Ben Ashaari Follow Blog AKU! (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 38 Comments

Korang tengok tajuk aje pun korang dah tahu apa aku nak ceritakan. Mesti ada yang kata aku POYO! Hehe! Tak kisahlah poyo ke apa.

Yang penting memang aku excited bila terperasan masa dok balas komen korang ada blogger yang cukup OTAI boleh mencemar duli ke sini.

Aku rasa Abang Ben dok membalas jejak orang yang dok follow dia. Sebabnya tak ada angin, tak ada ribut tetiba dia ada kat sini. Idak pelik ke kecuali memang sebab tu. Hehe!


Aku dah follow dia sejak belum jadi blogger lagi. Bila dah jadi blogger, memang blog dia adalah antara yang pertama aku follow selain dari Fiza Ismail dan Suria Lekitlekit gurl.

Adalah juga beberapa kali tinggalkan komen dekat blog dia. Tapi lepas tu aku dah malas. Lagipun aku rasa tak hilang populariti dia hanya sebab aku tak komen. Hehe!

Apapun, terima kasih bebanyaklah Abang Ben. Besar nilai Abang Ben follow blog saya ni. Boleh juga tayang dekat Kak Kathy. Hehe!

Masa aku mula-mula perasan Ben Ashaari follow blog kebanggaan aku ni, aku dengan excited terus beritahu Encik suami sebab memang dia aje yang ada dekat rumah. Hehe!

"Sayang, sayang ingat tak yang Ayang cerita pasal blogger yang duduk dekat rumah aje, jaga anak-anak tapi dapat beribu-ribu income tu?" kata aku dengan nada excited.

"Mr. Mama tu ke? Kenapa dengan dia?" tanya dia dengan penuh minat.

"Ha'a! Dia follow blog Ayang!" kata aku yang macam nak terjerit.

"Dapat duit ke dia follow?" tanya dia lagi.

"Mana ada orang follow dapat duit. Sayang ni!" jawab aku pula yang mula hilang mood nak bercerita.

"Lah! Ingat dapat duit excited semacam" kata dia pula yang macam perli aku.

"Sayang perli Ayang ke apa ni? Ben Ashaari tu!" kata aku pula mempertahan diri.

"Eleh, Siti Nurhaliza add Abang jadi friend dia dekat Facebook pun Abang tak heran" kata dia dengan nada mengejek pula.

Benci tau dia ni. Aku sikit punya excited bercerita dia boleh pula kata gitu. Dah laki aku tak layan cerita aku pasal Ben Ashaari, aku cerita dekat korang pula. Hehe!

Baru rasa berbalas perasaan excited aku! Hehe!

38 comments:

  1. lebih kurang dialog mama dengan husben mama gak ni bila abg ben follow mama hari tu... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dengan sama lagi nak cite ye dak mama
      ye dengan laki sendiri walau dia tak mahu layan...hehe

      Delete
  2. wow....ben pun ada follow blog kita jugak..tapi lama dah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...awak popular
      kita yang tak popular ni kena follow dengan dia
      memang excited giler! hehe

      Delete
  3. wah best la tu...tapi bab jawapan en.asben tu.."siti Nurhaliza add Abang jadi friend dia dekat Facebook pun Abang tak heran"...gelak guling2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...best, excited sangat!
      dia memang gitu tau, geram
      tapi at the same time memang gelak juga

      Delete
  4. Amboi lahai...mention nama kathy nampak? Nak tayang ye?Hehe..btw, Tahniah sis.. Kathy tengok dah berpuluh juga follower sis tu tanpa perlu join segmen bagai..terbaiklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mestilah nak tayang dekat akak
      aritu akak ada juga cite pasal dia kan..hehe
      follower ramai tu sebab akak juga kan =)

      Delete
    2. Hehe...jangan jeles tau? Blog CHK pun blogger Ben follow jugak tau? Hehe..

