Ulam Rahsia Untuk Awet Muda? (^_^)

7:58:00 am Yana Yani 30 Comments

Ulam Rahsia Untuk Awet Muda? | Siapa suka makan ulam, angkat tangan tinggi-tinggi! Pilihan yang bijak sebab aku pernah terbaca kalau kita makan ulam, selain dari ianya bagus untuk kesihatan dalaman, ia juga merupakan salah satu rahsia untuk awet muda. Betul ke bohong, aku kurang pasti tapi aku rasa betullah kot sebab aku ni tak reti makan nasi kalau tak ada sayuran atau ulaman. Rasa macam tak complete hidangan tu.

Anyway, orang kalau first time jumpa aku mesti ingat aku muda macam umur 18 tahun. HeheOkay, part yang kata 18 tahun tu memang bohong tapi part yang kata aku nampak muda memang aku biasa dengar orang kata. Sungguh, tak tipu! Hehe!

Lagipun daripada kita bergantung kepada supplement yang akan memberi keburukan sekiranya ianya diambil dalam jangka masa yang lama, kenapa kita tak cuba ulam-ulaman? Sememangnya banyak khasiat yang tersembunyi dari ulam yang mungkin ramai di antara kita yang tak tahu termasuk aku sendiri. Nak bongkar satu persatu aku tak tahu.

Yang aku tahu rasa dia cukup sedap walau ada yang mengatakan ianya agak pahit. Mak aku pernah kata, kepahitan itu menandakan khasiat yang baik dalam ulam tersebut. Afif pula kata aku macam dinosaur bila tiap kali dia nampak aku makan ulam secara mentah-mentah. Hehe! Tak kisahlah Afif oi, dinosaur pun dinosaur lah!

-----------------------------------------

Hari tu masa pertunangan Kak Long Lina, Ateh bagi aku banyak ulam raja. Memang favorite, tak tolak langsung bila Ateh bagi. Tebalkan sikit muka aje. Hehe! Untuk pengetahuan korang, ulam raja ni mempunyai banyak antioksida. Korang tahu tak apa kebenda menatangkah antioksida itu? Aku pun tak tahu. Hehe!

Apa yang aku rumuskan berdasarkan pencarian maklumat, antioksida ni kiranya macam salah satu barisan pertahanan untuk mengelakkan risiko sesetengah penyakit. Faham? Buat-buat fahamlah ye. Ulam raja juga dikhabarkan mampu memperbaiki sistem peredaran darah dan juga boleh menguatkan tulang! Tu pasal orang dulu selalu nampak sihat aje kan, inilah rahsianya!

Ulam Rahsia Untuk Awek Muda

Anyway malam tu aku sorang aje yang nak makan, Encik suami dan anak-anak dah kekenyangan. Disebabkan aku sorang aje yang nak makan, macam malas pula nak tanak nasi. Kebetulan ada rendang daging yang Mak buat. Memang masyuk!

Ulam Rahsia Untuk Awek Muda

Perut yang lapar tak kisah apa sahaja yang ditelan, janji kenyang. Malam tu aku makan ala-ala western yang sebenarnya tak berapa nak western. Aku makan rendang daging tu dengan ulam raja. Kira macam ala-ala salad gitu! Tapi yang pasti sedap betul rasanya! Habis rendang tu akan lenyapkan bersama ulam raja. Hehe!

Ulam Rahsia Untuk Awek Muda

Tapi time mengunyah tu, tiba-tiba aku teringat Afif kata aku macam dinosaur. Siap boleh bayangkan macamana dinosaur dok kunyah pucuk pokok. Lepas tu aku tergelak seseorang. Nasib baik dia tak kata aku macam lembu kan. Hehe!

Apapun meh kita beramai-ramai amalkan memakan ulam-ulaman untuk kesihatan dalaman kita. Tak suka yang pahit, boleh cuba yang tak berapa pahit macam ulam raja, selom dan banyak lagi. Kalau kita boleh percaya dan habiskan ratusan ringgit untuk supplement yang sememangnya terbukti tak elok, kenapa kita tak boleh percaya khasiat ulam-ulaman?

Lagipun harga ulam-ulaman ni hanya beberapa ringgit sahaja. Lagi bagus kalau kita tanam sendiri sebab ulam-ulaman ni amat senang dari segi cara penjagaan dan mudah hidup. Anyway pendapat di atas adalah pendapat aku semata. Lagipun belum cuba, belum tahu kan (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

30 comments:

  1. daku makan segala jenis ulam..
    cicah budu.. perh...

    oh..nape belum nmpak muda eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku ni suka makan dengan sambal belacan, terangkat!

      hehe...tu kata orang aje
      betul idak tu tidak ku tahu la pula

      Delete
  2. Ulam raja!...sedap ulam ni sebab rasa dan baunya yg menyelerakan! Byak tumbuh kat rumah MIL. Saya salah seorang penggemar ulam tapi tak awet muda pun...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! rasa dia lebih kurang macam makan mangga kan
      yeke BM tak awet muda, sendiri pandang muka
      mungkinlah idak kot...hehe

      Delete
  3. umah nenek saya penuh dengan pokok ulam yg dia tanam sendiri..dia memang makan ulam2 ni..umur dah lebih 80 tp masih kuat & sihat. Kalah orang muda. Memang setuju la entri yana kali ni.
    Tapi, cucu dia ni agak kurang makan ulam..haihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah rahsia orang dulu-dulu kan =)
      mar kena cuba tau mar, seriously sedap!

