Standard Pra-Sekolah Zaman Ini (^_^)

7:16:00 am Yana Yani 40 Comments

Bila dibandingkan dengan standard pra-sekolah zaman YY sekitar penghujung 80-an dulu, terlalu banyak perbezaan jika dibandingkan dengan pra-sekolah zaman sekarang ni.

Lagipun budak zaman sekarang ni terlebih bijak. Kalau zaman dulu dalam satu kampung ada seorang aje yang masuk universiti, memang kenduri besar sebab satu kampung tumpang bangga.

Tapi zaman sekarang sampai tak cukup tempat di universiti sebab semuanya terlebih bijak.

Kalau ada seseorang student tu dapat semua A dalam setiap mata pelajaran pun belum tentu boleh menjamin peluang untuk mendapat tempat di universiti tempatan.

Disebabkan standard yang semakin hari semakin tinggi, ianya kadang kala memberi tekanan kepada pelajar zaman ini. Semua pelajar dikerah menjadi pandai.

Malang berganda sekiranya seseorang pelajar itu lambat dalam menangkap apa yang diajar di sekolah. Stress yang telah wujud sejak di sekolah akhirnya membelenggu kehidupan seharian.

YY nak berceloteh panjang mengenai hal ni tak begitu pandai. Tapi YY nampak stress yang dialami oleh Afif walaupun dia masih berada di pra-sekolah.

Afif berdasarkan pemerhatian YY adalah seorang yang belum mampu cope seperti mana rakan sebaya. Pada usia ni Afif masih bersusah payah mengenal huruf apatah lagi membaca.

Tapi dia mempunyai kelebihan dalam subjek Matematik dan seni lukis. YY secara jujurnya bukan seorang yang tegas dalam mengajar Afif. Dia tak mahu, YY tak akan memaksa.

Berbeza sekali dengan Encik suami yang kadang kala bikin YY sentap bila dia mengajar Afif. YY nak Afif rasa seronok bila belajar dan bukan rasa tertekan.

YY tak nak dia terus tertekan walau YY sedia maklum yang cikgu dan rakan sekelas sering mengatakan Afif tak pandai. Afif sering bercerita tentang hal ni.

"Mama, cikgu kata Afif kena duduk depan sekali sebab Afif tak pandai. Kawan-kawan semua ejek Afif" kata Afif tak lama dulu. Rasa kesian dengar cerita dia.

YY juga pernah nampak dia duduk di tepi dinding sambil memegang kepala seolah memikirkan masalah berat. Lepas tu dia kata "Mama, Afif ni tak pandailah. Macamana?"

Sejak itu YY tahu Afif perlukan bimbing dan encouragement. YY perlu pulihkan keyakinan diri Afif yang jatuh disebabkan standard pra-sekolah yang mahu terapkan KEPANDAIAN.

Baru-baru ni, ketika cuti Hari Raya Haji Afif diberikan timbunan kerja sekolah. YY lihat latihan yang diberikan adalah seperti ketika YY berada di darjah satu atau dua dulu.

Contohnya macam menyusun ayat di bawah ni. Untuk budak yang belum mampu mengenal huruf sepenuhnya apatah lagi menyusun ayat, ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan.


Bahasa Melayu pun Afif dan menghadapi kesukaran, apa lagi Bahasa Arab? Bukan takat Afif, YY sendiri tak tahu! Berpeluh juga nak mengajar dia (^_^)

Arahan yang diberikan di bawah adalah menamakan atau menukarkan ke Bahasa Arab


Tu baru pra-sekolah, belum menjejakkan kaki ke darjah satu lagi. Kesian juga memikirkan kesusahan Afif. Tapi YY dengar ramai yang kata budak lelaki agak kurang dalam bab pelajaran.

YY tak berapa pasti hal tu, tapi mungkin ada kebenarannya. Cuma sebagai parent walau menyedari diri sendiri kurang bijak, tetap menyandarkan harapan. Siapa yang tak mahu anak bijak kan?


