Majlis Pertunangan Sepupu, Lina (^_^)
Sehari sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 57, aku mengikut keluarga aku ke rumah Mak saudara aku di Bukit Beruntung. Encik suami tak dapat nak mengikut kerana berkerja.Kami bertolak awal pagi sebab aku nak kena siapakan bakul buah yang kami dah janjikan untuk dijadikan salah satu hantaran kepada pihak lelaki.
Agak nervous melakukan perkerjaan yang last minute. Lagipun menghias bakul hantaran bukan kepakaran aku. Cuma minat aje yang membuatkan aku boleh berbangga dengan hasilnya.
Meh tayang sikit hasil seni aku. Hehe!
Walaupun nampak simple, berpeluh juga nak buat benda tu jadi macam apa yang korang tengok. Maklumlah, bukan pro! Hehe!
Sementara menanti kehadiran rombongan pihak lelaki, aku dan Aisyah berposing dulu. Biasalah, memang kerja kami suka posing kan. Hehe!
Aisyah tu nampak macam tengah menangis, tapi sebenarnya dia tengah gelak sakan.
Tunggu punya tunggu, rombongan pihak lelaki tak muncul-muncul. Dengar cerita mereka sesat. Tapi Abah kata, janji Melayu. Mesti lewat sejam. Hehe!
Sementara nak menunggu kehadiran rombongan pihak lelaki, kami berehat dulu. Macam biasa, kami posing lagi untuk kesekian kalinya. Tapi kali ni nak tayang ahli keluarga aku.
Dari kiri tu adik aku yang nombor tiga, Dayah dan yang atas riba dia tu Khaira anak dia. Lepas tu Annur dan yang kanan sekali adik aku yang bongsu, Anis.
Yang ni pula dari kiri si manis Angah, yang tengah pula adik lelaki tunggal aku, Syafie dan yang kanan sekali my beloved Mak. Suka tengok gambar ni (^_^)
Gambar bawah ni paling sweet. Suka dok tengok Abah buat aksi gitu dengan Mak. Moga mereka berdua dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Amin (^_^)
Dah masuk tengahari, barulah muncul rombongan pihak lelaki. Alhamdulillah.
Keluarga sebelah perempuan diwakili oleh lelaki yang berbaju biru batik dan berketayap. Nampak tak? Orang panggil dia Ustaz sebab dia memang Ustaz. Hehe!
Manakala sebelah lelaki diwakili oleh lelaki berbaju melayu hijau gelap. Hak yang dekat dengan TV tu. Parent lelaki yang pakai baju oren tu. Ateh dan suami tak kelihatan dalam gambar.
Masa sesi perbincangan, aku duduk dalam bilik temankan Kak Long Lina. Manalah tau kot kehadiran aku boleh hilangkan nervous dia. Hehe!
Tak lama lepas tu adalah upacara menyarungkan cincin oleh ibu si lelaki. Simbolik untuk menandakan yang si bunga bakal disunting oleh si kumbang. Cehwah!
Time orang tengah dok sibuk bergambar upacara menyarung cincin ni, anak bujang aku boleh pula buat muka kebosanan. Aku rasa cam kelakar dia buat muka gitu. Hehe!
Dekat bawah ni adalah hantaran pihak lelaki dan perempuan. Dalam banyak-banyak tu, aku rasa bakul buah yang aku buat paling outstanding. Hehe!
Eh, korang perasan tak buah yang kitorang berikan lebih berkilat berbanding pihak lelaki? Buah epal tu aku sapukan dengan minyak masak. Tu yang nampak shining semacam.
Sape nak buat bakul hantaran buah lepas ni boleh ler guna petua aku ni ye. Hehe!
Selepas majlis berakhir, of course ler sesi mengemas. Orang kuat yang kena dok sental segala periuk belanga adalah mereka yang di bawah ni.
Dari kiri tu sepupu aku, Hanif. My beloved Abah yang dok tengah, Afif pun ada dok menyibuk dekat situ dan yang paling kanan sekali Syafie.
Anyway mengikut perangcangan, majlis pernikahan akan diadakan pada pertengahan bulan Januari nanti. Ada lebih kurang empat bulan dari sekarang.
Tahniah buat Kak Long Lina. Hopefully ikatan pertunangan ni akan kekal hingga ke hari pernikahan. Boleh tengok Kak Ling Lina naik pelamin! Hehe!
Apapun ingat tau ikatan pertunangan ni bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan. Jaga nama baik keluarga dan Kak Long Yana harapkan agar semuanya dipermudahkan oleh DIA yang SATU.
As salam cik Yana,
ReplyDeleteCantiknyer gubahan.. sempat lagi promot belog ter..
