Part I: Ke Penang Lagi! (^_^)
Pada yang pernah terbaca mengenai rawatan radioactive iodine yang YY pernah ceritakan dulu, korang mesti tahu yang YY terpaksa berjauhan dari anak-anak untuk beberapa ketika.So bila doktor bagi green light untuk ke Pulau Pinang menghadiri pernikahan sepupu, YY memang tak lepaskan peluang sebab terlalu rindu pada Afif dan Aisyah.
Bayangkan seorang Mama terpaksa berjauhan dari anak-anak yang tak pernah ditinggalkannya. Memang terasa perit. Tapi Alhamdulillah, ALLAH itu sebaik-baik perancang.
Walaupun tak boleh nak close sangat dengan diorang, tapi dapat berjumpa dan mendengar suara sudah cukup menghilangkan rindu.
Anyway kami bertolak seawal pagi disebabkan Udin, sepupu kami yang akan bernikah hari tu dijadualkan bernikah selepas solat Jumaat.
Kami sampai tepat ketika azan Zohor. Lepak sekejab di sebuah rumah kenalan pengantin perempuan. Kalau dah nama kaki posing, celah mana pun nak posing.
Kebetulan pula, YY terlupa nak bawa bateri untuk kamera cap ayam YY. Dah nama cap ayam, bateri pun lain sikit dari bateri dekat kedai.
Terpaksalah guna telefon canggih Annur untuk berposing. Nasiblah ada juga, kalau tak memang tak ada kenanganlah jawabnya. Ni lambat cerita sebab tunggu dia lah upload gambar.
Walaupun duduk dalam kereta yang sama, anak-anak tak dapat peluang dekat dengan YY. Dah keluar kereta barulah boleh manja sikit-sikit.
Tak dapat nak pegang, mesra dalam gambar pun jadilah kan (^_^)
Mak Abah pula adalah antara orang yang paling banyak bagi sokongan moral selain dari Encik suami. Kalau diorang tak ada, tak tahulah camne nak buat.
Tak lupa juga jelitawan dalam gambar di bawah ni.
Lepas aje sembahyang Jumaat, kami dibawa ke sebuah surau tempat Udin dijadualkan bernikah dengan pasangan pilihan hati. YY lupa lah nama wife dia. Hehe!
Extra job kami hari tu adalah membawa dulang hantaran. Memang suka part ni especially bila bertukaran hantaran. YY memang akan chop hak yang paling sedap aje. Hehe!
Gambar bawah ni pula ketika Udin sedang mengalami debaran untuk dinikahkan. Raut wajah nampak tenang, tapi hati mana tahu. Entah-entah dah meletup sebab takut sangat. Hehe!
Udin terpaksa dinikahkan sebanyak dua kali sebab yang pertama saksi tak puas hati walau tok kadi kata tak ada masalah. Mengada saksi tu pun. Sengaja penaya pengantin
Tapi tak apalah walau terpaksa dua kali lafaz pun, tetap sah menjadi pasangan suami isteri selepas tu. Baraka Allahu Lakuma buat Udin dan pasangan
Lepas selamat diijabkabulkan tu, kami dibawa pula ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Kami dihidangkan dengan kari kepala ikan.
Tapi sebab YY dan Encik suami tak pernah makan, benda tu bila masuk mulut dia macam nak terkeluar balik. Tapi tetap juga telan walau hakikatnya tak boleh telan.
Anak-anak YY pun langsung tak mahu makan. Tapi seronok mengacau orang (^_^)
Lepas tu kami di bawa pula ke home stay yang tak berapa jauh dari rumah pengantin. Sambil berjalan ke home stay tu, sempat jugalah selfie (^_^)
Dah malam sikit baru kami keluar lagi sebab Mak kata dia teringin nak makan Char Koay Teow. So kami bawa dia ke tempat yang kami pernah makan sebelum ni.
Korang boleh klik sini untuk cerita atau pengalaman pertama kami di restoran ni.
