Misi Mencari Jubah! (^_^)

6:47:00 am Yana Yani 46 Comments

YY ni boleh dikategorikan jenis manusia "lurus". Maksudnya apa yang orang cerita, itulah YY yang percaya. Tak reti nak belok kiri kanan kecuali YY dapat sense something different.

Macam cerita Afif dan tema Arabic. YY beritahu big boss yang perlukan peruntukan untuk membeli jubah sempena dengan tema hari ihtifal sekolah Afif.

Tapi Encik suami hanya kata, "Pakai apa yang ada aje!"

Mula kepala otak ni dok ligat berfikir mencari idea yang sesuai untuk tema Arabic. Memaksa diri menjadi sekreatif mungkin . Tapi last minute dia boleh kata, "Jom kita keluar cari jubah Afif"

Ceh! Penat fikir. Kalau tahu tak payah fikir (^_^)

So petang Sabtu tu kami ke Kompleks PKNS Shah Alam demi satu misi iaitu mencari jubah! Biasa kami ke sini time nak raya aje sebab dekat sini ada macam-macam pilihan baju.

Time belajar dulu selalu juga lepak dekat situ. Boleh kata hampir setiap kali selepas habis kelas YY dengan classmate lepak dekat situ. Maklumlah dulu Shah Alam tak maju macam sekarang.

Sekarang aje dah lain Shah Alam ni terutama area Seksyen 7.

Anyway sampai situ bebudak ni terus nampak mainan yang ada dijual di sekitar Kompleks Shah Alam tu. Hari tu pula memang birthday Afif. So beli jugalah something sebagai tanda.


Murah aje tapi itupun Afif dah suka sangat. "Mama terima kasih sebab belikan mainan untuk birthday Afif ni. Afif suka!" kata dia bila dapat mainan tu.

"Afif tahu tak kenapa Mama belikan mainan tu untuk Afif?" tanya YY pada Afif.

"Tahu! Sebab Mama sayang pada Afif" jawab dia bersungguh-sungguh.

Touching betul ayat tu! Terus peluk dia lepas dia kata gitu. Malam tu YY tak boleh tidur sebab dok teringat apa yang Afif kata (^_^)

Berbalik kepada misi mencari jubah tadi, kami jumpa pelbagai jenis jubah dengan pelbagai harga, warna dan material. Memang menarik.

Tapi Aisyah lebih tertarik pada baju Frozen. Beria dok belek macam nak beli aje. Boleh tahan juga citarasa anak dara yang sorang ni tau (^_^)


Pusing punya pusing sekitar Kompleks PKNS ni, kami jumpa sebuah kedai yang menjual jubah untuk kanak-kanak dengan harga affordable.

Untuk benda macam ni kebiasaannya YY memang biar Encik suami decided. Dia memang kami punya fesyen stylist. YY memang jarang bersuara untuk benda gini.


Lepas dah jumpa apa yang dicari, kami lepak pula dekat Taman Tasik Shah Alam yang terletak bertentangan dengan Kompleks PKNS ni.

Dekat sinilah masing-masing excited nak buka kotak mainan yang baru dibeli tadi. Masing-masing nak tayang mainan masing-masing.

Aisyah dengan patung Frozen dia.


Afif pula dengan Ultraman jenis pasang sendiri. Masing-masing seronok dengan mainan masing-masing. Mama dan Papa pun seronok dengan kegembiraan anak-anak (^_^)


YY snap beberapa keping gambar dekat sini.

Tapi YY paling suka gambar Afif yang ni. Time ni dia tengah sibuk cuba mencapai burung yang berada berhampiran. Terasa macam YY ni jurukamera profesional pula.

Hehe! Perasan! (^_^)


Tengah dok sibuk melayan telatah anak-anak tu, tiba-tiba kami dengar bunyi bising. Bunyi macam kaca dipecahkan atau mungkin benda meletop sebab bunyi dia terlalu kuat!