Afif perlu disiapkan untuk ujian penempatan kelas yang dijadualkan pada Sabtu ni nanti. YY yakin dia tak akan ada masalah mengira. Tapi yang lelain tu mungkin sukar.

Buat masa sekarang YY tak sandarkan harapan yang terlalu tinggi. YY just bagi Afif galakan dan mengingatkan dia yang YY dan Encik suami sentiasa menyanyangi dia.


Si Aisyah pula pada usia sekarang, YY perhatikan dia cepat sikit tangkap berbanding Abang dia. Tapi mungkin juga masih terlalu awal membuat perbandingan.

Pasa masa sekarang, bab bersepahkan rumah memang Aisyah champion. (^_^)


Apapun YY sedar bahawa mereka berdua mempunyai kelebihan dan kekurangan yang YY sebagai Mama perlu terima seadanya. 

Cuma apa yang YY perhatikan bahawa sistem pembelajaran di Malaysia walau ia dikatakan terbaik, YY nampak ianya tidak logik. Belajar hanya untuk peperiksaan.

Malahan semua yang diajar hampir semua tidak digunakan dalam kehidupan seharian. 

Keadaan ini sekiranya berterusan akan membawa situasi yang tak sihat terutama untuk golongan yang lemah dalam pelajaran.

Lebih pelik mereka yang biasanya lemah dalam mata pelajaran ni, cukup hebat dalam bidang innovator. Daya imaginasi mereka tinggi, malangnya mereka jarang diberi peluang.

Apapun semua di atas adalah hanya pendapat YY yang mempunyai anak yang masih dalam pra-sekolah. Dia juga agak lemah dalam mata pelajaran berbanding orang lain.

Tapi jujurnya YY bangga dengan dia. Lagipun hanya dia aje yang terfikir membina alat untuk menghubungi alien. Budak pada usia dia menganggap ianya tak logik (^_^)

Nanti YY akan ceritakan. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

40 comments:

  1. Kat rumah ni pulak YY pak jilap lebih rasional dengan anak anak dia.....okje pulak la ni sejak dah kilauan ni semakin maleh nak beritya iya memantau pembelajaran anak....anak pulak bukan main syok lagi leka.... kurang fokus....terutamanya TLBD tu....sebab ada org bela....

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya tu mungkin sebab dia pikir afif anak sulung
      so dia punya harapan tu tinggi melangit nak juga bagi anak pandai cam orang lain
      masalahnya pula anak bujang dia tu masih belum mampu cope
      saya selalu pesan, jangan disergah terus
      perlahan-lahan, nanti dia will get there punya

      Delete
  2. sekolah tadika dah macam sekolah rendah kan..saya ingat lagi zaman sekolah rendah saya masih main2 dan seronok..berbanding zaman budak sekarang yg ke sekolah hanya belajar2 sahaja
    skrg ni,5 tahun dah kenal huruf dan boleh membaca "pandai"..yang tak boleh dikatakan kurang pandai..
    saya belum mengalaminya tapi saya dapat memahami apa yg YY rasakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mar, YY bila anak masuk pra sekolah ni memang perasan sangat
      dulu tak begitu ambil peduli sebab bukan anak sendiri
      sekarang baru nampak kenapa budak sekarang mudah stress
      patutlah adik saya menangis bila kena sit lagi sekali UPSR
      semua benda ni bila difikirkan hanya membinasakan

      Delete
    2. kesian kat budak2 sekarang.. masa dorang lebih banyak dengan segala macam bentuk pembelajaran.. kalau tak ikut, nanti dikatakan pelajar bermasalah..

