Pageviews Satu Pencapaian? (^_^)

1:08:00 pm Yana Yani 46 Comments

Berdasarkan pemahaman aku, pageviews memang merupakan satu pencapaian bagi seseorang yang bergelar blogger. Boleh kata tanpa pageviews, bukan blogger.

Dengan jumlah pageviews yang tinggi melangit, seseorang blogger mudah mendapat tempat dikalangan pihak sponsor seperti Nuffnang atau yang sewaktu dengannya.

Melalui pageviews itu juga, income besar boleh diperolehi dengan hanya perlu menstabilkan kedudukan blog tersebut. Best betul dengarnya kan?

Pageviews memang memberi impak bagi sesebuah blog.

Bagi blog Diari Seorang Mama ni, pageviews dalam sehari memang hanya dalam lingkungan 500 sehari. Tak pernah lebih tapi selalu kurang. Hehe!

One thing for sure, aku dah mula jatuh cinta dengan bidang ni. Kalau boleh nak jadikan ianya sebagai satu kerjaya. Angan-angan yang tak mustahil kan? Hehe!

Recently aku perasan jumlah pageviews yang aku perolehi mencecah sehingga 800 sehari. Mungkin masih rendah berbanding orang lain, tapi pada aku dah cukup tinggi!


Begitu juga dengan ranking Alexa yang makin naik berbanding sebelumnya. Tapi jujurnyakan korang, aku sebenarnya masih kurang faham tujuan ranking Alexa diwujudkan.

Aku hanya faham, benda tu makin naik aje! Hehe!


Tapi untuk income melalui blog, memang aku tak pernah merasa walau satu sen pun lagi. Tapi memang padanlah kan dengan pageviews tu.

Tak apalah, perlahan-lahan aku merangkak dari bawah. One day aku boleh juga berlari beriringan dengan korang kan? Hehe!


Jujurnya dulu tak kisah sangat pageviews ni, tapi sekarang aku tengok orang lain boleh cecah puluhan ribu sehari dengan hanya cerita pasal kasut dia baru beli, kenapa tak aku?

Mana silapnya? Macamana nak berubah?

Korang tolong jawabkan. Kadang aku ni hanya nampak bahagian depan. Bahagian belakang sama ada ianya betul atau tidak, korang sebagai readers lebih mengetahui.

Cuma ambil masa sebentar, perhatikan dari segi mana atau bagaimana aku boleh membawa Diari Seorang Mama ni ke satu level lagi. Penat duduk takat tu je.

Satu jawapan yang marvelous dari sesiapa sahaja akan aku bagi reward (^_^)

46 comments:

  1. nak blog senang naik kena banyakkan join aktiviti blogger.. event bagai.. tu cara cepat la untuk memperkenalkan blog tapi macam saya ni.. sekadar tulis post & ping jer.. nak outdoor activity dengan blogger tak berkemampuan lagi apatah lagi event2.. Insya Allah cara mana pun kalau usaha boleh berjaya. tu kira ok dah tu alexa rank bawah 1 juta... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik lekit
      tapi itu susah sikit nak buat untuk orang yang dah berkeluarga cam saua
      okay ye camtu punya rating? tak tahu ler pula

      Delete
  2. farah pun masih dok merangkak lagi bab nie..heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke farah still merangkak lagi =)

      Delete
  3. Nak bagi jawapan pun tak reti sebab blog okje pun 2 x 5 hehe....tp bagi okje kita kena banyak blogwalking dan komen . Rasanya itu bagi impact yg besar utk dptkan pageview yg tinggi. Tak caya cuba tgk aoa jadi blog kita kalau kita tak bw....pasti jatuh merudum...kecualilah kita dah femes amos hehe....cite pasal kasut pun org laju jer komen. Satu lagi rasanya entri kita yg mesra SEO YY....yg ramai org cari mcm Resepi kot....Entahlah.....okje belasah jer....buat tajuk sesuka hati hehe. ..Mmg tak mesra SEO langsunglah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai juga OKje bercerita bab SEO ni ye?
      tidak tahu lah pula. terima kasih ler OKje
      bab blogwalking dengan komen, memang selalu dah buat
      tapi bab SEO tu, banyak lagi kena belajar
      susah juga nak buat =)

      Delete
  4. Replies
    1. biasa aje ni cikgu
      rasa cikgu Maria lagi hebat =)

