Biar Betul! (^_^)

11:52:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ni sibuk betul rasanya. Tak menang tangan nak settle kan kerja rumah yang bertimbun.

Pagi tadi breakfast rumah Mak (memang tu lah hobi aku sejak dari dulu, mentang-mentanglah rumah Mak dekat!) Lepas tu pergi kedia beli bahan-bahan untuk masak tengahari.

Lepas tu basuh kain baju kotor. Biasanya memang akan penuh ampaian sebab stok seminggu punya baju kotor! Hari ni pula ada tiga bakul penuh baju sampai tak muat ampaian!

So aku panggil Afif minta tolong dia ambilkan hanger.

"Afif, tolong Mama kejab sayang!" aku memanggil dari luar rumah.

"Apa dia Mama?" tanya Afif sambil berlari ke arah aku.

"Tolong Mama ambilkan hanger dalam bilik sayang. Ambil lima ye!" kata aku.

"Lima?" tanya Afif.

"Ye! Macam mana kira lima? Satu, dua, tiga, empat, lima!" kata aku sambil menunjukkan cara mengira lima menggunakan jari. 

"Okay Mama!" kata Afif sambil berlari ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang sambil membawa hanger dalam keadaan bersusah payah. Hanya tiga batang hanger sahaja yang dia ambil.

"Dia tersangkut lah Mama. Macam mana ni?" tanya Afif.

"Mama kan suruh ambil lima, ni tiga aje!" kata aku tanpa menghiraukan pertanyaan Afif dan mengambil hanger yang dihulurkan.

"Nanti!" jawab dia ringkas.

"Ambil lagi dua ye!" kata aku bila lihat dia berlari lagi ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang lagi, kali ni dia datang tapi dengan empat batang hanger!

"Eh banyaknya!" kata aku.

"Lah! Mama kan kata nak dua! Tadi lima, ni dua!" jawab dia.

Aku terdiam sekejab dengan jawapan yang dia berikan. Biar betul ni, Afif dah pandai mengira ke? Macam tak percaya pula! Aku cuba mencongak balik. Lima campur dua, betul! Dia bawa tujuh batang hanger seperti apa yang aku arahkan!

Mungkin kerana mengalami kesukaran (hanger tersangkut antara satu sama lain) menyebabkan dia hanya membawa tiga hanger sahaja pada permulaan. Bila aku kata lagi dua, dia ingatkan aku menambah dari bilangan yang pertama. Bijak! 

Mungkin Afif tak perasan yang dia sebenarnya telah menyelesaikan matematik mudah! Aku bab matematik ni memang hi hi bye bye! Nak menangis aku rasa kalau sesiapa suruh aku mencongak sebab aku memang slow bila membabitkan angka dan pengiraan.

Terasa bangga pula bila anak sekecil Afif a.k.a zuriat aku sendiri mampu mengira dengan pantas. Err, bakal economist ke? Tak pun accountant

"Mama ada bird!" kata Afif dan serta merta mematahkan lamunan aku.

"Ha'a lah!" kata aku. Tak lama kemudian burung yang Afif sibuk perhatikan pergerakannya terbang laju ke udara.

"Dah bird dah balik rumah dia! Pergi masuk dalam, panas ni! Terima kasih tolong Mama tadi!" kata aku.

"Sama-sama Mama!" kata Afif terus melangkah ke dalam rumah. Dia kemudian aku lihat leka bermain seorang diri di ruang tamu.

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dah Besar! (^_^)

11:55:00 pm Yana Yani 0 Comments

Pagi tadi aku bangun agak awal, bercadang nak goreng cempedak yang Encik suami bawa dari kampung. Malam semalam sebelum dia pergi kerja dia ada kata cempedak tu dah boleh goreng pagi ni.

Tapi bila aku pegang masih lagi keras kulit luar, automatik tahu tak masak lagi. Hancur harapan nak makan cempedak goreng pagi-pagi ni. Kecewa sungguh ku rasa!

Aku terus aje bersiap-siap nak pergi kerja. Budak-budak sedap aje lagi tidur, kesian pula rasanya nak kejutkan. Tapi nak tak nak terpaksa juga suruh dia orang bangun.

Aku mulakan dengan Aisy lepas tu baru Afif. Nasib baik angin dua-dua elok aje pagi ni. Lega rasa!

Tengah aku dok siapkan Afif, tiba-tiba dia tanya, "Mama, dalam tu ada apa?" sambil menunding jari ke arah beg kertas yang aku letakkan di atas meja kopi.

"VCD tu! Semalam kan kita ambil dekat rumah Wan. Kawan Mama nak pinjam" jelas aku panjang lebar.

"Yang cerita toing toing tu ke?" tanya dia lagi.

Aku tergelak dengar pertanyaan dia. Untuk makluman, Afif merujuk hantu pocong sebagai toing toing. Aku sengaja bertanya soalan seterusnya pada Afif.

"Toing toing tu apa?" sambil menghulurkan biskut Munchy's Oat Krunch yang menjadi kegemaran Afif.

"Hantu! Hantu pocong!" jawab dia dengan excited sambil mengunyah biskut berperisa dark chocolate tu.

Tiba-tiba dia tambah lagi, "Tapi kita kan sembahyang!"  

"Afif tak sembahyang pun!" kata aku.

"Besok-besok!" jawab dia selamba.

"Buatlah, nanti dia kacau Afif!" kata aku cuba menakutkan dia.

"Tak akan lah!" jawab dia dengan nada confident.

"Mama dengan Papa kan ada, boleh jaga Afif!" tambah dia lagi sambil meneruskan mengunyah biskut kegemaran dia tu.

