Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu (^_^)

10:45:00 am Yana Yani 52 Comments

Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu | Apa yang YY nak ceritakan hari ni adalah lebih kepada pengalaman YY sendiri menjadi seorang tuan rumah dan juga seorang tetamu. Dua situasi yang berbeza, tapi wajar diambil ikhtibar.

Adab Sebagai Tuan Rumah

Kami adik-beradik dididik sejak dari kecil untuk sentiasa memuliakan tetamu. Malahan kami akan dimarah dengan teruk sekiranya tetamu tidak dihidangkan walau segelas air kosong. Abah mahupun Mak YY amat memuliakan tetamu walau hakikatnya di rumah tiada apa untuk kami jamu. Kata Abah, "Tetamu datang bawa rezeki!"

Mungkin disebabkan itu kami sekeluarga sentiasa murah dengan rezeki walau Abah punya pendapatan adalah dalam kategori miskin bandar. Didikan sejak dari kecil menyebabkan YY sudah terbiasa sehingga sekarang. Setiap tetamu yang bertandang walau hanya duduk di anjung rumah, pasti YY akan hidangkan something.

Anak-anak juga YY ajar melakukan perkara serupa sehinggakan membuat Mak dan Abah YY terharu apabila melihat cucu mereka kelam kabut membawa segala benda di dapur untuk dihidangkan. Tapi bukan semua manusia mempunyai sifat demikian. YY pernah bertandang ke beberapa rumah orang yang tak pernah menghidangkan walau segelas air kosong.

Untuk menyedapkan hati, YY anggap tiada air untuk dihidangkan.

Melayan tetamu yang hadir sebaik mungkin sama ada diundang atau tidak adalah wajib dalam Islam. Malahan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:-

Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, "Apakah layanan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah"

Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu
Image from kalamhati-cahayaaini.blogspot.com

Sebagai tuan rumah, kita disarankan memberi layan yang baik kepada tetamu. Menyambut tetamu dan mengiringi kepulangan di muka pintu dengan muka yang manis. Tunjukkan kemesraan. Abah YY akan memastikan setiap anak-anak dia menayangkan muka walau sekejab kepada tetamu. Amaran Abah, "Jangan cuba buat muka kalau tak nak dapat penyakit".

Kita juga disarankan menyediakan jamuan mengikut kemampuan. Hidangkanlah apa sahaja bagi menyatakan bahawa kedatangan tetamu itu dihargai. YY teringat Abah pernah hidangkan nuget yang merupakan bungkusan terakhir di rumah. Waktu tu nuget adalah makanan yang bagi kami agak mewah.

Bila Abah menghidangkan pada tetamu, kami adik-beradik amat terluka sehingga ada yang menangis kerana menganggap Abah tak sayang pada kami. Kerana tetamu, Abah abaikan tangisan anak-anak.

Akhir sekali, bersifat ikhlas dan berlapang dada dengan kehadiran tetamu. Jangan menunjukkan kehadiran tetamu tidak disenangi walau kita dalam keadaan penat. Besar ganjaran yang bakal kita perolehi apabila kita memuliakan tetamu. Ruginya apabila kita mengabaikan peluang yang datang di depan muka pintu kita.

Adab Sebagai Tetamu

Masa YY kecil dulu sebelum berkunjung ke rumah orang, kami adik-beradik telah diberikan garis panduan tentang apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Sekiranya garis panduan itu dilanggar, kami akan menerima "habuan" yang diingati sampai bila-bila. Malahan YY juga menggunakan cara yang sama apabila mendidik Afif dan Aisyah.

Alhamdulillah, setakat ini cara itu berjaya.
Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu
Image from kamusummi.blogspot.com

So apakah adab kita sebagai tetamu? Sebagai tetamu kita digalakkan bertandang pada waktu yang sesuai. Contohnya bukan pada waktu tuan rumah berehat atau makan. Berilah salam kepada tuan rumah tidak melebihi daripada tiga kali. Sekiranya tiada jawapan atau sahutan, maka eloklah korang beredar. Tunggu pun buat apa dak?

