Majlis Pertunangan Sepupu, Lina (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 35 Comments

Sehari sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 57, aku mengikut keluarga aku ke rumah Mak saudara aku di Bukit Beruntung. Encik suami tak dapat nak mengikut kerana berkerja.

Ateh nak tunangkan anak sulung dia a.k.a sepupu aku, Kak Long Lina dengan jejaka pilihan hati dia. Dengar cerita mereka berdua ni dah kenal agak lama.

Kami bertolak awal pagi sebab aku nak kena siapakan bakul buah yang kami dah janjikan untuk dijadikan salah satu hantaran kepada pihak lelaki.

Agak nervous melakukan perkerjaan yang last minute. Lagipun menghias bakul hantaran bukan kepakaran aku. Cuma minat aje yang membuatkan aku boleh berbangga dengan hasilnya.

Meh tayang sikit hasil seni aku. Hehe!


Walaupun nampak simple, berpeluh juga nak buat benda tu jadi macam apa yang korang tengok. Maklumlah, bukan pro! Hehe!

Sementara menanti kehadiran rombongan pihak lelaki, aku dan Aisyah berposing dulu. Biasalah, memang kerja kami suka posing kan. Hehe!

Aisyah tu nampak macam tengah menangis, tapi sebenarnya dia tengah gelak sakan.


Tunggu punya tunggu, rombongan pihak lelaki tak muncul-muncul. Dengar cerita mereka sesat. Tapi Abah kata, janji Melayu. Mesti lewat sejam. Hehe!

Sementara nak menunggu kehadiran rombongan pihak lelaki, kami berehat dulu. Macam biasa, kami posing lagi untuk kesekian kalinya. Tapi kali ni nak tayang ahli keluarga aku.

Dari kiri tu adik aku yang nombor tiga, Dayah dan yang atas riba dia tu Khaira anak dia. Lepas tu Annur dan yang kanan sekali adik aku yang bongsu, Anis.


Yang ni pula dari kiri si manis Angah, yang tengah pula adik lelaki tunggal aku, Syafie dan yang kanan sekali my beloved Mak. Suka tengok gambar ni (^_^)


Gambar bawah ni paling sweet. Suka dok tengok Abah buat aksi gitu dengan Mak. Moga mereka berdua dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Amin (^_^)


Dah masuk tengahari, barulah muncul rombongan pihak lelaki. Alhamdulillah.

Keluarga sebelah perempuan diwakili oleh lelaki yang berbaju biru batik dan berketayap. Nampak tak? Orang panggil dia Ustaz sebab dia memang Ustaz. Hehe!

Manakala sebelah lelaki diwakili oleh lelaki berbaju melayu hijau gelap. Hak yang dekat dengan TV tu. Parent lelaki yang pakai baju oren tu. Ateh dan suami tak kelihatan dalam gambar.


Masa sesi perbincangan, aku duduk dalam bilik temankan Kak Long Lina. Manalah tau kot kehadiran aku boleh hilangkan nervous dia. Hehe!


Tak lama lepas tu adalah upacara menyarungkan cincin oleh ibu si lelaki. Simbolik untuk menandakan yang si bunga bakal disunting oleh si kumbang. Cehwah!


Time orang tengah dok sibuk bergambar upacara menyarung cincin ni, anak bujang aku boleh pula buat muka kebosanan. Aku rasa cam kelakar dia buat muka gitu. Hehe!


Dekat bawah ni adalah hantaran pihak lelaki dan perempuan. Dalam banyak-banyak tu, aku rasa bakul buah yang aku buat paling outstanding. Hehe!

Eh, korang perasan tak buah yang kitorang berikan lebih berkilat berbanding pihak lelaki? Buah epal tu aku sapukan dengan minyak masak. Tu yang nampak shining semacam.

Sape nak buat bakul hantaran buah lepas ni boleh ler guna petua aku ni ye. Hehe!


Selepas majlis berakhir, of course ler sesi mengemas. Orang kuat yang kena dok sental segala periuk belanga adalah mereka yang di bawah ni.

Dari kiri tu sepupu aku, Hanif. My beloved Abah yang dok tengah, Afif pun ada dok menyibuk dekat situ dan yang paling kanan sekali Syafie.


Anyway mengikut perangcangan, majlis pernikahan akan diadakan pada pertengahan bulan Januari nanti. Ada lebih kurang empat bulan dari sekarang.

Tahniah buat Kak Long Lina. Hopefully ikatan pertunangan ni akan kekal hingga ke hari pernikahan. Boleh tengok Kak Ling Lina naik pelamin! Hehe!

