Kegembiraan Boleh Diperolehi (^_^)

7:32:00 am Yana Yani 51 Comments

Untuk menjadi seseorang yang gembira sebenarnya tak susah walau keadaan sekeliling tidak menggembirakan. Kegembiraan boleh diperolehi dengan menggembirakan diri sendiri (^_^)

Tiada siapa yang tahu bagaimana menggembirakan diri kita selain dari diri kita sendiri. So sebenarnya kunci kegembiraan tu adalah diri kita sendiri.

----------------------------------------

Kebiasaannya barang dapur apabila sampai hujung bulan, banyak yang kurang. YY pula jenis manusia mudah terlupa. Kalau hari tu YY perasan beras dah nak habis, hari tu juga kena beritahu.

Kalau tak, memang YY tak akan ingat langsung sehinggalah beras tu benar-benar habis. Benda macam ni kebiasaan mengundang "ceramah free" Encik suami.

Ceramah free bukan sesuatu yang ingin didengari pada waktu seperti tu. Manusia yang mudah sentap seperti YY tak akan memilih untuk mendengar ceramah free.

Minggu lepas masa YY sedang kelam kabut menyediakan makan malam, YY baru teringat yang bawang tak cukup untuk menyediakan juadah untuk malam tu.

Ada pun bawang yang bersaiz kecil yang biasanya cukup untuk satu hidangan sahaja.


Kalau diberitakan pada Encik suami, pasti akan kedengaran ceramah free yang sekaligus mengundang jiwa kaca seperti YY tersentuh dan terluka. Pasti mood malam tu akan terjejas.

Pemikiran kreatif perlu untuk mengatasi situasi seperti tu. Mood happy perlu dikekalkan (^_^)


Encik suami seorang yang suka pada hidangan yang mempunyai banyak bawang dan cili. So keutamaan hidangan malam tu bagi memastikan selera tekak dia dipenuhi.

Siapa tahu dengan kegembiraan dia pada hidangan tu boleh melayakkan YY ke Jannah (^_^)

Kebetulan dekat rumah ni hanya YY dan Aisyah yang makan sayur. So untuk hidangan sayur kami, bawang tu YY kecilkan portion dia dari kebiasaan.

Tekak sendiri makan, tak apalah kan (^_^)


Makanan kegemaran Encik suami siap! Lega walau YY kurang pasti rasa dia. Lepas tu YY teruskan pula dengan memasak sayur yang perlu ada dalam menu YY.


Walaupun petola tu "ter" overcooked, ianya masih menetapi piawaian tekak YY. Kalau dah rupa gitu, rasanya memang YY aje yang makan. Orang lain tak sentuh (^_^)


Dah nama orang JAWA, maka hidangan seperti tempe ni memang perlu ada dalam setiap hidangan kami. Rasa macam tak lengkap kalau tak ada tempe (^_^)

So malam tu YY berjaya juga menyediakan tiga jenis hidangan walaupun tanpa bawang yang mencukupi. Ni semua gara-gara tak mahu mendengar ceramah free! (^_^)


Malam tu juga buat pertama kalinya sotong dalam tin tu habis dengan sekali hadap! First time nampak Encik suami makan macam tu. Tak tahu memang sebab sedap atau dia terlalu lapar!

Malahan sayur yang biasanya tak disentuh oleh Encik suami, habis juga sebab dia kata sedap kombinasi cendawan shitake dengan sayur petola tu.

Yang pasti YY berjaya meneruskan mood gembira dalam diri YY bila dok tengok Encik suami makan dengan berselera. Tak susah nak gembira kan?

Gembira pada YY bukan bermaksud kita dapat setiap apa yang kita nak atau diperolehi dari orang lain. Tapi kegembiraan tu datang dari diri kita sendiri dengan cara yang kita nak.