Masuk ke dalam rumah hanya apabila dijemput dan pastikan korang berdiri di bahagian tepi pintu atau dinding bagi mengelakkan kita memandang terus ke dalam rumah. Tunggulah dengan sabar. Makan atau minum hidangan yang disediakan tanpa memberi sebarang ulasan. YY pernah kena ada orang bertandang ke rumah mengutuk YY hanya kerana YY menghidangkan pisang goreng.

Jangan cuba mengaibkan tuan rumah dengan menegur segala kekurangan yang ada di dalam rumah yang kita kunjungi. Ingat setiap orang diberikan rezeki yang berbeza. Mata juga jangan melilau memandang ke segenap rumah. Bataskan penglihatan. Sekiranya ingin melihat atas sebab seperti berkunjung ke rumah baru, mintalah izin dengan tuan rumah.

Jangan main pergi aje kerana mungkin tuan rumah bukan dalam keadaan bersedia. Hormati orang lain sepertimana korang mahu orang lain menghormati korang. Apabila kesemua adab yang disenaraikan di atas dipatuhi, kita sekaligus telah mengeratkan silaturrahim sesama kita yang amat dituntut dalam ajaran Islam.

Diharapkan apa yang dikongsi ini memberikan manfaat buat semua yang membaca.

Sumber

52 comments:

  1. Kathy setuju dengan pendekatan yang sis berikan. Cubalah sebaik mungkin melayani tetamu yg dtg. Rumah kathy jarang di kunjungi tetamu,sesekali je bila adik beradik suami dtg berkumpul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam agama kita, islam, melayan tetamu itu wajib
      sebagai tetamu juga kita wajib membataskan pergerakkan
      ini semua bagi mengeratkan silaturrahim =)

      Delete
  2. Puan Yana Yani,

    Ramai orang memandang enteng atau memandang ringan dalam hal melayani tetamu. Tetamu mesti diraikan walau pun dengan segelas air kosong. Saya juga beberapa kali apabila bertandang ke rumah seseorang namun segelas air pun tidak dihidangkan. Namun saya bersangka baik sahaja dan tidak berkata apa-apa. Anggap sahaja bahawa tuan rumah tidak mengerti tentang adab menerima tetamu.

    Baik entri ini dikongsikan bersama untuk pengetahuan rakan-rakan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pak mail
      mungkin kurang kesedaran tentang betapa tingginya ganjaran
      yang diperoleh apabila melayan tetamu sebaik mungkin
      saya juga beberapa kali kena benda yang serupa
      tapi saya juga bersangka baik =)

      Delete
  3. ada jugak tetamu nak2 sedara yang kalau datang rumah dok tegur pasal kucing. benda tu paling menyebabkan kami adik beradik tak suka.sebab yelah.. kita dah membesar dgn kucing berpuluh tahun lamanya jangan nak hina2 kucing kami. ada suruh jgn bela la.. buang la.. kita sebagai Tuan rumah ketap bibir je geram. kang cakap lebih2 sentap tapi tetamu tu yg buat kita sentap camna pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yang datang ke rumah sebagai tetamu cik lekit tu
      kurang memahami konsep sebenar sebagai tetamu
      saya juga pernah mengalami benda yang hampir serupa
      apa yang kami buat adalah berdiam sebab berdiam adalah cara paling mudah
      menghentikan sebarang konflik =)

      Delete
  4. Orang sekarang biasanya dtg by appointment. Dh bgtau awal2..sekian masa nak dtg.Lbh mudah nak bersedia

    saya sndiri suka kalau kwn2 dtg rumah. Rasa besar rahmat dtg ke rumah tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duduk di bandar mungkinlah begitu
      kalau di kampung, konsep main terjah ni still ada lagi =)

      Delete
  5. Setuju dengan YY..tetamu yang datamg membawa rezeki..

    ReplyDelete
  6. salam singgah. saya pun dari kecik, mak ajar camtu. hormat tetamu. sebab bila tetamu mai umah, tetamu dah bawa keluar dosa kita. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti bab tu
      cuma saya pasti tentang rezeki =)

      Delete
  7. Abah sampai sekarang susah benar nak ajak dia menziarah rumah seorang saudara kami tu. Kata abah, dia serik. Kita datang rumah dia tak pernah hidang satu apa pun, sampai kita kena pergi dapur utk mintak segelas air sebab dahaga sangat. Selalunya time raya lah, sebab memang peluang nak jenguk saudara mara terbuka luas. Tapi kalau dia datang rumah kita, kita siap hidang makan nasik lagi tau. Seingat saya, kes tu sejak saya kecil lagi. Dan pendirian abah tu datang dalam dua tiga tahun yg lepas..