Apapun ingat tau ikatan pertunangan ni bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan. Jaga nama baik keluarga dan Kak Long Yana harapkan agar semuanya dipermudahkan oleh DIA yang SATU.

35 comments:

  1. As salam cik Yana,
    Cantiknyer gubahan.. sempat lagi promot belog ter..
    Hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam cik gee
      hehe...memang cantik pun kan =)

      Delete
  2. alhamdulillah..moga kekal hingga fasa seterusnya..

    ReplyDelete
  3. dah selamat jadi tunangan orang..
    nape la yek kalo lewat je mesti "janji melayu"..malu pulak jadi orang melayu..haktui..
    sebab saya tak suka orang lewat2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, selamat sudah
      entahlah mar, tak ada jawapan tuk soalan tu
      tapi memang selalu dengar orang kata gitu

      Delete
  4. Muka yana n adik beradik sama je semua... hehehe manis2 gitu.... petua kita sama la yana.. kalau nak buat bakul hantaran buah2an... sapu minyak sikit... buah akan nmok segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sama? biasa dengar muka lelain..hehe
      tulah kak, saya belajar masa saya buat gubahan time
      saya bertunang dulu =)

      Delete
  5. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan & dilancarkan segalanya buat kedua2 pasangan ye... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. kena siap2 tempah baju dah tu..heheheh

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selamat jadi tunangan orang..tahniah utk cousin yana..=D

    ReplyDelete
  8. cantek je gubahan hantaran buah tu :)

    ReplyDelete
  9. Cantik jer gubahan tu... :) semoga jodoh mereka berkekalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cantik ye, suka dengar tu..hehe
      amin =)

      Delete
  10. Tahniah... Dah jadi tunangan org..

    Wah.. Berseni juga tgn tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minat, kadang kalau tangan berseni pun
      kalau tak minat tak jadi kan =)

      Delete
  11. pergh!! bab2 mengubah mama hancur! tapi yg ni memang awesome lah!! gambar pun sweet je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka mengubah ni sebenarnya
      walau hakikatnya tak ada bakat pun =)

      Delete
  12. Kat Bukit Beruntung...dah dekat daerah saya tinggal tu :)
    Semoga pertunangan ini akan berakhir dgn ikatan pernikahan...amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat ye BM, jujurnya baru pertama kali saya dengar daerah rasa tu
      sebelum ni tak pernah tahu pun
      dekat aje dengan rawang ye...oooo, baru tahu
      amin =)

      Delete
  13. Amboi,, bukan main lagi tukang gubah hantaran rupanya! Okeylah nampak macam pro. Shine bright like a diamond gitu kata orang BP. Hiks! Hai, part meroyan ni kat blog orang pun boleh jadi!

    Tahniah buat Along Lina di atas pertunangan ini. Dah dengar dah bunyi kompang ditalu. Mesti YY jugalah yang jadi orang kuat tukang gubah nanti yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...suka-suka aje MD wei
      bukan pro pun, memang minat buat benda gini
      hehe...tak mengapa nak meroyan pun, suka dengan celoteh MD =)
      tulah kan, dah dengar bunyi kompang
      tak lama lagi nak jadi bini orang dah
      hehe...kalau dia suruh, saya okje nak mengubah hnataran ni, suka

      Delete
  14. Tahniah buat Kak Long Lina....moga sampai hajat untuk bersatu nanti...Tak lama lagi dah tu
    Tahniah juga kepada penggubah bunga hehe...mmg paling outstanding kat situ gubahan awak le...hehe (jack kasi kembang ni!)......Berapa hantaran agaknya yeh YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tak lama lagi okje
      hehe, suka part kipas tu. kipas banyak sikit lah
      biar bertambah kembang...hehe
      wah hantaran saya tak berapa tahu, tapi rasa 10k

      Delete
  15. Tangan kathy tak boleh mngubah.. Memang rosak jadinya. Hehe..

    ReplyDelete
  16. teringat masa majlis tunang my abang . janji selepas zuhur tapi tiba tang azan asar berkumandang di surau ... jauh ke ? satu bandar jer ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lama tu menunggu
      kami ni diorang janji datang pagi, tapi muncul zuhur
      macam-macam

      Delete
  17. sweeetnya abah dia... manja gitu ngan mak.. hihi..

    ReplyDelete
  18. suka tgk pic abah dan maka Yana tu..so sweet couple..abahnya nampak penyayang..mak Yana pun nampak muda lagi..mesti mkn byk ulam ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah saya memang lelaki paling penyanyang dalam dunia...hehe
      part mak saya nampak muda tu, rasa betul kot
      saya belajar makan ulam pun dari dia...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...