Masa tu kurang pasti pasal apa. Tapi ada seorang pakcik ni kata dengan Encik suami, "Tolong Dik, jangan kasi dia pukul budak Melayu tu!"

Yang Encik suami pun laju aje bergerak meninggalkan kami anak beranak. Lagak macam orang nak menolong. Memang dia tolong jugalah, tolong tengok! Hampeh!

Based dari cerita saksi di tempat kejadian, apa yang YY boleh ringkaskan, ada trio pendatang asing cuba menaiki bas dalam keadaan mabuk.

Driver bas tak benarkan mereka naik kerana bimbang dengan keselamatan penumpang lain. Tapi si pendatang asing tu tak puas hati lalu terus mengetuk di beberapa bahagia bas.

Driver bas yang marah dengan sikap pendatang asing yang dikatakan biadap itu terus mengejar pendatang asing tu dibantu oleh ramai orang yang berada di sekitar.

YY kurang pasti apakah nasib pendatang asing tu, tapi dah macam dalam rancangan 999. YY yang menceritakan ni pun dah terasa macam wartawan 999. Hehe!

Oh ya, sebelum orang lain buruk sangka, meh explain sikit. Ketika gambar di bawah diambil, kami berada terlalu jauh dari tempat pergaduhan. Gila apa nak duduk dekat!

Keselamatan anak-anak sudah pastinya diutamakan (^_^)


Lepas semuanya dah reda barulah kami balik. Bukan sebab apa, sebab susah nak bergerak. Benda macam ni kebiasaannya mengundang banyak reporter tak bertauliah termasuklah YY (^_^)

Destinasi seterusnya adalah memotong rambut Afif!

Kenalah kasi handsome sikit birthday boy ni. Tapi sebenarnya lebih untuk hari ihtifal Afif yang dijadualkan pada keesokkan harinya (^_^)


Inilah rupa Afif setelah memotong rambut. Handsome tak? Hehe!


Si Aisyah pula entah berapa kali menguap masa menunggu Abang dia potong rambut. Masa ni dia masih lagi kemaruk dengan mainan yang baru dibeli.

Asyik berkepit aje dengan mainan tu!


Aisyah ni memang jenis manusia tak pandai jaga barang, Tahu tak apa nasib anak patung tu dalam tempoh dua puluh empat jam selepas dibeli?

Hancur okay!

Gambar dekat bawah ni terpaksa kena censored takut menganggu emosi mereka yang melihat tapi ianya tetap dipertontonkan sebagai bahan bukti (^_^)


Rasanya itu ajelah bebelan YY bersempena misi mencari jubah. Bermacam cerita yang kami perolehi dalam tempoh melaksanakan misi. Apapun mission accomplished!

Insya ALLAH YY akan cerita pasal hari ihtifal Afif pula lepas ni. Tunggguuu! (^_^)

P/S - Kawan-kawan blogger, nanti YY membalas kunjungan ye. YY kasi "bom" terus. Terlalu sibuk dan entry yang korang baca setiap hari ni adalah auto-published. Maaf ye (^_^)

46 comments:

  1. Mcm2 hal berlaku dlm sehari kan.. yg happy.. yg suspen.. yg sedih..hehehe..sedih la sbb tgk patung frozen dh tak berbaju..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, semua ada dalam satu hari
      bukan takat tak berbaju aje
      entah mana tangan, mana kaki...hehe

      Delete
  2. wah...dah hensem abg afif potong rambut, haa..comel patung frozen aisyah tu,dah lama cari2 utk adelya tp tak jumpa,..alahai kesian elsa tu dikerjakan aisyah ye...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dekat kompleks saya jumpa
      elsa ye nama karakter tu, lupa saya...hehe

      Delete
  3. Handsomenya afif :)
    Sama la cam ira, bab fesyen ni serahkan kat en suami je. Ira x pandai.. Hehe..
    Wah.. Aisyah berminat sgt nmpknya ngan bj frozen tu ye. Aimy pun mcm tu jgk. Nmpk bdk pakai bj frozen or princess, bkn main bising mulut dia. Hehe.. Bab x pandai jg brg tu pun sama. Skejap je da x berbaju patung frozen dia. Sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak pandai ira, jadi pak turut aje
      kekadang aje berbunyi =)
      lebih kurang aje karakter anak dara kita ye
      aisyah ni pojen aje yang dia antu, lelain tak kisahnyer dia

