Just Let Me Go! (^_^)
Dah lama menabur khidmat DI SINI, banyak YY belajar dalam tempoh tujuh tahun perkhidmatan dengan jawatan yang mungkin tak setanding orang lain.Sepanjang tempoh tu, YY nampak ramai yang datang dan pergi. YY juga nampak jatuh dan bangunnya tempat di mana YY mencari rezeki ni.
YY tak nafikan yang YY cukup bahagia dengan pekerjaan ini atau mungkin juga YY memaksa diri YY untuk berlakon terus bahagia dengan pekerjaan ini.
Cuma rasa seronok dan bahagia yang mekar dan semangat yang membara yang wujud satu ketika dahulu seakan pudar ditelan masa. Hari demi hari, YY seakan hilang arah.
Entah kenapa, keseronokkan tu sudah tak lagi wujud. Kerja tidak lagi bersemangat sedangkan dahulu YY cukup positif dan memastikan setiap kerja yang diamanah dilakukan on time.
YY seorang yang cukup berdisiplin bila melibatkan kerja. Benda yang YY tak tahu pun, YY akan cuba sampai YY tahu. Tak ramai yang boleh lakukan seperti itu menurut cerita Puan Bos.
Atau lebih tepat, seorang perempuan Melayu seperti YY.
Sampai dah ke satu limit, maka email di bawah YY hantar ke pihak management.
Terkejut beruk mereka dengan email yang mereka tak jangkakan. Perempuan Melayu tunggal dan yang satu-satunya paling lama berkhidmat mahu keluar? Mana mungkin!
Tapi yang tersirat adalah kerana perempuan Melayu ni adalah satu-satunya yang tahu keseluruhan flow company. Kehilangan dia adalah satu disaster. Maka berita seperti itu menakutkan!
Mereka seperti cacing kepanasan apabila YY meluahkan hasrat untuk keluar dari comfort zone. Kenapalah yang susah sangat untuk melepaskan?
Sedangkan selama ni, perempuan Melayu ni selalu disalahkan disebabkan rekod kehadiran yang tak cantik. Masalah kesihatan merupakan alasan untuk tiada sebarang peluang kenaikan.
Tapi mereka tak pernah nafikan kecemerlangan kerja YY. Malang sungguh menjadi seorang yang mempunyai penyakit. Hak sebagai pekerja dinafikan.
Sejujurnya ada juga kadang kala terasa nasib diri seorang Melayu yang menyebabkan senang diperkotakkan katikkan. Cuba bayangkan kalau YY bangsa lain.
Itulah malangnya bila terpaksa menjadi hamba dalam negara sendiri. Atau ini hanya sekadar pemikiran kotor seorang insan yang merasakan diri ditindas?
Terfikir juga untuk lari aje! Tapi lari sudah pastinya bukan jalan penyelesaian. YY tak mahu meninggalkan nama buruk yang biasanya akan diingati sehingga ke nafas terakhir.
Mungkin akan cuba bertahan selagi mampu. Tapi sampai bila? YY berada dalam situasi ditelan mati mak, diluah mati bapak. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.
Yey.. dah dapat komen dengan hp
ReplyDeleteWah, dapat tahu apa kerja YY tanpa baca entry lama. Haha, bukan apa, kekangan masa ni. Kalau tak kerana minat, memang tak berblogla, memikirkan banyak kerja. Tapi bila dah minat, masa dicari jugalah untuk buat apa-apa berkaitan dengan blog.
Nampaknya keputusan yang dibuat oleh YY ni setelah dipertimbangkan sedalam-dalamnya. Tujuh tahun bekerja dengan tekun walaupun ada sakit, rasanya memang tak wajar YY dinafikan hak untuk naik pangkat. Terasa.. menimbulkan persoalan lagi ni, sakitnya apa ya? Ai..banyak tul tanya ya..
Semoga diberikan kekuatan ya YY. Moga dapat hak yang sepatutnya.. moga diberikan penyelesaian yang terbaik. InsyaAllah
saya dah betulkan setting dia, tu yang dah boleh komen guna hp
Deletesebenarnya tak pernah tulis saya kerja apa pun sebelum ni
entry yang atas ni adalah first time saya exposed pasal kerja saya
saya tak tahulah sebab itu atau sebaliknya
tapi masalah kesihatan sentiasa dijadikan isu, tak tahulah
saya penghidap hyperthyroid sejak 18 tahun yang lalu
Puan YY,
ReplyDeleteGejala diskriminasi seperti ini banyak berlaku di negara kita ini. Namun itu lah hakikatnya anak muda bangsa kita akan hadapi dan terima apabila mereka masih terus lemah dalam banyak hal terutama aspek perniagaan dan ekonomi. Tindakan berani YY amat wajar. Allah Maha Pemberi rezeki selagi mana kita berusaha dan bertawakkal kepada NYA. Saya doakan semuga Allah permudahkan segala urusan YY, in syaa Allah. Aameeen.....
terima kasih pak mail
Deletegejala diskrimasi ni sebenarnya wujud sama ada kita sedari atau tidak
kita sebenarnya belum cukup kuat dari segi hati, sebab tu kita payah bersaing =)
apapun terima kasih pak mail, saya hargai kata-kata itu
Hmmm..sis nk resign eh? Nape sis? Cer citer kat kathy. Namun apapun pilihan sis kathy doa kn yg terbaik. Moga Allah memberi kekuatan itu pada sis.
