Bila Belum Ada Anak Sendiri (^_^)

2:57:00 pm Yana Yani 28 Comments

Aku ni tadi dok belek segala macam jenis gambar yang ada dekat laptop ni. Sengih sesorang bila tengok segala gambar yang menyimpan pelbagi memori.

Time dok belek tu terpandang macam-macam gambar yang Annor transferred dari hand phone canggih dia ke laptop ni. Penuh dengan gambar Afif dan Aisyah yang pelbagai aksi.

Ada gambar tengah posing ala-ala retis. Ada yang macam ada unsur buli anak aku pun ada. Cis, berani kau buli anak aku ye Annor?

Ni lah dia bila orang belum ada anak sendiri. Menumpang kasih dari anak sedara  sendiri. Ada sedara sakit, dia pun terasa sakit. Anak sedara menangis, dia pun menangis.

Pendek kata, jangan disentuh anak sedara dia kalau korang tak nak dapat penyakit. Mau hilang kepala korang kalau usik anak sedara dia.

Aku perhati ramai yang macam tu. Belum ada anak sendiri, anak sedaralah segala intan permata. Bila dah ada keluarga sendiri, barulah perhatian tu dialihkan pada keluarga sendiri.

Lagipun budak macam usia Afif dan Aisyah ni buat apapun comel aje. Tu yang agaknya buat Annor teringat, lepas tu telefon sampai menangis. Rindu katanya (^_^)

Meh tengok gambar Aisyah dulu yang disnap oleh Mak Sedara diorang, Annor. Gambar Afif aku akan buat lain entry ye.

Sebagai seorang Mama yang berkerja, banyak moment indah epecially bab tumbesaran anak-anak yang aku terlepas. Tu yang kadang bila tengok gambar, terasa rugi. 


Aku paling suka gambar dekat bawah ni. Manis betul aksi tu dirakamkan. Terima kasih Annor untuk memori yang diberikan walau hanya dalam bentuk gambar.


Yang bawah ni pula gambar Aisyah kena buli. Diorang letak penyepit kain dekat rambut Aisyah. Aisyah pula macam orang blur. Mesti baru bangun tidur.

Tapi still sweet  (^_^)


Gambar yang akhir ni pula sekali tengok macam kelakar. Cuba korang perhati rambut Aisyah tu. Macamana diorang boleh bagi tegak gitu pun aku tak tahu.

Walaupun ada unsur buli disitu, aku tetap rasakan yang Aisyah comel. Hehe! Yelah anak sendirikan. Buat apapun comel aje (^_^)


Aku rasa itu ajelah bebelan aku hari ni melalui entry warm up ni. Rasa macamana dah lama tak post entry sebab sibuk  memanjang selepas cuti panjang aritu.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

28 comments:

  1. alahai...aisy seronok kena snap kan? takpe lah...buli² manja gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kak kathy
      lagipun dia sama cam mama dia
      giler posing...hehe

      hehe, tahu dia buli-buli manja
      saja bikin havoc =)

      Delete
  2. Mmg seronok tengok gambar anak2 ni.. saya pun mcm tu. Semakin hari mereka semakin membesar & kita juga semakin tua... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan en khir
      rasa cepat betul masa berlalu
      dulu ada seseorang pernah kata dekat saya, bukan tua, tapi matang =)

      Delete
  3. Comel2nya aksi si Aisy ni... Aah macam mana boleh rambut tercacak tegak macam tu!?
    Biasalah, anak sedara selalu jd mangsa buli dan geram! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa tahulah BM
      tengok gambar ni baru tahu diorang boleh buat gitu
      hehe...tulah kan

      Delete
  4. Aisyah memang comel. Kena pakai penyepit baju buat sepit rambut pun still comel jugak. Aduhai, tak tahu nak kata camna. Berkobar-kobar semangat ni. Eh, apahal pulak berkobar semangat ni.... Hihihi...

    Gambar yang rambut tegak tu agaknya nama fesyen rambut yang sesuai dah tentulah fesyen aerial, kan. Cuba elaborate sikit macamana boleh dapat gaya gitu. Selalunya nampak kat pentas catwalk jek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain macam aje cakap gitu MD ni
      siap berkobar-kobar semangat tu, awatnyer ni...hehe

      hehe...agaknyalah MD
      nanti saya tanya kat diroang camne diroang boleh buat gitu

      Delete
  5. alahai... comelnya.. mama pun suka tgk gambar mereka yang lama... rindu sgt moment tu... oh anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama
      cepat aje masa berlalu
      sila haribulan, dah dapat menantu dah =)

      Delete
  6. wow... yg gambar akhir tu nak tanya... ada pedang samurai ke kat rambut si kecik tu huhu? mencacak... ke KM salah pandang huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...KM ni kelakarlah
      tu memang rambut aisyah, cuma saya tak pasti camne diroang boleh buat gitu =)

      Delete
  7. gambar2 tu nanti akan jadi moment yg indah buat aisyah bila besar nanti . saya yg single ni lbh suka jadikan anak sedara mcm kwn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan untuk aisyah aje, untuk mama dia juga =)

      Delete
  8. Comel nyer anak dara niee... :) gambar last tu rambut macam ala2 teletubbies... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak teringat pula teletubbies
      cite ni baru teringat =)

      Delete
  9. hehe.. nice entry. menakjubkan gambar last skali tu... tocang tegak ke atas.. haha :)

    jemput singgah blog saya: syikinmaarop.blogspot.com

    tQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....nak kata tocang idak juga
      diorang ikat biasa je tu, cuma tak pasti camne dia buat

      Delete
  10. hehehe..suka gambar last jugak.. kemain terpacak rambut aisyah..tapi tetap comel!!!! =D

    ReplyDelete
  11. Betul betul betul....sama jer mcm okje dulu dulu....Belum ada anak sendiri mmg anak sedaralah jadi tempat menumpang kasih.....tp bila dah ada anak sendiri kasih sudah bertukar hehe......Yelah nama pun darah daging sendiri ...
    Haha ....mmg kena buli sungguh Aisyah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan OKje
      time belum ada keluarga sendiri, dengan anak sedaralah
      tempat nak bermanja dak, cam saya anak sulung
      tak merasa semua tu, tahu-tahu ada anak je...hehe

      tulah pasalnya OKje, sah kena buli

      Delete
  12. mmg cute lah si aisyah ni..kalau ada dekat2 auntie JM ni mahu kena peluk nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia pun bukan jenis takut dengan orang
      confirm dia layan je JM

      Delete
  13. setuju la tu. masa takde anak sendiri, mmg anak saudara la tempat mencurahkan kasih dan buli. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      selain kasih sayang, ambil juga kesempatan kan =)

      Delete
  14. memang comey lah..aisyah hisap jari jugak ke tu?

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...