      Delete
  4. bila aisyah pegang patung frozen tu...teringat aisyah saya dapat patung macam tu juga tapi kaler pink..itu pon dia cakap frozen..cantik..
    eh...ingatkan nak tunjuk jubah nye? haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak perempuan kalau denhan patung ni
      memang gitulah kan
      ada tunjuk sikit tu...hehe

      Delete
  5. Samalah kita, kan. Keluar untuk satu misi, tapi macam-macam cerita pun ada. Ahah, adatlahkan Aisyah walaupun misi ni khas untuk Afif, dia yang sibuk dengan patung Pojennya tu. Auntie dulu kecil-kecil pun macam tu. Birthday orang lain, Auntie pulak yang menyibuk minta hadiah birthday. Tak dapat, menangis! Kira lagi teruk daripada Aisyah ler...

    So, akhirnya kena beli juga jubah untuk si Afif ni ya. Korek-korek khazanah, ada terjumpa jubah Abang tapi saiz besar ler dan Abang dah tak muat. Kalau time frame diberi tu panjang, boleh juga pos terus tapi itulah... lambat no keluar entri. Eh, ini bukan sebab minta alamat tau. Jangan tersalah sangka, itu hal lain.

    Aisyah sama je dengan Adik Cute. Ganas. Tak sampai 24 jam dah hancur mainan. Texi (seksi kata Adik) gila ler patung Frozen tu dibogelkannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak boleh beli tuk sorang aje, gaduh nanti
      kasi adil, dua-dua dapat, padahal murah aje pun

      terpaksa beli MD wei, tu aje cara bagi menepati tema
      saya pun dapat tahu lambat, nak buat camne...hehe

      hehe...bukan takat bogel aje MD wei
      OKU terus dah, selamat masuk tong sampah dah! =)

      Delete
  6. Seronok kalau jalan2 dan punya misi drp tak tahu arah tujuan. Wife saya kalau nak beli baju pun suka ke kompleks PKNS ni sebab banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah BM
      memang kat sini ada macam-macam pilihan
      rambang mata jugalah

      Delete
  7. hahaha..tak sampai 24jam dah OKU patung frozen tu..
    Ooohhh..kat PKNS tu ada jual jubah budak lelaki ya...saya tgh mencari cari ni..

    Foreigner yg duduk Malaysia ni, mmg ramai yg kurang ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, sakit hati juga
      ada, p lah terjah =)

      saya setuju tu walaupun ada berbau racism ni situ =)

      Delete
  8. muka ceria je bla dpt habuan masing2

    #134

    ReplyDelete
  9. alololo...comel jer bila anak jawab beli mainan sbb sayangkan dia...sweet...:)

    ReplyDelete
  10. Misi asal dah bercambah jadi beberapa misi kecil dan hal lain ya.. Penyabar YY ni, cerita banyak-banyak sekali gus, saya dh lama malas nak buat entry panjang...

    Adik kat rumah kami ninpun memang gitu juga, mainan yang dibeli tahan beberapa jam sahaja. Mujur Naim dah oandai jaga barang, jadi sekarang ni tak rasa ralat nak belikan dia mainan yang mahal sikit.. memang dia dah pandai jaga.

    Ngeri juga baca bahagian yang orang asing bergaduh tu. Elok sangat tu YY tak pergi dekat sangat, anak-anak kena diuatamakan..