Jawapan tu sekali lagi buat aku tersenyum pada pagi-pagi ni. Wah! makin "hebat" dia menyusun ayat sekarang! Dulu aku selalu berfikir-fikir yang bukan pasal dia especially bila tengok perkembangan dia agak lambat berbanding rakan sebaya dia.

Tapi sekarang aku dah belajar dari kesilapan dulu. Aku sekarang sedang cuba memperbaiki diri aku untuk tidak membandingkan anak aku dengan anak orang lain! Definately tak akan sama!

Tadi tengahari dapat SMS daripada pihak pengurusan tadika di mana tempat Afif akan melalui zaman pra sekolah. Afif dikehendaki hadir untuk hari suai kenal pelajar dan tenaga pengajar pada 1 Januari 2013 nanti.

Aku dah excited! Tak sabar nak tengok Afif pergi sekolah (walau setakat tadika aje!). Rasa macam tak percaya aje budak yang suka buat benda pelik ni dah besar!

Time tengah dok berangan nak jadi doktor!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Si Bongsu! (^_^)

11:33:00 pm Yana Yani 2 Comments

Entry kali ni nak dedicate untuk si bongsu, Anis a.k.a Acu!  


Maksud nama Anis tu sendiri adalah teman dan mungkin disebabkan itu dia sentiasa berada di sisi kami semua sebagai peneman melalui perwatakan manja dan kadang-kadang agak poyo!

Dia lahir masa aku berusia 19 tahun. Disebabkan jarak usia dia yang agak jauh dengan aku, so bila keluar dengan dia time tu mesti orang akan bertanya, "Anak ke?"  

Aku ni pula time solo dulu suka bawa adik-adik ronda-ronda walaupun terpaksa naik bas. Aku rasa seronok bila tengok dia orang seronok. Tak dapat nak describe perasaan seronok tu dengan perkataan!

Masa tu aku tak peduli sangat orang kata. Lagipun aku malas nak bersoal jawab dengan orang yang aku tak kenal. Sebab tu aku lebih suka angguk aje walaupun benda tu tak betul.

Aku ingat lagi umur Anis baru 3 tahun masa first time aku bawa dia keluar berjalan. Mak pula tak kisah sebab mungkin dia yakin aku mampu jaga adik aku dengan elok. 

Sampai sekarang walaupun dah ada anak sendiri, aku masih lagi bawa Anis ke mana aje kita orang pergi. Encik suami pula tak keberatan nak bawa dia sekali. Dan ya, aku masih lagi juga mengiakan Anis sebagai "anak" aku bila ada orang bertanya.

Anis juga merupakan makcik kesayangan Afif dan Aisy! Walaupun suka "membuli" antara satu sama lain, mereka tetap close! Yang pasti kehadiran mereka memberi sinar kebahagian dalam hidup aku. 

Tapi kadang-kadang pening juga kepala aku ni nak jadi juri dalam "pergaduhan" dia orang! Dua-dua sama aje perangai. Baik Afif ataupun Anis. Tak lama lagi Aisy pula join group, dia pun dah mula menunjukkan tanda-tanda "pembuli"

Januari nanti Anis akan genap 11 tahun! Kejab aje masa berlalu, tahu-tahu dah besar dah adik bongsu aku ni! Aku pula yang makin tua! Hehe!

Apapun Anis, perjalanan kamu masih lagi jauh! Belajar rajin-rajin dan yang penting sekali teruskanlah jadi "peneman" kami semua! We love you!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aku dan Wayang! (^_^)

11:44:00 pm Yana Yani 1 Comments

Bila adik-adik aku kata dia orang nak pergi tengok cerita The Hobbit (semalam). Terasa teringin nak ikut sama, tapi apa kan daya keadaan mengatakan sebaliknya!

Lagipun rasa bersalah pula nak tinggalkan anak-anak semata-mata nak berhibur. Setakat ni, aku tak pernah tinggalkan anak-anak. Ke mana aje aku pergi, dia orang pasti aku akan angkut sama.

Berbalik ke cerita pasal wayang tadi. Satu ketika dulu aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang "hantu" wayang!

Apa aje cerita terbaru dekat wayang, aku mesti tengok walaupun seorang diri aje (layan juga!). Kadang-kadang aku layan 3 movies sekaligus dalam satu hari! Mak selalu membebel pasal tabiat aku ni, tapi aku buat tak kisah aje! (jahat sungguh!)

Dulu kalau nak tahu latest movie, aku melanggan majalah Cinema Online (tak pasti majalah tu wujud lagi ke tidak) semata-mata nak baca review tentang upcoming movies.

Ada orang kata, apa kelas baca review dulu, tak thrill! Tapi bagi aku, baru best tengok movie kalau dah tahu sikit jalan cerita. At least kita tahu berbaloi ke tidak kita pergi tengok cerita tu

Cerita Melayu merangkap juga movie pertama yang aku tengok dekat wayang adalah cerita Leftenan Adnan. Lakonan Hairie Othman dan Umie Aida. Filem ni arahan Aziz M Osman dan ditayangkan sekitar tahun 2000.

Masa tu aku baru aje lepas SPM, baru keluar dari kepompong! Tengok wayang adalah satu kegilaan baru bagi aku ketika tu selepas Backstreet Boys!

Cerita Inggeris pertama yang aku tengok pula adalah Hollow Man. Cerita lakonan Kevin Bacon ini juga ditayangkan sekitar tahun 2000. Nak dijadikan cerita, movie ni telah di rate hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas (kalau tak silap 18PL).