Hehehe ^^
walaikumsalam cik gee
Deletehehe...memang cantik pun kan =)
alhamdulillah..moga kekal hingga fasa seterusnya..
ReplyDeleteyup, itulah harapan semua =)
Deletedah selamat jadi tunangan orang..
ReplyDeletenape la yek kalo lewat je mesti "janji melayu"..malu pulak jadi orang melayu..haktui..
sebab saya tak suka orang lewat2 ni..
alhamdulillah, selamat sudah
Deleteentahlah mar, tak ada jawapan tuk soalan tu
tapi memang selalu dengar orang kata gitu
Muka yana n adik beradik sama je semua... hehehe manis2 gitu.... petua kita sama la yana.. kalau nak buat bakul hantaran buah2an... sapu minyak sikit... buah akan nmok segar...
ReplyDeleteyeke sama? biasa dengar muka lelain..hehe
Deletetulah kak, saya belajar masa saya buat gubahan time
saya bertunang dulu =)
Alhamdulillah... semoga dipermudahkan & dilancarkan segalanya buat kedua2 pasangan ye... aamiin.. :)
ReplyDeleteamin! =)
DeleteAlhamdulillah dah selamat jadi tunangan orang..tahniah utk cousin yana..=D
ReplyDeletecantek je gubahan hantaran buah tu :)
ReplyDeletehehe...ni yang suka dengar ni =)
DeleteCantik jer gubahan tu... :) semoga jodoh mereka berkekalan...
ReplyDeletehehe...cantik ye, suka dengar tu..hehe
Deleteamin =)
Tahniah... Dah jadi tunangan org..
ReplyDeleteWah.. Berseni juga tgn tu..
saya minat, kadang kalau tangan berseni pun
Deletekalau tak minat tak jadi kan =)
pergh!! bab2 mengubah mama hancur! tapi yg ni memang awesome lah!! gambar pun sweet je..
ReplyDeletesaya suka mengubah ni sebenarnya
Deletewalau hakikatnya tak ada bakat pun =)
Kat Bukit Beruntung...dah dekat daerah saya tinggal tu :)
ReplyDeleteSemoga pertunangan ini akan berakhir dgn ikatan pernikahan...amiin.
dekat ye BM, jujurnya baru pertama kali saya dengar daerah rasa tu
Deletesebelum ni tak pernah tahu pun
dekat aje dengan rawang ye...oooo, baru tahu
amin =)
hehe...tulah kan
ReplyDeletesekejab aje tempoh tu =)
Amboi,, bukan main lagi tukang gubah hantaran rupanya! Okeylah nampak macam pro. Shine bright like a diamond gitu kata orang BP. Hiks! Hai, part meroyan ni kat blog orang pun boleh jadi!
ReplyDeleteTahniah buat Along Lina di atas pertunangan ini. Dah dengar dah bunyi kompang ditalu. Mesti YY jugalah yang jadi orang kuat tukang gubah nanti yek.
hehe...suka-suka aje MD wei
Deletebukan pro pun, memang minat buat benda gini
hehe...tak mengapa nak meroyan pun, suka dengan celoteh MD =)
tulah kan, dah dengar bunyi kompang
tak lama lagi nak jadi bini orang dah
hehe...kalau dia suruh, saya okje nak mengubah hnataran ni, suka
Tahniah buat Kak Long Lina....moga sampai hajat untuk bersatu nanti...Tak lama lagi dah tu
ReplyDeleteTahniah juga kepada penggubah bunga hehe...mmg paling outstanding kat situ gubahan awak le...hehe (jack kasi kembang ni!)......Berapa hantaran agaknya yeh YY
tulah kan, tak lama lagi okje
Deletehehe, suka part kipas tu. kipas banyak sikit lah
biar bertambah kembang...hehe
wah hantaran saya tak berapa tahu, tapi rasa 10k
Tangan kathy tak boleh mngubah.. Memang rosak jadinya. Hehe..
ReplyDeletesebenarnya semua orang boleh gubah tau =)
Deleteteringat masa majlis tunang my abang . janji selepas zuhur tapi tiba tang azan asar berkumandang di surau ... jauh ke ? satu bandar jer ... heheheee
ReplyDeletewah lama tu menunggu
Deletekami ni diorang janji datang pagi, tapi muncul zuhur
macam-macam
sweeetnya abah dia... manja gitu ngan mak.. hihi..
ReplyDeletekan...saya paling suka tengok gambar tu
Deletesuka tgk pic abah dan maka Yana tu..so sweet couple..abahnya nampak penyayang..mak Yana pun nampak muda lagi..mesti mkn byk ulam ni hehehe
ReplyDeleteabah saya memang lelaki paling penyanyang dalam dunia...hehe
Deletepart mak saya nampak muda tu, rasa betul kot
saya belajar makan ulam pun dari dia...hehe