      Delete
    3. tulah kan, diorang ditekan atau mungkin lebih tepat dikerah untuk pandai
      kalau tak ikut apa cikgu ajar, maknanya pelajar bermasalah
      saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri, afif dilarang sama sekali berimaginasi
      nak pandai, mahu atau tidak perlu juga lakukan

      Delete
  3. Mmg sistem skrg agak teruk. Kathy pun sebagai ibu geleng kepala tengok soalan utk buku teks sekolah rendah standardnya macam sekolah menengah.. Kathy yang tengok pun tension,apatahlagi anak²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah rendah punya belum tengok lagi
      saya tengok ni hak yang pra sekolah, mak ai soalan
      tu baru kerja rumah, belum tengok soalan exam
      manalah budak tak stress

      Delete
  4. Sebenarnya kathy dah lama perasan sis. Sebab kathy lihat pelajaran sekolah rendah sekarang dah macam standard sekolah menengah. Kadangkala kita pening walau hanya baca arahan soalan .kalau ibu bapa pun tension,bayangkanlah anak²..mmg stres punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam baca paper
      level stress budak atau remaja di malaysia pada level membimbangkan
      cuma tak seteruk oversea tapi dekat oversea
      parents diorang akan cepat-cepat bawa ke pakar psikologi
      tapi kalau kat malaysia buat gitu, orang confirm dah kata giler
      padahal itulah cara nak dapatkan bantuan untuk menangani stress

      Delete
  5. Anak saudara bunda Mirza... masuk tadika swasta... sebelumnya dia memang zero...dalam masa dua bulan jer dah banyak perubahannya...

    Mungkin sistem dan cara pembelajarannya yang tadika tu buatkan ramai anak2 yang cepat pandai macam Mirza.. berbanding tadika2 swasta yang lain yang kakak2 dia pernah belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada kebenaran di situ juga bunda
      tapi ada kemungkinan juga yang anak saya ni memang lemah
      dalam mata pelajaran berbanding rakan sebaya
      orang lain dah boleh baca, tapi dia masih terkial-kial
      saya macam ada suspek dia dyslexia, tapi mungkin
      hanya paranoid seorang mama

      Delete
  6. tu la yana...mmg beza dlu dan skrang kan...dulu ingat lagi, lieya tadika pun tadika kemas jek...baru laa nak kenal ABC....darjah 1 baru nak kenal suku kata...tapi skrang? umur 5 tahun seboleh2 nye kena pandai dah membaca sikit...darjah 1 dah lancar membace....mmg mencabar dunia pendidikan skrang..sebab tu mak bapak berlumba2 nak hantar tadika terbaik utk anak2...mahal pun mahal laaaa tapi yg penting 'pulangan' utk anak berbaloi...

    yana jgn stress kan afif...beri die masa dan ruang....cara yana didik afif tu lieya setuju sgt sbb jenis terbuka bukan memaksa....yg penting doa dari kite ibunyer jgn lupa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya juga perasan yang parent sekarang dok cari sekolah
      yang boleh bagi anak diorang pandai
      kalau anak tak pandai, cikgu pula diorang marah
      saya ni dulu umur lapan tahun baru pandai membaca
      biasa nak buat apa-apa, saya letakkan diri saya pada afif
      baru saya nampak apa masalah dia, saya tak akan memaksa
      tak kisahlah darjah satu nanti dia duduk kelas belakang sekali pun
      belakang parang kalau selalu diasah akan tajam juga kan

      ye lieya saya setuju tu, saya memang sentiasa mendoakan yang terbaik
      buat anak-anak saya, saya maklum doa ibu itu mustajab

      Delete
  7. Amboi rajinnya anak Mommy si Aisy ni belajar sampai bersepah buku keliling hah..Eh, eh,eh, silap! Kita bercakap pasal Afif kan ^__^ Sebelum tu YY, saya baru tahu ada Rantau Panjang ke kat Klang? Nampak sangat tak tinggi belajar ni. Maklumlah sekolah rendah dan menengah 2 tingkat jerk....