      Delete
  4. betul tu yana..stuju sgt...dari mkn suppliment yg kite tak tau kesan masa panjang baik kite amalkan mkn ulam2 mcm nie....tapi tu laa ade org tak reti mkn sbb dari kecik tak makan sayur kan...mcm lieya mmg suke...lagi2 dpt nasi panas2 ngan sambal...fuhh mmg sodap....boleh bertambah2.....

    tu lee ...ni yana makan ala2 salad tapi salad melayu ni heheheeh...siap cecah rendang lagi...mau tak asyik mengunyah heheheeheh....kelako lieya bace tang afif ckp same mcm dinosor tu hahaahahaha.....imiginasi budak2 ni hebat kan...tak terpikir dek akal kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya memang ada bukit saitifik mengatakan makanan supplement
      tidak boleh diteruskan melebihi enam bulan
      sebab dia boleh buat kegagalan pada buah pinggang

      saya pun boleh kata hantu dengan ulam ni
      memang berambah makan walau dapat dengan sambal belancan aje
      hehe...salad melayu kan, tapi tekak saya kata sedap betul =)
      hehe...afif tu memang. boleh dia kata macam dinosaur
      agaknya dia membayangkan saya ni gitu kot bila makan ulam tu..hehe

      Delete
  5. Ni nak bagi tahu sikit.... Sayalah orang yang tak makan sayur tu. Bawang pun tak jeling apatah lagi ulam. Nama ulam pun failed. Nama sayur, kalau yang otai tu memang failed jugak! Sebab tulah kot saya tak awet muda, sejajar dengan umur. Hahaha....

    Dulu, dulu punya cerita. Bila orang rasa macam pelik je jumpa spesies manusia yang tak makan sayur ni, saya pun mulalah membayangkan (gila wild tau...) orang-orang yang makan sayur tu cam zirafah sedang meragut pucuk daun pokok gitu. Keh3x. Jangan beritahu orang, matilah kena kutukkan. Geng tak karnivor ni tak seramai omnivor. Lebih sikit dari vegetarian jek. Hihihi. Dah, dah, jangan nak gelak dan jangan ngumpat. Kita boleh baca isihati orang tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang merah makan raw gitu buat ulam sedap tau, saya suka
      hehe...komen ni buat saya ketawa guling-guling atas katil
      gila wild sebab makan sayur...wahaha, adeh...letih ketawa
      siap membayangkan jadi zirafah tu, adeh...memang tak boleh blahlah MD ni
      saya tak kisah awet muda ke idak, saya memang suka makan syur dan ulaman
      hehe...kelakarlah MD ni

      Delete
  6. Saya mmg penggemar ulam.. paling best bila pekena ikan bakar, cukup hanya dgn asam atau kicap pencecah & ulam ulaman.. Ohh.. baru saya tau kenapa saya ni nampak sentasa muda huhu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit, samalah kita
      tapi saya tak pernah makan ulam dengan kicap
      apa sedap ke?
      hehe...dah tau dah rahsia en khir ni

      Delete
  7. Wah sure sejak makan ulam raja hari tu awak tambah muda 10 tahun YY hehe....
    Awak ni sama jer ngan OKje YY....kalau lapo makan rendang dengan ulam pun jalan aje hehe. Tak yah susah susah nak menanak nasi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha...ni lagi koemn buat saya gelak guling-guling
      kalau bab isi perut sendiri tu tak susah
      saya makan dengan ikan kering pun jadi
      tapi kalau en suami dengan anak-anak nak makan tu yang kena berlebih sikit

      Delete
  8. Kathy xbiasa mkn ulam mentah..klu di celur boleh la. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua ulam boleh dicelur
      kalau pucuk ubi, bendi tu sedap kalau celur

      Delete
  9. akak makan segala jenis ulaman...petai jering pun akak bedal..hahaha sebab tu org pun tak percaya umur akak sekarang..ahaksss nak up diri juga nih..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa kak, sep sikit!
      saya punya favorite petai dengan jering tu
      bukan semua orang makan, tapi itu yang mahal pada saya

      Delete
  10. saya juga pecinta ulam . sayur masak , khasiatnya dah krg . feveret saya pucuk betik dan saya blh mkn gitu jer cecah sambal belacan ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk betik? bukan pahit ke? saya makan juga, tapi kurang
      tak tahan dengan rasa bitter dia
      paling suka ulam raja ni lah

      Delete
  11. KM suka makan ulam raja... memang fav tu haha.. lagi kalau mkn ngan sambal belacan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita KM wei
      laju aje kalau dapat makan ulam ni
      dengan sambal belacan paling terbaik

      Delete
  12. Huhuhu... kita tak makan la wak 'rumput rampai' tue... kekeke... tapi suka tengok orang yg makan ulam... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama aje idah ni dengan seorang kawan saya
      dia pun kata tu rumput...hehe
      tapi banyak khasiat tau acik idah

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...