Birthday Celebration Afif! (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 37 Comments

Benda ni sepatutnya menjadi rahsia tapi akhirnya terbongkar juga sehari sebelum majlis yang YY rancang hanya dalam tempoh seminggu. Silap sebab tak pesan pada cikgu.

YY belum pun sempat masuk ke rumah Mak untuk menjemput Afif dan juga Aisyah bila tiba-tiba Afif terus mengajukan soalan di muka pintu, "Mama besok Mama nak bawa kek pergi sekolah ye?"

"Emm, sape yang cakap?" tanya YY yang masih cuba berdalih.

"Cikgu cakap! Dia kata besok semua kena datang sebab Mama Afif nak bagi semua kawan-kawan makan kek dengan dapat jajan" kata Afif bersungguh-sungguh.

"Afif berpeluh-peluh masa cikgu cakap macam tu" tambah dia lagi.

"Kenapa Afif berpeluh?" tanya YY yang sebenarnya masih cuba berdalih. Tapi macam tak boleh nak teruskan "penipuan" tu. Terima kasih cikgu Afif sebab bongkarkan rahsia (^_^)

"Yelah sebab Afif takut tak ada kek. Mama kena beli juga kek sebab cikgu dah bagitahu kawan-kawan" kata dia yang macam orang tak senang duduk.

Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia! (^_^)

-----------------------------------------------------

Benda yang YY planned ni pun sebenarnya tanpa pengetahuan Encik suami sebab dia kebiasaannya tak suka dengan benda sebegini. Yang berlebih tu biasanya YY.

Sebab tahu karakter dia macamana dan bagi elakkan apa yang tak patut, hari nak ambil kek baru YY beritahu dia. Itupun segala jampi serapah dok bagi takut kena marah.

Tapi mood dia baik masa YY beritahu. Alhamdulillah. Malahan dia yang excited lebih, siap nak join majlis tu. Lega rasanya (^_^)

Kami sampai sekolah dalam pukul 10 pagi, masa tu budak-budak sedang makan sebab waktu rehat. Nampaknya kelibat YY, masing-masing excited sebab dah tahu pasal apa.


Budak-budak tu bila nampak kek tu kek Ultraman, masing-masing berkerumun nak tengok. Masing-masih teruja dengan kek tu tak kira lelaki mahupun perempuan.

Siap ada yang booking nak bahagian mana Ultraman (^_^)


Afif pula macam orang malu-malu bila semua mata tertumpu ke arah dia. Tak berapa nak nampak respond dia happy atau sebaliknya. Encik suami kata dia cuak.

Tapi sekali sekala mata dia dok pandang kami suami isteri yang duduk tak jauh dari meja dia memotong kek. Tersengih macam kerang busuk (^_^)


Part balik best YY rasa hari tu bila kawan-kawan Afif semua menyanyikan lagu ALLAH Selamatkan Kamu dan Happy Birthday. Macam ada dekat konsert sebab gegar suara diorang tu (^_^)

Tapi seriously buat YY pun jadi excited. Tak teringat langsung nak rakam. YY hanya snap sahaja suasana ketika mereka semua menyanyikan lagu tu.


Walaupun YY dan Encik suami turut hadir pada majlis tu, kami hanya menjadi pemerhati sebab rasa macam tak sopan nak interrupt. Segan pun ye juga, lainlah kalau rumah sendiri kan.

Seterusnya adalah sesi memotong kek.


Lepas tu sesi pembahagian kek diuruskan oleh cikgu Afif. Time cikgu tu memotong kek, terdengar suara beberapa orang murid berkata, "Cikgu, matilah Ultraman tu cikgu potong dia!"

Kami suami isteri masing-masing tergelak mendengar apa yang dikatakan tu. Macam-macam hal bebudak ni. No wonder cikgu sebelum ni sampai kena darah tinggi sebab diorang.

Afif pula ditugaskan membahagikan kek tu kepada kawan-kawan dia. Pandai pula YY nampak dia dok bahagi pinggan yang mengandungi kek tu kepada kawan-kawan dia.