Time tu kebanyakkan panggung wayang mengenakan peraturan agak ketat dan dia orang akan mintak IC bila nak beli tiket wayang untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Tapi aku agak bernasib "baik" kerana dapat masuk tengok walaupun aku belum berusia 18 tahun ketika tu (mungkin muka aku nampak tua kot! (Hehe!)  

Cerita yang paling aku minat dalam banyak-banyak movies yang aku dah tengok adalah trilogy The Lord of The Rings!

Memang tak pernah ketinggalan tengok cerita ni yang merupakan satu fenomena bagi penggemar filem berbentuk fantasi ketika tu.

Aku paling suka ayat "One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all in the darkness bind them".

Lagi satu part bila Gandalf cakap, "You shall not pass!" Siap boleh terbayang lagi adegan mana yang Gandalf cakap part tu!

Biasanya setiap kali lepas tengok movies aku pasti akan beli CD (original tau, tak mainlah cetak rompak!) movies yang aku minat. 

Sampai sekarang almari rumah Mak penuh dengan CD yang aku pernah beli. Aku rasa sekarang Angah pula meneruskan legasi aku! Memenuhkan almari Mak dengan CD dan DVD! Hehe

Malangnya Encik suami tak mempunyai minat yang sama. Dia tak suka tengok wayang dan lebih suka aktiviti outdoor. Lepas aje kahwin dengan dia, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke panggung wayang!

Last movies yang aku tengok adalah cerita Transformers: Dark of the Moon dengan Encik suami. Tu pun dia terpaksa layankan juga sebenarnya sebab masa tu aku mengandungkan Aisy dan cakap teringin nak tengok wayang. Hehe!

Tapi nasib baik juga dia minat tengok! Kalau tak, usah mimpilah! Hehe! Lagipun cerita tu pun berepisod macam LOTR. Kami suami isteri memang follow cerita ni dari yang first (sekitar 2007) sampailah sekarang.

Anyway aku dapat tahu Transformers 4 akan berada di pawagan sekitar tahun 2014 nanti. Dengar cerita Mark Wahlberg pula yang akan jadi hero (sebelum ni Shia LaBeouf, lebih dikenali sebagai Sam Witwicky dalam cerita tu)  

So itu lah dia cerita aku dan wayang! Emm, tiba-tiba teringat memori zaman solo. Tapi aku tak rasa regret pun meninggalkan zaman tu, I have a better life now! (^_^)

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kita Perempuan (^_^)

11:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Peringatan: Entry ini adalah pendapat aku semata, sebarang percanggahan pendapatan adalah tanggungan individu itu sendiri! Harap Maklum!

Atas tujuan menutup aib seseorang, siapa yang terlibat dalam entry ini dirahsiakan!

---------------------------------------------------

Baru-baru ni aku nampak sesuatu yang aku tidak berkenan dan cukup jelas melanggar batas-batas sebagai seorang perempuan Melayu dan lebih-lebih lagi seorang Muslimah. Aku dedicated entry ni untuk dia!


Wahai adikku,

Bercinta memang semuanya indah. Tak akan ada keburukan pun yang akan kita lihat dengan jelas. Kalau ada pun kita hanya akan menutup mata. Pretending yang kita buat benda yang betul walau hakikatnya tidak.

Trust me, I have been there! Along tahu apa itu cinta dan amat faham perasaan kamu terhadap dia.

Mungkin Along bukan lah insan yang layak memberi nasihat ini. Tapi atas dasar kita perempuan, Along terpanggil untuk menyatakannya. Apa yang kamu lakukan tu adalah SALAH wahai adikku!

Agama kita melarang dan budaya kita mengatakan tidak manis apa yang kamu lakukan tu. Ya, amatlah tidak molek apabila tanpa sebarang ikatan kamu tidur di rumah bukan muhrim walaupun kamu memberi alasan orang tuanya ada bersama.

Jujurnya Along tak boleh terima alasan tu! Mana hilangnya maruah kamu sebagai seorang perempuan? Orang lain mentertawakan kamu dan nampak seolah-olah kamu ni tiada harga diri! Kalau yang buat ni adik Along, confirm Along dah bagi pelempang!

Sedarlah dik! Jangan tunjukkan diri kamu murah! Letakkan diri kamu diposisi yang orang lain boleh menghormati kamu! Dia yang kamu cintai sekarang belum tentu jodoh kamu!

Along akui, kita sebagai seorang perempuan memang lemah dengan insan yang kita sayang especially bila segala janji manis telah ditaburkan! Tapi Along tidak akan berkompromi dengan MARUAH!

Sebab tu Along amat kecewa dengan tindakan kamu! Bila kali pertama kamu melakukannya, Along sangkakan Along boleh memberi nasihat pada kamu sama seperti adik-adik Along yang lain, tapi Along silap!

Ini kali kedua dan paling mengejutkan kamu sanggup tidur selama 3 malam berturut-turut di situ dari rumah kakak kandung kamu sendiri! Kamu bagi alasan kakak kamu tak sporting! This is ridiculous!

Tahukah kamu yang kakak kamu cuba melindungi kamu, maruah kamu yang tidak boleh dibeli dengan segala harta di dunia ni! And I definately will do the same! No doubt!

Wahai adikku,

Perasaan hormat Along pada kamu hilang secara tiba-tiba. Along tak tahu sama ada Along boleh memandang kamu sama seperti sebelum ini! Tapi siapalah Along untuk menghukum! Along dah bagi nasihat, terpulang kamu untuk menilainya!

