Bila Afif Marah Aisyah (^_^)

2:16:00 pm Yana Yani 22 Comments

Kalau dah nama adik-beradik, memang tak sah kalau sehari tak bergaduh. Ada aje benda yang boleh jadi punca pergaduhan. Kadang punca pergaduhan tu atas sebab benda kecil aje.

Macam Afif dengan Aisyah ni lah. Kadang naik pening aku ni dok dengar diorang berdua bergaduh. Yang seorang tu garang semacam, yang seorang lagi suka mengacau

Afif yang aku perasan cukup garang dengan Aisyah especially apabila melibatkan barang milik Afif. Afif ni cukup cermat dalam menjaga barang mainan dia berbanding Aisyah.

Bilik dia sendiri pun dia pandai kemas tanpa bantuan aku dan Encik suami. Kalau dia dah kemas, aku nak masuk pun dia tak bagi. Dia kata nanti bilik dia bersepah.

Aisyah pada usia sekarang ni adalah seorang rules breaker. Kalau orang lain lepas makan letak pinggan dekat sinki, dia tak akan buat selagi tak dengar Mama dia berdondang sayang.

Kalau bilik Abang dia, asyik jadi tukang sepah aje walau dia tahu Abang dia akan mengamuk sakan. Macam baru ni, aku tengah sibuk dekat dapur lepas tu aku dengar Afif terjerit-terjerit.

Tak lama lepas tu aku dengar Aisyah menangis. Dari jauh aku tanya, "Kenapa tu Afif? Kau pukul adik ye?"

"Aisy ni Mama! Dia buat sepah bilik Afif! Afif dah kemas, penat tau!" kata dia yang masih dalam nada marah sambil aku dok dengar dia menghempas segala benda ke lantai.

Aku jenguk ke bilik. Aku nampak Aisyah masih lagi menangis. Afif pula sibuk mengemas dengan mulut tak berhenti marahkan adik dia.


"Afif tak elok buat macam tu sayang. Mama tahu adik salah, tapi Afif tak boleh ringan tangan macam tu. Cakap elok-elok tak boleh ke?" bebel aku dengan niat nak mengajar.

"Afif dah penat cakap elok! Dia buat juga! Abang penat tau Aisy!" jerit dia pada Aisyah dengan nada yang kalau aku tak ada memang kena cepuk dah budak Aisyah ni.

Aku ambil keputusan untuk berdiam diri. Kalau aku terus membebel, dia akan bertambah marah. Aku panggil Aisyah yang masih menangis.


Dia menghampiri walau tangisan masih belum reda. Aku rasa kuat dia kena tibai dengan Abang dia. Aku tanya, "Kenapa adik kacau Abang? Kan kena marah"

Soalan aku tu dia jawab dengan tangisan yang bertambah kuat. Buat seketika aku pening dengan situasi tu. Sini anak, sana pun anak. Dua-dua sayang pula tu.

Tapi dalam situasi ni dua-dua buat salah.


Aku decided meninggalkan mereka berdua dalam situasi yang agak dingin tu. Kang aku pula yang naik hantu. Hehe! Tapi tak lama lepas tu aku dengar diorang ketawa.

Tulah namanya adik-beradik kan. Gaduh macamana pun, elok balik lepas tu. Sebab tu ada peribahasa yang kata, air dicincang tak akan putus.

Moga ikatan diantara mereka berdua ni akan terus berkekalan walau satu hari nanti aku tiada lagi untuk menjadi peneman suka dan duka mereka.

22 comments:

  1. Alololo, kesiannya Aisy kena marah dengan Abang! Saya ingat kalau abang dengan adik perempuan, boleh get along better rupanya serupa je kekdahnya. Di rumah saya tak payah cakap. Macam orang ada anak 18. Tak pernah sunyi sepi. Kalau tak Abang, Adik. Kalau tak Adik, Abang. Tapi superheroes saya si Abang lebih berlembut kecuali dah tahap tak tahan sangat-sangat. Si Adik pulak memang sebiji macam Aisy. Disepah, kita kemas. Kita kemas, dia sepah. Semua benda dia nak main, orang sentuh dia jerit. Kalau merajuk, dia terjun tiruk atas sofa buat-buat pengsan lepas tu kalau takda response dari Mommy, dia siap panggil lagi suruh tengok dia dah pengsan! Sadis kadang-kadang rasa dalam hati tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idak juga MD, sebab saya ada adik lelaki dengan perempuan
      dulu kecik-kcik memang gaduh aje kerja diorang
      dah besar ni aje yang kurang sikit
      samalah dengan rumah kita MD
      memang dia punya riuh tu macam ada ramai anak
      kadang naik pening, tapi memang biasa saya buar aje

      Delete
  2. Ikut perangai sapa agaknya Si Afif tu yeh, rajin berkemas gitu YY...... mungkinkah perangai mama.....hehe
    Aisy tu budak lagi...mmg kerja mengacau ajelah dia....Yelah dah namanya budak mmg asyik bercekau ajelah hehe...OKje teringat masa okje kecik dulu mmg asyik bergaduh ajelah dengan abang atas Okje tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. idak okje, salah jawapan tu
      mama dia kurang juga bab mengemas ni
      yang biasa rajin papa dia, umah saya kalau okje datang
      bersih berkilap ni bukan kerja saya, kerja en suami
      kalau tak nak dengar dia bising, jangan bagi rumah sepah
      hehe...aisyah tu memang, usia tengah nak explore gitu

      Delete
  3. Sempat snap lg ye sis.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. adik beradik macam tu lah kan..kejap gaduh kejap ok.\, tp baguslah abg afif ni rajin..pandai kemas bilik sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, nama pun adik beradik
      dia memang kak wei
      jangan beranilah usik bilik dia, mengamuk

      Delete
  5. Aloloo... nangis pun comel.. :) :)

    ReplyDelete
  6. tula kan..kesian aisyah kena marah (macam sebut nama anak sendiri pulak)..
    afif pun belum cukup besar untuk faham yg adik dia tu kecik lagi..tau tau apa2..
    budak kalo dah nangis mesti susah nak pujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sama dengan nama anak mar ye
      tapi aisyah ni tak lama pun menangis, dia dapat jari...settle!
      lagi kalau abang dia pujuk, memang cepat aje senyap nye

      Delete
  7. Dah hanya mereka berdua... gaduh, tawa, nangis dan apa sahaja hanya sesama mereka. Dah tiba masanya untuk tambah jadi 3...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang bercadang nak tambah lagi
      tapi saya nak tunggu saya sihat sepenuhnya

      Delete
  8. alolo.. kesian adik kena marah dengan abang ya... tp kejap jetu gaduhnyakan.. pastu baik balik haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. namapun adaik beradik kan...hehe
      tu yang kejab aje gaduhnya

      Delete
  9. ehem...ni macam kena marah ngan mak je nih? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alo! tak ada makna mama dia nak marah tau
      mama dia baik aje tau

      Delete
  10. jgn nangis ye aisyah..sian diaa....abg marah yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, dia sedih sangat sebab kena marah dengan abang
      saya marah pun dia tak menagis camtu

      Delete
  11. Nangis pun comei aisyah nie... besar betul nganganya tu... mesti kuat dia nangis tu kan... budak2 biasa la tue... kejap jer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel ke? dengan rambut serabai
      tapi sekarang dah potong rambut dia, aman sikit
      idak sakit mata...hehe
      memang dia kalau dpaat menangis, bergegar rumah! hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...