Lepas dah pastikan semua dapat, barulah mereka semua makan. Seronok tengok time ni. Masing-masing berselera, siap ada yang bertambah berulang kali.

Aisyah pun tak terkecuali dari minta tambah. Cuba perhati dia yang juga sedang berbaris dan pinggan yang berada di dalam genggaman. Kelakar pula tengok dia macam tu.


Masa dok leka perhatikan Aisyah, ada sorang budak yang YY biasa nampak tapi tak ingat nama dia kata dengan YY, "Acik Mama Afif, sedap kek Ultraman ni. Kita nak lagi boleh tak?"

Cara dia panggil YY tu yang kelakar. Acik Mama Afif. Hehe!


Lepas sesi makan ni, barulah nampak kecerian Afif. Nampak yang dia seronok ada hari tu berbanding mula-mula tadi yang macam orang nak kena sunat. Hehe!


Aisyah pula tiba-tiba jadi glamour terutama dikalangan pelajar lelaki. Tak senang duduk Abang dia bila kawan-kawan dia dok kerumun Adik dia gitu.

Masa dekat rumah dia cerita yang dia tak suka kawa-kawan dia usik Adik dia macam tu. Ni besok besar mahu jadi protector pada Adik dia. Hehe!


So begitulah yang berlaku pada majlis yang YY rancang pada saat akhir. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan yang paling penting Afif seronok dan kami juga seronok.

Hopefully apa yang YY lakukan ni akan meninggalkan memori indah zaman tadika buat Afif. Lepas ni dah tak ada dah nak buat macam ni lagi sebab dan besar! Hehe!


So begitulah cerita birthday celebration Afif yang berlangsung pada Jumaat yang lalu (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum

37 comments:

  1. Semuga Affif besar nanti menjadi anak yang soleh, beriman dan berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa. In syaa Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn...mudah-mudahan
      terima kasih pak mail

      Delete
  2. Memang meriah sangat².. Mesti semua teruja kan? Aisyah tumpang seronok sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang teruja termasuklah mama afif sekali...hehe
      dia memang gitu =)

      Delete
  3. seronoknya..semua pun dok kerumun Aisyah ye, patutlah abang dia tak senang duduk.protective betul abang sorang ni.besar ye kek ultraman tu.1 kg ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkin sebab dia kecil kan
      bebudak tu rasa dia comellah tu kot
      1.5kg aje kek ni SM

      Delete
  4. Heppy Bezday anak acik mama Afif hehe...... jangan mare....
    Moga Afif menjadi anak yg solehah, cemerlang dan terbilang yer....membahagiakan mama dan papa hingga ke jannah.
    Budak budak tengok Otomen mmg sukalah yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...idaklah marah, dah memang digelar gitu, terima ajelah...hehe
      aminnnn, terima kasih OKje
      usia gitukan, memang terujalah tengok kek gitu

      Delete
  5. bila tengok anak2 seronok kita pun seronok kan, afif takut kawan2 ngorat aisyah ye, bagus abg afif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak. tulah kegembiraan kita sebenarnya
      hehe...kelakar pula bila teringat

      Delete
  6. Lawanya kek Afif ni. Ultraman ya.. seronok tengok keceriaan anak anak dalam majlis Afif ni. Semuanya nampak terhibur dan seronok.

    Tak jadi rahsia ya.. haha.. takpela

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alhamdulillah
      rezeki bebudak tu untuk hari tu =)
      yang pasti semua seronok termasuklah mama afif =)

      tak mengapalah, janji semuanya dah settled

      Delete
  7. seronok afif ada sambutan macam tu..muka gembira + gabra

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan,
      saja aje nak buat sebagai tanda ingatan
      hehe...tulah kan

      Delete
  8. Happy birthday Afif... wah meriah.. semoga menjadi insan yg berjaya di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KK...alhamdulillah semua gembira
      aminnn =)

      Delete
  9. Alhamdulillah... Meriah sungguh... Happy birthday afif...