    Alah, YY...kita ikutlah kemampuan anak. Nak main paksa-paksa belajar ni macam tak bestkan. Sama gak macam kita dulu, kalau kena paksa mulalah buat benda lain dengan buku sekolah tu. Budak lelaki memang a bit malas sikit berbanding perempuan kot. Anak saya si Abang tu pun sama. Belajar kena bersuruh tapi homework sendiri ingat, sendiri buatlah. Tapi kalau bab-bab kereta ni amboi bukan main semua buatan jenama mahal je yang dia tau.... Si Adik pun kalau nak bandingkan dengan Abang semasa umur sama baya memang nampak lebih licik, lebih aktif dan lebih 'periang'. Tapi tak tahulah kot bila dah sekolah nanti jadi sama je malas nak buka buku. Main 1 jam buka buku 1 minit. Prinsip dia masa belajar memang tak boleh lebih daripada masa main game. So kita ikutkan ajelah prinsip tu. Nanti nak SPM baru balun betul-betul sebab result tu je yang penting....

    By the way, budak sekarang ni memang tersiksalah bab sekolah ni. Abang masa kat SmartReader dulu homework mengalahkan budak sekolah. Belajar Mandarin pun sampai geleng-geleng kepala cikgu sebab risau dia belajar setahun je Mandarin tapi nak kena pi sekolah Cina. I lakibini rileks je. Budak baru 5,6 tahun. Dah masuk sekolah pandai pun dia nak cope dengan keadaan sekolah.

    So Afif, jangan pening kepala memikirkan hal kenapa saya tak berapa pandai berbanding rakan sebaya. Awak by now dah start fikir macamana nak berhubung dengan alien, budak lain tengah tenat main conteng-conteng buku ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai dia punya komen dah macam buat entry juga!
      ni nak kena charge ni sebab lebih-lebih membebel kalah empunya blog...hehe
      tapi sebab besan to be kan, tak apalah, settel dengan nasi arab pun ok juga! =)
      tengok, memula komen dah mentioned aisy, padahal gambar bawah sekali
      ni memang dah terjatuh hati sungguh dah dengan aisyah ni...hehe

      macam saya ni pun sebenarnya tak adalah memaksa sebab dok fikir anak kecik lagi
      tapi beza pandangan dengan en suami, dia kata saya manjakan anak
      susah juga nak bagi dia faham tapi bila dia nampak afif dok bersandar kat
      dinding aritu, barulah dia paham yang anak dia tengah stress
      so kami dah sepakat tak mahu bagi afif stress
      usia cam ni belum nampak mana hala tuju dia
      biarlah darjah satu nanti duk kelas akhir pun, janji saya terus sokong aje dia

      p/s-rantau panjang bukan kat kelantan aje ada, klang pun ada rantau panjang =)

      Delete
    2. Eh, panjang ke komen saya? Saya tengok biasa-biasa saja. Tak makan ruang pun ^_^ Oh, lupa saya rabun dekat. Sah-sah masa taip tak tengok pun kepanjangan komen. Melampaulah tu nak charge pulak. Nantilah kalau kita masak nasi arab, lepas kenyang baru kita beritahu pelawa untuk masakan akan datang pulak !

      P.S. Maklumlah seperti dikata, saya sekolah tak tinggi. Itu yang tak tahu ada RP kat Klang ^_^

      Delete
    3. hehe...yeke biasa-biasa aje
      dah kira lebih dari satu ratus patah perkataan dah ni,
      amboi laju aje dia kata rabun dekat ye,
      bila menulis tak ada kena mengena dengan rabun dekat ye
      dah kenyang baru nak pelawa, baik tak yah besan to be wei!
      buat meleleh ayer liur aje!

      p/s-bangunan sekolah saya pun tak tinggi, paling tinggi tiga tingkat aje...hehe

      Delete
  8. zaman kita dulu budak2 umur 5,6 tahun tak pikir apa pun..masih seonok nak main je..beza sangat dengan sekarang yang pada umur macam ni dah di paksa terima segala macam hal pelajaran.Kesian..kan?/saya dan suami selalu pesan kat maisara "tak pe..kakak baru darjah satu..buat apa yang kakak mampu je" sebab tak nak bagi dia tekanan.tapi kat sekolah lain pulak yang di terapkan..belajar belajar belajar..mujur la dia nak belajar macam yang sekolah nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, memang ingat main aje
      saya dah sekolah rendah pun main lagi
      zaman sekarang berbeza sangat, sebab sekolah memang nak pelajar pandai
      walau stress tu bukan dari kita, kadang-kadang ianya bagi impact juga
      buat masa sekarang nak bagi galakan aje kat afif

