Hari Dia! (^_^)
Majlis Konvokesyen UiTM yang ke 77 yang telah berlangsung selama beberapa hari telah menyenaraikan lebih dari 7 ribu graduan diperingkat Diploma dan Ijazah.Salah seorang dari senarai itu adalah Angah! So semalam (entah sidang yang keberapa) adalah Angah punya big day! Dia dengan rasminya telah menjadi graduan UiTM! Tahniah!
Setelah bertahun-tahun dia terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran sehingga kehidupan peribadi pun diletakkan ketepi, akhirnya dengan rasminya ijazah itu milik dia!
Aku amat mengagumi semangat dia despite dari pelbagai cubaan dan dugaan yang terpaksa diharungi. Lagipun bukan calang-calang orang yang boleh belajar secara part time macam dia.
Luckily belum berkeluarga, kalau tidak lagi lah stress! So sesiapa yang dah berkeluarga, lepas tu ada kerjaya dan belajar secara part time, aku memang salute!
So berbalik kepada cerita majlis konvo Angah, sidang Angah bermula pagi. Mak, Abah, Angah, Dayah dan Anis dah bertolak selepas Subuh.
Aku pula terpaksa bagi Encik suami rehat dulu sebab dia kerja shift malam, malam sebelumnya. Lebih kurang pukul 11pagi kami sekeluarga baru sampai.
Malangnya kami tak dibenarkan naik disebabkan sidang pagi dah hampir selesai dan mereka sedang buat preparation untuk sidang petang pula.
Kempunan nak bergambar dengan Angah berlatar belakangkan UiTM! Cis! Siapa suruh datang awal sangat! Hehe!
Apapun kami sekeluarga bergambar dengan Angah berlatar belakangkan Dataran Shah Alam. Kira okay lah kan dari tak ada langsung.
Sempat lagi berposing dan "berangan"! |
Berposing dengan Angah dan "berangan" lagi! |
Inilah dia satu-satunya dalam keluarga kami yang memegang izjah setakat ini! Tahniah! |
Aisy pun sibuk juga suruh orang tatih dia berjalan. Sampai sakit pinggan Mama dengan Papa membongkak sebab nak tatih dia. Didukung dia mengamuk.
Aduhai Aisy, merangkak pun belum kategori expert lagi, dah nak cuba skill baru pula. Slow-slow lah Adik oi!
Lihatlah dunia! Aku berjalan! |
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