Preparation Birthday Celebration Untuk Afif (^_^)

7:17:00 am Yana Yani 50 Comments

YY sebenarnya dah merancang untuk melaksanakan sambutan untuk birthday Afif di sekolah dia sejak dari awal tahun. Tapi kita hanya merancangkan, ALLAH yang tentukan.

Awalnya YY bercadang nak cancel aje rancangan ni disebabkan beberapa masalah berbangkit. Tapi hati seorang Mama tu buatkan YY teruskan juga sebab nak Afif ingat semua ni.

Lagipun tahun depan dia akan melangkah ke Darjah Satu meninggalkan memori zaman tadika yang mungkin akan sedikit berbekas dalam ingatan dia.

Kalau Afif baca ni satu hari nanti, ketahuilah yang Mama buat semua ni sebab sayangkan Afif.

By the way, Afif dari mula sehingga entry ini diterbitkan masih tidak mengetahui bahawa YY merancang mengadakan sambutan hari jadi dia pada Jumaat ni, 21 Nov 2014.

Birthday dia sebenarnya pada 22 Nov 2014. YY awalkan sehari (^_^)


Persiapan untuk Afif punya birthday celebration ni pun YY lakukan pada saat akhir. Konon nak buat kecil-kecilan aje tapi jadi besar juga. Hehe!

Untuk kek, snacks dan paper bag, YY laburkan dalam RM120. Jimat banyak dari bajet asal. Tapi rasanya kalau YY lakukan sejak dari awal, jimat lebih banyak!

Dengan modal sebanyak tu, cukup untuk menyediakan goodies bags untuk 50 orang pelajar. Berlebih pun sebenarnya sebab sekolah Afif hanya ada 43 orang pelajar.

Yang pasti YY jimat banyak dekat snacks sebab YY beli dekat kedai yang menjual snacks secara borong di Jalan Meru, Klang. YY hanya gunakan lebih kurang RM35 sahaja untuk snacks.

Naik kelabu mata dok pilih snacks yang bermacam jenis pada harga yang sangat murah!


Walaupun Afif tak mengetahui tujuan segala snacks tu YY beli, dia tetap antara orang yang paling ligat membantu memasukkan snacks dalam paper bags (^_^)

Adik-adik YY, Angah, Annor dan Anis juga membantu menyebabkan kerja itu yang dijalankan secara bergotong royang menjadi begitu mudah!


Part paling susah adalah nak buat decoration pada paper bags sebab YY lakukan part ni seorang diri dan dalam masa hanya satu hari! Boleh aje kalau nak buat secara berperingkat.

Cuma YY takut akan ada masalah lain. Sebab tu YY balun satu hari tu juga buat semua benda ni. Senang! Lepas tu dah tak payah fikir dah (^_^)

YY cuba buat theme Ultraman sama dengan kek yang YY tempah. Rasa dah simple sangat tapi seksa juga nak buat sebab tak pandai sangat menggunakan aplikasi yang ada.


Nak created dan printed tu okay lagi. Tapi nak memotong dan menampal, azab! Tu lah kan, sape suruh buat kerja last minute? Kan sendiri yang susah! Padan muka. Hehe!

Mujur juga yang lain tu dah dilakukan sejak dari awal. Kalau tak lagi naya!


Masa YY dok buat benda ni seseorang, si Aisyah tetiba muncul dengan senyum meleret. "Mama nak oyong" kata dia sambil memasukkan ibu jari ke dalam mulut.

"Boleh! Aisyah bagi kertas ni dekat Mama. Mama tampal" jawab YY pula sambil menunjukkan cara yang perlu Aisyah lakukan. Dia pula hanya mengiakan sahaja.

Alhamdulillah berkat bantuan tangan kecil ni, siap juga kerja YY malam tu (^_^)


Hari Selasa YY dapat surat dari sekolah Afif mengatakan bahawa hari Jumaat tu adalah hari mengambil kad laporan. Arghhhh, kes naya ni!

YY planning nak buat birthday celebration Afif pada hari tu! Kelam kabut telefon cikgu Afif bertanya sama ada hari Jumaat tu bersekolah ataupun tak.