Apapun ketahuilah wahai adikku, lebih mudah mencari kesalahan seorang perempun dari seorang lelaki!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Simple itu Kami! (^_^)

11:57:00 pm Yana Yani 2 Comments

Bagaimana cara nak celebrate ulang tahun perkahwinan? Jujurnya kami tak pernah celebrate. Biasanya hanya ucapan tanda memperingati tarikh di mana zaman solo kami telah dilepaskan dengan "rela".

This year Encik suami buat suprise dengan bercuti tanpa beritahu aku (Tapi dia memang tak pernah beritahu pun kalau cuti! Hampeh betul!) Ish, jangan rosakkan mood lah Yana oi!

Okay okay, kita ulang balik ayat tadi.

Encik suami buat suprise dengan bercuti tanpa beritahu aku (Ahh, terkejut Mak! Sambil kedua belah tangan diletakkan ke dada!) Petang tu dia ajak aku melakukan aktiviti paling aku suka, SHOPPING!

Hai dunia bagai ana yang punya! (Lupa kejab pasal sakit belakang!) 


Hari ni pula, ada makan-makan sikit dekat rumah Mak. Kebetulan semua adik beradik ada. Lagipun bukan senang nak berkumpul semua especially bila semua dah ada life sendiri.

Ikut perancangan awal, Angah (the mastermind) nak celebrate awal birthday Syafie dengan Anis (sepatutnya bulan Januari). Tapi aku menyibuk! Hehe!

Dengan muka tak malu (as usual) aku bertanya, "What about birthday Aisy (yang dah lepas) and kita orang punya anniversary?"

Angah dengan terpaksa memberi jawapan, "Yelah! Kita buat sekali lah!"

Best jadi Along ni, semua menurut ajeHehe! (Kau ada?) Apapun terima kasih banyak kepada Angah sebab bersusah payah menyediakan semuanya! You are the BEST!

As usual dia jadi chef!

Di atas jerih payah sendiri (termasuk segala perbelanjaan!) dari masak kerapu tiga rasa, membakar kek hingga ke mendekorasi kek adalah kerja dia! (Err, kecuali masak tempoyak, tu Mak buat aje SEDAP!) 

By the way, have I ever mentioned that she is SINGLE and AVAILABLE? (^_^)


Lepas makan-makan, kita orang bergegas pula nak ke rumah sepupu Encik suami yang buat majlis berkhatan anak kembar lelaki dia. Sebab dah kenyang, lauk kenduri ku pandang sepi!

Gambar atas dari kanan adalah Ustaz yang jarang jumpa and 4 orang hero cilik Nenek, plus Gorel!
Bila Aisy jumpa Nenek, Mama dekat sebelah pun dia lupa! Manjalah kononnya tu

Lepas pergi kenduri, Encik suami ajak singgah Pantai Remis. Tapi tak sempat nak memanaskan punggung, gerimis mengundang pula! Bak kata Afif, "Tak sempat Afif nak makan aiskrim!"


So that's it! Begitulah cara kami celebrate anniversary kami kali ni. Simple tapi paling banyak aktiviti and of course paling diingati!

Mood sedih balik ni bila teringat besok nak kerja! Oh tidakkkkk!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Setengah Dekad yang Pertama! (^_^)

2:35:00 pm Yana Yani 0 Comments

Sayang,

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dan samaada kita sedar atau tak, hari ini telah genap setengah dekad kita telah melayari bahtera rumah tangga. Ayang tak akan mungkin melupakan hari ini dalam sejarah lipatan hidup Ayang.

Hari di mana dengan rasminya Ayang menjadi milik Sayang. Hari di mana kita telah mengikat dan mematerai janji untuk setiasa berada disisi disaat suka ataupun duka. Hari di mana ayang memilih untuk meninggalkan zaman solo dan tidak lagi mahu menoleh kebelakang.

Ya, hari itu! Hari di mana Ayang berbangga mengatakan "Aku milikmu!"


Sayang,

Hari ini, hari tu berulang lagi. Di saat ini 5 tahun yang lalu, Ayang berdebar untuk melalui satu lagi frasa baru dalam kehidupan. Bunyi riuh sanak saudara dan alunan muzik di halaman rumah gagal mententeramkan debaran Ayang. Usikan nakal hadirin menambahkan debaran di jiwa.

Kaki terasa berat melangkah. Perasaan takut makin menebal. Percaya atau tidak ayang diseret oleh Angah untuk masuk ke ruang Masjid di tempat kita diijabkabulkan. Tapi bila dengan lancarnya Sayang melafazkan lafaz keramat tu, Ayang terasa cukup lega!

Hilang segala perasaan rungsing dan takut. Yang tinggal hanya perasaan bahagia! Dan Ayang tak akan lupa jelingan Sayang selepas kita dengan rasminya bergelar suami dan isteri.

Yes, I am yours!


Sayang,

Hari ini Ayang masih seperti 7 tahun yang dulu dari saat Sayang mula mengenali Ayang (err, kecuali tang berat badan eh!) Masih lagi menyanyangi Sayang dengan sepenuh hati, masih lagi teruja menghitung waktu menanti saat kepulangan Sayang dari kerja.

Masih mendambakan pelukan hangat Sayang. Renungan mata Sayang masih membuat Ayang tak tenteram. Senyuman Sayang masih lagi penawar hati yang lara. Kucupan selamat malam sayang adalah yang paling ditunggu dan Ayang sanggup melaluinya sepanjang masa! Sungguh!

Sayang,

Ketahui bahawa Ayang tidak menginginkan harta di dunia ini, cukup lah rasa kasih sayang dan kesetian dari seorang ihsan yang bergelar suami. Satu ketika dulu Ayang cukup takut tak mampu memberikan Sayang zuriat sepertimana orang lain. Tapi Tuhan penentu segalanya walau doktor pernah mengatakan sebaliknya.