      Delete
  5. mama sendiri malu nak tunjuk pageview mama... sebab apa? sebab ciput. tak setanding blogger handalan di luar sana. tapi, mama bersyukur kerana setiap hari ada sahaja kunjungan ... terima kasih kerna sudi menyinggah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama hebat sangat!
      based pada komen yang ditinggalkan saya tahu mama ni popular
      terima kasih tu mama juga sebab selalu jengah blog tak seberapa saya ni

      Delete
  6. Kagum tengok blogger yang sentiasa maju dalam blogging ni. Saya baru nak merajinkan balik berblog. Memang lambatlah nak capai macam tuan blog capai sekarang ni. Huhu..
    Semoga terus rajin berkarya. Insha-Allah nanti makin meningkatlah data pageview tu. =)

    Salam singgah di sini.. \[^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun masih berusaha ni dik wei
      jauh lagi perjalanan ni
      tapi insya ALLAH akan teruskan juga bidang ni kalau line internet tak slow =)
      terima kasih singgah ye

      Delete
  7. Kak JM nak bagi tips pum diri sendiri masih belajar, masih perlu tingkatkan pageview. So ramai lagi blogger femes di luar sana boleh bantu..tapi part belum dapat income dari nuffnang tu rasaya yana perlu tempek lagi ikan nuffang di bahagian atas da bawah blog..sis lihat baru asa satu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah kita kak JM
      baru lagi nak terlibat in details
      thanks fir the tips ye

      Delete
  8. pageview saya pon biasa2 je..kena buat entri yg orang suka baca, berSEO, info2..kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke biasa-biasa aje mar, cam banyak je =)
      terima kasih ye mar

      Delete
  9. klu pasal nuffnang , iklan tu kena letak di tpt yg nuffnang arahkan supaya mudah dia nak kesan , tulis entry yg org sentiasa cari sepanjang zaman mcm entry agama , rajin blogwalking dan update ... blog baru sis ni baru sebln tapi rank in dr 8k dah turun ke 2k jer sekrg ni ... selebihnya seo lah supaya mudah robot google nak kesan entry kita kat search engine ... klu nak citer pasal seo mmg panjang lebarlah . plg mudah , tajuk entry ni pageview . so boldkan setiap perkataan pageview sbb perkataan tu keywordsnya yg robot google akan kesan utk search engine ... klu nak tau lbh byk , add fb BM@relaksminda pastu mssg dia . insha allah , dia rajin membantu ... setakat ni lah yg sis dpt bantu ... sis pun masih belajar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lah yang terbaik punya pendapat! nanti saya bagi reward nyer ye =)
      terima kasih bebanyak bagi pendapat
      memang sangat memerlukan

      Delete
  10. wah..hebat ni sis....terbaik tu...tahniah yer? kathy punya blog sejak tukar link beribu² lemon banyaknya..hehehehe..b

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? akak ni buat saya malu pula
      rasa sikit sangat tu, bukan ke?

      Delete
  11. Kena mendalami ttg teknik2 seo.. sikit2 pun oklah hehee.. Semoga terus sukses Yana.. All the best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang tengah cuba buat...hehe
      terima kasih en khir

      Delete
  12. same2..
    kita pageview x pernah lg kot 800..haha.
    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru ni lah first time...hehe
      terima kasih PB

      Delete
  13. Okey, saya surrender. Saya tak mungkin dapat reward dari Yana kalau nak suruh komen pasal ni. Saya ni tak kisah langsung hal-hal begini. Entahlah, tak ambil tahu pun tapi sebab suka menulis, main tulis aje apa ada dalam kepala. Yang mula rasa seronok bila ada orang baca. Of courselahkan rasa cam dihargai sesangat, ada juga orang nak singgah. Tapi honestly speaking, iklan NN saya memang dalam sebulan tu banyak juga tapi saya pun tak rajinlah nak memaksa orang click. Saya pun tak tahu apa nak buat ngan iklan ni. Main tempek je ikut sesedap rasa lepas baca arahan. Bab-bab SEO, pageviews, ranking bagai... I is lemah subjek ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kira MD hebat sangat ler tu sampai dapat banyak income NN tu
      saya dah dua tahun baru 4rggt! tapi mungkin juga bukan rezeki kan
      ni masing-masing dok suggest SEO, nak memahamkan dah satu hal
      susah cam ambil diploma dulu plak. kena study bebetul baru cuba implement

      tapi terima kasih ler sudi hulur pendapat, lain kali saya belanja teh tarik

      Delete
  14. Pageviews... Hanyalah satu rujukan pencapaian blog. Mau atau tidak mesti mengakui ianya walaupun bukan satu kepentingan tapi bila melihat ianya meningkat, pasti menggembirakan!