ReplyDeletetension kak wei!
Deletetak tahulah, resign letter baru kena reject aritu
apapun terima kasih ye kak
Jangan lari kak Yana.
ReplyDeleteJust make them realize the facts that you can't longer work with them.
Maybe a slow talk with help.
Diorang tak leh halang pekerja nak berhenti. Giler ke hape nak halang2.
Itu yg saya faham semenjak buat kerja HR ni.
Silap hari bulan pekerja boleh adukan perkara ni pada JTK.
Sebut JTK saja pun boleh buat bos-bos besar ngeri, sebab taknak ada sebarang masalah timbul di masa depan. Jadi, better settle senyap2.
Biasalah tu, orang macam tu bila kita nak blah baru lah terkapai-kapai. Gaji naik belum tentu mulut dah bising2.. Saya rasa saya pun macam kak Yana jugak nanti. Sebab selalu sangat ambil MC pas bedah hari tu. Huhu..
diorang bagi macam-macam alasan tak bagi akak berhenti
Deleteyang kita ni pula hati plastik, mudah dilentur
dah cuba bercakap, mereka masih kata benda yang sama
nak kata apa lagi? apa maksud ko senyap-senyap?
akak ni kerap MC sebab macam-macam masalah kesihatan
Tiba2 je YY, kenapa? Dapat kerja lain eh?
ReplyDeleteSaya no keje lebih 5 tahun dah..kalo tengok mark appraisal ok je kot.tapi tang tu je pangkat.huhu
tak lah, berhenti pun tanpa apply mana-mana
Deleteentah, mungkin lama sangat pendam rasa
Sabarlah.. in shaa Allah, pasti akan ada yg lebih baik akan dtg nanti... aamiin.
ReplyDeleteharapnya begitu KK
DeleteSekiranya ini saja jalan yang terbaik untuk YY...terserah..yang bekerja YY...yang merasa segala suka duka..pahit getir selama bekerja YY....
ReplyDeleteYY saja yang tahu segalanya...maka keputusan di tangan YY...Semoga ada sinar baru di tempat lain...InsyaAllah..
setakat ni saya hanya boleh tunggu dan lihat
Deletenak lari camtu aje bukan perangai saya
tak tahulah bunda
kot ada cahaya di penghujung jalan nanti =)
Dah dapat kerja tempat lain ke YY? Kalau dah rasa muktamad keputusan kita teruskan ajelah.... Insyaallah banyak lagi peluang yg banyak dan lebih baik diluar sana.
ReplyDeleteBila kita dah rasa tak puas hati dengan pengurusan dan seolah olah kita di tindas eloklah cari tempat yg lebih sesuai buat kita. Tak guna jugak kalau kita bekerja tp kita banyak merungut....
Benih yg baik walau dicampak kat mana pun Insyaallah akan menghasilkan pokok yang subur jugak
belum dapat, berhenti aje
Deletetapi tulah saya sekarang stuck ni sebenarnya
tapi tak apalah, saya rasa saya tahu apa yang say perlu lakukan sekarang
terima kasih ye untuk kata-kata tu OKje =)
Rezeki Allah tu Maha Luas... Insha Allah, banyak peluang lain mungkin ada diluar sana...
ReplyDeleteterima kasih untuk kata-kata semangat tu cikgu =)
DeleteYY, so dah confirmedlah ni nak berhenti kerja? Campur tolak lagi 2 bulan je ke kat company tu? Kalau ikutkan sayang, memang sayang apatah lagi bila kita dah lama. Kadang tu bukan sebab gaji saja kita hilang minatkan. Bila dah lama dalam comfort zone ni memang kita rasa cam tak best sangat instead of rasa lebih stabil. Dah dapat kerja baru ke atau masih mencari atau nak jadi surirumahtangga je ni?
