Pandangan Lelaki Tentang Suami Curang (^_^)
Pandangan Lelaki Tentang Suami Curang | Mungkin ada antara korang yang terbaca tentang cerita kecurangan suami dengan janda disebabkan isteri dia dah tak vogue sepertimana ketika baru berkahwin dahulu. Sejauh mana kesahihan cerita tu YY kurang pasti sebab dalam zaman serba canggih seperti sekarang ni, dengan satu klik aje semua orang boleh popular.Cerita tu agak viral sehingga ada akhbar yang menjadikannya sebagai satu bahan cerita dalam akhbar mereka dan mengundang feedback daripada celebrity seperti Wardina Safiyyah. Pandangan Wardina mungkin dikatakan cliche disebabkan dia perempuan. Masyarakat kebiasaannya akan mengatakan perempuan terlebih emotional apabila membaca benda sedemikian.
Mungkin akan ada yang kata kenapa tak cuba mengambil pengajaran atau perbaiki diri sendiri dari cerita terbabit. YY secara jujurnya tak boleh captured pengajaran yang cuba disampaikan. Hati terasa berbulu dengan pengakuan "si suami" dalam cerita tu.
Tergamaknya si suami menggunakan alasan "tak lagi cantik" untuk "menghalalkan" perbuatan zina dengan janda yang dikatakan lebih cantik dan menarik. Shame on you! Si suami dan pasangan zinanya itu sepatutnya dihukum rejam dengan batu sampai mati menurut hukum hudud dalam agama Islam (Betulkan YY kalau silap di sini).
Inilah jadinya kalau ketua keluarga menjadikan nafsu sebagai "tuan". Lupa atas sebab apa tujuan sesebuah perkahwinan itu yang jelas sama sekali bukan sekadar atas katil. Tapi itu hanya pandangan YY dari kaca mata seorang wanita dan juga isteri. Dalam hal ni bukan wanita sahaja yang membenci sifat mementingkan diri si suami, bah kan kaum lelaki juga.
Beberapa blog yang YY jumpa seperti BeautifulNara dan Buasir Otak mengulas isu ni dengan pandangan mereka sendiri. Tapi jelas mereka juga membenci tindakan kurang cerdik ini. Dalam ramai-ramai yang memberikan pendapat, YY cukup suka dengan cara Saiful Nang mengulas. Komen beliau jelas sekali berunsur sarcastic tapi message yang cuba disampaikan cukup jelas.
Tapi penerimaan setiap individu mungkin berbeza. Korang nilailah sendiri komen ini.
Kita sebagai manusia memang tidak sempurna tapi menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri adalah defensive. Lebih kurang macam lagu Bangau Oh Bangau. Lagu tu dari mula sampai habis dok salahkan semua orang keliling. Ianya jelas mencerminkan realiti kehidupan hari ni dan tak terkecuali kehidupan rumahtangga.
Untuk menjayakan sesebuah perkahwinan tu bukan terletak pada bahu satu pihak. Ianya perlukan kudrat kedua suami dan isteri bagi memastikan kestabilan rumahtangga berkekalan. Manisnya perkahwinan itu sekiranya si suami dan juga isteri memahami tanggungjawab masing-masing seperti yang disarankan dalam agama Islam.
Bak kata Abah YY, tepuk dada tanya iman bukan hati sebab hati juga menipu (^_^)
Wah.. betapa saya menghadap data PT3 dan PBS dalam dua minggu ni, memang tak ambil tahu pasal isu semasa langsung. Blog je semata2 saya baca sekali sekala ada masa senggang.. tak sangka kes gini hangat ya..
ReplyDeleteAi, dunia akhir zaman ni macam macam kesnya kan.. manusia yang buat benda2 macam ni macam tak waras tapi sedar.. benda lain ok dia buat tapi sesetangah perkara tu diamalkan apa yang bertentangan. Saya kalau baca kes2 pelik gini, selalu berdoa moga dijauhkan perbuatan yang tak elok ni bg kami sekeluarga..
biasa yang menjadi viral tu pastinya hangat! =)
Deletebegitulah nampaknya cikgu AN, dunia sememang dah akhir zaman
banyak sangat benda yang bertentangan dengan agama berlaku pada dunia arini
moga kita dah keturunan kita dijauhkan dari sifat sedemikian
andai iman itu teguh..takkan ada alasan untuk berlaku curang,betullah kalau sekali mungkin terlanjur, tp 6tahun itu bukan terlanjur..itu sengaja dah..kalau betul pun si isteri dah tak menarik,buatlah sesuatu agar isteri boleh jd menarik seperti dulu, ye dia bagi duit..sekurang2 nya bgtau la..duit tu utk pergi spa ke..utk cantikkan diri,kalau bagi je x cakap utk apa,kdg2 isteri ni..duit yg ada tu lebih suka guna utk benda lain yg lbh berfaedah..mesti lebih pentingkan barang anak2..eceh terlebih sudah memberi komen ni
ReplyDeletepengajaran dari cerita tu,kalau boleh akak simpulkan nak isteri jaga penampilan la tu.. tapi itu alasan yg kurang munasabah akak rasa untuk dia berzina..ntah lah mungkin hanya cerita rekaan je kot tu..hehehe
betullah tu kak, saya setuju dengan akak
Deletekadang itu hanya alasan utuk menghalalkan cara
mereka yang bertuhankan nafsu ni memang susah nak disekolahkan
apapun kalau cerita ni benar, moga dia mendapat keampunan dari ALLAH
insyaallah
ReplyDelete=)
DeleteSemoga dijauhkanlah dari terdorong ke arah sifat2 yg memburukkan dan merosakkan diri sendiri serta keluarga spt ini... aamiin. Nauzubillah...