Tapi YY rasa kali ni punya rasa dia lebih better berbanding first time kami ke sini tahun lepas. Lagipun servis dia cepat berbanding sebelum ni.
Mungkin juga disebabkan orang tak berapa ramai. Tengok gambar dekat bawah pun buat YY teringat dengan jelas rasa char koay teow dia melalui tekak YY ni. Memang terbaik!
Lepas dah kekenyangan tu, kami kembali ke home stay. Besoknya Udin dan pasangan akan diarak pula. YY akan cerita pasal ni dalam part yang seterusnya tau.
Tunggguuuuu!
Kadang kala memang ada yang saje jer nak dera pengantin, rasanya sebab diorang dulu kena teruk kot hehe... Kalau ikut rombongan pengantin lelaki memang best sebab hantaran sebelah perempuan biasanya best2 dan byk nakanan. :)
ReplyDeletehehe...agaknya kot BM
Deletetapi saya rasa tak wajar sedang pernikahan tu sebenarnya senang aje
kat malaysia ni aje yang susah
tu memang betul, selalu dapat banyak makanan
best sangat rasanya! =)
Oh... pengelat nak bawa brg hantaran yg sedap aje ye YY. Tapi kalau nak rasa pun kena tunggu tuan empunya juga kan.. Kalau kakak pilih yg ringan dibawa:)
ReplyDeleteApa pun tahniah buat semua keluarga yg meriah bukan main tu..
hehe...mestilah kak! itu kira upah..hehe
Deletemestilah, tak akan main ambil aje kan =)
saya kalau berat pun rela janji hak tu paling sedap! =)
Alahaii...sedihnyaa tak dapat peluk anak. Tapi jadilah kan....
ReplyDeletetulah, memang hari tu sedih
Deletetapi dapat tengok pun jadilah, lepas juga rindu =)
Wah..tentu seronok ke penang lagi kan? Alhamdulillah..tak sabo tunggu part seterusnya.
ReplyDeletepergi pun sebab hantar sepupu kak
Deletekalau tak. tak dapat peluang juga =)
saya selalu bawak dulang hantaran dulu sebelum ada anak..kih2..
ReplyDeletechar kuey teow tu sedapnyer..jeles..
sekarang YY dah ada anak pun bawa juga
Deleteespecially hak yang ada gula-gula ke coklat ke
nanti boleh bagi dekat anak-anak =)
memang sedap! alhamdulillah dapat rasa lagi =)
Yani kena kauratin lg ke?
ReplyDeleteidak lah PB, ni lama punya kes lah
Deletemasa tu ye lah kena kuarantin
sekarang dah bebas! yes! =)
Oh, masa tu boleh jumpa tapi tak leh pegang ya? Oh, tensionnya! Ingat boleh kelecops kelecops... Tapi takpa, dah lepas pun waktu seksaan tu. Tengok char kuey teow tu saya pun meleleh air liur ni. Main lap-lap dengan tapak tangan je. Tak sempat nak ambil tisu. Nasib baik YY ingat pakai baju kurungkan. Ingatkan nak pakai blouse dengan seluar jeans lagi. Hehehe. Alah, I gurau-gurau manja je! Janganlah terasa. Terasa little,little tu adatlah yek ^__^
ReplyDeleteye, gitulah citenya
Deleteboleh jumpa tapi tak boleh ada sentuhan fizikal
kalau ada pun tak boleh lama =)
wei! mau kena pelangkung kepala dengan mak YY kalau pakai blouse
sebelum pergi dia dah bagi warning
"ko jangan buat malu mak, pakai baju kurung!"
seram dengar ugutan tu! ku relakan jua walau terpaksa katanya =)
char keuy teow tu memang paling marvelous yang pernah dirasa =)
mcm makin kurus ko yana..... ko dah okey tak....tu laa mane tahan kan bab nak kene jauh dgn anak....adoiii sehari tak jumpe pun leh meroyan ini kan plak nak kene kuarantin tuk tempoh yg agak lama...tapi demi kesihatan semua diturutkan yana.....in sha Allah berkat kesabaran ko moga2 semua akan kembali okey.......