Kini Ayang boleh berbangga kerana dapat memberi Sayang sepasang zuriat yang comel. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia yang diberikan kepada kita sekeluarga.

Let's aim for the third! Hehe!


Sayang,

Ayang berdoa jodoh kita akan kekal hingga ke akhir hayat dan kalau boleh sehingga ke Syurga. Sayang adalah cinta pertama dan yang terakhir (Insya-Allah) dan ia akan berkekalan sampai bila-bila. Ayang akan menyintai sayang seumur hidup Ayang!

Selamat Ulang tahun yang ke-5 Sayang. Sayang sayang sangat-sangat!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sakit Belakang (^_^)

8:42:00 pm Yana Yani 0 Comments

Sebelum bersalin, aku makin kerap sakit belakang. Tapi rasanya lagi teruk lepas bersalinkan Aisy. Sakit dia tak tertanggung kekadang.


Menurut MyMetro, semua orang pernah mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

Dan yang lebih menarik, Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit. Hehe! Menarik fakta ni! Macam kena batang hidung sendiri aje!

Tapi aku rasa memang betul sebab aku memang jarang MC untuk sakit disebabkan virus seperti demam atau selesema. Tapi kalau sakit belakang datang menyerang, aku tewas!

Aku dah pernah merujuk masalah aku ni kepada pakar ortopedik. Setelah melakukan ujian x-ray, mereka mengesahkan aku tiada masalah dengan tulang dan ia lebih kepada sistem saraf.

Aku disarankan untuk berjumpa dengan ahli fisioterapi. Tapi aku tak pernah pun membuat temujanji dengan mereka kerana kekangan masa. Lagipun malas nak melalui karenah birokrasi hospital kerajaan.

Menurut MyMetro lagi, antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif.

Dan aku rasa aktiviti di luar kebiasaan yang aku lakukan hari sebelumnya ialah berdiri lama. Hampir satu jam aku berdiri menunggu Encik suami untuk datang ambil aku.

Besok paginya aku tak boleh nak bangun. Sakit betul rasanya!

Pergi klinik, doktor sarankan aku untuk bersenam bagi mengurangkan tekanan pada sistem saraf. Dan aku diberi injection untuk mengurangkan rasa sakit. Alhamdulillah sudah semakin berkurangan.

Doktor Zul yang sudah aku kenali sejak zaman kanak-kanak menyarankan aku melakukan senaman jambatan seperti gambar di bawah.

Tapi agak sukar aku nak buat postur macam tu. Susah gila! Paling senang sikit macam dekat bawah ni. Tapi tak tahu berkesan ke tidak. Baru try sekali aje! Hehe!


Tapi kalau nak lagi extreme (bagi aku), buat yang macam dekat bawah ni di mana aku memang confirm tak akan buat! Hehe! Tapi korang boleh try. Good luck eh! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Excited! (^_^)

9:06:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam tak sempat nak update blog ni. Lagipun aku tak berapa sihat lately. Tadi pergi jumpa doktor kena injection, dia bagi cuti 2 hari. Well nantilah aku cerita pasal ni. Kita cerita pasal benda lain dulu.

Anyway, malam tadi lepas beli barang keperluan dapur di pasar malam berdekatan rumah, Encik suami mengajak kami ke Aeon Bukit Raja sebab nak beli barang-barang keperluan sekolah Afif.

Tahun depan (berapa hari aje lagi ni), Afif akan melangkah ke tadika pada usia 5 tahun. Wah! cepat betul masa berlalu. Dah besar anak Mama!

Sampai aje Aeon terus cari barang-barang yang diperlukan sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 9:30 malam. Queue pun boleh tahan panjang juga.

Aku lupa nak bawa kamera semalam so tak dapatlah tunjukkan betapa excited nya Afif beli barang-barang sekolah dia. Sebenarnya yang lagi excited Mama dan Papa dia!

Sebab first time beli barang keperluan anak untuk sekolah, sakit jantung juga tengok harga barang-barang dia. Encik suami pun macam orang kaya aje ajak shopping dekat Aeon ni.

Afif pula bila nampak barangan Boboi Boy, bukan main lagi dia! "Papa, Afif nak Boboi Boy!"


Dia memang antara peminat siri animasi tersebut selain dari Upin dan Ipin.

Sekarang ni pun dia tengok sibuk kumpul karakter Boboi Boy yang ada jual dekat kedai Mesra Petronas. Kalau korang ada Kad Mesra, harga dia lebih kurang RM13.90 setiap satu (kalau tak silap)

Tapi kalau tak ada, harga dia RM19.90 setiap satu. Setakat ni Afif dah ada 4 karakter, tinggal lagi dua belum dapat beli lagi. Tunggu Mama "kaya" sikit Afif ye!


Berbalik ke cerita tadi, untuk barang-barang simple macam beg sekolah, set pensil, kotak pensil dan botol air, Encik suami dah habis hampir RM100! Wah! Baru tadika ni!

Hampir RM1000 juga kami dah habiskan untuk kemasukan Afif ke tadika tahun depan. Semua tu untuk yuran sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain lagi. Bermodal sungguh nak menyekolahkan anak ni rupanya!

Tak apa! Bakal arkitek ni besok! Hehe! Amin!

Lepas tu Encik suami bawa kita orang ke Poh Kong yang terletak di dalam bangunan yang sama, kononnya nak tindik telinga Aisy.

"Ni budak boleh kasi tindik ke? Berapa?" tanya Encik suami dengan confident.