      Delete
  9. Kena banyak bersabar nak ajar anak-anak kecil. Insha-Allah jika YY sentiasa pantau Afif nanti dia akan dapat juga menerima sesuatu pelajaran itu dengan baik. Saya teringat dekat adik sepupu dia, mula2 memang nampak macam dia lemah aje, tapi bila dah macam-macam usaha parents dia buat, Alhamdulillah dia jadi makin rajin dan mudah nak faham sesuatu pelajaran. Saya syorkan YY beli Smart Coco A+. Insha-Allah, salah satu usaha ini pun boleh membantu anak kecil tu dalam pembelajaran. Berdasarkan pengalaman, sebab saya tengok adik sepupu saya ni jenis rajin nak pergi sekolah dah mudah faham dalam pelajaran sejak dia amalkan minum Smart Coco A+, tapi tak nak nafikan memang dia ada masa lebih suka bermain dari abang dia yang rajin baca buku. Tapi bila tengok result dia, Alhamdulillah ada perubahan. =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar pula jenama tu
      lagipun afif bukan penggemar susu, umur dia dua tahun dia dah tak minum susu
      mungkin pada usia ni dia lemah, tapi dia will get there
      cite pun berdasarkan pengalaman sendiri sebab dulu selalu dapat nombor corot
      masuk sekolah menengah baru ada peningkatan
      INSYA ALLAH, YY yakin sangat afif mampu satu hari nanti =)

      Delete
  10. Zaman sekarang bukan terlebih bijak, tapi terlebih banyak universiti.. tak macam zaman dulu2 kak yana..

    Kanak2 lelaki memang lambat tangkap bab pelajaran, mcm anak buah saya dia memang lambat berbanding adik perempuan saya yg sebaya dia. Tapi dia cergas dlm sukan dan baru2 ni jadi wakil sekolah utk sukan bola sepak. Oh, mereka berdua ni baru darjah 1.

    Siapa kata sistem pendidikan Malaysia di taraf yg terbaik..?

    Jap jap, nak garu kepala jap.. kruk kruk krukkkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga gee, lebih universiti sebab nak menampung demand
      memang budak pandai sangat zaman sekarang
      bab budak lelaki akak memang ada dengar orang cakap

      kementerian pendidikan malaysia yang kata! hehe
      tak caya p cari paper =)

      Delete
  11. tanggungjawab cikgu itu mengajar bukan ban anak murid tak pandai . ibu bapa hanya sambung jer kat rumah dengan memantau homework yg mrk kena buat . My kakak wpun cikgu budak besar , dia tak paksa anak . selalunya my kakak cuma pastikan my anak buah siapkan homework . bygkan budak2 tu dah stress separuh hari kat sekolah menghadap buku n cikgu pot pet , tak kan kat rumah nak push juga kan . Bila nak exam , my kakak cuma tanya pada anak buah apa yg mereka x faham . .. proses belajar ni perlukan ketenangan dan motivasi sebenarnya . masa awal mungkin nampak x berapa pickup tapi bila masa berlalu , mrk sendiri tahu apa nak buat aka mcm mana nak jadi pandai . yg ptg jgn beri tekanan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu dekat sekolah afif berbeza sangat, terang-terang dia kata afif tak pandai
      sebab tu afif strees. dah lah cikgu kata gitu lepas tu kawan ejek pula
      balik rumah papa dia pula bebel.
      so camne budak yang belum genap pun enam tahun tak stress

      ni sekarang ni, saya memang tak paksa
      dia dapat no akhir dalam kelas pun, saya kata dia pandai
      lagipun memang dia pandai pun, hanya kepandaian dia
      bukan macam apa yang cikgu dia inginkan, tu aje
      biarlah orang nak kata apa, orang bukan tahu apa masalah kita

      sape tahu budak yang diorang kata tak pandai ni bakal jadi PM
      opps, kalau boleh tak mahu anak masuk politik =)
      tapi apa yang cuba sampaikan kat sini, pencapaian akademik
      hanya something yang digunakan untuk menaikkan nama sekolah
      selain dari tu, zero
      saya yang kurang cerdik punya pendapat lah =)