ReplyDeletealamak pi penang best...syorga makanan...mcm2 leh mkn kalo pi penang..gatal jek kaki lieay nak pi cuti2 penang nieh...
yeke lieya? rasa cam sama aje...hehe
Deletealhamdulillah okay dah sikit berbanding sebelum ni
tapi tak tahu result camne, kena jumpa doktor hujung tahun nanti baru tahu =)
sekarang dah boleh bertepuk tampar dah dengan anak-anak lieya wei...hehe
lepas dah azab lapan tu, alhamdulillah =)
sabaq naa kak yana, inshaAllah pasni kalau dah okay boleh peluk anak kuat2. yg penting sekarang, kesihatan dua-dua belah pihak kena jaga..
ReplyDeletep/s: char koay teow pekena dengan cili jeruk, lagi sedap tau.. ^^
dah lepas dah azab lapan tu gee wei
Deletesekarang dah boleh buat banyak benda dengan diorang
ni cite lama ni =)
yeke? tak tahu lah pula. makan gitu aje =)
Adeh.. Teringin pula tgk kueh teow tu...
ReplyDeletealahai kesiannya
Deletenak hulur jauh ler pula =)
Alhamdulillah.. pasti seronok & meriah kan YY... tengok Char Kuey Teow ptg2 ni jadi laparlah pulak.. :D
ReplyDeleteseronok sangat KK wei
Deletemaklumlah bukan selalu dapat peluang dan ruang ginikan =)
tulah, saya pun samalah sekarang ni =)
dalam gambar ni YY nampak kecik cam budak sekolah hiksss
ReplyDeleteyeke? cam sama ajelah JM =)
Deletebila baca pasal kari kepala ikan ni , sis teringat masa gi majlis tunang abg angakt india muslim . kami dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan kari . nampak sama tapi rasa berbeza ... nasib baik tak ceret beret ...
ReplyDeleteyelah vee, macam YY ni kan
Deleteawak tak pandai makan, dengan rasa hanyir dia yang agak kuat
kena pula dengan rempah, memang agak lambat dia nak lalu
tapi dah nama dia rezeki, telan juga
YY sakit apa? semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteSuka tengok gambar anak-anak YY, comel2 ja.. =)
Kalau saya bawa dulang hantaran, nak bawa yang ringan2 je. Hehe.
hyperthyroid yang wei =)
Deletemasih dalam treatment, dah 18 tahun dah ni
budak usia gini emmang semua comel faarihin
kang dah beso baru hilang kecomelan...hehe
YY tak kisah dia ringan ke berat, janji sedap! hehe
dah sampai penang awat tak roger2..kalau dak boleh jumpa sembang2..hehehe..
ReplyDeletepergi pun kejab aje farah
Deletetak teringat pun farah duduk sana...hehe
sorry ye, mungkin lain kali =)
Awak nampak kuruslah YY......turun tak berat tu?...Tak taulah mungkin kat gambo jer kot. Tak pakai jeans ke kali ni? Sudah insaf? Haha...
ReplyDeleteTahniah buat Udin.....sama nama mcm adik ipar kita. Dapat anak mami lah nooo
mana ada kurus, camni ler berat dengan sebelum ni OKje
Deleteooo...saya bukan insaf cuma gerun dengan ugutan mak
tu yang sarung juga baju kurung walau hakikatnya tak rela...hehe
tulah, jodoh dia dapat anak mami =)
Yang tukang bawak dulang tu bebaik... jangan sampai nak tukar dulang nanti tinggal serdak jerr... hehehehe...
ReplyDeletehehe...cadang nak seludup juga idah
Deletetapi pengantin dah nampak siap kata suruh kira dulang
bukan boleh percaya muka kami katanya...hehe
Dah lama x gi penang
ReplyDeletesaya ni untuk kali kedualah
Deletetapi tu pun lebih sebab nak pergi kenduri =)