Bila kita gembira, semua benda yang kita buat akan jadi kegembiraan juga (^_^)

P/S - YY baru dapat tahu dari blogger Mimi Azirah dan Aisy Nasiha yang blog YY ni tak boleh komen sekiranya mereka menggunakan phone. Korang hadapi masalah yang sama? Apa nak buat ye?

51 comments:

  1. YY patut ada dlm tazkirah masjid tempat kakak sabtu lepas. Isteri macam inilah yg patut dicontohi dan memang berjaya membimbing keluarga menuju ke syurga. Bijak mengurus masa dan tindakan tanpa mencari alasan kerana tak mahu menjadi isu bermasam muka. Itulah peranan isteri, ibu dan wanita. Pengakhirannya semua bahagia kan... siapa yg bijak kalau bukan YY.

    Kakak suka N3 YY hari ini ada sedikit sinonim dgn N3 kakak hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang ada masa untuk ke tazkirah, ada juga rasa teringin dalam hati tu
      biasa tazkhirah yang saya dengar hanya di youtube
      selalu ustaz kazim elias lah pilihan hati, suka dengar cara santai dia
      saya ni kebiasaannya meletakkan diri dalam situasi memburu syurga
      ustaz kata orang pompuan senang aje nak dapat syurga, taat aje pada suami =)

      tak boleh juga kata saya bijak, saya hanya mengelak mencipta
      situasi yang saya tak suka, saya gembira, semua orang gembira
      tu yang penting =)

      saya ada banca entry tu, tak sempat lagi tinggal jejak =)

      Delete
  2. in sha Allah YY..niat yang suci murni yang penting..moga segala apa yang kita lakukan diberkati dan disulami kegembiraan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan, moh kita sama-sama
      memburu syurga =)

      Delete
  3. YY, yang pertama tu menu sotong ya? Tapi dalam banyak-banyak yang ada, tempe juga yang menambat hati saya. Nak buat camna. Ada juga darah Jawa tu mengalir dalam badan walaupun dah ingkar banyak ^_^

    Simple thing macam nilah yang senang nak buat hati gembira, Memang betul YY, kalau dengar ceramah free ni hati sakit, jiwa kacau aje. Lepas tu semua yang nak buat jadi kalut, haru-biru je rasanya. Berakhirlah dengan masam muka dan sesi salah menyalahkan sesama sendiri :D

    Hihihi...setakat stok barang dapur ni saya yang jaga. HD tak tahu apa-apa. Makanya, boleh agaklahkan rumah saya memang tak pernah kehabisan stok. Sampai tak tahu nak buat apa, dah cooking cooking with fun nya boleh bilang dengan jari jek ^_^ Isteri mithalilah katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a sotong tu, en suami suka sangat tu
      jawa juga rupanya ye =)
      meh sep sikit =)

      betullah tu kan MD, benda yang kadang kita tak perasan
      sebab tu saya kata tak susah kita nak gembira
      kita hanya perlu ciptakan suasana tu aje, insya ALLAH kita akan gembira

      saya ni walau pegang tugas dan peranan ketua dapur, saya pelupa
      saya kena ada orang ingatkan lagi
      saya akui kelemahan tu, so bila dah sedari kelemahan diri sendiri
      malaslah nak create trouble...hehe

      Delete
  4. Tempe juga kegemaran saya. Al maklum orang Jawa juga...

    ReplyDelete
  5. Saya bukan jawa tapi mmg suka tempe.. apa pun yg penting asalkan jiwa kita happy.. :) :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan tempe ni, dah jadi makanan harus
      buat mereka yang bergelar malaysian
      betullah tu, jiwa kena happy nak create suasana happy =)

      Delete
  6. kreatif presentation tu... i lkie you..paling penting niat kita ikhlas memasak untuk keluarga,inshaAllah sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif kebendanya, main hentam aje tu...hehe

