Komen Yang Suka Baca! (^_^)

6:52:00 am Yana Yani 47 Comments

Image from wangcyber.com
Setelah dua tahun bergelar blogger yang ketika ini hanya dilakukan separuh masa, YY mula mengalami ketagihan dalam bidang ni.

Kalau sehari tak belek blog, rasa macam nak demam! Hehe!

Apa yang buat ia makin menarik apabila setiap entry mempunyai komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger lain.

Orang kata sape gila dengan komen, jenis manusia attention seeker!

Lantak pi lah nak kata apa, tapi YY tak boleh nafikan keseronokkan membaca komen yang ditinggalkan. Sama ada mereka mempunyai pendirian sama atau sebaliknya, ia tetap menarik!

Lagi best bila komen yang YY suka baca tu adalah seperti yang di bawah ni


Rasa macam diawang-awangan. Macam kena lambung pun ye juga! Pendek kata satu aje komen macam Aisy Nasiha ni dah mengubah hari YY completely! (^_^)

Even komen yang hanya satu baris perkataan yang ada berbunyi yang sama pun macam komen dari +Hainom OKje dah buat YY senyum sampai ke telinga!


Tu belum lagi blogger yang YY kagumi penulisannya dan jika dibanding dengan YY, jauh panggang dari api! Tapi bila +Bin Muhammad a.k.a BM pun katakan benda yang sama, HAPPY beb!

Terasa dunia ni bagai anti yang punya! (^_^)



Pula tu bukan sekali! Dua kali juga saudara BM meninggalkan komen yang hampir sama di blog ini yang buat YY terasa bangga semacam! (^_^)


Muntah hijau korang baca entry hari ni. Hehe! Tapi seriously komen seperti ni membuat YY bersemangat untuk meneruskan benda yang secara jujurnya memberi kebahagian pada YY.

Tak lupa juga komen dari mereka yang lain. Kesetian korang untuk terus meninggalkan komen merupakan satu pencetus untuk YY teruskan "angan-angan" ini.

Permulaan YY berkecimpung dalam dunia blogger ni, setiap entry yang dihasil hanya menjadi tatapan sendiri tanpa ada seorang pun yang meninggalkan komen.

Mungkin boleh kata entry syok sendiri walau YY menulis bukan hanya berkisar tentang kehidupan peribadi tapi apa sahaja yang berlaku disekeliling berdasarkan pandangan YY.

YY bermula dengan entry yang menggunakan bahasa SMS. Sekarang baca balik terasa malu sendiri. Mungkin hanya YY seorang sahaja yang faham apa yang dituliskan (^_^)

Boleh klik sini untuk bacaan penuh.


Kemudian YY mula menyedari bahawa YY sedang melakukan sesuatu yang merosakkaan bahasa sendiri setelah beberapa bulan bergelar blogger.

Malu membayangkan bahawa sesiapa sahaja boleh terjah blog YY. Bagaimana satu hari kelak setiap keturunan YY membaca blog ni dengan penulisan yang tidak mereka fahami?

Entry yang korang boleh baca di sini telah mengubah sepenuhnya gaya penulisan YY. Sejak hari tu, YY berusaha untuk tidak melakukan sebarang kerosakkan pada Bahasa Melayu lagi.


Even ada bahasa asing atau bahasa pasar yang digunakan, YY italic kan bagi membezakan ianya dengan Bahasa Melayu. Sekiranya korang perasan sebarang kesalahan, maklumkan pada YY.

Lagipun YY ni Bahasa Melayu masa zaman SPM dulu hanya 5C aje (^_^)

----------------------------------------

Pada YY, siapa sahaja boleh menjadi blogger. Tapi apa yang membezakan seorang blogger dan blogger yang lain adalah gaya penulisan yang mempunyai trademark tersendiri.

Sekurang-kurangnya YY boleh berbangga mengatakan apa sahaja yang tuliskan di blog ini adalah hasil dari pemahaman sendiri tanpa perlu copy and paste.

Ianya satu pencapaian bagi YY. Tepuk tangan untuk diri sendiri! Yeah! (^_^)

P/S - Bangga apabila entry tulisan YY bertajuk Antara Pork Free Dan Halal merupakan salah satu pemenang untuk GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar anjuran Buasir Otak.

