Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Marble Bakar | Permulaan minggu ni YY nak share resipi Kek Marble bakar. Semalam YY buat kek ni sebenarnya. Tu pun sebab nak membalas pinggan jiran sebelah rumah YY.Rasa dah beberapa minggu pinggan dia dok cantik tersusun kat rak pinggan YY. Tak sedap pula simpan lelama. Nak buat benda lain tak reti. YY rasa paling mudah nak buat, kek aje. So alang-alang dah buatkan untuk Makcik Umi (jiran YY), wajar juga share dekat blog resipi Kek Marble bakar versi YY ni. Boleh guna untuk rujukan kemudian hari (^_^)
Sebelum nak cerita panjang, YY bab memasak ni tak adalah hebat sangat macam orang lain. Resipi ni YY kongsikan berdasarkan pengalaman YY. YY bukan pro bab baking ni tau. Harap maklum.
Bahan-bahan untuk resipi Kek Marble bakar adalah: -
- 2 cawan tepung naik sendiri. (Boleh juga guna tepung gandum. Tapi perlu ditambah dengan 1 tbsp baking powder)
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula kastor. YY gunakan gula biasa aje (^_^)
- 3 biji telur gred A
- 1 tbsp ovellate
- 1 tbsp esen vanilla
- 2 tbsp susu pekat manis. Boleh digantikan dengan susu segar
Sebelum mula nak sediakan adunan kek, molek dah korang dok panaskan oven mengikut suhu yang sesuai. Pastikan juga loyang bersaiz lapan (8) inci sudah disapukan dengan marjerin.
Mula-mula sekali YY satukan marjerin dan gula. YY putar dengan mixer sampai dia kembang. Lepas tu masukkan esen vanilla, susu manis dan ovallate. Putar lagi.
Lepas tu masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar aje sampai kembang. Kemudian masukkan juga tepung naik sendiri yang telah diayak sedikit demi sedikit. Masa YY buat bahagian ni, Afif bersemangat nak menolong. Kebiasaannya YY memang tak pernah larang anak-anak menolong di dapur. YY berikan task ikut kemampuan diorang.
Diorang seronok, YY pun senang. Fair and square (^_^)
Bila semua bahan tadi dah sebati, bahagikan bahan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian YY campurkan dengan satu sudu besar coklat emulco dan satu sudu besar serbuk koko. Kalau tak ada coklat emulco pun tak apa. Lebihkan aje serbuk koko tadi.
Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapukan marjerin secara berselang seli mengikut kreativiti atau selera masing-masing. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. YY gunakan suhu oven 180C dan bakar selama 40 minit. Suhu oven kebiasaannya tak sama. In case kek masih tak masak menggunakan suhu yang sama macam YY, lebihkan sahaja masa memasak.
Tapi jangan memandai turunkan suhu atau naikkan suhu oven ye murid-murid! YY tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kejadian kek hangus. Harap maklum! (^_^)
Nak tahu kek tu masak atau tidak, boleh gunakan lidi. Bila lidi yang korang cucuk pada kek tu tiada sebarang kesan, tu menandakan kek sudah pun masak. Lepas tu dah boleh dikeluarkan dari oven (^_^)
Tayang sikit bahagian dalam Kek Marble versi YY ni. Tergoda tak? Hehe (^_^)
Bersemangat nak bagi dekat Makcik Umi time panas-panas. Sekali Makcik Umi keluarlah pula. Malam baru dapat bagi Kek Marble ni pada Makcik Umi. Disebabkan kek tu agak besar, YY bagi juga jiran sebelah kanan YY, Awin. Mak YY pun YY bagi juga sebab dok teringat dia kata nak makan kek. Seronok pula rasa dok bagi orang ni (^_^)
YY sejak berpindah ke rumah ni sejak setahun yang dulu memang kerap juga masak. Puncanya sebab jiran kiri kanan YY ni kerap sangat dok menghulur. Baik Awin mahupun Makcik Umi. Diorang tak minta balasan pun. YY aje yang jadi segan sebab orang dok bagi aje. Rasanya macam tak patut. Lagipun tak akan diorang aje dapat pahala, YY pun nak juga (^_^)
So begitulah resipi kek marble bakar yang YY buat semalam. Cubalah. Confirm sedap! (^_^)
Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Nyam.. Nampak gebu dan menggoda you..