      Delete
  7. Tempe goreng, enak di makan begitu sahaja :P
    Kalau saya balik JB, kat sana mmg femes tempe goreng org jual petang2, makan cecah kuah kicap pedas...;)
    Saya bukan jawa, tapi mix bugis siam...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, tempe goreng memang sedap
      kalau kat sini diorang goreng salut dengan tepung
      sedap juga, cicah kicap tu first time dengar
      orang malaysia ni memang semua benda balun...hehe

      Delete
  8. Sangat setuju YY....kegembiraan itu berpucuk pangkal dpd diri kita sendiri, kalau kita nak gembira maka kita kena rasakan gembira begitu jugak sebaliknya....tp persoalannya kalau mmg kita betul betul sedih boleh ke kita gembira? Huh...pening jugak tu....

    Seorang perempuan, isteri dan .... kan mmg kreatif orangnya! Hehe....Tengok sayur awak tu teringat cendawan shitake dlm fridge ....esok nak masaklah. Petola tu jarang okje beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni OKje, kalau saya sedih macamana pun
      walau sebelum tu saya menangis sampai bengkak mata
      saya berjaya menggembirakan hati saya, saya ketawa pula tengok muka sendiri
      yang bengkak depan cermin...hehe

      saya pun jarang makan petola, boleh kira dengan tangan berapa kali makan petola

      Delete
  9. Wahhh sedap2 nye.
    Wajib tiru ni:)
    Thanx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..apalah yang nak ditirunya doktor wei
      resipi kurang bawang tu =)

      Delete
  10. sama ye suami kita?
    sep sikit diana =)

    ReplyDelete
  11. wahhh.
    tempe!
    kalau tempe goreng sambal taruk bilis dengan kacang sy suka makan. kalau goreng kosong sy takleh makan. taktahu nape. selektif sangat kalau bab makan. hehe. mengada je lebih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akak laki bini
      goreng kosong camtu yang sedap =)

      Delete
  12. yang tak jawa ni pun suka la kat tempe tu..hehehe, dari kecik tau akak makan tempe ni,sedap sangat..

    betul tu kita kena positif dan gembira,barulah apa yg terhasil selepas itu akan membuahkan kegembiraan kan,niat kita pun penting,niat utk gembirakan org lain,pasti kita juga akan gembira bila org tu gembira..eheh paham tak ni? hahaha ke akak yg tak paham dgn komen sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun dari kecik kak makan tempe

      saya paham sangat apa yang akak cuba sampaikan tu
      betullah tu apa akak cakap =)

      Delete
  13. Setuju 200% dengan YY....
    Kita yg pilih utk gembira atau sebaliknya....
    Saya pun jenis mudah sentap juga bila dapat ceramah free...
    Memang tak membantu pun, tapi itulah orang lelaki.... huhuhu
    Tindakan yang bijak YY :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemah badan kalau dengar ceramah free...hehe
      kadang mereka lupa yang kita juga manusia biasa
      tak apalah, benda dah lepas
      saya kenal diri saya sendiri, saya tahu bagaimana menangani kegembiraan sendiri =)
      so kita buat ajelah asalkan diri kita bahagia =)

      Delete
  14. alhamdulilllah..suka sgt entri YY ni..lya setuju dgn penulisan YY. dalam apa2 hal kita sbg isteri kena bijak n kretip kan..

    happykan kalo suami n anak mkn lauk pauk y kita msak sampai bertambah n habis.. tersa satu kepuasan disitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu lya
      walau kita berkemungkinan tidak gembira dengan apa yang kita lakukan
      tapi apabila ada orang lain gembira dengan pengorbanan kita tu
      itulah sebenarnya kegembiraan =)

      Delete
  15. " Gembira bukan bermaksud kita dapat setiap apa yang kita nak atau diperolehi dari orang lain. Tapi kegembiraan tu datang dari diri kita sendiri dengan cara yang kita nak."