      Delete
  12. Saya faham sangat perasaan YY daripada entry ni...
    Sama keadaan dengan Irfan masa dia Pra-sekolah...
    Setiap hari cikgu pesan suruh dia baca cuku kat rumah sbb dia jer yang belum pandai membaca...
    Kita pula yang stress bila cikgu cakap mcm tu... Jadi tak nak lah salurkan tekanan tu kat anak sendiri.. Saya pun jenis yang tak nak memaksa... Cuma ikut rentak si anak, yang penting kita tahu sejauh mana kemampuan anak sendiri...

    Saya lihat, ada persamaan antara Afif dan anak sulung saya Irfan... Mereka minat Maths dan melukis...

    Honestly, saya mmg nak puji sistem kat UK ni... Bayangkan masa datang UK mmg saya tak ajar sikit pun anak2 cakap English... Dengan sistem mereka, tak sangka sekejap jer mereka dapat belajar membaca dan menulis.... Sistem kat sini tak terlalu tekankan akademik.. Belajar pun dalam keadaan bermain.... Mereka lebih suka cungkil apa kelebihan yang setiap pelajar ada... Mcm Irfan good in art, jadi tiap2 dia bawa balik award dari sekolah sebab dia pandai melukis... Dari situ sebenarnya mereka bina keyakinan Irfan untuk lebih yakin dalam kelas...

    Sebagai mak, kita doa aje lah hari2 biar anak2 kita senang terima ilmu masa di sekolah.... Insya Allah, bila kita sangka yang baik2, hasilnya nanti baik2 aje... tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nur, saya pun kena benda yang sama
      masa ambil report card time periksa pertengahan pertama, diorang dah pesan
      suh afif banyakkan latihan di rumah.
      saya cakap terang-terang yang afif tak boleh fokus dekat rumah, pastu saya tak paksa
      diorang diam lepas ada juga kata dia budak lelaki
      cuma saya perasan sekolah afif sekarang ni memang nak recruit budak jadi pandai
      budak yang ada masalah cam afif dikatakan disaster
      sebab tu afif tak berapa seronok ke sekolah mungkin
      ye saya dengar sistem pembelajaran di luar negara lebih mesra kanak-kanak
      bukan tak menghargai, cuma saya rasa banyak sangat kepincangannya

      budak yang tak boleh cope ni stress. sebab tu saya tak nak tambahkan stress lagi
      biarlah dia cuba semampu dia, lagipun masih awal untuk mengatakan sebaliknya
      saya hanya mendoakan yang baik-baik untuk dia
      saya yakin dia akan berjaya. belakang parah kalau di asah tajam juga jadinya =)

      betul tu, saya ingat pesanan tu
      saya memang sentiasa bersangka baik pada anak-anak saya =)

      Delete
  13. Betul tue yana.. skrg dh tak mcm kita dulu.. makin susah kan.. pernah adik farah mtk tlg buat homework dia masa standard 6.. tgk soklan.. Mak aiiii mcm susah betul.. tergaru2 jugak nak menjawabnya... nnti time Emir tah cmne la.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan farah, ni yang saya perasan lah
      saya tak tahu camne kesusahan di sekolah rendah pula
      zaman emir mungkin bertambah tough, manalah tau