ReplyDeletehehe...tengok aje dah rasa menggoda
Deletebelum rasa lagi tu =)
Assalamualaikum..waaa..sedapnya..pepagi bw sini nampak kek.. lapar terus... sib baik dah sarapan ESP tadi... jap g nak membaking la.. lama btl tak membaking.. ceria je muka anak-anak lepas ni nampak kek... thanks sharing.. nanti mommylina bw lagi ke YY entry ekk...
ReplyDeletewalaikumussalam
Deletetergoda lah tu! hehe
buatlah nanti kalau senang. memang mudah pun
anak-anak saya pun suka makan
Wah... nak jadi jiran YY juga ler.. kalau gini, dapat makan kek sedap2 selalu.. hihi.. kang YY pulak pindah, sebab kalau saya jiran sebelah, lagi malas memasak membaking bagai, paling x hulur kerepok keping, budu dan benda kering je.. huhu..
ReplyDeletehehe...meh2 jadi jiran saya
Deleteboleh tak jadi masalah. benda kering pun okay juga apa
dapat petai ke jering pun added advantage tu...wahaha
Alahhhh....sebenarnya tak nak puji tau (sebab hasad dengki) tapi terpaksa jugalah puji (mana tau next time kita punya turn pulak dapat kek marble) ^_^ Menggoda kek tu, YY....
ReplyDeleteSukalah tu, memang sukalah tu... nampak tau tersenyum lebar depan pc baca komen!
Saya memang bukan tukang masak pro, bukan juga rajin baking membaking ni. Sebab saya tak berapa minat kek dan kuih muih cookies bagai makanya rarelah (ke tak pernah langsung...) situasi macam ni terlihat di dapur rumah saya!
ni ikhlas ke idak memuji nyer ni
Deletetapi tak kisahlah...rasa bersemangat aje ni sebab dari tadi dok kena puji aje
rasa macam di awang-awangan ni
entah zaman bila nak turun ni...hehe
kalau MD dekat, memang dah hulur dah..
orang dalam rumah ni pun bukan suka sangat makan kek or cookies
cuma saya ni aje gatal tangan nak masak
tu yang biasanya hulur dekat orang kiri kanan...kalau sedap lah
kalau kurang sedap hulur kat mak
mak sampai kata, ko ingat aku ni tong sampah apa ke...wahaha!
Kira ikhlaslah memuji. Bukan senang kita nak puji seikhlas hati tanpa sedikit ada perasaan hasad gitu. Hahaha...
DeleteKalau saya lagi teruk tau, YY. Kalau saya rasa 'syak wasangka' sedap ke tidak hasil tangan saya, jangan haraplah dapat merasa tukang-tukang masak hebat dalam keluarga saya macam kakak-kakak saya, emak saya ~_^ Biasa sangat dah saya pulang pinggan kosong kat kakak saya yang selalu hantar lauk-pauk kat saya tau! Sampaikan ada sekali tu saya buat begedil kebetulan kakak saya ada rumah. Dirasalah sikit. Lepas tu minta sikit lagi nak bawa balik. Sedap pulak katanya.... so saya fahamlah macamana feeling terawang-awang tak boleh jejak tanah tu ~_^
wei MD sayang nak buang benda dah masak
Deletesedap ke idak tu belakang cite, sebab tu mak saya selalu jadi mangsa
sampai dia dok marah kat saya sebab dok rasa saya buat dia cam tong sampah
tapi dia selalu juga puji saya masak, siap suruh meniaga tu
perghhh...memang tak turun terus kalau mak sendiri cakap...hehe
sedapnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecamne tahu sedap ni, rasa pun idak lagi =)
Deletekih kih kih..si anum tu ada six sence
Deletehehe..pandainya JM ni tau
Deletesaya pon smlm dpt kek marble juga.jiran bagi .hihi
ReplyDeletealhamdulillah rezeki lebih dikongsi bersama sama, kan !
yeke? kebetulan sama plak ye
Deletetulah. ada rezeki lebih...kita kongsilah
dapat juga pahala =)
Salam hi! blogwalker here, *click follow*
ReplyDeleteTak sure kalau awak duduk area lembah klang, kalau ya and ada masa terluang, sudi-sudilah join giveaway yang tak seberapa ni :))))
http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/2015/08/blogstagram-giveaway-nerdiaxaynalmansor.html
walaikumussalam
Deletememang dok lembah klang
insya allah ada masa saya join ye
sedapnye kalau mkn time panas2..bau pun semerbak...dh lama sy nk membaking kek nihhh....hihihi
ReplyDeletesaya makan kek suka time panas
Deletekalau sejuk tu dah rasa cam tak best
saya kerap juga baking walau tak makan sangat pun =)
Mesti sedap kan. Dah lama tak buat kek. Mood rajin nak mem baking belum datang lagi.