    Maybe tak manislah abah saya buat macam tu, tapi ye lah daripada terasa hati, mungkin pada dia takyah pergi langsung itu lebih baik. Entahlah kak Yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah perangai abah kita =)
      pengalaman buat mereka rasa serik untuk ke rumah sedara
      tapi kami adik beradik especially mak pakat pujuk abah bagi tak putus ikatan kekeluargaan
      sbelum singgah mana-mana rumah, kami minum dan makan kenyang-kenyang
      bila tak dihidang, tak terasa, kalau dihidang, syukur alhamdulillah

      orang tua mudah sensitif, gee boleh pujuk gunakan
      pendekatan yang gee rasa abah gee akan ikut =)

      Delete
  8. betul tu YY.. kami pun di didik macam tu.. tak kisah walaupun datang hanya sekejap...walaupun biskut kering dan air kosong..ianya sangat di hargai oleh tetamu kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu
      mungkin apa yang dihidangkan tu yang dipandang
      tapi keikhlasan, tapi tetamu pula janganlah buat mulut longkang =)

      Delete
  9. Pendidikan dengan perlakuan adalah penting ditunjukkan kpd anak2 agar segala perbuatan baik itu menjadi amalan mereka. Kalau dah tua br nak diajar...payah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu BM
      dari kecil benda seperti ini perlu diterapkan =)

      Delete
  10. Suka dengan entry ni. Satu masa dulu saya sangat stress dengan tetamu yang hampir setiap minggu memenuhi rumah saya. Pernah berkali kali saya bertanya kepada diri, kenapalah diorang ni? Tak reti adab sebagai tetamu ke? Lepas muhasabah diri, saya dah makin redho.. lepas tu kurangla tetamu dan kekerapan menerima tetamu juga berkurang. Mungkin juga itu ujian kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa perlu stress?
      saya tak pasti tentang ujian, tapi ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita =)

      Delete
  11. Tetamu dtg membawa rezeki dan keberkatan bersama mereka. T kasih atas perkongsian YY.. :)

    ReplyDelete
  12. samalah dgn parents saya. bila ada org dtg rumh, bersungguh memasak di dapur. tetamu tu kan rezeki. tak salah menjamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita
      apa yang ada dekat dapur tu lah akan cuba disediakan
      tak akan bagi tetamu balik tanpa menjamah =)

      Delete
  13. Betul YY tetamu datang memang bawak rezeki.....
    Tapi sebagai tetamu kekadang OKje rasa serba salah pulak, takut kita ni menyusahkan mereka, lebih lagi kalau kita datang time lunch hihi.... So biasanya kalau OKje jadi tetamu mmg okje akan pastikan kami anak beranak dah kenyang dulu....senang sikit tuan rumah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai tuan rumah, layanlah tetamu kita sebaik mungkin
      sebagai tetamu pula, kita sentiasalah beringat
      saya pun selalunya seperti OKje, memastikan diri dah kenyang sebelum ke mana-mana
      tapi kalau tetamu dah hidangkan, eloklah dijamah
      bimbang tuan rumah berkecil hati

      Delete
  14. Insha Allah... Skrg kita didik anak pula dgn didikan yg sbgmana mak bapak kita didik kita kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cikgu
      yang mana baik tu kita akan cuba
      sambungkan tuk anak-anak kita pula