    ReplyDelete
  10. habis mati ultraman masuk dlm perut bebudak tu ... alhamdulillah , tercapai juga hajat nak buat ... acik mama afif tu ayat beradab sopan . bagus budak tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...giyulah nampak gayanya
      tulah, syukur semua dipermudahkan =)
      ye, dia pun memang jenis gitu karakter dia
      cucu imam dia tu =)

      Delete
  11. Ala spoiled la cikgu pecah lobang...dh tak surprise dh..hehehe.. xpe la apapun yg penting majlis berjalan lancar..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah, tapi tak apalah
      yang penting semua happy termasuk mama afif sekali =)

      Delete
  12. Alaaa... napa tak sepakat dengan cikgu! Pecah rahsia last minit! Tapi takpalah janji Afif gembira. Yang buat dia takut tu sebab kek takda ya. Hahaha....Yalah, dah berjanji mestilah kena tepati ^_^ Siapa tak suka si Aisyah, dah memang peramah sungguh. Habis senyum jek dengan lelaki. Memanglah semua semut berkerumun. Hihihi.... Kena jaga adik perempuan baik-baik ni, Afif!

    Budak-budak memang kelakarkan. Tak sangka bila jadi mak, tak kiralah berapa umur kita memang kena panggil 'acik' ajelah, YY. Kenalah redha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya terlebih pandai bab merancang ni MD...hehe
      tapi tak apalah, dah settled dah pun, semua happy =)
      tulah gamaknya, dia ingatkan kek tak ada...hehe
      nanti saya pesan kat afif pasla tu ye...hehe

      nak buat camne MD, acik pun aciklah! =)

      Delete
  13. Senyum saya membaca dan melihat gambar2 ni... Tahniah Afif, selamat ulang tahun. Pasti menjadi memori indah buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapannya BM
      saya memang laukan semua ini tuk dia =)

      Delete
  14. happy belated birthday afif... be a good son ya...

    ReplyDelete
  15. hehe...mama n papa yang terlebih excited sebenarnya =)

    ReplyDelete
  16. afif mula2 tu malu tapi mahu. hehe. happy belated birthday afif. moga jadi anak yg soleh.

    nampaknya aishah ada banyak peminat dah. hehe. abang dia memang protective :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, lama-lama dia seronok
      amin....mudahan begitulah

      sebab dia mungkin kecil lagi, tu yang diorang suka sebab ingat adik
      sendiri agaknya

      Delete
  17. Alhamdulillah..
    semuanya bjln lncar... nmpak tu afif happy sgt dgn kek atomen dia.. seronokkan tgk gelagat anak2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semuanya berjalan lancar
      simple, tapi semua happy!
      tulah yang penting =)

      Delete
  18. PASTI jugak rupanya.
    Saya buat juga ritu, tapi cikgu kata ibubapa tak perlu hadir..Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a PASTI juga =)
      memang ibubapa tak perlu hadir
      tapi kami saja aje menyibuk...hehe

      Delete
  19. seronok kan.
    ala nape cikgu kasi oecah itu rahsia..hihi
    kek ulttraman tu perasa apa?
    tempah homemade punya erk ?
    teringat last year masa kja di tadika kemas.
    blh dikatakan setiap bulan ada sambutan hari lahir.meriah. anak anak suka sangatyg x permah makan masa waktu rehat semua nak makan ;)

    rindunya suasana tu..
    kalau tadika kemas tu mak ayah xda pulak datang. just bg kek n gooodies bag je.. selalunya cikgu n pembantu yg handle ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok QR, lagipun first time buat besar gitu
      kek tu perasa coklat, tu yang budak suka sangat makan =)
      saya tempah kedai, homemade mahallah QR

      ni pun tak perlu hadir, saja aje kami menyibuk...hehe
      tapi tak main terjah aje, minta keizinan juga tu...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...