Tinggi Wei! II (^_^)

11:47:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau sebelum ni aku dok cerita pasal pengalaman first time aku ke Cameron Highlands, hari ini aku nak cerita pasal pengalaman baru aku ke sana.

Perancangan untuk ke sini sebenarnya dibuat secara last minute. Malahan apartment tempat di mana kami mengidap pun hanya ditempah pada hari yang sama kami bertolak.

Perancangan asal nak pergi dengan abang Encik suami, Gorel. Tapi last minute dia kata tak mahu pergi. Masa dekat Cameron, baru kami tahu kenapa dia tak mahu pergi.

Rupanya wife dia, Eni pregnant for the second child! Tahniah! Pandai dia orang sorok! Dah masuk bulan ke-4 baru kami sekeluarga tahu tentang kandungan dia. Apapun tahniah sekali lagi!

So berbalik ke cerita Cameron tadi, kami bertolak dari Klang lebih kurang pukul 11 pagi. Sebab banyak sangat berhenti, lebih kurang pukul 5 petang baru kami sampai ke Tanah Rata.

Kita orang cari apartment dulu, sebab nak rehat kejab. Letih wei perjalanan jauh! Malam baru kita orang bercadang nak ronda-ronda.

Tapi sayangnya pergi kali ni hujan turub tak berhenti lah pula! So pergerakan tu agak terhad. Tak banyak tempat yang boleh singgah but at least boleh bagi kegembiraan sikit pada kami sekeluarga.

Kepada adik-adik aku yang tak dapat join, next time kita pergi ramai-ramai ye!

So inilah dia gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan korang (^_^)

Gambar di luar apartment dan di kebun strawberry

We are family and we are happy for being here!
Si comel Aisy yang first time ke Cameron Highland
Abang dan Adik
Second time dia ke sini, still as excited as the first time!
Mak saudara kesayangan Afif, Acu!
Antara gambar yang sempat aku ambil  
Yang kami sempat melantak! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...