Resepi Kek Tok Gajah! (^_^)

7:14:00 am Yana Yani 44 Comments

Hari ni YY rasa seronok di atas kemenangan skuad Tok Gajah membenam Harimau Selatan dalam sepakan penalti sekaligus mengekalkan kejuaran untuk dua musim berturut-turut.

Bila sampai ke sepakan penalti, ianya bergantung pada nasib. Skuad Tok Gajah bernasib baik pada hari tu. Lagipun bola tu bulat, apa sahaja boleh berlaku.

Encik suami yang juga malam tadi menyokong skuad Harimau Selatan, agak tension dengan Mat Yo. Tak apalah, nak buat camne, takdir dah kata Tok Gajah JUARA! (^_^)

O ale-ale, ale-ale Tok Gajahku! Hehe!

Disebabkan kegembiraan tu, maka YY nak belanja korang semua resipi kek turun temurun keluarga YY. Sebenarnya YY tak pasti nama kek yang YY pernah ceritakan di sini.

Disebabkan YY penyokong skuad Tok Gajah, maka kek ni YY namakan Kek Tok Gajah! Boleh tak macam tu? Hehe! Kalau tak minat dengan Tok Gajah, boleh juga tukar ke Harimau Selatan (^_^)

Bahan untuk kek Tok Gajah ni sebenarnya agak mudah. Kesemua bahan tu kebiasaannya ada di dalam setiap dapur. Mungkin perlu tambah here and there aje.


Bahan-bahan dia adalah:

- 7 biji telur (putih dan kuning telur)
- 5 biji putih telur sahaja
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 tbsp baking powder
- 1 tbsp esen vanilla
- Pewarna mengikut citarasa

Extra note: Pastikan jenis cawan yang digunakan adalah sama saiz atau bersamaan dengan 250ml.

Cara membancuh adunan.

1. Ayak dua cawan tepung tepung gandum bersama dengan satu sudu besar baking powder. Letak ketepi setelah adunan telah di ayak. Masa ni oven dah boleh dipanaskan.

2. Pukul satu cawan marjerin bersama dengan satu cawan gula. Pukul sehingga lapisan berubah ke warna putih atau kembang. Campurkan dengan satu sudu besar esen vanilla.

3. Campuran 12 biji telur tadi dipukul sehingga telur kembang atau ringan.

4. Apabila telur dah kembang, masukkan ke dalam campuran marjerin, gula dan esen vanila tadi. Pukul lagi sehingga adunan sama rata.

5. Masukkan tepung gandum secara berperingkat.

6. Asingkan setiap bahagian campuran dengan warna yang ingin dicampur.
Extra note: YY biasanya hanya akan letak tiga jenis warna, Satu warna asal iaitu campuran esen vanilla dan selebihnya berdasarkan stok warna yang ada.

7. Pastikan dulang membakar telah disapu dengan marjerin di setiap dalam bahagian sebelum meletakkan campuran yang telah diwarnakan.

8. Letak campuran secara berlapis atau berselang seli sebelum meletakkan ke dalam oven. Bakar sehingga masak. Untuk suhu oven, YY kurang pasti sebab YY sendiri main hentam aje!

Lepas tu jadilah kek Tok Gajah!


Gambar yang dekat atas ni gambar yang YY pernah uploaded dalam entry pada awal tahun hari tu. Cerita dia korang boleh baca di sini.


Gambar yang atas ni pula dalam entry baru-baru ni. Korang boleh klik sini kalau nak baca ye.

I hope Vee Sandi, one of Harimau Selatan fans will be satisfied and happy with this recipe. Should you have any further enquiries, please do not hesitate to contact me.

Cehwah, speaking London you all! Hehe!


So rasanya itu ajelah bebelan YY bersempena kemenangan skuad Tok Gajah malam tadi. Encik suami dah janji nak belanja cendol kalau PAHANG menang.

Ni yang buat senyum sampai ke telinga! Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Marble
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

44 comments:

  1. thanks dah kongsi resepi . byk guna telor . tulah rahsianya ... waaa , sedih dgn JDT . serak suara sbb menjerit jer mlm tadi tau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan, banyak telur
      saya pun dok terjerit apabila pahang bagi gol penyamaan
      rezeki meyebelahi pahang malam tu =)

      Delete
  2. Wahh sedapnya tengok.. Ni resepi tok gajah balun harimau selatan lah ni eh hehee.. Salam ceria hari minggu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lebih kurang gitulah KK
      salam ceria untuk KK juga

      Delete
  3. kalah menang tetap JDT di hati. Tahniah buat skuad Tok Gajah,memang layak mereka menerimanya. itu baru dia.

    p/s: sis,jom join Cabaran November kathy. ada detail kat GMBM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki pahang malam tu =)
      p/s-cabaran apa? tak sempat tengok lagi

      Delete
    2. klu tak,check je kat entry kathy kat belog CHGK..entri suka² aje..

      Delete
    3. eh..CHK..typo pulok..