ReplyDeletemenurut orang yang rasa...sedap =)
Deletesaya kerap juga baking. cam best baking =)
pandainya Yana buat kek.... Akak tang buat kek la fail... selalu kalau buat kek mesti bantat... huhuhuhu tapi versi yana ni macam mudah... nanti dtg mood akak nak try la...
ReplyDeletenak kata pandai idaklah kak
Deletetapi saya memang agak kerap buat
mungkin pengalaman buat nampak cantik kot
bantat ni kadang sebab bahan kak
nanti akak cubalah ikutan bahan dan sukatan yang betul ye
wah , gebus betul ni . saya bab sukatan cawan ni dah hafal . pastu suka tambah itu ini ikut suka hati . tu yg kekadang jadi bantat ... hahahaaaa
ReplyDeletesaya plak tak berani mengubah
Deletekalau dia kata banyak tu, banyak tulah
takut juga terjadi kes bantat =)
Terbaik.
ReplyDeleteTerus terpikat.
Aida x reti buat kek. Roti aje bleh la.
Kek susah bagi aida la YY...
saya plak tak pandai buat roti
Deletetapi bahasa tepat, belum penah cuba
mungkin nak cuba buat lain kali
mudah aida buat kek ni, campak aje. pastu tunggu masak =)
cantik kejadian kek yana tu, akak kalau buat ke bakar macam ni memang tak menjadilah, selalu buat yang kukus je
ReplyDeletesaya pula kukus tak pandai
Deletelagipun tak ada pengukus kat rumah
tapi method sama aje kan kak
rajin yana buat kek.. nampak sedap dan gebu je..
ReplyDeleteini aje yang mudah bagi saya aiza =)
Deletesob sob sob..leh tgk jelah resipi ni..nk cuba buat x de cake mixer n oven....huhuh..nak mkn pegi cari di kedai lah jawan nya huhuhu
ReplyDeletehehe...saya dulu pun sebelum dok rumah baru, tengok aje
Deletetak penah berpeluang buat...pastu alhamdulillah
ni nak grab pengukus plak..hehe
i love kek marble !! lagi2 part bila yg putih tu betul2 campur ngan coklat..
ReplyDeletebakar ke kukus ke.. semua tibai..
akak pun suka juga
Deletetapi kat rumah ni tak laku sangat
kek coklat dengan pisang aje biasanya =)
Nak tnya ckit..tbsp tu apa mksud nya?..heheh..sorylah sya budak bru bljar..
ReplyDeletesaya pun baru belajar...hehe
Deletetbsp tu maksud dia table spoon atau sudu besar.
ayat tu saya gunakan disebabkan set sukatan yang saya ada
saya penah ceritakan dekat bawah ni
http://iamaproudmama.blogspot.my/2015/04/resepi-kek-coklat-moist-bakar.html
boleh dapat dekat mana-mana pasaraya atau DIY shop =)
Assalam..kak..mrjrin akk guna jnis ape ye..klu guna mrjerin plangi sedap x☺☺
ReplyDeletewaalaikumussalam
Deletesebebarnya kalau nak sedap, elok guna butter
marjerin biasanya buat kek berminyak
dalam kes ni, akak guna marjerin
tu yang mudah dan murah...hehe
akak guna jenama pelangi
Tq ....Share
ReplyDeleteAs salam.. nak tanya.. kalau tak letak ovelett tu boleh tak..? terima kasih.
ReplyDeletewaalaikumussalam. ovelette ni tujuan letak pada kek, nak bagi kek tu gebu and lembut. mungkin boleh kalau tak letak, tapi perlu guna teknik lain nak bagi kek tu gebu. saya tak pernah cuba
Delete