47 comments:

  1. Seronokkan apa yang kita tulis orang baca. Nak plak dapat komen yang membina, lagi semangat nak tulis.
    Yang penting kita jadi diri kita, no copy paste.^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, komen yang membina memang buat kita bertambah bersemangat!
      yessss...entry saya memang bukan copy and paste
      saya jamin itu! saya akan seboleh mungkin mengubah mengikut ayat sendiri
      saya faham betapa sukarnya menghasil sesuatu entry =)

      Delete
  2. salam yana...sebenarnya akak pun seronok kalau baca komen kawan2 dekat setiap entri yg akak tulis,bukan apa kadang2 dari komen yg kita dapat tu..memberi semangat utk kita kan..
    macam akak ni menulis sebab akak suka,blog ni dah macam diari pulak,maklumlah dulu2 suka tulis diari,setiap tahun ada diari,tapi bila dah ada blog ni takde dah la diari tu,kita tulis kat blog je,paling best dapat berkongsi cerita dengan kawan2 lain, dapat bertukar2 pendapat dan dapat juga menambah ilmu..

    oh tahniah diatas kejayaan yana tu..entri tentang pork dan halal tu memang bagus dibaca tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak! selamat pagi! awal singgah arini =)
      kan kak...saya setuju sangat, saya teringat masa saya sakit dulu
      ramai betul yang memberi kata semangat, buat terasa nak menangis walhal tak ada
      seorang pun di antara mereka saya kenali di dunia nyata

      betul juga kan kak, lagipun benda ni akan ada sampai bila-bila
      siapa tahu anak-anak kita atau cucu cicit kita akan membaca? hehe

      terima kasih kak, saya rasa bangga sangat!
      satu semangat untuk saya terus menulis benda di luar skop peribadi =)

      Delete
  3. Begitulah sebenarnya penghubung kita dengan kawan sesama blogger sekadar melalui enteri yg ditulis tapi bila diberikan complimentary bahagianya terasa ke dalam hati. Apa lagi apabila menerima komen yg membina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kan kak
      komen mereka sebenarnya satu dorongan untuk kita terus menulis =)

      Delete
  4. betul tu YY setiap blogger ada gaya penulisan masing2..bab baca komen memang seronok lebih2 lagi komen yang membina..membangkitkan semangat kita untuk terus menulis tanpa jemu..teruskan menulis YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya penulisan tak sama sebenarnya
      sebab tu setiap di antara kita adalah unik =)
      bila dapat komen yang membina, memang buat kita bersemangat! =)

      Delete
  5. Betul..komentator adalah salah satu pencetus semangat untuk kathy juga. I love my komentator..

    ReplyDelete
  6. Suka baca komen yg dtg ke blog kita. Terharu pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan,
      terharu, gembira...semua tu pencetus semangat

      Delete
  7. kalau ada bakat memang kena asah. hehe cam azney tak bape ada bakat dalam penulisan. blog ikut suka hati je kalau menaip hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang mempunyai bkat tersendiri
      saya minat sebenarnya cuma lebih kepada cara sendiri mengupas isu =)

      Delete
  8. Mmg betul tu.. komen2 ni boleh jadi inspirasi & semangat utk kita lebih komited berblog. Secara tak perasan pun, komen2 ni membantu menarik ramai silent reader juga tau.. Secret admire lah gitu ahahaa.. Tahniah YY.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen pun tarik silent reader? saya tak paham sebenarnya
      apapun terima kasih KK =)

      Delete
  9. yeay.nak tumpang tepuk tangan la juga, boleh YY :)

    ye btul tu.
    setiap blogger ada gaya penulisannya yg tersendiri.

    komen komen ni mbuatkan kita smakin hri smakin "galak" utk update entry.pencetus semangat.mcm sy sndiri. melalui kata kata semangat yg ditinggalkan mbuatkan sy btambah yakin dan berpikir positif.

    akhirnya selama 3 tahun berblog, segala doa yg dikirmkan segala usaha dilakukan alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terima kasih QR
      betullah kan, semua orang mempunya gaya penceritaan yang berbeza
      so bila ada yang meninggalkan komen tu yang buat bersemangat
      tahniah, tiga tahun tu banyak pengalaman dah kumpul =)