      Delete
  15. Betullah YY, bak kata orang tua-tua - tetamu tu bawa rezeki. Kita rasa macam ralat je nak bagi apa yang ada tapi sebenarnya kalau dilepaskan ralat tu, memang lagi murah rezeki kita. Mak saya pun sama perangainya. Kalau orang datang time tengahari, mesti nak beri makan sedap-sedap. Disuruhnya anak-anak masak. Kalau tetamu sampai, tak sempat nak telan air liur, dah sibuk tanya mana minuman tak sampai-sampai atas meja nak bagi minum tetamu. Kejap lagi berkelibut ke dapur lagi nak tengok apa makanan nak bagi pulak. Aduh, jadi anak memang tensionlah masa tu.... Kalau kenduri kendara, siap dah pack siap-siap untuk saudara dekat jauh, jiran dekat jauh, jiran yang tak dapat datang, jiran yang mengidam dan macam-macam lagi. Kenduri kecil pun jadi besar. Anak-anak pulak jadi tension tengok perangai terlebih ramah emak saya nih. Hihihi... Bila dah ada rumah sendiri, keluarga sendiri barulah tahu langit tinggi rendah bila tetamu datang rumah. Rasa malu pulak kalau tak dapat nak hidang apa-apa pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah orang tua kita MD wei
      memang bisinglah mak dengan abah kalau tetamu tak jamah sikit pun makanan
      apa yang ada dekat dapur, itulah yang diangkat walau itu hidangan yang terakhir
      sebab tu bila dah ada keluarga sendiri, didikan mak abah tu terus melekat
      saya masih amalkan sehingga kini dan akan pastikan
      afif dan aisyah melakukan perkara yang sama

      Delete
  16. part nugget tu..aduhhh betul2 terkesan bila membacanya tetiba akak menangis sbb pernah alami situasi itu..pernah tiada apa utk dimakan..Ya Allah betul tu yana bila tetamu datang dia membawa rezeki utk kita,bila dia pulang dia tinggalkan rahmat buat kita...walapon tiada duit seboleh mungkin jika ada tetamu,kita hidangkanlah apa yg termampu,kalau boleh nak hidangkan apa yg tetamu tu suka kan..

    sebagai tetamu pun kita patut tahu batas kita, betul sangat2 tu..teringin nak jemput kawan2 blog dtg rumah,tp buat masa ni tak dapat lagi nak buat...inshaAllah jika ada rezeki nanti akak nak jemput sesiapa yg sudi datang ke rumah...

    ada rezeki kita jumpa ye yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat lagi peristiwa tu, tapi abah tetap bertegas
      sekarang bila teringat balik, saya faham tujuan abah lakukan benda tu =)
      betullah tu kan kak, sediakan apa yang terbaik untuk tetamu
      mereka tu datang dengan rezeki dan rahmat yang tak kita sedari

      saya setuju juga part ni, tetamu juga perlu ingat batas mereka
      saya juga bercadang melakukan perkara yang sama
      insya ALLAH kalau jadi nanti saya akan khabarkan ye

      mudah-mudahan dapatlah kita jumpa ye, dekat aje kita ni pun =)

      Delete
  17. saya pernah bertandang ke rumah orang dan tuan rumah bersemangat menyediakan nasi walaupun hanya berlaukkan kuah sardin , sambal belacan dan pucuk ubi rebus . kami tetap makan sebab x mahu tuan rumah kecil hati ... dan saya juga ada pengalaman bila satu family ini tdk mahu lagi bertandang ke rumah sipulan hanya kerana sipulan itu menghidangkan sepinggan keropok . mrk mengandaikan sipulan itu menghidangkan mrk nasi bersama lauk pauk seperti yg mrk buat bila si pulan bertandang ke rumahnya ... rezeki setiap org tak sama . sbg tetamu , kita perlu hormat tuan rumah yg cuba melayan kita sebaik mungkin . sbg tuan rumah pula , cubalah menggembirakan tetamu wpun di dapur itu tdk ada apa utk dihidangkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bila kita datang sebagai tetamu, tak perlu harapkan balasan
      kita perlu ingat bahawa rezeki ALLAH itu berbeza
      mungkin pada waktu kita datang, tuan rumah dalam kesempitan
      tak salah juga kita datang dengan buah tangan
      apapun saya setuju sangat dengan vee

      mengembirakan tetamu tu mempunya ganjaran yang tinggi
      malangnya belum ramai yang menyedari hakikat tu

