Boleh Tengok Tapi Jangan Minta! (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 37 Comments

Dulu sebelum YY kahwin, Mak selalu pesan apa yang harus dilakukan dan dielakkan dalam mendidik anak-anak sejak dari mereka kecil.

Pesanan yang diberikan adalah lebih kepada pengalaman beliau sendiri dalam mendidik kami enam beradik yang terdiri daripada lima perempuan dan seorang lelaki.

Salah satu yang paling YY ingat adalah, "Jangan mengajar anak dapat apa aje yang diorang nak!" Mak kata cara begitu hanya akan merosakkan anak.

-----------------------------------------------

Isnin minggu lepas, YY dan anak-anak menemankan Encik suami membuat pembayaran beberapa bil utilities di Pejabat Pos di Aeon Bukit Raja, Klang.

Lepas tu kami berjalan di sekitar Aeon sekadar untuk cuci mata.


Kalau dah ke sini, anak-anak YY cukup suka berhenti di bahagian permainan. Mula-mula dulu sukar juga bila nampak apa yang diorang nak, diorang akan menangis siap berguling atas lantai.

YY dan Encik suami biasanya biarkan aje kelakuan tu walau tak dinafikan perasaan malu yang cukup sukar digambarkan. Kadang terasa ringan aje tangan. Mula rasa macam nak bantai orang.

Tapi teringat pula pesan Mak, "Macamana marah pun, jangan pukul anak depan orang"

Mak kata sepertimana orang dewasa, kanak-kanak juga ada harga diri yang perlu dijaga. "Maruah anak kalau dah jatuh, kita dah tak boleh nak kutip lagi" kata-kata Mak yang tak pernah YY lupa.

Alhamdulillah hari ni dengan hanya memesan, "Boleh tengok, tapi jangan minta!" kami suami isteri dah boleh mengawal kehendak Afif dan Aisyah.


"Fuyoo Mama! Ni Optimus Prime dengan Bumble Bee!" kata Afif dengan nada excited apabila tiba di bahagian Transformers.

"Eh Adik! Jangan pegang! Nanti pecah! Tengok ajelah!" kata Afif yang cuba melarang Aisyah memegang kotak yang mengandungi permainan Transformers.

Aisyah menurut tanpa banyak bicara. Lepas tu tiba-tiba Afif menyatakan sesuatu yang buat YY tersenyum. Macam tahu aje apa yang Mama dia nak buat (^_^)

"Mama ambil gambar kitorang kat sini Mama! Nanti Mama masuk blog tau!" kata Afif lagi sambil menyuruh Aisyah senyum memandang kamera.

Memang confirm korang masuk blogSape lagi Mama nak jadikan modal bercerita. Hehe!


Kemudian kami beralih ke bahagian shelf lain.

"Mama tengok ni! Kat sini ada Ultraman Mama!" kata dia sambil menarik YY supaya melihat Ultraman yang dia katakan.

"Yang ni Ultraman Max, yang ni Mebius, yang ni Afif tak ingatlah! Tengok kat sana tu ada raksasa jahat!" kata dia lagi.


Aisyah pula lebih banyak tersengih dan sesekali berkata, "Wah!"


Dia lebih banyak mengikut Abang dia. Apa yang Afif tengok, itulah yang dia tengok juga. Abang pegang, dia pun pegang.

Tapi senyuman memang tak lekang dari bibir dia (^_^)


"Fuyoo! Dinosaur!" kata Afif sambil memegang beg plastik berisi beberapa jenis dinosaur mainan.

"Kan Mama kata tengok aje" kata YY cuma mengingatkan perjanjian kami sejak dari awal.

"Ye Afif tahu. Afif nak tengok Afif dah ada ke belum dinosaur ni" kata dia sebelum berlari ke bahagian shelf lain.


"Adik sini! Adik mesti suka tengok ni!" kata Afif memanggil Aisyah yang ketika tu masih lagi leka memerhati permainan berbentuk binatang.

"Adik cepatlah! Kat sini ada rumah anak patung Barbie!" kata Afif dengan nada yang begitu excited memanggil Adik dia.

Aisyah seperti biasa berlari terkedek-kedek mendapatkan Abang dia. "Ane? - Mana?" kata Aisyah bila menghampiri Abang dia.

Dan Afif seperti tour guide menceritakan setiap apa yang dilakukan oleh anak patung sepetimana yang dia lihat secara details. Terasa kelakar pun ye juga (^_^)

Lepas tu Encik suami mengajak kami pulang selepas hampir ke semua shelf kami jelajah hanya kerana melayan Afif dan Aisyah melihat mainan.


Atas sebab mereka telah menunjukkan perangai yang baik, maka Afif dan Aisyah dihadiahkan wafer kegemaran masing-masing.