      Delete
  10. tulah kan, pengalaman mengajar kita
    automatik tersedar dari lamunan...hehe

    ReplyDelete
  11. Suka baca tulisan YY... Jeles dan rindu juga kengkadang nak mencoret pnjang macam tu... Tapi kdg kering idea juga... Tu yg coret ala kadar je... Teruskan menulis yg bemanfaat utk semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa...terharunya dengan cikgu maria kat gitu
      saya tak pandai tulis pendek, mesti terpanjang juga...hehe
      terima kasih cikgu ye
      saya pun suka singgah blog cikgu, banyak saya belajar =)

      Delete
  12. kalaulah aku boleh tulis macamni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang lain cara penulisan
      saya ni suka membebel...hehe

      Delete
  13. YY tak sabar nak baca komen . Saya lak ngeri nak tgk komen . maklumlah , manusia kan berbeza pandangan . itu dulu , sekarang dah cool lah . kalau tak suka just delete jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fortunately saya tak pernah mengalami episod seperti tu
      kebanyakkan komen saya baca saya senyum
      walau bukan semua bersependapat
      tapi blog kita vee, tak suka komen tu, delete aje! =)

      Delete
  14. Assalamualaikum..
    Terima kasih sudi follow blog Ira yang tak seberapa tu.. :) hehe..
    Semalam baca blog YY ni.. dlm hati terdetik.. bagusnya YY ni, takde guna short form pun. Lepas tu, siap italic lagi perkataan tertentu.. Kagum Ira :)

    Betul tu, komen kawan2 atau pembaca memberi semangat utk kita update entry. Tp mcm ira ni, blogger tenggelam timbul hehe..

    Jwb soalan YY kat sini je la, umur aimy 3 tahun 1 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt
      janganlah kata gitu, kita sama aje =)
      tu salah satu tekad yang pernah dilakukan, alhamdulillah bila dah terbiasa
      macam apa yang ira nampak sekaranglah =)

      kan, tanpa komen kawan-kawan ni
      mau ke laut mood kita menulis
      saya pun sebenarnya bukan selalu mengadap blog
      saya peruntukkan satu hari untuk menulis cerita untuk seminggu =)

      anak kita sebaya! =)

      Delete
  15. tak diakui..lya sendiri suka sgt baca komen2 yang diterima.. malah baca berkali-kali.
    nmpknya lya kna belajar dgn YY penulisan y betul. Tak diakui.. awal mnulis blog pon, ayat2 y lya guna sgt tak OK, cth tulis ayat seringkas mungkin spellingnya.. tp skarang walaupon ayat x betul, tp akan penuh ejaannya.. maybe ada y elps pndang..lps ni kna belajar jugak mcm YY memartabatkan bahasa melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan baca komen-komen dari kawan-kawan blogger ni
      macam-macam cerita yang buat kita sengih sampai ke telinga!
      saya tak lah menulis betul sangat lya, banyak lagi yang lebih betul
      cuma saya boleh katakan saya minat dalam bidang ni, tu aje

      lain orang lain cara atau gaya mereka menulis, tu trademark
      kalau lya selesa dengan gaya penulisan sekarang, teruskan aje
      tak perlu berubah =)

      Delete
  16. Saya dah beberapa kali terfikir nak tutup blog... Tiap kali suarakan pendapat tu, tiap kali tak jadi nak tutup bila dpt sokongan dari kwn2 (ya, kwn maya yg x pernah kenal di alam nyata)... Betapa besarnya pengaruh komen, kan?

    Walau baru kenal dgn YY, tp makin hari rasa makin rapat pula... Suka baca kisah afif dan aisyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nak tutup blog? sayanglah
      teruskan aje sebab apa yang kita tulis tu sebenarnya boleh dijadikan kenangan
      betullah, saya setuju dengan pendapat nur tu =)

      yeke? terharu saya membacanya
      tanpa pembaca, memang tak ada maknanya blog ni pun
      terima kasih ye =)

      Delete
  17. Huhu...memang muntah baca entri ni... hoho!! Tapi nak juga bagitau, gaya penulisan YY memang menarik dan tersendiri. Nak kata terlalu formal pun tidak tetapi asyik membacanya... Olahan dan susunan penceritaan juga sangat menarik! Memang anda berbakat!