"Boleh. Tak ada mahal maa. RM15 saje!" jawab Cina kedai tu sambil mengeluarkan peralatan untuk menindik.

"You terus pakai emas ke?" tanya Encik suami lagi.

"Ayo! Mana boleh terus pakai emas! Kita bagi silver dulu. Nanti lepas seminggu you lagi datang kasi tukar" jelas Cina tu panjang lebar.

"Mali, kasi dia duduk sini!" tambah dia lagi sambil menanda telinga Aisy setelah mendapat persetujuan Encik suami.

Tiba-tiba Encik suami bersuara, "Tak payah  tindik lah! Kesian dia kecil lagi!" kata Encik suami dengan wajah yang agak cuak.

"Ni anak yang takut ke Papa yang takut?" tanya aku.

"Dia punya Papa takut woo!" kata Cina tu disusuli ketawa besar. "Tak apa, kasi dia besar sikit dulu lagi senang tindik" tambah Cina kedai tu lagi dengan senyuman.

Adeh Papa ni! Hancur harapan! Mama dah excited nak tengok Aisy bertindik. Dia pula yang takut. Aisy relax aje!


Ish Papa ni! Muka aje "ganas" tapi takut bila tengok anak sakit. Entah bilalah Aisy dapat kena tindik agaknya!

I wonder!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menyakitkan Hati! (^_^)

9:10:00 pm Yana Yani 1 Comments

Tak habis-habis cerita pasal negara jiran yang suka sangat dok cari pasal dengan negara bertuah ni, Malaysia. Tak payahlah aku sebut negara mana, sebab semua sedia maklum negara yang perasan bagus tu.

Aku nak cerita banyak pun aku serba salah. Kalau ikut hieraki keturunan aku sebelah Abah, atuk aku allahyarham Sakom Bin Chitro berasal dari Jawa Barat. Fakta!

Nenek sebelah Encik suami yang kini pada usia 87 tahun masih sihat pernah bercerita yang dia pun berasal dari Tanah Seberang dan datang ke Tanah Malayu dengan menaiki tongkang!

Kalau tiada inisiatif dari nenek moyang aku nak ke Tanah Melayu, mungkin aku tak akan lahir pun! Tak akan ada jugalah Afif dan Aisy. Takdir penentu segala (Cehwah, macam lagu Jamal Abdillah pula!)

Tapi bila baca dekat akhbar atau blog yang menggupas isu ni, aku rasa sakit betul hati!

Mereka yang boleh aku kategorikan sebagai saudara ni tak habis-habis cari pasal! Ada sahaja yang tak kena dengan Malaysia.

Semua benda yang Malaysia buat tak betul pada mata mereka.

Malahan mereka bersifat kurang ajar dengan menggelar "Malingsia" atau lebih tepat, Pencuri! Sebab semua benda dia orang kata dia orang punya!

Kenapalah buruk sangat peri laku mereka mereka ni? Mereka cepat sangat melatah! Sikit aje timbul isu, ganyang Malaysia, sweeping Malaysia, bakar Jalur Gemilang!

Bab kata Encik suami, "Macam orang tak ada otak!" Kalau mereka berfikir secara rasional, tak perlu timbul pun semua ni.

Kadang-kadang tu tak faham tindakan membabi buta mereka. Walhal Malaysia adalah negara yang mula-mula menghulurkan bantuan bila mereka ditimpa bencana.

Malaysia adalah juga tempat majoriti rakyat mereka mencari rezeki! Tapi tindakan dan perlakuan mereka  seolah-olah tidak mencerminkan masyarakat yang bertamadun!

Aku malas nak ulas panjang isu ni kerana hanya membazir masa memikirkan mereka yang tidak menghormati orang lain, yang tidak tahu berterima kasih dan paling penting, bodoh sombong!

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Selamat Ke? (^_^)

8:36:00 pm Yana Yani 2 Comments

Comel tak budak ni?

Tengok senyuman manis dia, automatik buat aku terus teringat dekat Afif dengan Aisy.

Siapa dia ni?

Nama dia Emillie Parker berusia 6 tahun. Dia adalah antara 26 orang yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newtoen, Connecticut, Amerika Syarikat pada 14 Disember 2012 yang lalu.

Dalam tragedi itu, 20 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa termasuk ibu penembak itu sendiri telah terbunuh.

Penembak itu, Adam Lanza berusia 20 tahun juga telah membunuh diri selepas melakukan perbuatan yang di luar batas kemanusian.

Klik sini untuk nama dan gambar mangsa.

First of all, kita tolak ketepi dulu perbezaan agama, bangsa dan negara. Kita bercakap pasal naluri semulajadi manusia iaitu, perikemanusian!

Aku tak tahu orang lain, tapi aku Mama kepada dua orang cahaya mata rasa sedih bila baca berita yang memenuhi kebanyakan dada akhbar kebelakangan ni.


Bayangkan kita menghantar anak ke sekolah untuk masa depan mereka, lepas tu dapat berita mengejutkan macam ni.

Mesti gelap gelita dunia ni dan hancur luluh hati dan perasaan. Aku turut rasa berdukacita atas malapetaka yang menimpa keluarga mangsa.

Hilang seseorang yang disayangi dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang diingini. Tapi tu lah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Takut rasanya bila membayangkan aku ditempat mereka. Teringat anak-anak yang aku tinggalkan dekat rumah Mak bila aku pergi bekerja. Mula membayangkan, selamat ke anak-anak kita dalam dunia hari ini?

Beginilah agaknya perasaan setiap ahli keluarga Palestin yang setiap kali memeluk dan mencium orang yang mereka kasih dan sayang seolah-olah itu adalah pelukan dan ciuman mereka yang terakhir.

