Satu Hari Di Hujung Minggu (^_^)
Hari minggu baru ni kami sekeluarga tak banyak melakukan aktiviti luar disebabkan bimbang dengan keadaan cuaca yang tak begitu mengizinkan.Bangun pagi tu seperti biasa YY bangun untuk menyediakan sarapan. Memang sejak masuk ke rumah baru ni, memasak merupakan benda yang perlu dilakukan walau hakikatnya YY tak suka (^_^)
Sebelum ni bukan tak masak langsung, tapi ada hari-hari yang YY tak perlu memasak. Pendek kata, banyak makan di luar. Tapi sekarang, setiap hari masak walau hanya untuk breakfast.
Tengah dok bermalasan memikirkan menu apa yang harus disediakan untuk breakfast hari tu, tiba-tiba Encik suami mengkhabarkan berita yang cukup buat YY teruja.
"Tak payah masaklah Sayang. Kita makan dekat luar aje" kata Encik suami.
Dengar berita tu, automatik mood YY bertukar ceria! Kalau boleh nak hari-hari macam ni. Hehe! Lepas tu tak tunggu lama, terus bersiap! Nampak tak keterujaan tu? (^_^)
Kami ke restoran yang memang biasa kami pergi yang terletak berhadapan dengan Pasar Besar Klang. Banyak kali juga YY cerita dekat blog ni.
Aisyah memang orang paling ceria setiap hari! Bangun setiap pagi dia akan berikan kami senyuman yang buat hilang seketika segala bebanan yang dipikul.
Gambar dekat atas tu lagaknya macam dia sedang membuat pesanan. Tapi sebenarnya dia sedang menyakat Abang dia. Dia bagi hint yang dia sedang minum minuman air Afif.
Puas sakat Abang dia, dia kacau pula Papa dia yang sedang membaca akhbar.
Afif pula jenis kategori manusia paling mudah bangun walau dengan hanya sekali kejut. Tapi dia kebiasaannya agak moody pada waktu pagi.
Bila dah charge sikit tenaga, barulah dia akan mengeluarkan senyuman. Gambar bawah ni lepas dapat makan roti telur kegemaran dia dengan air soya, dia menyanyi senang hati.
YY kurang jelas apa yang dia nyanyikan. Tapi dia memang tengah menyanyi (^_^)
Lepas tu kami bergegas pulang disebabkan kami nak memenuhi jemputan jiran sebelah rumah kami yang mengadakan kenduri doa selamat dan akikah anak dia yang sulung.
YY suka dengan bacaan marhaban yang dibaca oleh kumpulan marhaban yang dijemput khas dari Kuala Lumpur. Tapi khemah dan juga kambing golek pun dia panggil orang jauh.
Rupanya disebabkan dia tak begitu mengetahui siapa yang menawarkan khidmat serupa di kawasan sekitar kami ni. Jiran kami ni berasal daripada Putrajaya.
Tak apa lain kali kalau buat majlis, kami akan syorkan. Kami memang orang sini aje (^_^)
Afif suka makan kambing golek. Memang dia cukup "hantu" dengan kambing golek. Dia boleh makan berulang kali sampai dia betul-betul kenyang.
Hari tu aje dengan kuantiti kambing golek dekat gambar bawah ni, dia bertambah dekat empat kali! Memang suka betul dia makan. Seronok tengok! (^_^)
Lepas dah kenyang makan kambing golek tu, dia makan pula dadih dengan Aisyah. Mereka berdua ni memang suka makan dadih, tapi Mama diorang belum pernah lagi buat.
Nantilah Mama cari masa buat dadih. Tapi sebenarnya tu ayat malas! Hehe!
Disebabkan time tu orang terlalu ramai, kami keluar dari khemah sebab nak bagi ruang pada orang lain untuk makan. Tak sangka ramai juga jemputan yang hadir.
Kami lepak sekejab di taman permainan yang terletak tak jauh dari rumah kami. Cuba tengok gambar dekat bawah ni, mana satu Papa dan mana satu Afif? Hehe!
Bila khemah dah sedikit "clear" kami sambung lagi makan! Hehe! Lagipun tuan rumah tak kasi kami balik sebab dia suruh kami rasa semua menu yang disediakan.
Mak jiran kami ni yang paling beria suruh kami makan sebab dialah sebenarnya yang akan duduk dekat sebelah rumah kami sebab anak dia akan terus duduk di Putrajaya.
Memang peramah. Seronok duk layan dia bercerita (^_^)
Lama juga kami dekat situ. Bayangkan dari pukul sebelas pagi sampai pukul tiga petang kami dekat situ. Bukan buat apa pun, jadi "Majlis Perbandaran" aje dok "clearkan" menu yang ada. Hehe!