    Komen YY antara yg paling ditunggu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...janganlah gitu BM
      susah nak lap kang sebab muntah hijau...hehe

      terharu saya membaca komen ni
      buat saya terus nak menulis lagipun ini memang satu benda yang
      saya minat sejak dari dulu cuma tak pernah ada peluang
      sekarang dah dapat, saya akan cuba kekalkan dan asah =)

      apapun terima kasih BM, ceria hari saya sebab komen seperti ni =)

      Delete
  18. Oh, ini rupanya yang disebut AN dalam blog saya ^_^ Tetiba pelik dalam blog keluar nama YY pulak sedangkan takda letak link apa pun. Hahaha...SPM tak menggambarkan apa-apa pun, YY. 5C pun dulu cuba tengok macamana bahasa yang digunakan sekarang. Saya dulu masa mula-mula berblogging pun berjanji pada diri sendiri tak mahu merosakkan bahasa tapi bila seronok menulis habis semua pun bercampur menjadi satu *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. AN kata apa? gosip apa ke? hehe
      tu cikgu marked, pasal tu dapat 5C je
      cuba sekarang suruh cikgu mark juga, mau sama juga kot
      saya masih lagi kurang mahir menggunakan tatabahasa yang betul =)

      tak mengapalah MD, lain orang lain keseronokkannya
      saya seronok dan puas bila menulis dengan cara begini
      lagipun saya membayangkan satu hari nanti ada mat salleh singgah
      idaklah susah sangat dia nak paham penulisan saya....hehe
      berangan ajelah ko yana wei! =)

      Delete
  19. Gaya bahasa saya pun x berapa baik walaupun dapat A. Tu masa exam je. Sedangkan kat blog saya lebih suka bersantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain gaya penulisan
      ikut yang mana selesa mengikut cara kita
      cam saya, saya letakkan matlamat tentang penggunaan bahasa

      Delete
  20. Tahniah atas kejayaan tu..
    Saya ada baca kat blog Buasir Otak tu.
    Rasa macam pernah baca baru perasan kak Yana yg tulis.. Hehehe..

    Alhamdulillah buat masa sekarang memang selesa menulis dengan ayat penuh. Macam kak Yana cakap, kalau bukan kita pelihara, siapa lagikan. Bahasa jiwa blogger.. Hehehe.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih gee
      tak sangka sebenarnya nak menang pun...hehe

      tulah kan gee, ayat penuh yang digunakan sedikit sebanyak
      membantu kita untuk memartabatkan bahasa melayu tu
      hehe...bahasa jiwa blogger ye? first time dengar tu =)

      Delete
  21. sis JM setuju dgn komen2 mereka di atas tu..mmg gaya penulisan YY tersusun dan teratur..kalau baca blog sis JM punya..hurmm...cukup menyedihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni yang buat segan ni
      eh tapi saya baca ok ajelah JM
      sendiri tulis memang terasa tak okay je
      cuba suruh orang lain rate, idaklah sampai ke tahap menyedihkan

      Delete
  22. Btl tue yana...komen2 tue la menguatkan lagi semangat kita nk berblog kan..tak dak la rasa mcm syok sendiri sangat...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dulu ye saya syok sendiri
      tulis sendiri, baca sendiri...hehe
      sekarang alhamdulillah, ramai dah yang tinggalkan jejak
      buat pencetus semangat menulis =)

      Delete
  23. Ohhh terasa mak sebab mak pun kekadang merosakkan bahasa hihi....main belasah je gaya bahasa pasar....Tapi betullah YY OKje pun tertunggu tunggu orang mengomen dlm entri kita , dah jadi mcm kemaruk pulak rasanya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masih merosakkan bahasa sebab dok selit bahasa pasar dan english
      susah sebenarnya nak buat santai tanpa merosakkan bahasa
      tapi cubalah jugalah =)

      hehe...samalah kita OKje, saya pun dah macam ketagih dengan blog ni =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...