Dah Besar! (^_^)
Pagi tadi aku bangun agak awal, bercadang nak goreng cempedak yang Encik suami bawa dari kampung. Malam semalam sebelum dia pergi kerja dia ada kata cempedak tu dah boleh goreng pagi ni.Tapi bila aku pegang masih lagi keras kulit luar, automatik tahu tak masak lagi. Hancur harapan nak makan cempedak goreng pagi-pagi ni. Kecewa sungguh ku rasa!
Aku terus aje bersiap-siap nak pergi kerja. Budak-budak sedap aje lagi tidur, kesian pula rasanya nak kejutkan. Tapi nak tak nak terpaksa juga suruh dia orang bangun.
Aku mulakan dengan Aisy lepas tu baru Afif. Nasib baik angin dua-dua elok aje pagi ni. Lega rasa!
Tengah aku dok siapkan Afif, tiba-tiba dia tanya, "Mama, dalam tu ada apa?" sambil menunding jari ke arah beg kertas yang aku letakkan di atas meja kopi.
"VCD tu! Semalam kan kita ambil dekat rumah Wan. Kawan Mama nak pinjam" jelas aku panjang lebar.
"Yang cerita toing toing tu ke?" tanya dia lagi.
Aku tergelak dengar pertanyaan dia. Untuk makluman, Afif merujuk hantu pocong sebagai toing toing. Aku sengaja bertanya soalan seterusnya pada Afif.
"Toing toing tu apa?" sambil menghulurkan biskut Munchy's Oat Krunch yang menjadi kegemaran Afif.
"Hantu! Hantu pocong!" jawab dia dengan excited sambil mengunyah biskut berperisa dark chocolate tu.
Tiba-tiba dia tambah lagi, "Tapi kita kan sembahyang!"
"Afif tak sembahyang pun!" kata aku.
"Besok-besok!" jawab dia selamba.
"Buatlah, nanti dia kacau Afif!" kata aku cuba menakutkan dia.
"Tak akan lah!" jawab dia dengan nada confident.
"Mama dengan Papa kan ada, boleh jaga Afif!" tambah dia lagi sambil meneruskan mengunyah biskut kegemaran dia tu.
Jawapan tu sekali lagi buat aku tersenyum pada pagi-pagi ni. Wah! makin "hebat" dia menyusun ayat sekarang! Dulu aku selalu berfikir-fikir yang bukan pasal dia especially bila tengok perkembangan dia agak lambat berbanding rakan sebaya dia.
Tapi sekarang aku dah belajar dari kesilapan dulu. Aku sekarang sedang cuba memperbaiki diri aku untuk tidak membandingkan anak aku dengan anak orang lain! Definately tak akan sama!
Tadi tengahari dapat SMS daripada pihak pengurusan tadika di mana tempat Afif akan melalui zaman pra sekolah. Afif dikehendaki hadir untuk hari suai kenal pelajar dan tenaga pengajar pada 1 Januari 2013 nanti.
Aku dah excited! Tak sabar nak tengok Afif pergi sekolah (walau setakat tadika aje!). Rasa macam tak percaya aje budak yang suka buat benda pelik ni dah besar!
Time tengah dok berangan nak jadi doktor! |
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