Jawapan yang diberikan buat YY rasa lega sikit.

Cuma moral yang boleh diambil oleh parents lain adalah, sila maklumkan pada pihak sekolah sekiranya mempunyai rancangan seperti ini. Kalau tak jadi macam YY (^_^)

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan seperti yang dirancang. Dah deal dengan cikgu Afif. Tinggal tunggu hari tu aje. Rasa macam tak sabar pula menunggu hari tu. Hehe!

Masalah sekarang ni pula adalah tema Arabic. YY tengah dok fikir macamana nak bagi Afif pakai tema Arabic untuk hari ihtifal nanti. Awatlah cikgu pun bagitau last minute?

Pening juga dok fikir bagi menepati tema yang ditetapkan. Tak akan nak kena keluar duit lagi sebab Afif memang tak ada jubah ala-ala Arab. Ada ke tema Arabic tanpa keluarkan satu sen duit pun?

Cuba korang bagi idea sikit. Tidak kang YY selamba aje bagi Afif pakai baju Melayu lepas tu lilit tudung bawal YY pada ketayap sebagai serban. Ada aku kisah? (^_^)

50 comments:

  1. Happy Birthday to the birthday celebrant!

    ReplyDelete
  2. Esok bday afif ye. Happy birthday.. Hehe..acik ucap dlu. Excitedkan dpt plan utk anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabtu nanti sebenarnya
      saja buat awal bagi dia merasa celebrate dengan kekawan

      Delete
  3. Tak apa kot kak kalau beli jubah satu untuk Aliff.in the future boleh pakai lagi.beli besar sikit.
    Good luck untuk majlis birthday nanti.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. last minute yang wei, mana nak cari
      kalau last week diorang bagitau, bolehlah iktiar cari
      ni besok dah jumaat, pening nak mencari
      apapun terima kasih ye

      Delete
  4. nampak meriah celebration birthday afif ni..tak sabar nak baca entri selanjutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang harap semuanya berjalan lancar
      insya ALLAH =)

      Delete
  5. bestnya
    semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  6. Alaa....22hb tu hari Sabtu makanya, saya ucap in advance untuk Afiflah ya! Untuk peminat Ultraman dan dinosaur ni, auntie MD ucapkan Happy 6th Birthday ya, Afif! Moga jadi anak yang baik dan sentiasa menggembirakan hati ibubapa. Sayang makpak sampai bila-bila tau!

    Bersungguhnya YY menyediakan segala persiapan untuk harijadinya. Kalau nak buat di tadika, memang kena beritahu pihak pengurusan lebih awal, YY. Kalau tidak nanti haru-biru dibuatnya. Nasib baiklah sekolah okey je. Dapat Afif merasa sambutan harijadi bersama kawan-kawan sebaya. Eh, suami YY okey aje ke buat birthday party ni?

    Afif kan ramai sepupu sebaya. Takda siapapun yanga ada jubah ke? Kalau ya pun nak lilit shawl tu nanti kat kepala anak, pilihlah yang plain colour. Jangan buat hal pulak pakai shawl bunga-bunga *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasihlah MD ye
      nanti saya bagitau afif ucapan MD ni pada dia, mesti dia suka!

      dah namanya mak kan, kalau untuk anak tu memang bersungguh punya
      rasanya semua mak dekat dunia ni camtu
      jujurnya saya tak tahu walau mak dah ingatkan,
      saya fikir tak ada hal kalau beritahu lambat
      yang penting afif dapat merasalah sambutan hari jadi dengan kawan sekolah
      sebenarnya suami saya tak tahu juga bab ni
      saya siapkan aje dulu, nanti tiba masa baru beritahu
      standby telinga aje time tu...hehe

      mana ada ramai sepupu sebaya, dia seorang aje enam tahun
      kalau ada pun si khalis tu aje, jauh dia duduk tu
      tak akan semata sebab jubah suruh turun klang, menyusahkan nanti
      saya tak tahu camne nak buat, yang pasti memang tak ada peruntukkan untuk jubah
      rest assured, mesti pakai hak plain punya untuk serban...hehe