      Delete
    3. saya nampak tadi
      nak jealous juga! hehe
      low profile sungguh dia ye, sanggup mencemar duli
      untuk blogger cam kita ni

      Delete
  5. amboi blog kita pun ada thanks.. Apapun abg ben dia seorang yg sgt low profile sebenarnya.. takde la berlagak ke hapa. Antara blogger popular yg pandang kita blogger2 picisan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tahu, sebab tak bersungguh mengenali dia
      saya fikir dia sama saje macam mereka yang lain =)
      terharu sebenarnya bila dia buat gitu
      rasa dihargai =)

      Delete
  6. Saya dah follow beliau lama, tapi xde pun follow balik... Kalau perempuan follow laju jer, huhu
    Haha! saya xkesah pun...yg penting beliau adalah ikon blogger di Malaysia. Kejayaan beliau menjadi semangat dan inspirasi setiap blogger. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya oun dah lama BM
      baru ni lah dia follow saya balik
      bukan sebab prempuan ke lelaki
      dia belum sampai blog BM je tu, sat lagi sampai ler =)
      tapi memang betul tau, kagum dengan dia

      Delete
  7. Alhamdulillah tahniah.. semoga terus sukses ye.. :)

    ReplyDelete
  8. Hahaha.... Ini kes tak dapat +ve response dari laki teruslah teruja nak tengok response kita orang ehhhhh.....

    Oh, wow....Ben Ashaari follow blog dia...Memang kebaboomm...eh salah guna perkataan... - 'kau memang deboom..' Hahaha....

    Aduhai en suami dia....kalau follow atau komen dapat duit ribu-ribu masuk poket, dah lama MD ni kaya tau...asyiklah kat top chart jek!

    Kelakar gila bila en suami kata dia tak heran pun CT add dia jadi friend kat FB. Kalau tak heran, apasal bunyi macam suka je masa beritahukan... *__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya MD
      kalau dia bagi +ve response, idaknya bercerita kat sini
      hehe...aku memang debooom! hehe
      eleh, dia tipu aje tu kasi bakar sama bini dia ni

      Delete
  9. Haha... Lawak la suami kak ni.. Hehe... Abg ben mmg akn follow je sesiapa saja.. Dh lama dia follow blog sy juga... Masa bebaru naik dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang gitu tau
      sengaja aje bagi bakar bini dia yang tengah terover excited
      tapi baguih juga, biar sedar diri sikit bini dia ni...hehe
      dia baru aje follow, rasa sebab dok trace sape follow dia kot

      Delete
  10. Kikiki, tergelak mengekek baca entry Yana ni..
    Gitu lah orang lelaki... kita yang eksaited semacam, boleh pula dia duk perli jer kita...
    Saya pun tumpang eksaited jugak Yana...
    Maklumlah, gambar Abg Ben tu duk sebelah gambar saya...
    hahhaha, tu pun dah rasa glamer... boleh gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, benci tau
      kita sikit punya excited dia boleh jawab lagu gitu aje
      hehe...boleh aje
      nanti boleh kata, ben ashaari sebelah aku aje...hehe =)

      Delete
  11. tahniah ... best la en suami di add ct nurhaliza ... kan best klu org follow dpt rm ... adeh dah lalok nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh dia bohong bini dia aje
      tulah kan , boleh bayangkan satu orang follow dapat RM
      memang berebut kejar follower...hehe

      Delete
  12. ok.... akak jeles!!! huhuhuhu
    tapi perbualan dengan encik hubby tu mmg kelakar!!! gelak guling2 akak... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akak jangan gelak sampai gitu
      susah saya nak angkat akak nanti...hehe

      Delete
  13. Waa tahinah ya... KM pun dah lupa Ben dah follow ke tak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk blog yang cam saya ni
      memang tinggi nilai abg ben follow...hehe

      Delete
  14. Replies
    1. hehe...saja poyo saya ni bunda
      orang lain tak heren pun

      Delete
  15. perghhh... dialog tu buat nik gewaaammmmmm... orang yang tak bersama kita dalam berblogging ni kalau kita cerita memang gitulah jawabnya... kita kumat kamit geram... hahahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kan
      kita punya excited bercerita, dia jawab gitu aje
      mau tak geram

      Delete
  16. ahahahah..lawak lah husband Yana ni..baru nk excited kan..jgn kata Yana..kalau Ben Ashaari yg femes follow akak jugak..mesti tido dalam senyuman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, hilang mood! =)
      hehe...tulah kan kak, sikit punya excited!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...