dalam kategori sensitif. Aku tak akan bertanggungjawab kalau korang terasa! Sendiri baca, sendiri tanggung!

---------------------------------------------

Kebelakangan ni aku sering mendengar mulut-mulut puaka puak SYAITAN yang menegur saiz badan aku yang aku harus akui semakin membesar!

Satu kenyatan yang buat aku tersentap, "Kau telan gajah ke Yana?" disusuli gelak ketawa yang tak ubah seperti SYAITAN bertopengkan manusia!

"Bangsat!" jerit hati kecil aku.

Dulu masa aku kurus melidi, korang kata suami aku tak bagi makan! Suami aku sampai merayu aku suruh makan. Sedih korang hina dia!

Sekarang korang kata aku telan gajah pula! Apa jenis SYAITAN korang ni!

Aku cuba nak buat tak tahu apa yang orang lain cakap, aku cuba nak per"SYAITAN"kan mulut puaka puak SYAITAN korang. Tapi tak boleh! Aku tak boleh!

Aku terasa diri ni cukup lemah. Aku tak mampu nak menangkis setiap yang diperkatakan mulut puaka puak SYAITAN korang.

Bila soalan tu diajukan kepada aku, aku tersenyum. Memperbodohkan diri sendiri!

Tapi hati menangis, mata melilau memandang keliling kot-kot ada nak beri bantuan. Tak ada! Semua ketawa!

Hina sangat ke jadi gemuk? Hina ke?

Aku jadi takut bila tengok diri sendiri di depan cermin! Aku rasa macam boleh dengar dengan jelas suara orang keliling memtertawakan aku.

Mungkin salah aku sendiri kerana hanya mendiamkan diri apabila persoalan seperti itu diajukan.

Salah aku kerana tidak pandai mempertahankan diri sendiri. Semua salah aku! Sebab tu mereka yang mulut puaka dari puak SYAITAN ni tak serik-serik "tenyeh" aku. 
   
Untuk makluman, sebelum aku kahwin berat aku lebih kurang 50kg dan aku berjaya mengekalkannya sehingga kelahiran Afif.

Tapi selepas kelahiran Aisy, berat aku naik mendadak!


Setiap hari aku menangis tengok perubahan pada diri sendiri. Menangis bila aku tak boleh sarungkan baju kesayangan aku lagi. 

Sampai satu tahap aku terasa diri ni hina betul! What should I do?

Aku cuba juga jadi kuat, tapi kadang-kadang kata-kata penghinaan oleh mulut-mulut puaka dari kelompok SYAITAN tu secara tak langsung tetap menjatuhkan self confidence aku.

Kemudian aku terfikir, sampai bila aku nak biarkan aje puak-puak SYAITAN ni bermaharajalela. I must put a STOP on it!

And this one goes up to everyone especially those SYAITAN

 ---------------------------------------------

Wahai mulut puaka sekelian a.k.a SYAITAN!,

Ye, aku memang sedar aku gemuk! Aku sedar aku hina dan tak layak nak bercampur dengan puak SYAITAN korang!

Perut aku yang buncit ni tak sekufu dengan korang! Memang aku telah dengan jayanya menelan GAJAH! Ye, sekali lagi aku sedar semua tu! Tak payah korang nak ingatkan aku!

Teruskanlah mentertawakan aku atau menghina aku, aku tak kisah! Aku suka! In fact aku patut cakap terima kasih pada mulut puaka korang!

Sebab pahala yang korang dok kumpul selama ni, semua korang dah sedekah dekat aku. Terima kasihlah banyak-banyak! Murah hati betul korang ni kan!

Bila direnung, korang lagi hina!

Tapi tak usah risau! Aku tak akan buka aib korang seperti mana korang buka aib aku. Aku tak mahu menyamakan diri aku dengan puak SYAITAN macam korang

Selagi lagi aku nak ucapkan


wahai puak SYAITAN!

Note: Entry ni ditulis dalam keadaan marah dan mungkin sedikit tanpa kewarasan yang melayakkan aku untuk juga berada dalam kategori puak SYAITAN! Istighfar Yana oi!

4 comments:

  1. wah,marah betui...biasa la mulut org yg xdak insurans cam 2 la...biar je...klau saya jwb je cam ni...'aku bahagia tu yg membesar bagai johan'...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya, tak pandai nak menjawab.nasib baik ada blog.hehe

      Delete
  2. tak payah risau.. yg gemuk blh kurus yg buruk blh cantik.. org mengata tu jadikan motivasi jgn jd kan benda tu buat kita down. sy pun lepas anak umur setahun badan naik skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik lekit atas nasihat diberikan...it is an honour to have someone yang popular macam cik lekit dok singgah dan beri komen pada blog cikai ni...one of top commenter plak tu...terima kasih sekali lagi =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...