Yeah! (^_^)

9:08:00 am Yana Yani 0 Comments

Semalam tak sempat nak post entry.

Dari pagi sampai tengahari sibuk dengan urusan rumahtangga. Petang pula ke rumah Mak Mentua di Kampung Sungai Serdang, Kapar.

Malam pula sibuk tengok bola! Hehe!

Piala AFF Suzuki ni memang amat dinanti oleh majoriti rakyat Malaysia yang meminati bola sepak. Termasuklah aku!

Ia persoalan sama ada Malaysia dapat mempertahankan gelaran juara yang julung kali digenggam pada edisi 2010 yang lalu.

Bila Harimau Malaya dibelasah 3-0 oleh Singapura, ramai yang mempersoalkan percaturan Rajagopal dan experimentasi yang dilakukan oleh beliau.

Apek juga hilang punca menyebabkan gawang Malaysia bolos dengan senang. Ramai yang mengatakan Apek hilang ke"apek"an.

Tapi selepas Harimau Malaya dengan rangkus membenamkan Laos dan Indonesia, semangat rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan sekali lagi dirangkul, mula menyinar.

Jesteru kemasukan Malaysia ke separuh akhir memang menceriakan seluruh rakyat Malaysia especially penyokong Harimau Malaya!

Malam tadi Malaysia bertemu Thailand dengan keputusan seri 1 sama. Gol pendahuluan diberikan oleh Norshahrul Idlan atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.


Selepas itu Malaysia banyak memberi ruang dan peluang kepada Thailand menyebabkan gawang Malaysia akhirnya bolos!

Pada 13hb Disember nanti akan diadakan perlawanan timbal balik di antara Malaysia dan Thailand.

Dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku, so sama ada Harimau Malaya dapat menjulang kembali piala ini buat kali kedua adalah berdasarkan nasib.

Setakat ni mereka telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan dan membanggakan.

Mereka hanya perlu tingkatkan usaha dan yakin!

 Cehwah! Dah macam pengulas sukan pula aku ni. Hehe!

Apapun entry ni adalah tanda sokonganan aku ke atas team Harimau Malaya! Teruskan mengaum!

Malaysia Boleh!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...