      Delete
  14. Biasalah...tahap utk sel2 otak berhubung bukannya tentu. Ada yg cepat dan ada yg lambat. Selain dr pembelajaran formal, cungkilkan juga bakat dan minatnya. Sekarang ni bukan hanya dengan segulung ijazah boleh mencapai kejayaan. Jadi atlet sukan pun boleh jadi jutawan. Penyanyi, penceramah agama, pelukis, software, mekanik dan macam2 lagi... semuanya bidang profesional yg ada masa depan yg cerah.
    Inilah peranan ibu bapa yg betul dlm mencorak masa depan anak...bukannya memaksa mereka melakukan perkara yang mereka tidak suka dan tidak mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam ayat iklan pula BM ni
      tapi betullah kan, lambat dengan cepat tangkap sesuatu maklumat tu berbeza tiap individu
      saya pun berpendapat sama dengan BM,
      buat masa sekarang belum nampak sepenuhnya hala tuju afif

      cuma saya perasan dia banyak guna otak kanan
      tak apa, masih banyak masa untuk membentuk dia

      Delete
  15. ish3 kenapa cikgu cakap macam tu kat afif? mana boleh cakap budak tak pandai mcm tu,cikgu sepatutnya gunalah bahasa lain sikit bukan apa budak kecik lagi kot,kalau dah besar tu takpe jugak la,
    kalau akak pun sedih macam tu, sbb tu masa adam kena tukar kelas tu akak suruh en azmi tanya kenapa adam kena tukar kelas?
    adam pun tak dapat membaca lagi,mengira pun setakat tambah 2+2 tu ok la, kalau dah terlebih dari lima jari,dia jadi pening nak keluarkan jari macam mana..hahaha tp takpe biarlah dia belajar slow2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...tulah yang buat saya sentap bila dengar afif cerita
      jumpa masa ambil report card dulu pun, jujur aje dia kata afif lemah
      maksudnya diorang tak bagi galakan, just aimed lemah
      kena banyak belajar kat rumah, ari sabtu pun tusyen
      saya aje tak bagi pergi, malas nak bagi budak lagi stress

      tak apalah kan kak, kita mak ni doakan yang terbaik aje buat anak-anak
      insya ALLAH afif akan berjaya di dunia dan akhirat

      Delete
  16. bkn anak murid je stress, cikgu ni lagi mcm2 kerjanya... hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak faham apa yang golongan pendidik alami
      tapi tak dinafikan kesukaran yang perlu ditanggung
      sebab tu saya kata sistem pendidikan ni perlu diperbaiki

      Delete
  17. Zaman saya sekolah dulu tak pernah tau pun nama 'pra sekolah'. Dulu tau tadika ke.. Bila dah berkahwin & ada anak baru tau ttg pra sekolah tu huhu.. apalah saya ni, bagai katak dibawah tempurung.. :D
    P/s: maaf rasa lama pulak x menyinggah.. tiba2 bnyk pulak entri yg saya terlepas. Beberapa hari agak sibuk & masa berblog pun jadi huru haruuu.. maaf eh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu tahu jugalah cuma beza perkataan tu aje
      dulu sebut tadika, sekarang pra-sekolah =)
      alahai tak mengapalah en khirm saya sekarang ni pun tengah
      berazam satu hari satu entry
      tu yang penuh semacam aje archive, idak mana gini...hehe

      Delete
  18. Standard pembelajaran tadika skrg nih memg mcm budak darjah 1 atau 2 pnya pelajaran..bila cari buku untuk aina n auni,terkejut jugak tgk standar dlm buku tuh..mula mula ingatkan slh ambil buku..bila belek memg untuk kanak2 usia 3-5 tahun..yp bila tgk isi kandungan kena susun ayat bagai mcm budak darjah 1 dan 2...nsib baik jmpa buku yg sesuai dengan standard diorg..kenal huruf dan tulis ikut garisan putus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? saya sendiri pun kalau mengajar afif sekarang
      naik pening sebab standard dia memang totally
      berbeza berbanding zaman kita dulu
      terlalu advance, bimbang budak tak boleh cope je

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...