Sakit Belakang (^_^)
Sebelum bersalin, aku makin kerap sakit belakang. Tapi rasanya lagi teruk lepas bersalinkan Aisy. Sakit dia tak tertanggung kekadang.Dan yang lebih menarik, Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit. Hehe! Menarik fakta ni! Macam kena batang hidung sendiri aje!
Tapi aku rasa memang betul sebab aku memang jarang MC untuk sakit disebabkan virus seperti demam atau selesema. Tapi kalau sakit belakang datang menyerang, aku tewas!
Aku dah pernah merujuk masalah aku ni kepada pakar ortopedik. Setelah melakukan ujian x-ray, mereka mengesahkan aku tiada masalah dengan tulang dan ia lebih kepada sistem saraf.
Aku disarankan untuk berjumpa dengan ahli fisioterapi. Tapi aku tak pernah pun membuat temujanji dengan mereka kerana kekangan masa. Lagipun malas nak melalui karenah birokrasi hospital kerajaan.
Menurut MyMetro lagi, antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif.
Dan aku rasa aktiviti di luar kebiasaan yang aku lakukan hari sebelumnya ialah berdiri lama. Hampir satu jam aku berdiri menunggu Encik suami untuk datang ambil aku.
Besok paginya aku tak boleh nak bangun. Sakit betul rasanya!
Pergi klinik, doktor sarankan aku untuk bersenam bagi mengurangkan tekanan pada sistem saraf. Dan aku diberi injection untuk mengurangkan rasa sakit. Alhamdulillah sudah semakin berkurangan.
Doktor Zul yang sudah aku kenali sejak zaman kanak-kanak menyarankan aku melakukan senaman jambatan seperti gambar di bawah.
Tapi agak sukar aku nak buat postur macam tu. Susah gila! Paling senang sikit macam dekat bawah ni. Tapi tak tahu berkesan ke tidak. Baru try sekali aje! Hehe!
Tapi kalau nak lagi extreme (bagi aku), buat yang macam dekat bawah ni di mana aku memang confirm tak akan buat! Hehe! Tapi korang boleh try. Good luck eh! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