ReplyDeleteaminnnnn
Deletesemoga kita semua dijauhkan sifat sebegitu
memang sakit hati bila membacanya..tapi itulah hakikatnya..setuju dengan saiful nang,...perkahwinan berlandaskan nafsu semata..kalau nak isteri mantop..jangan suruh isteri buat kerja rumah teruk2, penat, kalau nak isteri cantik, berikan isteri produk yang terbaik..support..ini duit nafkah pun ntah berapa sen je bagi,..huh
ReplyDeletesaya sependapat dengan mar
Deletemungkin sebab kita perempuan dan amat memahami nasib
perempuan bernama mah dalam cerita tu
Komen kakak pada setiap yg memberikan isu ini tetap balik pada iman. Kalau iman pasangan kukuh masing-masing tahu apa itu perkahwinan dan peranan masing-masing. Iman memberikan garispandan yg baik-baik belaka. Kalau ada yg tak baik bererti iman perlu diperkukuh dan dibaja...
ReplyDeletesaya setuju kak
Deleteini adalah contoh manusia yang bertuhankan nafsu
keimanan tu tak ada. kalau tak akan selama 6 tahun dia sanggup bergelumbang dengan dosa
dia sememangnya perlu perbetulkan diri
Ohhhh okje pun ada dapat jugak dlm WA pasal benda ni....
ReplyDeleteTerbaeklah Saiful Nang punya komen mmg membela kaum wanita sungguh...... inilah baru namanya lelaki. Berkahwin kerana agamanya bukan kerana kecantikannya sebab kecantikan itu tak akan kekal ...Moga suami suami kita tak macma tukan YY
saya pun suka komen dari saiful nang pasal isu ni
Deletesekurangnya dia tahu dan paham konteks perkahwinan tu
aminnn OKje
moga dijauhkan bukan laki kita aje, kita dan keturunan kita =)
Lelaki memang selalu menghalalkan segala kesalahan mereka. Selalu juga wanita yang dipersalahkan dalam hal begini. Bukan ditunding satu jari oleh sang suami, malah semua umat manusia di sekeliling turut sama menyalahkan wanita tanpa ambil tahu kebenarannya. Kalau hanya pandang yang muda bergetah, bila dah dapat satu akan ada lagi ramai yang lebih muda bergetah. Kalau pandang pada cantik dan seksi, lepas dapat satu, ramai lagi yang cantik dan seksi. Maka di mana pengakhirannya pencarian spesies lelaki bernafsu buas begini? Never ending storykan...
ReplyDeleteAlasan memang tak masuk akal sungguh. Cuba kalau isteri yang terlanjur, habis dah diherdik, dimaki, ditendang teranjang. Silap haribulan terus jatuh talak 3. Kalau mereka yang terlanjur, semuanya bersebab nak mengarah kepada kekurangan kita.
Tapi bak kata HD, lelaki ni bukan kerana cantik, muda dan seksi aje mereka boleh berpaling tadah. Ada isteri cantik pun boleh lagi mata meliar ke arah perempuan lain. Dah begitu dijadikan mereka ni.
Bak kata abah YY, kenalah tepuk dada dan tanya iman tu. Kalau iman sendiri pun tipis, jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain. Perkuatkan iman tu dulu!
wow MD, suka kata-kata ni, well said!
Deletetapi wanita memang sering dipersalahkan dari setiap sudut
baik pun kena, tak baik lagilah kan
tapi saya setuju kata-kata HD tu
memang lelaki sebenarnya hanya mahukan "hak tu" aje
berbanding perempuan yang memerlukan kasih sayang
sebab itu memang kes seperti ini kebiasaannya hanya lelaki yang lakukan
tepuk dada, tanya iman =)
Hmmm...mmg isu bikin panas ni.. Alasan yg tak masuk akal dan kathy benci lelaki aka suami yang bertuan dan bertuhankan nafsu ini. Bangang tahap dewa dewi ni.
ReplyDeletetulah kan
Deletekita angin mungkin sebab kita perempuan
dah fahami perasaan isteri dalam cite tu
cuma alasan tu terlalu childish
sis ada juga baca pasal ni ... sis ni bujang lagi . nak cakap lebih pun tak berani cuma klu dah lelaki tu yg tak de iman , jgn nak salahkan isteri yang melahirkan anak halal dari benihnya , yg menjadi isteri patuh syariah pula . Apa pun alasan dia , cash dr Allah tetap ada . jgn minta maaf pd isteri sebaliknya memohonlah keampunan dr Allah aka bertaubat sebelum balasan dr Allah dtg menimpa ...