    Hensemla rambut baru Afif tu... berbaloilah walaupun lama menunggu nak dapat gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak banyak sebab saya tulis satu ayat satu perenggan
      belum campur gambar lagi...hehe
      rasanya MD lagi panjang menulis =)

      ke memang perangai yang kecik begitu, afif baya aisyah dulu pandai jaga barang tau
      barang dia dari umur setahun sampai sekarang ada lagi
      aisyah punya? hancur!

      tak beranilah dok dekat, tu pun takut semacam dah tu

      Delete
  11. suka jawapan afif time akak tanya dia sebab kenapa akak belikan dia hadiah. hehe
    seksi patung frozen tu kena kerja kan dengan si aishah. :)
    gambar kandid afif lompat tu memang macam pro la kak XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, akak pun dok teringat aje sampai la ni...hehe

      bukan seksi aje HSB wei, cacat dia jadinya!
      ni yang kembang hidung kena puji ni...hehe

      Delete
    2. Terima kasih ya YY, bagitahu alamat kedia snek tu. Saya save dulu. Kalau ada program yang sesuai bolehla ke kedai tu cari barang.. memang nampak menarik tu. Terima kasih banyak.

      Delete
    3. tak ada masalah AN, nanti pergilah kalau berkelapangan
      memang murah sebab dijual pada harga borong

      Delete
  12. Seronok baca ragam Afif & Aisyah. Akak dah lama betul tak pergi shopping kat Kompleks PKNS. Dah tak banyak urusan di Shah Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak kak, macam-macam ragam diorang
      saya pun jarang, biasa lalu aje =)

      Delete
  13. Wahh.. dah gunting rambut nampak semakin segak ni hehee.. Kelakar pulak baca... seronok.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni kalau papa dia dengar, mesti kembang hidung..hehe

      Delete
  14. So sweet kata2 afif... pndai dia mghargai pmberian mama dia...aisyah sama mcm kakak asya la.. klo dpt ptung mcm ni slalu kakitangan entah kemana. Klo mainan lain ok j tahan. Tp y jns mcm ni mmg suka benor cabut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya...saya dengar aritu tu rasa cam di awang-awangan =)
      dia memang tak pandai jaga baranglah lya
      mesti hancur kalau dapat kat tangan dia...geram juga kadang

      Delete
    2. Mesti terharu bila anak kata macam tu. Apatah lagi yg sekecil afif. Tema arabic,gempak seyh...

      Delete
    3. terharu sangat kak kathy wei, teringat memanjang...hehe
      tulah kan, last minute tu =)

      Delete
  15. aisyah ni lbh krg mcm my anak buah 6 thn . klu nampak mamanya pakai tudung , dia terus je follow . pas tu klu balik melalak aka nangis , maknanya x dpt mainan . dia ni klu dpt mainan dia akan main sampai jemu. bila dah jemu , dia campak , buang , koyak , segala yg boleh lah ... tu lah anak kan ... sabar je lah jadi mama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi anak dara saya tak menangis kalau tak dapat mainan
      cuba dia ni bab penjagaan amat tak berhemah, bikin panas hati aje dengan attitude dia tu
      mungkin dia belum pandai menghargai
      tapi obviously jauh sangat beza dengan abang dia

      Delete
  16. Saya sekadar pakai jubah sebagai persalinan masa solat. Kalau pi kerja tu mmg x pernah lagi..tapi, teringin jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti tak baca cerita pasal apa, pastu komen kan? hehe
      salah tu, bukan pasal saya ni

      Delete
  17. Misson accomplished.
    Teringat kat anak-anak saya..saya tak bawak lagi pi gunting rambut :)
    Mak oiii..apa dah jadi kat patung Barbie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak saya ni kena kerap gunting rambut
      rambut diorang cepat panjang =)

      Delete
  18. bab reporter tu mmg ramai.hihi takut juga kan jdi mcm tu
    alahai sian dgn patung projen tu.apa sudah jadi aisyah.. hihi
    nmpak sesuai jubah tu dgn afif
    baru la kemas kan bila dh potong rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa memang begitulah kan, ada aje yang nak jadi
      orang pertama yang menyebarkan maklumat =)
      arwah dah patung tu QR....hehe
      ni dah panjang balik dah rambut afif

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...