    Pageviews tinggi bukan bermakna blog disayangi Nuffnang kerana kaedah pendapatan nuffnang melalui CPUV sahaja yg berkait dgn trafik, itu pun kalau ada. Kalau pengiklanan lain biasanya berkait dgn trafik... Sebab tu blog yg tinggi pageviews selalunya tak pandang dah nuffnang ni, lagi pun Nuffnang kedekut nak bagi CPUV pd blog yg tinggi pageviews. Harapkan visitor klik2 ajer la...

    Alexa juga salah satu ranking yg menjadi rujukan utk menilai sesebuah blog yang berkualiti, aktif update entri dan konsisten, rajin blogwalking dan sebagainya... Senang cakap blog dan blogger yang aktif dan berkualiti mengikut penilaian Alexa lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah BM, agak bangga juga tengok angka makin menaik tu
      memang rasa happy bebenor =)

      sekarang baru saya faham bab nuffnang dan alexa
      gitu rupanya. terima kasih ye BM

      Delete
  15. Ikut nasihat LekatLekit tu. Dia blogger femes...ehemmm. Kena banyak join aktiviti blogger. Kena rajin daftar untuk nuffnang. Kena selalu promot kat fb, twitter dan IG. Kena banyak entry setiap hari, sampai dah stabil, baru boleh limitkan entry. Apa lagi yer... Ha, kena pandai carik topik yang kebaboomm..hehehehe

    Akak...? Takder time dikkk. Tujuan akak berblog untuk sharing2 pengalaman sikit2 dengan luahan hati jer.... So, ranking dengan pendapatan tu nan hado jugeekkk...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang masalah nak ikut pendapat dia sebab kena join banyak aktiviti
      dah berkeluarga ni agak susah nak buat camtu
      harapkan rajin blogwalking aje ni
      masalah yang sekarang pun bab entry ler juga, line internet tenat giler
      memang tak boleh selalu buat entry

      apapun terima kasih kerana menghulurkan pendapat

      Delete
  16. jangan berhenti untuk update. cuba bentukkan satu perhubungan yang mesra dengan bloggers yang lain. Macam aku, bila dah stop berblog selama 2 tahun, untuk menaikkan blog memang susah. sekarang masih dalam proses untuk menaikkan blog. yang penting, be unique untuk mendapatkan page views yang tinggi, lebih2 jika kita seorang bloggers amateur.

    *blogger otai update pasal batuk xhenti2 pun boleh dapat page view tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih encik ji
      hargai sangat komen encik ji tu
      saya akan cuba jadi as unique as possible. tapi dengan gangguan internet ni
      payah! =)
      terima kasih atas pendapat tu ye

      Delete
  17. ermm lieya ni plak lagi laaa...tau update, komen2 pastu cek duit nuffnang haahahahaah...serius bab2 pageview ni kureng sikit retinye....

    tu la kan yana, tgk blogger2 femes tu...citer beli kasut, citer masak satu lauk pun kemain ramai masuk blog die hehehe...tu berkaitan dgn aura blogger tu sendir la kot kan....

    ape2 pun tahniah...satu number yg besar jugak tuk yana tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lieya, saya pun nak juga merasa...hehe
      saya rasa kan, aura saya tak de
      tu pasal orang taj heran...hehe

      terima kasih lieya ye

      Delete
  18. Tingginya pageview, mohon tips sikit..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...buat kelakar kan
      camtu tinggi, ada lagi yang lebih tinggi =)

      Delete
  19. menarik..semoga berjaya...insyaAllah saya ikut jejak langkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, saya pun masih belajar

      Delete
  20. Okey, tak payah luluskan komen ni. Tersasar dari entri dah ni :) Silalah join sekali for this contest :

    http://mummydearie.blogspot.com/2014/09/giveaway-contest-by-270609.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terlulus pun! hehe
      mekacih, dah buat dah pun
      nanti belanja nasi arab ye =)

      Delete
  21. wow! wow! mama! alexa rank 800k jer... annur stil juta2 lg T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit aje ni lah, ada yang lagi bagus dari ni =)

      Delete
  22. Wah tahniah.. keep it up yana.. farah nk bg tips pn tak pandai sgt..cer tnya kt Otai2.. nnti kalau dh tahu caranya jgn lupa kongsikan dgn farah jugak yer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun masih belajar farah
      dah dapat sikit tips, sedang improve kan blog =)

      Delete
  23. semoga segala usaha membuahkan hasil..caiyok2

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...