      Delete
  4. Tentu vee dah puas hati dapat resipi ni YY...memang gebus pun...rajin YY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully vee suka =)
      ni teringin punya pasal bunda, idak tak rajin juga

      Delete
  5. haha..kelas nama keknya.. semangat kesukanan sekali dengan kegembiraan nak makan ya.. kalau buat kat rumah saya kena banyak warna pink, naim suka sangat makan benda yang warna pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan kebetulan
      lagipun memang berniat nak publish entry kek ni even pahang kalah pun =)
      cubalah, manalah tahu naim suka =)

      Delete
  6. Eleh, walaupun tak minat bola tapi menyampah sungguh kalau orang eksyen-eksyen menang setakat sepakan penalti ni tau! Hangat membara je tengok Tok Gajah kecikbesarkecikbesar dibuatnya. Eh, YY kenapa en. suami sokong Southern Lion? (nak letak tiger cam tak sedap pulak bunyi nye...)

    Mentang-mentang Pahang menang, dan-dan nak buat kek meraikan kemenangan ya. Ish, mahu seminggu ni dia dok hentam kek pelbagai! Tapi takpa, walaupun Harimau Selatan sudah terkulai layu dek sepakan penalti, saya tetap gak dapat makan cheese cake ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh, orang tu jealous lah tu
      sepakan penalti pun bukan senang punya cite tau
      bikin putus napas bila diorang dok tendang tu, tapi bila mat yo failed
      memang seronok tak ingat dunia!

      encik suami punya alasan, tahun lepas dia dah sokong pahang
      so tahun ni dia sokong johor pula. lalang sungguh dia tu tau!

      hehe...saya idaklah fanatik sampai gitu MD wei
      walau tak dinafikan seronok tu memang berkekalan agak lama
      ditambah dalam rumah saya pun ada penyokong JDT =)

      Delete
  7. Amboi, nama resepi pun tak mudah.
    Tok Gajah terus! Hehehe..
    Yihuuuu Pahang menang!!
    Thank you Mat Yo! *tetibe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...suka-suka hati aje kan
      lantaklah, tok gajah dah menang!
      memang kita harus berterima kasih pada dia =)

      Delete
  8. Huhuhu... cantik nyer Kek Tok Gajah niee... colourful... :D budak2 mesti suka nie...

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap! teringin sangat nak belajar buat kek.. >__<

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kek ni sebenarnya mudah aje tau
      kena ada semangat bola aje! eh silap
      semangat baking aje...hehe

      Delete
  10. Go ale-ale..ale-ale tok gajah ku....Pahang menang!!!

    Best plok tengok kek tu....boleh cube nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...penyokong pahang juga ye
      sep sikit! setakat ni susah nak jumpa pembaca blog ni penyokong pahang =)

      Delete
  11. Ohhh ini dia resepi Kek Tok Gajah....tp kenapa mcm kek merak jer haha kalerfullll....Yg bawah tu nampak mcm gebu yg atas tu nampak moist....Apa pun ada masa tak M nanti mcm teringin pulak nak try ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saja aje bagi nama gitu
      kan pahang menang! saya ni pahang supporter
      haruslah ada kek tok gajah...hehe

      Delete
  12. Last skali buat kek mmg lama dah.
    Tapi x jadi..
    Lepastu sampai sekarang x buat.
    Alasan xde mixer.
    Cehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada mixer memang susahlah nak buat
      kalau pakai tangan, mau hilang tangan pula...hehe

      Delete
  13. kek minyak ehh kak?
    wallahh.
    feberet sy nih.
    suka tengok kek gebu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek minyak guna minyak
      hak ni tak guna minyak pun =)

      Delete
    2. Ada juga usha2 mixee ni.
      Tapi semua rege ratus2.

      Delete
    3. harga dia memang agak mahal
      saya dulu pun dapat sebab cabutan bertuah =)

      Delete
  14. macammana boleh jadi kaler mcm tu cantik belang2 dia,masa tuang adunan tu letak macammana ye?akak fail bab tu la..hehehe, patut masukkan sekali gambar masa tuangkan adunan tu..hahaha lebih2 lak permintaan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya main letak aje kak
      maksud saya color pertama saya kasi pusing satu loyang
      saya teruskan dengan color seterusnya, camtu aje =)

      tak sempat nak snaplah kak
      lagipun sendiri yang buat, susah nak ambil gambar

      Delete
  15. wah kek tetap gebu gebas tanpa guna ovalette... Ada masa nak cuba guna jugak lah resepi ni.... Mmg bahan2 tu selalu ada kat dapur.... Terima kasih sebab berkongsi resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menatang ovalette tu pun tak tahu
      aritu baru nampak adik saya guna untuk buat aiskrim...hehe
      senang aje sebenarnya, cubalah =)

      Delete
  16. walau tak skng sesapa KA happy sgt bila pahang menang hehehe, tq share resepi juga yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak sokong sesapa pun KA suka bila PAHANG menang?
      orang pahang juga ke =)
      tak ada masalah, resipi MAK saya ni pun

      Delete
  17. wah kemain kek tok gajah ni yem hihi..
    ada masa blh la cuba..kena membaking di malam hri le skrg.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saje bersempena kemenangan tok gajah aritu
      ada anak kecil memang gitulah

      Delete
  18. YY ni memang berbakat lah buat kek..nampak cam yg jual di kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...berbakat katanya?
      mungkin sebab minat aje tu...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...