Kami bergerak pulang setelah Afif dan Aisyah selesai makan. Dalam perjalanan pulang tu sempat juga memuji perangai elok masing-masing sebagai satu encouragement.

Sebelum menamatkan cerita hari ni, tayang sikit gambar empunya blog dengan anak dara (^_^)


37 comments:

  1. salam
    singgah pagi
    sory hr nie bz skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tengahari anum
      saya pun cbuk sikit ni

      Delete
  2. Memang malu bila anak melalak2..aisyah saya ada kalanya macam tu juga, tapi sifat memintanya agak kurang.kalau saya cakap tak bolej, dia tak minta sangat cuma saya pula kesian tengok memek mukanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada juga rasa kesian, bukan tak mampu
      cuma nak mendidik aje

      Delete
  3. Salam kenal...seronok baca blog mak2 camni...hihi..jemput singgah blog cik Nad
    http://nadiah245.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal =)
      saya pun suka baca blog mak-mak, share pengalaman kan
      insya ALLAH sampai nanti =)

      Delete
  4. Afif dah tau dah mama dia ni blogger tegar. Hehehe..seronok jln² dgn anak². Sama pulak mak sis dgn mak kathy. Marah beno beliau bila pukul anak depan umum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia tak tahu blogger tegar ke idak
      tapi dia tahu mama dia ada blog sebab saya selalu dok tunjuk =)
      memang seronok kak =)
      kan...pantang dia kalau ada orang pukul anak depan orang

      Delete
  5. Wahh..boleh rambang mata tengok mainan tu.. ayah pun silap2 boleh rambang mata sama hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang mata sama...hehe
      tapi demi didikan, kena tahankan diri...hehe

      Delete
  6. ajaran dan didikan mak yg akan diingati sampai bebila ^_^
    comelnya Aisy.. hisap jari lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai mati pun ingat gee =)
      dah muka isap jari, ke mana pi pun isap jari =)

      Delete
  7. Nasihat emak awak tu YY jadi nasihat OKje jugak....TQ kerana memanjangkan nasihat...

    Memang setuju sangat...budak budak ni tak boleh jugak dimanja sangat sampai semua apa yg dia nak kita bagikan... nanti jadi terbiasa....Si TLBD sampai la ni suka lagi tengok tempat mainan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sampaikan apa yang mak saya sampaikan pada saya eje =)
      saya tpenah terbaca bahawa bila kita buat begitu
      kita hanya akan buat anak tak kenal erti susah
      saya pun suka tengok OKje =)

      Delete
  8. Sama la... Blh tgk je... Dpt mmg x la...

    ReplyDelete
  9. Bagus betul si Afif dan Aisyah ni. Tahan mereka tengok aje toys dan tak minta dibeli. Kalau anak-anak saya, muncung 18depa dah pastu adalah yang kena renungan berapi. Saya pun kalau boleh memang tak mahu naik angin in public. Tak elokkan. Kita simpan amarah tu bawa masuk kereta. Itupun kalau ada bersisa lagilah. Biasanya tidak kot, tak tahan kena geletek dengan keletah anak-anak, nak marah pun tak jadi! Lagipun bila keluar dengan famili pastu dicampur dengan angin amarah puting beliung bagai, terus tak syok rasanya segala apa yang kita buat. Abang tu pun sekarang ni kalau kita naik suara sikit in public, mulalah dia suruh slow down volume tu kerana malulah dia nanti.... Kadang saya tak jerit pun dikatanya saya marah dia.... Yalah, anak dah besar, dah teruna kononnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka dah terbiasa MD, saya sendiri kawal diri saya
      maksudnya walau saya tahu saya mampu beli, saya tak akan belikan
      kecuali ketika mereka tak sedari saya akan belikan
      saya biasa akan cakap, "nanti ye, korang dah langgar perjanjian"
      dalam kereta saya tetap akan laksanakan apa yang saya dah katakan
      sebab tu mereka tahu saya bersungguh bila saya berkata

      anak dah besar, kita kena guna method lain pula
      anyway, lain parent lain didikannyer =)

      Delete
  10. macam adam la..dia tau mama dia ni ada blog, mama amik la gambar abg ni,nanti mama letak le kat blog mama...eceh..kalau adam pandai baca nanti,ntah2 jadi pembaca tegar blog mama dia ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah dengan afif si adam tu
      saya pun biasanya kalau menulis di blog ni saya cerita kat dia apa saya tulis
      even dia tak apndai baca pun, saya ceritakan juga =)

