Antara Si Sulung dan Si Tengah (^_^)

12:14:00 am Yana Yani 42 Comments

Tak beberapa lama dulu, YY terbaca satu artikel di Facebook mengenai penganiayaan yang sering dilakukan oleh parents terhadap anak sulung.

YY tak pasti sama ada korang pernah terbaca artikel yang sama tapi YY nak kongsikan di sini dari segi pemahaman YY di antara sikap antara Si Sulung dan Si Tengah.

YY merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. So bila terbaca artikel tu, automatik terlintas dalam fikiran bahawa YY pernah melalui perkara yang sama.

Ironinya, YY juga pernah melakukan perkara yang sama terhadap Afif!


Boleh klik di sini untuk bacaan selanjutnya artikel di atas.

Tamparan yang pernah YY berikan pada Afif satu ketika dahulu atas kesalahan kecil merupakan yang pertama dan terakhir. Perasan menyesal tu wujud sehingga ke hari ni.

Sejak dari hari itu YY cuba meletakkan diri YY pada diri Afif. Cuba memahami jiwa kecil ni yang mudah memberontak tapi pada masa yang sama amat boleh diharap.

Suruhlah buat apa pun dia pasti akan menurut tanpa membantah kecuali kalau suruh picit badan YY. Yang ni hanya Aisyah yang sanggup buat walau tak disuruh (^_^)

Afif seorang yang cermat dalam menjaga barang malahan perangai dia ni dah kelihatan sejak dia berusia setahun. Dia tahu mana dia simpan dan di mana dia perlu ambil.

Baru-baru ni berlaku pergaduhan yang agak besar di antara Si Sulung dan Si Tengah YY disebabkan poster Transformers kesayangan Afif. Aisyah koyakkan poster tu.


Tapi sebenarnya koyakkan kecil aje. Cuma nak menggambarkan betapa kecewa hati Afif dengan onar yang dilakukan oleh adik dia, dia meraung sekuat hati.

Bukan takat poster tu aje jadi mangsa, malahan habis barangan milik Afif yang tersimpan kemas berselerakkan dikerjakan Aisyah. Bila Abang dia menangis, dia cuak!

Agaknya kalau time tu YY sergah dia, mesti dia pun menangis sama.


Aisyah pula seorang penghibur dan dalam masa yang sama seorang rules breaker.

Karakter yang digambarkan lebih kurang sama dengan artikel yang YY print screen kan tu. Suka menyakat si Abang selagi orang tu mengamuk.

Memang orang pertama yang akan masuk bilik air walaupun nama Abang dia yang disebut dahulu, Tapi tujuaan utamanya adalah nak main air (^_^)

Berbeza dengan sikit dengan sikap Afif, jam pertama dia dapat barang, jam kedua dia dah hancurkan barang tu! Lepas tu sibuk nak yang Abang punya sebab dia punya dah hancur!

Lately YY perhati dia pandai mengemas selepas dia makan. Baru-baru ni dia makan cornflakes, lepas tu habis bersepah lantai. Biasa YY memang biarkan bersepah selagi diorang tak siap makan.

Tapi anak dara ni dah kemas sebelum YY sempat kemas.


Bila YY puji sikap dia yang mengemas selepas dia makan, dia sengih sikit punya lebar. Mungkin bangga mendapat pujian sebegitu lebih-lebih lagi yang memuji tu Mama dia.

Hakikatnya tidaklah sekemas mana, YY still kena mengemas juga sisa makanan dia. Cuma pujian itu YY berikan sebagai satu galakan supaya benda tu berterusan.

Afif juga YY pernah lakukan benda yang sama.


Moralnya setiap anak adalah berbeza dan itulah yang menjadikan setiap di antara mereka unik.

Even Mak YY sendiri pernah berkata, "Kalau kau ada sepuluh orang anak pun, tak akan sama walau keluar dari rahim yang sama"

Yang paling tua kerap dimarah disebabkan mereka perlu dibentuk untuk menjadi pemimpin pada adik-adik. Jiwa Sulung biasanya lebih kental, hati keras sebab mereka dah terbiasa.

Anak-anak yang lain biasanya lebih kepada menjadi follower kepada Si Sulung. Kebiasaannya yang mudah membangkang adalah yang kedua a.k.a Si Tengah.