Bezanya antara aku dan mereka, nama Allah sentiasa terukir di bibir mereka dan aku pula hanya mengingati-NYA ketika berduka.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, panjangkanlah umur anak-anakku dan jauhilah mereka dari sebarang malapetaka. Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah kekuatan bagi setiap rakyat Palestin bagi mempertahankan hak mereka. Sesungguhnya Kau Maha Pelindungan dan Maha Mengasihani"

Nota: Kita sebagai seorang manusia dan kahlifah di atas muka bumi Allah SWT ini hanya mampu merancang dan segala yang lain adalah atas ketentuan-NYA.

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tinggi Wei! II (^_^)

11:47:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau sebelum ni aku dok cerita pasal pengalaman first time aku ke Cameron Highlands, hari ini aku nak cerita pasal pengalaman baru aku ke sana.

Perancangan untuk ke sini sebenarnya dibuat secara last minute. Malahan apartment tempat di mana kami mengidap pun hanya ditempah pada hari yang sama kami bertolak.

Perancangan asal nak pergi dengan abang Encik suami, Gorel. Tapi last minute dia kata tak mahu pergi. Masa dekat Cameron, baru kami tahu kenapa dia tak mahu pergi.

Rupanya wife dia, Eni pregnant for the second child! Tahniah! Pandai dia orang sorok! Dah masuk bulan ke-4 baru kami sekeluarga tahu tentang kandungan dia. Apapun tahniah sekali lagi!

So berbalik ke cerita Cameron tadi, kami bertolak dari Klang lebih kurang pukul 11 pagi. Sebab banyak sangat berhenti, lebih kurang pukul 5 petang baru kami sampai ke Tanah Rata.

Kita orang cari apartment dulu, sebab nak rehat kejab. Letih wei perjalanan jauh! Malam baru kita orang bercadang nak ronda-ronda.

Tapi sayangnya pergi kali ni hujan turub tak berhenti lah pula! So pergerakan tu agak terhad. Tak banyak tempat yang boleh singgah but at least boleh bagi kegembiraan sikit pada kami sekeluarga.

Kepada adik-adik aku yang tak dapat join, next time kita pergi ramai-ramai ye!

So inilah dia gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan korang (^_^)

Gambar di luar apartment dan di kebun strawberry

We are family and we are happy for being here!
Si comel Aisy yang first time ke Cameron Highland
Abang dan Adik
Second time dia ke sini, still as excited as the first time!
Mak saudara kesayangan Afif, Acu!
Antara gambar yang sempat aku ambil  
Yang kami sempat melantak! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hina Ke? (^_^)

10:46:00 pm Yana Yani 4 Comments

AMARAN: Entry aku kali ini mungkin aku menyinggung sesiapa yang membacanya. Tak payah baca kalau korang tergolong dalam kategori sensitif. Aku tak akan bertanggungjawab kalau korang terasa! Sendiri baca, sendiri tanggung!

---------------------------------------------

Kebelakangan ni aku sering mendengar mulut-mulut puaka puak SYAITAN yang menegur saiz badan aku yang aku harus akui semakin membesar!

Satu kenyatan yang buat aku tersentap, "Kau telan gajah ke Yana?" disusuli gelak ketawa yang tak ubah seperti SYAITAN bertopengkan manusia!

"Bangsat!" jerit hati kecil aku.

Dulu masa aku kurus melidi, korang kata suami aku tak bagi makan! Suami aku sampai merayu aku suruh makan. Sedih korang hina dia!

Sekarang korang kata aku telan gajah pula! Apa jenis SYAITAN korang ni!

Aku cuba nak buat tak tahu apa yang orang lain cakap, aku cuba nak per"SYAITAN"kan mulut puaka puak SYAITAN korang. Tapi tak boleh! Aku tak boleh!

Aku terasa diri ni cukup lemah. Aku tak mampu nak menangkis setiap yang diperkatakan mulut puaka puak SYAITAN korang.

Bila soalan tu diajukan kepada aku, aku tersenyum. Memperbodohkan diri sendiri!

Tapi hati menangis, mata melilau memandang keliling kot-kot ada nak beri bantuan. Tak ada! Semua ketawa!

Hina sangat ke jadi gemuk? Hina ke?

Aku jadi takut bila tengok diri sendiri di depan cermin! Aku rasa macam boleh dengar dengan jelas suara orang keliling memtertawakan aku.

Mungkin salah aku sendiri kerana hanya mendiamkan diri apabila persoalan seperti itu diajukan.

Salah aku kerana tidak pandai mempertahankan diri sendiri. Semua salah aku! Sebab tu mereka yang mulut puaka dari puak SYAITAN ni tak serik-serik "tenyeh" aku. 
   
Untuk makluman, sebelum aku kahwin berat aku lebih kurang 50kg dan aku berjaya mengekalkannya sehingga kelahiran Afif.

Tapi selepas kelahiran Aisy, berat aku naik mendadak!


Setiap hari aku menangis tengok perubahan pada diri sendiri. Menangis bila aku tak boleh sarungkan baju kesayangan aku lagi. 

Sampai satu tahap aku terasa diri ni hina betul! What should I do?

Aku cuba juga jadi kuat, tapi kadang-kadang kata-kata penghinaan oleh mulut-mulut puaka dari kelompok SYAITAN tu secara tak langsung tetap menjatuhkan self confidence aku.

Kemudian aku terfikir, sampai bila aku nak biarkan aje puak-puak SYAITAN ni bermaharajalela. I must put a STOP on it!