      Delete
  11. saya juga klu ada anak akan push mrk usaha utk dptn brg tu . klu free memanjang , dia akn jadi manja bila besar nanti ... cuma sebagai ibu bapa , kena pandai psiko kat anak . jgn sampai kalah dgn anak . bkn bermakna perlu jadi diktator . cukuplah sekadar buat mrk memahami kenapa boleh dan tidak boleh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula lebih suka mengikut apa yang parent saya didik saya
      kami adik beradik dulu tahu camne nak behave kalau ke tempat camni
      so saya cuba gunakan cara yang sama dan mungkin ada tambahan lain
      yang penting kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita
      sape tak sayu bila dok tengok anak tengok aje benda yang hakikatnya kita mampu beli
      tapi itu semua demi satu pendidilan untuk jati diri mereka =)

      Delete
  12. Afif pun tahu mama dia blogger tegar.... Bagus Afif beri sokongan pada minat mama dia :)
    Macam Irfan, dia macam dah tak berapa suka bila tgk gambar dia dlm blog... Tapi saya curi2 letak jugak... lepas tu kena menyorok dari baca blog depan dia...

    Bagus Afif dan Aisyah dengar cakap mak ayah.... Tapi betul lah, kalau kena dengan cara mendidik tak susah anak2 sebesar Afif dan Aisyah utk mendengar kata :)

    Saya pun kena ingat pesan mak YY tu... Terima kasih atas perkongsian bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...biasanya kalau saya tulis di blog, dia ada di sebelah menjadi pemerhati
      dia akan tanya apa saya tuliskan dan kenapa saya tulis
      saya jawab sejujur mungkin mengikut apa yang dia boleh paham =)

      saya dah mengajar benda ni sejak dari diorang pandai berjalan
      sekarang ni dah besar sikit, tu yang mudah
      kalau tak susah juga, semua benda nak minta =)

      sama-sama kasih =)

      Delete
  13. Budak-budak mudah dibentuk. Macam anak saya kalau nak sesuatu, saya akan tunjukkan harga. Mahal, tak cukup duit. Diaorang dah paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu =)
      lain parent lain didikannya, tapi motif atau tujuan kita adalah sama =)

      Delete
  14. So far alhamdulillah. Anak² saya bukan jenis klo tak dpt terus guling² kat lantai. Lagi pon dorang jarang minta beli mainan.

    Tapi my colleague ni pernah cakap, kalau anak nak sesuatu, bagi jer. Tapi berpada² lah. Masa kecik ni jer dorang minta. Nanti dah besar tak der dah. Kita plak yang rasa rindu dengan permintaan anak². Siap tanya anak tu tak nak beli apa² ker. Sedih plak dengar dia bercerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun budak kan, kadang tak boleh lari dari keinginan mereka
      cuma kita sebagai parent kenalah memainkan peranan
      daripada kita layan mereka dengan memenuhi keinginan mereka
      kenapa tak kita layan mereka berceloteh dan masa yang di spend bersama?
      sebenarnya itulah yang akan dirindui, bukan permintaan mereka
      pendapat sayalah =)

      Delete
  15. alhamdulillah..bgus sedari awal terap mcm ni. xdelah kes ank berguling kat shopping compleks kan..lya sndri pon x ajar asya dgn ikut kehendak dia.. mana y bermanfaat akan dibeli..tp tgk ekadaan jugak..

    lya setuju dgn maruah anak.. sama seperti kita.. mereka pon ada air muka y perlu dijaga kan. lagi2 marah di khalayak ramai..walaupon dia org kecik.. tp perasaan malu ttp ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan lya
      lain parents lain cara didikan, dan cara kami beginilah

      betul sebenarnya tau, bebudak ni pun ada maruah
      kalau nak marah camne pun, cubalah jangan lakukan depan orang

      Delete
  16. Macam baca buku cerita!
    Mujurlah simanja berdua ni faham... kalau mcm saya dulu2 tak tau le, mau pening kepala mak ayah! tapi bagusnya dulu2 takde kedai macam ni dan kalau ada, jgn haraplah dapat singgah pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...entry ni macam buku cerita ye
      saya pun tak perasan...hehe

      mungkin kerana dah terbiasa so mereka tak ada masalah nak cope
      kalau idak, memang jenuh juga =)
      eh saya dulu pun ingat juga zaman jadi budak
      tak berani tau nak minta, nanti dapat roti panjang! hehe

      Delete
  17. Woooo..besarnya rumah Barbie.
    Lepas besar dari saiz anak2 YY.
    Betul kata Mak YY tu.
    Saya pun x ajar anak supaya bermewah-mewah. Takdelah dapat itu-ini dengan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. tapi mungkin rumah tu hanya untuk display aje
      mak kata, kalau semua kehendak anak dituruti
      mereka akan "rosak"

      Delete
  18. haahaha...bijak2...degar cakap lak tuh..siap minta ambil gambar masuk blog..dorang tahu mamanya rajin tulis blog...x beli adap2 ke kosong je troli tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya biasa cerita apa yang saya tulis pada diorang
      tu yang diroang tahu saya ada blog
      trolley tu saya guna untuk letak diorang aje...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...