ReplyDeletetulah kan vee
Deleteperbuatan dia tu jelas sekali salah
dah menyalahkan pula isteri untuk kesalahan dia
sungguh dayus!
Sebab tu kena pilih dan memilih calon sblum khwin... Khwinilah ssorg wanita/lelaki krna agamanya pasti kamu akan selamat dunia akhirat... Insha Allah...
ReplyDeletebetullah tu cikgu
Deleteapapun semua tu sebenarnya berbalik kepada keimanan =)
yes..penjelasan apa2 isu pon dari SN sentiasa terbaik , bijak n ditrerima otak..
ReplyDeletemmg mjadi viral kisah ni sekarang..
kesian kaum2 isteri kan..
padahal s]semua perubahan tu berlaku sebab pgorbanan isteri.
kan...dia memang pandai berkata-kata
Deletesaya sendiri suka apa yang dia katakan
ye lya, hanya isteri fahaman pengorbanan isteri =)
Curang itu berdosa...
ReplyDeletebetullah tu MKL
DeleteInilah yg berlaku jika perkahwinan dibuat atas dasar kecantikan.
ReplyDeleteCantik itu kendur dan layu mengikut masa.
Jika benar-benar cinta, kedut bagaimanapun, tetap cantik di matanya.
Sepatutnya sang lelaki juga kena pandai menegur dan membimbing, bukan semborono menyelesaikan masalah dengan mencari wanita lain. Jika dia sendiri tidak mampu menjaga maruahnya, bagaimana dia mahu menjaga maruah keluarganya sendiri. Maka inilah hasilnya..
Memalukan..
Wanita itu perlu dibimbing dan dijaga, namun apa yg berlaku adalah sebaliknya.. Sighh ~.~
untuk seseorang yang belum berkahwin, terbaiklah kata-kata ni gee
Deleteagak suka apa yang gee katakan, well say!
betul, wanita sehingga hari terakhir di atas muka bumi ALLAH ni
perlu diberi bimbingan kerana memang itu fitrah mereka
baru tahu cerita ni.
ReplyDeletepokok pangkalnya iman di dada.
kalau iman didada tipis, musnah la.
agak hangat cite ni sekarang =)
Deletebetullah tu QR
apapun tetap berbalik kepada keimanan
idak tak jadi benda gini
Tak berani nak komen banyak sebab belum kahwin kan, tak tau berumah tangga tu macamana.betul, kalau nak isteri maintain cantik, suami kena share tanggungjawab so that isteri ada masa nak grooming pastu bg dia duit nak g salon semua.
ReplyDeletehehe...tak mengapa
Deletesatu hari nanti SM akan fahaminya
cuma apa yang pasti kehidupan rumahtangga perlukan
fungsi kedua isteri dan suami, kalau sorang aje memang tenggelam
hehe...bukan itu aje
ReplyDeletedia memang mementingkan diri sendiri!
Waahhh...sungguh mengelar ayat2 saiful nang. Tapi, memang itulah hakikatnya jiwa hanya pentingkan tubuh badan. Agreed with saiful nang 99.9%.
ReplyDeletekan...
Deletememang terbaik komen dia walau dalam apa isu pun
Saya ada baca satu blog yg surat2 tu sebenarnya ada agenda tersendiri....
ReplyDeleteSanggup buat surat ala2 novel semata-mata nak lariskan satu produk kecantikan...
Dan produk tu dikatakan ada kaitan dgn Yahudi...
Sebenarnya ada surat balasan dari isteri yang juga semakin viral di FB...
Nampak tak permainan di situ?
Bila saya baca surat tu, saya tak rasa yg penulis tu orang Islam...
Kita kan kena bersangka baik sesama Islam...
yeke? saya tak tahu
Deletetak terfikir sebaliknya, hanya marah...hehe
apapun terima kasih tuk peringatan tu ye kak
Terbaik la pendapat Saiful Nang.. orang sperti 'suami Mah' tue memang ptt kena disekolahkan pun.. tak menghargai pengorbanan isteri yg selama nie setia dengannya.. dasar nafsu kawak suka suki nk salahkan isteri.. mcm la tak boleh dibaca berbincang.. bluwekkk... "emooooosi..
ReplyDeletehehe...kan
Deletesaya pun suka cara saiful nang memberikan pendapat
pada sesuatu isu
cam cerita yang ni, saya pun hangin! =)
Kisah tersebut ada agenda tersendiri yg ingin memecah belahkan umat. Membuat cerita dan kesimpulan mengikut dari pandangan sendiri. Mereka yg tipis iman dan ilmu mulalah setuju dengan melulu. Lain kali belajarlah ilmu agama sampai habis dan khatam. Eh...lain macam pulak komen ni... hehe
ReplyDeletesaya tak tahu cerita disebaliknya BM
Deletejust ada rasa marah je...hehe
appaun terima kasih tuk peringatan tu ye =)