And this one goes up to everyone especially those SYAITAN

 ---------------------------------------------

Wahai mulut puaka sekelian a.k.a SYAITAN!,

Ye, aku memang sedar aku gemuk! Aku sedar aku hina dan tak layak nak bercampur dengan puak SYAITAN korang!

Perut aku yang buncit ni tak sekufu dengan korang! Memang aku telah dengan jayanya menelan GAJAH! Ye, sekali lagi aku sedar semua tu! Tak payah korang nak ingatkan aku!

Teruskanlah mentertawakan aku atau menghina aku, aku tak kisah! Aku suka! In fact aku patut cakap terima kasih pada mulut puaka korang!

Sebab pahala yang korang dok kumpul selama ni, semua korang dah sedekah dekat aku. Terima kasihlah banyak-banyak! Murah hati betul korang ni kan!

Bila direnung, korang lagi hina!

Tapi tak usah risau! Aku tak akan buka aib korang seperti mana korang buka aib aku. Aku tak mahu menyamakan diri aku dengan puak SYAITAN macam korang

Selagi lagi aku nak ucapkan


wahai puak SYAITAN!

Note: Entry ni ditulis dalam keadaan marah dan mungkin sedikit tanpa kewarasan yang melayakkan aku untuk juga berada dalam kategori puak SYAITAN! Istighfar Yana oi!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kesian Dia! (^_^)

11:38:00 pm Yana Yani 0 Comments

Demam? Bila last sekali korang demam?

Kalau tanya dekat aku, aku tak ingat! Tapi aku rasa memang dah agak lama aku tak demam.

Tapi aku bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal Encik suami. Tahun ni aje entah beberapa kali demam.

Dan bila dia dah demam, kalah anak-anak dia. Sampai naik pening kepala ni dok melayan karenah dia.

Kalau anak-anak yang demam, aku rasa senang sikit nak handle.

Of course lah sebagai seorang Mama rasa tak senang hati bila anak sakit tu memang wujud.

Tapi at least tak sesusah Papa dia orang. Nak jumpa doktor kalau tak mahu pun, angkat aje masuk kereta.

Makan ubat pun suka ke tidak, sumbat aje. Lepas tu monitor keadaan dia orang walau terpaksa berjaga selama 24 jam.

Tapi kalau Papa dia orang, payah sungguh rasanya!

Tadi aku balik kerja, dia mengadu dia tak sihat. Badan pun panas aje.

Suruh makan ubat, tak mahu. Suruh jumpa doktor, lagi lah! Susah hati betul bila tengok dia macam tu!

Tapi dia tetap degil! Agaknya memang style orang lelaki susah nak pergi berubat kot!

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab Abah aku pun bila dia sakit, sikit punya susah nak bawa pergi ke klinik or hospital.

Sama ada betul ke tidak kenyataan aku ni, aku tak pasti. Tapi keadaan sekeliling memang telah mengiakan cerita aku! Hehe!

Apapun to my beloved hubby, hopefully you will get well soon! Makan ubat lah Yang oi, Ayang risau!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tinggi Wei! (^_^)

11:21:00 pm Yana Yani 0 Comments

Rasa macam dah lama sangat jemari aku ni tak sentuh keyboard ni. Rasa macam susah pula nak hidupkan balik mood berblog ni.

Nasib baiklah ada aje pengunjung blog lately, adalah balik semangat tuHehe!

Hari Selesa hari tu baru aje balik dari Cameron Highlands. Malam baru lah sampai rumah, penat sangat rasanya. Bantal lebih menarik time tu.

Semalam pula, aku tak berapa sihat. Langsung tak sentuh laptop. Malam pula berebut laptop dengan Encik suami. Dah tu bila sampai turn aku, "beruk"band buat perangai pula! Panas betul hati!

Malam ni pula, rasa bersemangat nak tengok bola. Lepas tu kecewa betul bila tengok harimau kena pijak dengan gajah itupun dengan bantuan tikus! 

Apapun tak ada apa yang perlu dimalukan kerana Thailand bukannya menang dengan cara terhormat. So pertemuan antara Thailand dan Singapura untuk aksi akhir nanti adalah pertemuan antara dua pasukan yang layak dengan cara tak gentleman!

Kenapa? Sebab yang satu tu menang dengan "membeli" pengadil (minit ke-8 dah bagi kad kuning, nampak sangat ada something wrong!) dan yang satu lagi dengan cara membeli pemain import! - Sumber Wujud dan edited by aku!

Apapun, tahniah kepada pemain-pemain Harimau Malaya! Walaupun kita kalah, kita kalah dengan bermaruah! Okay, cukup cerita pasal bola!

Hari ni aku nak cerita pasal journey aku ke Cameron Highlands! Untuk makluman, ini adalah kali kedua aku ke sini dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan kami.

Sebelum ni aku tak pernah langsung ke Cameron Highlands walaupun kampung kelahiran aku terletak di negeri yang sama, Pahang.

Kali pertama pergi adalah pada cuti tahun baru 2011. Masa tu pergi dengan kawan-kawan Encik suami. Bila first time pergi, perasaan tu excited semacam!


Kali ni pun excited juga sebab pergi dengan Mak, Abah, Anis plus Aisy! Semua yang disebutkan tu first time menjejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron kecuali Mak.

Bawa mereka yang first time pergi memang rasa seronok sebab nampak riak wajah excited dia orang especially Abah yang riuh bercerita sepanjang dua hari kami di sana.

Comelnya! Still lagi romantik walau sudah menginjak ke 30 tahun usia perkahwinan!

Next entry aku akan ceritakan lagi pasal pengalaman kami sekeluarga di Cameron Highlands. So check out my next entry ya!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...