Sampai tak larat nak angkat badan sendiri lepas tu sebab overloaded! Hehe!
Balik rumah memasing pergi "berlayar". YY aje yang tak mampu ikut sebab terasa macam banyak sangat kerja rumah yang perlu diuruskan. Lagipun memang jenis manusia tak reti tidur petang.
Malam pula YY dok balun buat entry untuk blog selama seminggu termasuklah entry ni. Encik suami layan AF akhir. Afif dan Aisyah pula mewarna.
Masing-masing dengan kerja memasing (^_^)
Hari minggu tu memang kami tak ke mana sangat pun walau sebenarnya ada aje aktiviti yang dilakukan. Cuaca pula macam nak hujan, tapi tak hujan.
Apapun kami tetap enjoy! Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga kita jumpa lagi dilain entry. Take care. Assalamualaikum (^_^)
syoknya anak-anak makan ye...
ReplyDeleteMama Niza
sekali sekala dapat apa yang diorang suka mama =)
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi
td breakfast apa?
walaikumsalam wbt
Deletebelum sempat breakfast lagi =)
wahhh.. enjoy satu family...
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html
- Mia Liana -
memang enjoy ML =)
Deleteterima kaish untuk updated tu ye
Kakak pun baru beberapa hari makan kambing golek juga tapi majlis nak mengkhatankan cucu. Kalau kena kuah yg sedap kambing golek memang sedap.
ReplyDeleteHarap jiran YY itu terus jadi jiran yg terbaiklah...
bukan selalu dapat peluang makan kambing golek kan kak
Deleteagak mahal juga kalau beli sendiri
alhamdulillah rezeki kami hari tu =)
insya ALLAH, harap saya juga mampu melakukan perkara yang sama
wah...kambing tu..feveret suami sy hehe..sy xsuka
ReplyDeletesuami saya pula tak berapa suka
Deletesaya pon nak cam YY ari-ari..balik umah, takyah masak..terus makan..ahahaha..heaven..
ReplyDeleteasben YY memang suka pakai spek mata hitam ke? ke malu2 miaw?
hehe...best kan kalau dapat peluang camtu =)
Deletememang trademark dia! bukan sebab malu miaw2...hehe
Wah, dah dapat kambing golek, tak payah susah hati nak fikir apa nak masakkan, YY! Saya bab kambing ni tak berapa excited sangat tapi Hubbydearie sukalah. Superheroes tak payah tanyalah. Mereka tengok kambing tu tergolek, mereka pun tak mahu dekat - bau kambing katanya ^_^
ReplyDeleteSaya kalau hujung minggu pun memang dapur tak berasap, kayu api habislah katakan. Bukan setakat malas masak, nak ke dapur pun malas. Silalah jangan datang rumah hujung minggu. Nasib baiklah saya tak jadi jiran YY kan. Kalau tidak memang kesian YY satu famili. Panggil jerit pekik pun jiran sebelah sunyi sepi jek dalam rumah. Hahaha.
saya pun sama, tapi kalau dapat makan tu
Deletealhamdulillah jugaklah sebab nak beli gitu aje, mahal juga kan =)
saya berasap juga, takut masuk angin kayu api tu...hehe
memang pasti ada buat kecuali big bos kata sebaliknya
bagus juga kalau jadi jiran saya MD
saya boleh hulur kat MD lauk pauk saya sebab suami saya selalu bising
saya masak banyak, tak reti masak sikit =)
Sekarang ni musim hujan, kayu api saya basah jelah. Itu yang tak dapat masak. Hahaha...
DeleteEh, ramai gak umat manusia sama sikap dengan saya! Saya fikir saya je yang lain. Saya pun sama tau, suka masak banyak. Padahal yang makan dua orang je, superheroes tak payah kiralahkan tapi kalau memasak macam nak buat mini kenduri. Selalu tau kena marah dengan HD bila ada banyak makanan berbaki lepas dinner.
hehe...gitu ye
Deleteterbaik punya alasan tu! hehe
yeke? samalah kita ye. ingatkan saya sorang je
ni boleh jadi bahan entry ni...hehe
mekacihlah bagi idea =)
Amboi afif..suka kambing golek ye? Mesti seronok .. Meriah betul mjlis..
ReplyDeleteha'a kak
Deletedia memang suka makan kambing golek
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar
Alhamdulillah.. keluarga bahagia. Kambing tu mmg feveret hehee.. :D
ReplyDeletesyukur alhamdulillah =)
DeleteSamalah anak saya..si Ajik (no.2) tu suka sangat mengusik si Abe.