ReplyDeleteApa-apapun, Insya Allah ada rezeki yang lebih baik buat YY sekeluarga.
betullah tu MD, bila dah terlalu lama dalam comfort zone ni
Deleteada satu macam perasaan yang susah nak describe
buat masa sekarang perlu bekerjalah MD
ekonomi belum pada tahap lepas...hehe
kalau mampu bersabar dan bertahan teruskan..jika tak mampu eloklah berhenti,inshaAllah rezeki Allah itu luas selagi kita mahu berusaha...mcm akak ni dah susah nak berhenti kerja sampai pencen, bukan tak boleh nak berhenti tapi takut juga dgn keadaan ekonomi en.azmi yg tak stabil sekurang2nya dapat lah akak support sikit dgn income yg tak seberapa ini...
ReplyDeleteakak doakan semoga semuanya baik2 sahaja ye,moga terus dipermudahkan segala urusan yana
tak tahu selama mana kak
Deletetapi sebenarnya saya serba salah nu
camne pun saya kena terus bekerja sama ada dengan company ni atau tak
apapun terima kasih ye kak
ikut gerak hati . ketenangan itu lebih penting dari menggembirakan org lain dlm situasi ini sbb ,mrk blh cari pengganti . jangan nanti krn kesiankan mrk , yana jadi lemas dan tak berdaya . mrk tetap dgn kehidupan mrk . sapa peduli kan! utamakan keselesaan diri dulu . kehidupan dan perjalanannya yana yg pilih . sudah tentunya dlm ketegasan membuat keputusan itu , pasti ada yg terluka tapi pastikan org itu bkn yana ... fikir2kanlah ... rezeki ada di mana2 . Carilah rezeki di tempat yg kita selesa dan gembira melakukannya . yg pasti , sumbernya halal .
ReplyDeletesuka betul komen vee ni!
Deletebersemangat saya membacanya
kalau vee dekat ni, nak aje saya peluang sebab
finally saya rasa ada orang paham saya...terima kasih sesangat vee =)
Memang berani tindakan YY utk keluar dari comfort zone...
ReplyDeleteBukan senang nak ambil tindakan resign padahal dalam masa yg sama kita belum dapat offer dari company lain... Insya Allah, akak doakan semoga segalanya dipermudahkan.... Bahaya juga kalau memendam rasa terlalu lama... At least, YY tahu apa yg YY lakukan... Akak sokong apa juga pilihan YY :)
kadang comfort zone ni yang buat kita lemas
Deleteterima kasih sesangat kak, terharu saya ni membacanya =)
Kalau rasa itu yang terbaik, teruskan. Rezeki Allah ini luas.
ReplyDeleteinsya ALLAH saya tahu apa yang perlu dilakukan lepas ni =)
DeleteLya faham sgt perasaan YY..sebab lya pon turut berada disituasi y sama. cuma smpai sekarang lya msih cuba bertahan. Rekod kedatangan lya pon tak cantik..sbb byk cuti/mc masuk wad.. tp alhamdulillah..lya cuba positifkan diri n buktikan..dlm thn 2012 adalah thn kecemerlangan buat lya jugak. tp malangnya,.. lya diuji disaat lya nak tnjukkan segalanya bila terlibat eksiden awal tahun haritu. tp syukur alhamdulillah..majikan dh celik mata..walau lya sakit n cuti dia org dah OK. maybe sbb time lya mmpu bekerja..lya bersungguh. dan satu lagi maybe sbb company melayu & 100% org islam..dia org lebih memahami. apa2 pon moga YY tabah..sbb lya faham sgt rsa kecewa itu,,, lya pnh ada disituasi ni
ReplyDeletemajikan saya pernah kata dia bahawa rekod kedatangan saya tak cantik
Deletetapi prestasi kerja saya amat membanggakan
dibandingkan dengan mereka yang perfect attendance tapi prestasi hanya suam-suam kuku
in fact kalau dia diberi pilihan, dia kata dia tetap akan pilih saya
tu yang saya sebenarnya dalam dilema
saya tak tahu selama mana boleh bertahan, moga adalah sinar di penghujung lorong =)
Situasi yang ramai orang kita lalui. Keputusan telah dibuat dan pastinya YY sudah berfikir panjang sebelum bertindak. Tiada apa yg boleh saya katakan lagi...semoga maju jaya. Percayalah...jika kita benar, insyaAllah, pasti kita akan beroleh yg lebih baik lagi... Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui... Mohonlah dan berdoalah...
ReplyDeleteterima kasih untuk kata-kata perangsang ni BM
Deletepada waktu dan ketika ni, kata-kata begitu memang means a lot
terima kasih sekali lagi =)
Kesian nya YY.
ReplyDeleteMacam dipergunakan pulak.
Dipersalahkan sampai x maikkan pangkat,
Tapi bila mtk resign tak bagi pulak.
tulah delima yang saya hadapi sekarang
Deleterasa agak terbeban juga
tapi tak apalah, saya tahu ada sebab disebaliknya =)
7 tahun? ..kalau dh kena reject surat tu ..apa action dorang lepas tu..
ReplyDeletetak tahulah nak kata apa JM
Deletetengok ajelah nanti