      Delete
  18. Setuju sangat. Dengar orang nak.datang rumah, dah kelam-kabut siapkan makanan untuk dijamu. Itu yang kita tahu nak datang. Kalau yang tiba-tiba datang, terpaksa.la hidang apa.yang ada. Kadang-kadang biskut kering ja. Tu pun dah malu yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tetamu tu datang tanpa diundang
      saya akan tetap cuba hidangkan apa yang ada di dapur
      kalau perlu masak, saya akan masak
      saya sedar betapa besarnya harga seorang tetamu tu
      rugi nak lepaskan

      Delete
  19. Bagus betul ajaran parents YY.
    Sampai anak pun boleh ikut.
    Mesti depa happy sangat sebab YY dah turunkan ilmu ni kat anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda yang baik, wajar diperturunkan
      kepada generasi seterusnya =)

      Delete
  20. nice sharing...ye tetamu yg datang itu membawa rezeki :-)

    ReplyDelete
  21. Ada 1 fmly sblh suami kalau dtg mesti wktu maghrib atau lewat mlm wpun jrk rumah 15min shj.serba salah dibuatnya sy. Dtg pula bkn bertanya khabar tp sekadar tgk tv atau main hp masing2.kita ni tercegat aje la. Bila hidang mkn minum ada yg tak sentuh lgsg. Sekurang2 minumla seteguk tp tak alsn sudah minum sudah kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...ada juga manusia yang camtu ye
      kalau saya pun serba salah nak kata apa
      kalau rasa boleh bersuara, elok bersuara
      katakan tak elok time begitu datang.

      Delete
  22. Memang tetamu datng bawa rezeki....tapi bila datang pd ms yg x sesuai susah juga...tak pasal2 kita dpt dosa....jadi tetamu pn kena tahu adab n etika...bole ke kalau ada tetamu dtg nk bermalam tetapi kita tolak atas sebab2 tertentu...berdosa ke kita jika berbuat demikian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah di sini

      tapi maafkan saya sebab ini bukan bidang saya
      menjawab menggunakan logik akal mungkin boleh
      tapi saya tak berani menjawab apabila melibatkan hukum.
      beri saya masa untuk mencari jawapan disebalik persoalan ini
      terima kasih sekali lagi

      Delete
  23. Yang dtg pun bawa la sedikit buah tangan, jgn tau datng nak baham kat rumah org sja. Klu rumah ada budak2 , waktu nak balik bg la " buah tngan " kat budak2 tu sikit.Dah kira sedekah tu ...berkat kedua2 pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunnah nabi adalah mengeratkan ikatan silaturahim
      sebagai tuan rumah, ALLAH menyuruh kita memuliakan tetamu
      kita tak boleh paksa kalau tetamu datang hanya dengan tangan kosong
      pada saya tak ada salahnya berkongsi rezeki yang kita ada dengan tetamu
      tak usahlah harapkan balasan sebab tak nampak keikhlasan di situ

      anyway, ini hanya pendapat logik akal saya sahaja

      Delete
  24. Tertarik nak komen.. keluarga ipar saya memindahkan ibu mereka ke rumah saya untik menjaga anak mereka.. awalnya hanya rancangan yg sekejap namun sudah hampir setahun.. hantar dan ambil anak setiap hari.. duduk smpai berjam.. smpai lepas 11 mlm.. penat tuan rumah setiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay...this is interesting
      saya tak berani nak komen
      mungkin boleh explain kalau tak selesa

      Delete
  25. Mcm mana pulak tetamu yg x diundang dtg bmlm... Bmlm2 di rumah. Sy dah lah tgh berpantang lps bersalin, pantang sendiri, ada 3 lg anak nk diuruskan selain dr baby. Dtg rumah sy sbb nk holiday, tak fikir ke tuan rumah tgh x sihat penat. Nk ckp kang bergaduh anak beranak, apa jenis tetamu mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu juga ada adab yang perlu dipatuhi. Rasullullah bersabda: Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab baginda: “Orang itu menetap di rumah saudaranya, sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” - Hadis riwayat Muslim

      Berdasarkan cerita, salah tindakan mereka. carilah seseorang yang mereka hormati untuk menegur.
      apapun saya doakan selamat berpantang buat saudari. usah difikirkan sangat soal tidak selesa. fikirkan ganjaran yang bakal diterima. insya allah, ada balasan yang diterima nanti

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...