    Nak menangis rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awatlah pula nak menangis =)

      Delete
    2. Sebab saya selalu fikir yg kita akan gembira bila kita dah dapat apa yg kita nak.
      Saya tak perasan bahawa mungkin ada orang lain yg sedang bersedih disebabkan sifat saya tu yg seolah mementingkan diri sendiri.

      Dan orang lain tak mampu berikan saya kegembiraan. Saya rasa apa pun yg menimpa kita dan apa pun yg kita buat, semuanya bergantung pada cara kita sendiri melihatnya.. Macam kak Yana cakap.. semuanya datang dari diri kita sendiri..

      Sebab tu rasa macam nak nangis.. :')

      Delete
    3. lain orang lain cara penyelesaian
      sebab tu tiap antara kita adalah unik
      macam akak, akak dah terbiasa dengan kehidupan begitu
      begitulah cara akak perolehi kegembiraan,
      hanya dengan melihat timbunan sampah pun kita boleh gembira
      pokok pangkal adalah diri kita, kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita =)

      Delete
  16. niat yg baik dipermudahkan ALLAH...alhamdulillah...kita yg tukang masak pun rasa seronok bila hidangan licin,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak
      rasa gembira sangat yang sukar digambarkan

      Delete
  17. walla mmg bijak sgtlah.. !

    ReplyDelete
  18. formula penggunaan bawang serta keikhlasan memasak demi kegembiraan sekeluarga jadikan makanan itu sedap ... itulah barakahnya . tetiba teringat tempe dalam peti sejuk ... harap bebudak masak lah menu tempe mlm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kan vee...kata orang kalau
      masak dengan kaish sayang dan ikhlas, masakan akan jadi sedap =)
      saya hari-hari makan tempe =)

      Delete
  19. Kalau kita masak... anak2 dan suami makan sampai licin... mesti hati kita berbunga2 kan YY... semangat untuk kita masak lebih sedap dan pelbagai lagi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu idah
      lagilah kalau masing-masing kata sedap, memang kembang rasa =)

      Delete
  20. Sotong dalam tim tu dh lama betul tak makan. Rasa nak beli esok pula. haha.

    Bgus kak YY ni. Kreatiff!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kerap juga makan sebab en suami suka
      tu kreatif dalam situasi terdesak...hehe

      Delete
  21. hhaa... hari ni saya ada guna laptop untuk buat kerja jadi bolehla mengomen kat sini.. rasanya ada koding html yang kena adjust tu supaya ada available for komen dengan hp.. ataupun memang kena rujuk pakar,..

    pandai mengolah dan rajin masak nampaknya YY ni, nampak cara menghidang pun dah teratur nampak sedap je makananya... pasti tersenyum riang ahli kelaurga masa makan hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya untuk kesukaran tu
      saya dah cuba rujuk pada kak kathy rbain, hopefully semua okay lepas ni

      idaklah rajin sebenarnya, terpaksa! hehe
      kadang apa yang dipandang secara luaran belum tentu sedap tau..hehe

      Delete
    2. saya guna hp juga ni bw.
      harap ada la komen.sy ye .hihi
      betul tu..

      ceramah free sapa mau dgr.hihi..

      Delete
    3. ada ni, saya dah betulkan sikit setting dia =)
      ceramah free yang menjerumus ke arah bebelan,
      tak suka dengar =)

      Delete
  22. Replies
    1. ceramah UKE saya boleh gelak
      ini tak bolehnak gelak =)

      Delete
  23. Tempe goreng kalau makan dengan sambal kicap memang terangkat.
    Sedap jer tengok cendawan dan petola goreng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai makan dengan kicap
      biasa goreng gitu aje =)
      suami saya suka tu=)

      Delete
  24. bijak lah...bawang yg sedikit tu oleh masak 3 menu..kalau kita x bahagia org lain pun akan terasa ..siapa lagi yg akan bahagiakan pasangan jika bukan diri sendiri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. desperate punya menu tu...hehe
      betul juga kan JM, pokok pangkal adalah diri kita sendiri =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...