UPSR 2014: Tahniah! (^_^)

7:36:00 am Yana Yani 33 Comments

Entry hari ni YY nak tujukan khas buat semua pelajar yang menduduki UPSR bagi sesi 2014 termasuk tiga orang sepupu YY di kampung dan juga adik bongsu YY, Anis.


Tahniah di atas kejayaan memasing dalam menempoh peperiksaan yang paling complicated dalam sejarah peperiksaan di Malaysia semenjak tahun 1983.

Apa sahaja keputusan yang diterima semalam, jutaan TAHNIAH diucapkan buat setiap seorang antara kamu yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014!

Anggaplah peperiksaan UPSR ini sebagai satu langkah permulaan sebagai seorang pelajar. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh dan diharungi.

Yang pasti ianya bukan satu PENAMAT! (^_^)


Istimewa sekali buat adik YY, Anis, well done girl! Kami semua bangga sangat dengan Anis! Along yakin Anis dah cuba yang terbaik! So just let it go!

Keputusan peperiksaan Anis YY tak akan dedahkan di sini sebagai menghormati privasi dia. Tapi kalau dibandingkan dengan result YY dulu, memang berganda bagusnya! (^_^)

Tak lupa juga buat sepupu YY yang berada di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang. Mereka ni sebaya Anis dan mereka telah buktikan walau duduk di kampung, mereka juga mampu bersaing!


Tahniah buat Fatimah, Tia dan Jiha! Korang memang HEBAT! Kak Long Yana pun tumpang berbangga dengan kejayaan kamu bertiga! Teruskan usaha seperti ini ye!

Disebabkan terlalu happy dengan kejayaan adik dan sepupu YY, YY nak buat song dedication untuk mereka! Tak kira diorang pernah dengar ke idak, nak buat juga! Hehe!

Kak Long Yana tujukan lagu Pesan Abang nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ni buat kamu berempat khususnya dan seluruh pelajar UPSR 2014 secara amnya (^_^)

TAHNIAH sekali lagi! (^_^)


33 comments:

  1. congrats jugak buat anis..
    moga terus sukses & mcipta kejayaan demi kejayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lya
      hopefully dia baca komen ni =)

      Delete
  2. UPSR tahun nie betul2 menempa sejarah....

    ReplyDelete
  3. Tahun ini dalam sejarah gitu...hmmm..akhirnya dapat juga result kan sis..gudjob anis dan semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya...memang mencipta sejarah betul =)
      alhamdulillah, moga mereka terus success

      Delete
  4. Tahniah buat semua UPSR students yang baru dapat result. Kerabat saya takda tahun ni. Alaa...result UPSR ni janganlah gusar sangat kalau tak berapa bagus. Perjalanan jauh lagi. Usaha kena lipat ganda kalau nak lebih maju pada masa mendatang. Ingat! Kita semua pemenang tiada pengalah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli keluarga saya ramai, yang saya tahulah
      yang saya tak tahu pun mungkin ada...hehe
      betul sangatlah tu, setuju dengan komen ni
      well said MD =)

      Delete
  5. Hmmmm..... saya lihat dari jauh aje.... Anak-anak semua dah habis belajar peringkat persekolahan. Hanya tinggal satu sahaja lagi di university.

    Apa pun tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Yang tidak cemerlang pun peluang untuk berjaya masih terbuka luas di hadapan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...anak dah besar ye pakmail
      saya ni adik beradik lain semua dah habis sekolah
      tinggal yang bongsu ni aje =)
      betullah apa yang dikatakan tu, saya setuju

      Delete
  6. tahniah buat diorang..budak2 sekarang memang bijak2

    ReplyDelete
  7. Tahniah... semoga menjadi insan yg cemerlang di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... Tahniah... Teruskan usaha dna kekalkan kecmerlangan

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk anak dara 3 org tu ye YY
    Mesti gempak result memasing yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. emapt orang termasuk adik saya OKje =)
      alhamdulillah, bolehlah ikut kemampuan memasing =)

      Delete
  10. tahniah kepada semua dan by this time result pun dah keluar... saya terlupa ada anak sedara yg ambil UPSR juga (dua kali tu hahaha) dan dia berjaya dapat 5A juga (walau kertas bocor takder dapat ke dia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat tu! tahniah juga untuk dia ye
      hehe...nak kata apa NA wei
      padah saya sungguh kurang cerdik sesiapa sahaja yang membocorkan soalan

      Delete
  11. tulah, entah apa diorang makan...hehe

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. hehe...tahun depan dah jadi anak dara dah memasing =)

      Delete
    2. baru aje habis UPSR
      tahun depan anak dara dah memasing =)

      Delete
  13. Tahniah buat keempat2 ank dara comel ni. Moga terus berjaya bila dewasa nanti. Seronok juga ramai saudara yang usia sebaya, boleh buat rakan berkongsi pelajaran dan pengetahuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang bukan duduk dekat AN
      kami duduk di klang, yang lelain tu di pahang
      bila berjumpa, tak cite pasal pelajaran =)

      Delete
  14. Tahniah...walau apa pun keputusannya, perjalanan hidup masih panjang, byk lagi yg mesti dipelajari...semoga berjaya mencapai cita2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM
      saya tersangat setuju pendapat BM ni =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...