Tapi kalau mereka sama jantina, mereka adalah rakan paling akrab seperti YY dan Angah. Afif dengan Aisyah ni pun walau ada pasang surut, tapi mereka tetap akrab sekali sekala.

Nama pun adik-beradik kan (^_^)


Yang pasti setelah menjadi parent ni, YY sedar yang sebenarnya kasih sayang tu cuba dibahagikan sama rata mengikut karakter si anak. Bila ada yang disuruh lebih, bukan sebab tak sayang.

Tapi kerana yang disuruh lebih tu adalah yang paling mudah disuruh atau pendek kata, mendengar kata. So tak usah nak buruk sangka pada parents kita.

Kita perlu ingat bahawa mereka seboleh mungkin berikan yang terbaik untuk kita walau terpaksa berkorban segala harta benda hatta nyawa sendiri.

Jangan tanya apa parents kita buat untuk kita, tapi tanya apa yang kita dah buat untuk parents kita. Kejayaan kita hari ni adalah berkat doa mereka. Ingat, tanpa mereka sapelah kita.

42 comments:

  1. Kak YY, Nur ni sebenarnya silent reader blog akak. Nur selalu baca pasal afif dan Aisy..tapi hari ni tergerak hati Nur nak meninggalkan jejak di blog ni. Pertama sekali Nur nak ucapkan tahniah kepada kak YY sebab penulisan blog yang bagus. Kebanyakan entri akak Nur suka baca, santai dan seronok. Teruskan menulis kak YY..Nur sentiasa menantikan entri terbaharu daripada akak..^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepagi dapat komen camni memang bikin touching lah nur!
      terus senyum sampai ke telinga!
      you have light up my day! TERIMA KASIH nur!
      inilah antara pencetus semangat akak untuk teruskan apa yang dah dilakukan
      Terima kasih sekali lagi ye nur =)

      Delete
  2. Saya suka entri ini! Maklum kita pun ada anak ramai.

    ReplyDelete
  3. penulisan yg bagus,suka akak membacanya, kadang2 kita sebagai ibu bapa ni terlepas pandang juga dengan sikap anak2,seboleh mungkin cuba berlaku adil walapon kadang2 si sulung terlebih memanjakan diri sebab nak dapatkan perhatian...

    apa2 pun..kita sebagai ibu bapa ni tetap cuba yg terbaik utk anak2 kan..harap dapat menjadi ibu yg baik utk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya percaya setiap parents memang cuba berlaku adil pada setiap anak
      cuma cara kita memberikan layan berbeza mengikut karakter anak
      tu yang mungkin pada pandangan anak, kita membezakan

      Delete
  4. Kalau pengalaman anak sendiri xdapek lah nak cerita. Tapi melalui pengalaman sendiri... Sama jer layan mak ayah kpd kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya ada juga macam terasa tak disayangi
      tapi bila dah jadi parent, saya dah mula fahami =)

      Delete
  5. alamak ai..komen pertama tu so touchinglah!!
    itulah beza anak pertama, kedua dan seterusnya..mungkin anak2 zaman sekarang lebih bertuah, apa yg mereka inginkan mudah untuk dapat..
    setiap anak berbeza karektornya..cuma kita ibu bapa perlu tahu karektor mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mar...dapat pula pepagi, memang bikin senyum lebar je =)

      setiap anak memang berbeza sebab tu anak ni kita boleh ajar cara ni
      tiba anak seterusnya tak boleh, sebab kain karakter dan juga penerimaan
      parent pasti mengenali lebih baik karakter setiap anak mereka
      lagipun anak mereka sendiri =)

      Delete
  6. hehehhe..tengok gelagat anak² ni memang kelakar kan sis? kenangan yang tak akan mampu terulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak
      time ni kalau nak melayan mereka bercerita
      dan yang sewaktu dengannya
      nanti bila mereka besar, semua tu dah tak akan mampu kita perolehi

      Delete
  7. suka baca ni..walaupun belum kahwin lagi.saya perasan benda sama dekat anak-anak saudara saya.tapi biasanya yang sulong selalu mengalah.yang tengah biasanya rebel sikit tapi pandai bodek..apa-apa pun syukur kakak dan abang ipar saya tak membezakan mereka.

    salam kenal n follow sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada pengalaman dah sikit tu walau belum kahwin =)
      bila sebut membezakan tu kan, jangan salah paham tau
      sebab setiap anak ni mempunyai karakter berbeza

      salam kenal, terima kasih ye

      Delete
  8. Wow, hasil kupasan yang sangat menarik YY....
    Bila baca terus sampai ke hati sambil playback dalam kepala apa yg anak sulung dan anak tengah saya alami....

