Tinggi Wei! (^_^)
Rasa macam dah lama sangat jemari aku ni tak sentuh keyboard ni. Rasa macam susah pula nak hidupkan balik mood berblog ni.Nasib baiklah ada aje pengunjung blog lately, adalah balik semangat tu! Hehe!
Hari Selesa hari tu baru aje balik dari Cameron Highlands. Malam baru lah sampai rumah, penat sangat rasanya. Bantal lebih menarik time tu.
Semalam pula, aku tak berapa sihat. Langsung tak sentuh laptop. Malam pula berebut laptop dengan Encik suami. Dah tu bila sampai turn aku, "beruk"band buat perangai pula! Panas betul hati!
Malam ni pula, rasa bersemangat nak tengok bola. Lepas tu kecewa betul bila tengok harimau kena pijak dengan gajah itupun dengan bantuan tikus!
Apapun tak ada apa yang perlu dimalukan kerana Thailand bukannya menang dengan cara terhormat. So pertemuan antara Thailand dan Singapura untuk aksi akhir nanti adalah pertemuan antara dua pasukan yang layak dengan cara tak gentleman!
Kenapa? Sebab yang satu tu menang dengan "membeli" pengadil (minit ke-8 dah bagi kad kuning, nampak sangat ada something wrong!) dan yang satu lagi dengan cara membeli pemain import! - Sumber Wujud dan edited by aku!
Apapun, tahniah kepada pemain-pemain Harimau Malaya! Walaupun kita kalah, kita kalah dengan bermaruah! Okay, cukup cerita pasal bola!
Hari ni aku nak cerita pasal journey aku ke Cameron Highlands! Untuk makluman, ini adalah kali kedua aku ke sini dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan kami.
Sebelum ni aku tak pernah langsung ke Cameron Highlands walaupun kampung kelahiran aku terletak di negeri yang sama, Pahang.
Kali pertama pergi adalah pada cuti tahun baru 2011. Masa tu pergi dengan kawan-kawan Encik suami. Bila first time pergi, perasaan tu excited semacam!
Bawa mereka yang first time pergi memang rasa seronok sebab nampak riak wajah excited dia orang especially Abah yang riuh bercerita sepanjang dua hari kami di sana.
Comelnya! Still lagi romantik walau sudah menginjak ke 30 tahun usia perkahwinan! |
Next entry aku akan ceritakan lagi pasal pengalaman kami sekeluarga di Cameron Highlands. So check out my next entry ya!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