ReplyDeleteHehe..teringat masa saya menyewa kat PD dulu pun.saya ngan suami makan luar tiap hari. Kadang2 tapau.
hehe...nama pun adik beradik
Deletenanti satu hari, kita pasti merindui moment ni kan doktor?
saya idaklah hari2, tapi memang sellau sangat gabtung kuali
sekarang aje yang kerap masak =)
Sekarang saya dok dengan mak.
DeleteMaknanya balik memang dah siap tunggu makan je:)
patutlah pun...hehe
Deleteuntunglah =)
Yeay, encik hubby buat surprise makan kat luar lagi.. hihihi.. ^_^
ReplyDeletehehe...best2! =)
Deletekalau boleh nak hari2 gini =)
Aktiviti bersama family... Dalam rumah pun blh jadi kan...
ReplyDeletebetul tu cikgu!
Deletetu yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
Kalau saya pun, mahu isi perut hingga ke malam...
ReplyDeleteSave budget utk hari tu dan selamat tak payah masak... Hahaha...
hehe...tepat sekali!
Deletepart tak payah masak tu memang suka dengar! =)
Seronok kalau ada jiran yang baik macam ni kan? Alhamdulillah rezeki hari tu murah buat keluarga YY. Kalau saya pun pasti tak melepaskan peluang makan sedap2 kat situ. Papa N mmg suka sangat kambing golek tu..
ReplyDeletetulah, syukur alhamdulillah
Deletebelum berpeluang mengenali mereka dengan lebih rapat
suami saya tak berapa suka kambing golek
tapi of course memang kami pulun sampai kenyang! =)
anak saya alhamdulillah
ReplyDeletedia kurang sikit makan benda gitu
tapi dia nak makan nasi atau benda berat camni memang susah
dia lebih suka makan biskut
wah seronoknya makan2 dekat rumah jiran..alhamdulillah dapat jiran yg bagus,akak pun suka kalau dpt jiran mcm ni kan.. kambing golek tu,suka afif ye makan kambing
ReplyDeletealhamdulillah kami dapayt jemputan dari mereka
Deletemakcik tu pun supporting sungguh dengan kami
kami pun apa lagi, pulun habis! hehe
ha'a dia suka kambing golek
aisyah mmg ceria org nya.. tgk muka dia pon selalu senyum kan..
ReplyDeletewow..afif pndai makan kambing ye. mesti sedap tu klo dh bertambah
dia memang seorang yang ceria lya
Deletesenyuman memang tak pernah lekang dekat bibir =)
saya perasan dia suka makan kambing ni masa aqiqah adik dia dulu
lepas tu tia[ kali makan kambing golek, mesti dia bertambah
lagi kalau black pepper, laju aje makan =)
Majlis perbandaran katanya ahahahah
ReplyDeletehehe...main kasar nampak =)
DeleteTak panas ke afif makan byk kambing golek tue... hehehe.. tapi kalau dh suka xleh kata apa la kan.. =D
ReplyDeletehehe...tak tahulah farah
Deletetapi dia memang suka beno makan kambing golek tu
tulah kan, layankan ajelah
Seronok kalau dapat jiran sebelah yg mesra dan prihatin. Tak lah terasa mcm ditempat asing.
ReplyDeletealhamdulillah makcik tu memang mesra
Deletetapi dia belum duduk lagi, tunggu cuti sekolah katanya
Bukan Afif aje yg suka kambing golek kalau bagi kat OKje pun OKje suka hihi....6 round terus sekali hadap haha..... Wah sedondon ngan papa ye Afif tu siap berbaju melayu lagi...mama pakai jeans ke?
ReplyDeletesaya makan sikit okay lagi
Deletemakan banyak kang terasa pening...hehe
hehe...gurau kasar ni OKje ni
idaklah pakai jeans kalau dah namanya kenduri doa selamat
kenalah pakai baju kurung. kang kena halau...hehe
saya pakai sama dengan aisyah warna dan corak baju =)
selalunya kalau ada jiran mcm ni mmg kenyanglah . klu tak mkn byk kat situ , mrk lak hantar mknn kat kita . jiran lat 2 pintu rumah my kakak ni org klang . selalu gak dia bagi buah tgn dr klang . kekadang tu ayah dia mai sini , kami gak yg dapat buah tgn ... alhamdulillah .
ReplyDeletealhamdulillah, makcik ni memang baik
Deletekami pula yang naik segan dengan keramahan dia tu =)
dia memang berpewatakan gitu agaknya jiran vee
untung vee ye =)