    Betul sgt, anak kedua memang jenis yg play safe - kebetulan anak tengah kita punya nama yg sama - Aisyah...
    Bila suruh gosok gigi, anak tengah lah yg akan cepat2 pergi dulu... begitu juga bila kita pesan suruh ambil wudhu' utk solat/mengaji. Pendek kata mudah mengikut kata sebab tak nak buat kita marah.

    Tapi apa2 pun, setiap anak ada kelebihan masing2. Moga kita sentiasa berlaku adil kepada anak2 walau apa pun karekter mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai camtu sekali ye, terharulah pula rasanya =)

      saya perasan anak kita sama nama, tapi anak saya aisyah hanya gelaran dia sahaja
      nama sebenarnya aisy =)
      tapi memang dia biasanya akan buatd ulus ebelum abang dia
      cuma seorang yang penyakat dan ligat
      selalu juga dapat ceramah free dari mama dia =)

      betullah tu, apapun kita ni parent memang akan cuba berlaku adil

      Delete
  9. betul tu YY..setiap anak mpunyai karekter y berbeza,,
    kita sebagai ibubapa msti membahagi samarata.. kena adil n saksama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss...
      karakter memasing tak sama
      tapi kita sebagai parent seboleh mungkin melakukan sama rata

      Delete
  10. Memang betul. Saya pun selalu marah si Abang padahal yang biasa buat onar si Adik. Alasannya sebab Adik belum boleh berfikir seperti mana dirinya. Tapi bila fikir balik dan letakkan diri kita pada kedudukan mereka, memang rasa sedih sangat. Tetiba boleh faham apa mereka rasa tapi masa kita buat tu kita tak perasan. Kadang-kadang bila tengok Abang saya rasa kasihan pulak. 5 tahun jadi permata hati tetiba bila ada Adik selalu pulak kena marah. Boleh bayangkan apa perasaannya. Saya pernah marah dan pukul Abang sekali sampai berbekas lebam di lengannya. Bila tengok lebam tu tak hilang, saya menangis semahu-mahunya berhari-hari lamanya. Lebih sedih bila Abang kata tak kisah apa Mommy buat, dia tetap sayang Mommy forever. Sampai sekarang saya ingat. Sejak tu memang tak naik tangan lagi dah. Lontar suara jek ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita MD, sep sikit
      tapi sekarang saya dah kurang dah buat camtu sebab terbaca artikel ni =)
      saya dulu menampar, pertama dah terakhir
      tak buat dah! rasa menyesal sungguh. menangis usah katalah
      saya pun sekarang cam MD, jarang dah naik tangan

      Delete
  11. Klu saya yg sulung ni suka buat hal sendiri hehee.. Angah mmg jenis family man.. sabar je dgn adik2 dia.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu, kita ni absolutely berbeza =)

      Delete
  12. Anak dah bangun..nanti sambung BW ye.

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat dengan perenggan terakhir kak Yana tu.
    Walaupun saya masih belum berkahwin dan takde anak, saya cuba membayangkan kedudukan saya sebagai anak kepada ibubapa saya sekarang.
    Pasti mereka pun pening nak membesarkan lapan orang kitorang ni.

    Hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti gee dah jadi parent
      gee akan bertambah faham yang sebenarnya kasih tu
      cuba dibahagi sama rata
      susah melakukannya, tapi mereka pasti berusaha sebaik mungkin

      Delete
  14. Setakat ni tak tahu la gayanya macam mana... Tapi normal jika ada kurg dan lebihnya...kerana mustahil manusia boleh berlaku adil kerana adil tu hnya ada pada Yang Esa... Namun, kita akn cuba sebaiknya utk berlaku adil dan tak banding bezakan antara yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat komen ni
      terbaik cikgu! saya suka! =)

      Delete
  15. aisyah pun samalah diana
    memang dia sebenarnya paling kerap kena bebel sebab suka menyakat abang dia
    anak-anak memang pastinya penghibur kita
    terutama bila mereka kecil ni

    ReplyDelete
  16. setiap anak tu memang punya sikap yg berbezakan...dan betul tu anak tengah memang karekternya begitu,adrien pun lebih kurang macam aisyah juga..suka buli abg juga,tapi yg bagusnya anak tengah ni,dia lebih berdikari sebab tu semua dia nak buat sendiri,apa2 pun semua nak mendahului abg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      lagipun memang kita sendiri berbeza, tu yang menjadikan
      setiap di antara kita unik =)
      cam aisyah saya pun lebih kurang cam adrien, semua nak buat sendiri
      tapi tulah, kaki penyakat! =)

      Delete
  17. betul..naka sulung ni garang sikit dan hati keras..sbb? sis JM anak sulung mmg adik2 selalu ckp..akak ni garang sgt lah..itu lah lahir mcm tu :-)

    itulah ..wlaupun dari setandan pisang pisang..mesti size nye x sama kan..eh ada kena mengena ke :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kita sulung JM
      cuma saya ni idaklah garang sangat tapi tak nafikan hati keras =)
      hehe...ada kena mengena juga tu

      Delete
  18. Yer ke.. macam tak ada kesamaan pulak dgn farah.. farah anak sulong.. tp apa2 mmg farah yg dulu membantu.. padahal farah dgn adik no.2 beza setahun jer..mcm tertukar jer fakta tue dlm.situasi kami..hehehe

    ReplyDelete
  19. Karekter anak bongsu tak cerita yeh.....hihi...

    Sama je persepsi Okje mcm awak kpd anak sulung YY
    Perasan tak YY walaupun sebagai emak kita rasa kita tak mengenakan mana mana anak dalam bab suruh menyuruh ni , tapi dipihak anak tak macam tu YY. Dia rasa dia aje yg jadi mangsa suruh.... Itulah bukan mudah nak jadi ibu ayah yg adil dimata anak anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...anak bongsu manja!

      kan OKje, based pada pemerhatian kita sebagai mak ni
      saya perasan bab tu OKje, afif pun kadang tu kata, asyik afif aje kena buat
      padahal tu kita ni seboleh mungkin nak bagi sama rata
      nanti bila diorang dah jadi parents baru paham
      sama macam sayalah...hehe. dulu tak nafi ada juga rasa gitu =)

      Delete
  20. sis ni anak bungsu drp 9 beradik . sis membesar dikelilingi abg no.3 no.8 dan sis selain mak dan abah . yg lain kerja jauh dan belajar jauh . sis x berapa kenal mrk sehinggalah dah dewasa bila kerap berkumpul masa raya ... sis cuma perhatikan anak nuah jer . ada anak buah sulung yg dipersalahkan , dibebankan dan dipaksa menjadi contoh kpd adik2 , ada pula anak buah sulung yg buat dunia dia sendiri ... dlm keadaan sis ni , blh dpt anak lagi ke idak , wallahua'lam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya anak sulung tu di latih menjadi begitu sebab dia
      dikehendaki menjadi pemimpin dalam keluarga
      tulah yang biasa berlaku kesilapan bila mereka dipaksa mengalah dan sebagainya
      satu hari nanti mereka ni akan paham bila mereka bergelar parent

      vee tak usahlah kata gitu, yakinlah ALLAH ada perancangan lebih baik untuk vee

      Delete
  21. Rajinnya si adik nyapu.
    Siap bawak dustpan
    Janganlah kuat sangat nyakat si abang ye.
    Sian abang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang gitulah doktor
      suka sangat menyakat abang
      tapi sebenarnya perangai diorang berdua nak lebih kurang je =)

      Delete
  22. Salam,
    kebiasaannya yang sulunglah yang selalu kena dan diminta beralah dengan siadik dalam banyak hal..Walaupun hal itu siadik juga boleh lakukan .

    Macam dah kemestian pula...kesian sisulung... Bunda juga anak sulung dari 8 beradik, lima lelaki dan 3 perempuan.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...