      Delete
  7. Kak YY, afif ada jubah tak? kalau ikutkan jubah jela yang cantik pakai untuk tema arabic ni..kalau pakai pakaian macam aladin pun boleh jugak tapi kena keluarkan ringgit jugak la..hehehe.apa2 pun sanah helwah (selamat hari lahir) untuk afif..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah yang! kalau ada, idaklah akak runsing camni
      big boss dah kata, tak ada peruntukkan tu ni, pakai apa ada aje katanya
      apapun terima kasih ye =)

      Delete
  8. mesti afiff happy esok..tak sangka mama dia buat sambutan utk birthday dia nanti,
    apapun acik ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat afif...dengan doa moga afif dikurniakan kehidupan yang baik,bahagia bersama keluarg,afif berjaya dlm pelajaran,juga doakan afif menjadi anak yg soleh berjaya didunia dan akhirat..


    akak pun sedang dalam perancangan juga ni,kebetulan adam & adrien berkongsi bulan kelahiran,jadi tengah fikir birthday dorang dekat taska nanti,dah la dua2 nak tema transfomers..sorang bumblebee sorang optimus prime..tak ke pening mama dorang dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH, itulah hendaknya
      nak pula dia tak tahu nak buat benda ni, mungkin lagi bergandalah seronok tu gamaknya
      terima kasih kak, saya pula nak menangis baca komen akak ni
      terima kasih sesangat, nanti saya sampaikan pada afif

      sib abik sama transformers sebab dua karakter tu memang dekat
      boleh aje satukan pada kek,aritu saya ada nampak
      tapi kek nak kena besarlah, idak tak cantik time print nanti
      all the best untuk planning tu ye kak =)

      Delete
  9. Happy birthday in advance Afif.
    Sibuk benar YY teriba clash pula tarikh dgn hari di sekolah ye
    Tapi oklah kalau cikgu dah bagi lampur hijau.
    Harap-harap semuanya berjalan bagai dirancang.

    ps: cantik goodie bag yg YY buat tu - menarik kombinasi warnanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak!
      tulah pasalnya, salah saya pun sebab tak maklumkan pada cikgu
      dah dapat pengajaran dah dari sini...hehe
      p/s-biasa aje ni kak, tak mampu nak buat lebih fancy

      Delete
  10. Saya nak cari paper bag tu lah tapi x jumpa.
    Waahhh...ada gambar otromen ye.
    Best..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kebetulan juga jumpa dekat kedai bunga...hehe
      buat sendiri tu, eh idak
      design sendiri...hehe

      Delete
  11. rajennye mama Afif nie..
    Happy Birthday in advance Afif ! sure eksited dia dapat sambut besday dgn kawan2 esok :)

    hurmm..kalau takde, takpe kot pkai bj melayu..tak pun sis bg Afif pkai suo track, pastu bg pkai bj plain takde lengan..kt pinggang ngan kepala tu lilit sikit2..hehe

    anyway, jemput join my 1st GA
    http://mamamuizlife.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-sayang-anak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...untuk anak, relakan aje
      wah bagus juga idea tu! tak terfikir
      tapi tak tahu big bos approve ke idak

      terima kasih atas jemputan, insya ALLAH saya participate

      Delete
  12. Hehe..gigih! Moga lancar plan tu nanti ya.
    Takde idea la psl tema Arab tu..huhuu

    ReplyDelete
  13. hari sabtu ye..patut la kena buat awal sehari..tak best la tak sambut dengan kawan2..kan??masa birthday anak saya dulu saya tak pernah bagi jajan dalam paper bag ni..selalunya saya siapkan kek dan hadiah untuk kawan2 dia..macam alat tulis,,dan benda2 yang diaorang boleh guna.Rasanya kos nya lebih jimat dari beli jajan..

    tahun last tadika je saya hantar kek, cocopai sorang satu dan hadiah tetap ada,..hehe..saya tengok bila ada yang sambut harijadi bagi jajan,anak saya tak makan pun bila dia bawak balik...sebab tu cikgu dia pun kata bagi kek je la..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak terfikir nak buat gitu diana
      lagipun nak beli hak yang murah stationery ni kena p GM
      jauh dengan rumah saya

      saya buat apa yang ada depan mata ajelah =)
      janji ada, just for fun

      Delete
  14. Selamat hari jadi AFif...semoga membesar sehat...panjang umur...dan menjadi anak yang soleh dan 'hafiz' yer....aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye bunda
      aminnnn bunda
      sejuk perut kalau dia jadi hafiz =)

      Delete
  15. Wahh happpy birthday Afif.. uncle pun nak join.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KK
      alahai dah lepas, lagipun jauhlah =)

      Delete
  16. tak sabar nak tgk kek ultraman . cuma jubah jer yg terlintas bila bab arab ni . serban tu mmg blh buat la kan . tak kisahlah yana , janji pakai baju ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua dah settle vee =)
      hehe...memula memang nak buat gitu, last minute dapat jubah =)

      Delete
  17. Confirm afif akan terkejut n terharu sgt nnti. Lya dh tgk raut muka asya aritu.. mcm kita lak nk nngis.. hati seorg ibukan.. walau susah payah pom akan ttp usha demi hati anak kan..

    Lya aritu seminggu sebelm plan nk buat dh bncang dgn cikgu kelas asya.. kes tkut ada agenda lain ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan lya, demi anak kita cuba juga ikhtiar
      bukan apa, teringat moment tu bukan selalu

      saya nilah pandai sangat! main planning aje tanpa discuss...hehe

      Delete
  18. Aunty pun tak sabar nak tahu apa reaksi Afif nanti bila esok hari....
    Susah juga bila ada tema tapi pihak sekolah tak beritahu awal2...
    Bernas sgt cadangan tu YY... like10x :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...last minute rahsia pecahlah kak =)

      tulah pasalnya, kalau beritahu awal mungkin bolehlah meminjam
      ni dah last minute, kelam kabut jugalah =)

      Delete
  19. Seronok lah afif ni ye?sambutan yang penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Klu dekat mau jugak kathy dtg. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah lepas, dia seronok sangat =)
      saya pun buat untuk kawan sekolah dia aje

      Delete
  20. Happy 6th Birthday buat Afif..semoga membesar menjadi serang anak yg membanggakan ibubapa yer..
    Alamak kenapa la pelik nau temanya..hehehe.. harap dipermudahkan urusan yana nanti..mesti comel afif jadi ala2 pak arab nanti..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih farah! aminnnn

      tulah kan, arabic. first time bertema
      tahun lepas tak pun, kalau ye pun beritahulah awal sikit dak
      mujur juga last minute bajet untuk jubah approve =)

      Delete
  21. Sakan yer memborong mak! ...
    Mak sekarang mmg kreatif...dulu Okje sumbat dalam plastik jer YY ..... Makanlah kau nak hihi...
    Pakaikan jubahlah pas tu pakai serban ala ala arab yg macam tudung tu... jadi gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok OKje! bukan selalu dapat peluang ambik gitu! hehe
      idaklah kreatif sangat pun, beli aje tu pun
      kalau beli plastik, banyak sangat! nak pakai sikit aje
      settle dah bab tu, cam pak lebai afif jadinya...hehe

      Delete
  22. Apa nama kedai kat Meru tu YY? Kot ada pgram sekolah yang sesuai nak juga saya ke sana beli barang. Boleh jimat kos.

    Betul juga tu, sesibuk mana pun atau ada halangan kita nak cuba bagi kegembiraan buat anak.. kalau diorang gembira, kita lagi gembira jadinya..

    Nampak gaya pembungkusan tu pun dah tahu anak2 yang menerima hadiah2 ni pasti tersenyum lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah bagi dah kat blog AN, nanti p la tengok
      memang murah tau, berbanding harga dekat luar

      nama pun mak kan, kalau boleh ikhtiar nak bagi anak tu happy
      alhamdulillah, dorang suka sangat! =)

      Delete
  23. Dah buat persiapan awal cuma Afif tak tahu pasal kek sajalah rupanya. Kalau saya dapat merasai sendiri pasti saya juga amat2 teruja dan berlebih2 kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, gitulah citenya
      dia jenis tak bertanya sangat bab gitu
      alhamdullilah semua dah settled dah paling penting
      afif happy =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...