Cara Membuat Donat Simple

7:37:00 am Yana Yani 52 Comments

Cara Membuat Donat Simple | Hari ni aku nak ajar orang cara-cara membuat donat yang simple dan mudah. Ilmu yang ada elok dikongsi lebih-lebih lagi ada yang masih belum mahir membuat donat.

Donat ni merupakan kuih kedua yang aku rasakan cukup simple untuk dibuat setelah kuih buah melaka. Kedua-duanya mempunyai method yang hampir serupa. Cuma buah melaka kena sumbat gula but still kuih tu kuih paling suka aku buat (^_^)

Untuk buat donat ni, aku tak guna sukatan yang begitu specific. Semuanya dibuat berdasarkan anggaran. Sebab tu kadang donat aku terlembik! So, apakah bahan dan cara membuat donat yang simple dan mudah?

Bahan yang korang perlukan adalah tepung gandum, yis segera (aku guna jenama Mauripan), marjerin (aku guna Planta) dan susu manis (aku guna jenama F&N)

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Bahan buat donat

Mula-mula sekali korang tuangkan kesemua yis tadi ke dalam cawan yang berisi air bersuhu biasa dan berkapasiti lebih kurang 200ml ke atas. Kak Haniza colleague yang mengajar aku buat kuih ni suruh aku tunggu sampai yis tu berbuih baru campur dalam tepung. Tapi aku tak rajin nak menunggu.

Aku campur aje lepas dah campur dalam air. Tak kuasa nak menunggu! Tapi kalau korang nak buat macam Kak Haniza ajar tu, dipersilakan. Jangan lupa letak secubit garam atau ikut macamana korang suka dalam air berisi yis tadi.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Air bercampur yis

Lepas tu korang masukkan tepung gandum ke dalam apa-apa bekas bersaiz besar yang boleh ditutup. Gunakan separuh aje tepung dari pek 1kg tepung gandum tu. Biasanya aku ratakan pek tepung tu, lepas tu aku tekan bahagian yang aku nak macam dekat bawah ni. Lebih atau kurang, nasiblah! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Tuang tepung gandum dalam bekas

Lepas aku dah letak tepung ke dalam bekas tu, aku campurkan dengan air yang dah berisi yis tadi. Aku juga tambah dua sudu marjerin ke dalam adunan tu. Kalau adunan tak sebati, tambahkan air je lagi sikit demi sedikit. Sepatutnya ke masuk air aje dulu. Dah sebati, baru masuk marjerin, Tapi aku dah cakap dah, tak rajin aku menunggu.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan bersama air dan marjerin

Bila adunan dah sebati, last sekali korang letakkan satu sudu susu manis kena dalam adunan korang. Lepas korang dah campur susu ni, doh dia sepatutnya dah tak melekat kat tangan. Tapi kalau melekat juga, mungkin kurang tepung. Tapi kalau aku, tak ada kuasa aku nak adjust. Aku biar aje dia lembik. Janji boleh telan, udah ler! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan bersama susu manis

Lepas tu korang biar ajelah dia dalam bekas tertutup untuk lebih kurang satu jam. Kalau aku boleh skip step ni, aku dah skip. Malangnya tak boleh. Memang korang kena tunggu dia kembang baru boleh digoreng.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Sebelum adunan mengembang

Sambil dok menunggu dia kembang, korang boleh ler update blog dulu ke atau buat apa-apa yang patut bagi mengisi masa lapang untuk satu jam tu. Lepas dah satu jam, pergilah intai apa jadi pada doh korang. Kot ler pula dia bertukar jadi Godzilla, naya! Tapi kalau dia elok aje nampak kembang, tahniah korang dah berjaya.

Bagi aku sendiri, feeling yang paling seronok bila buat donat ni adalah apabila melihat doh dia kembang memenuhi setiap ruang bekas yang korang letakkan doh tadi. Memang buat aku rasa bangga sangat! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan sudah mengembang

Lepas tu korang bentukkan dia ikut suka korang. Nak jadikan dia Ultraman ke, Power Rangers ke, suka koranglah. Aku tak rajin nak bagi dia berbentuk donat atau yang lagi advance. Aku buat bulat aje. Ala setakat gentel, lepas tu gelek dia bagi bulat. Senang sangat. Lagipun tetap nama dia donat. Sama ajelah kan. Sebab tak rajin aje, dia jadilah bulat! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Masa untuk membentukkan donat

Gorengkan pula dalam minyak panas ye. Bukan main letak aje. Bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan. Bagi sejuk kejab. Jangan skip step ni kalau tak nak cedera tangan (^_^)

Lepas dah agak sejuk, barulah sadurkan donat yang sudah siap digoreng tadi dengan gula atau apa sahaja perasa yang korang suka. Enak di makan ketika panas. Cehwah! Ayat dah macam chef!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Proses menggoreng donat

So semua anak murid cikgu dah faham? Bagus! Lepas ni bolehlah cuba buat ye. Senang aje kan? Jangan lupa klik banner Nuffnang tu sebagai tanda terima kasih pada cikgu.

Hehe! Boleh gitu ye. Apapun selamat mencuba korang (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

52 comments:

  1. Kalau orang tak tahu ni, mesti ingat kak Yana goreng cekodok.. mwahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekodok beso tau, gurun juga orang =)

      Delete
    2. belum habis makan pun dah kenyang rasanya ni. hehe ^^

      Delete
    3. hehe...dahsyat tu
      ada perewang apa ko ni =)

      Delete
  2. Wah...nk ambik resipi ni. Kathy ni sll failed bab mendonat..tq sis..suka suka suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, glad entry ni boleh membantu

      Delete
  3. Cikgu, cikgu, nak tanya?

    Erk, tak jadilah...lupa soalan dah. Panjang sangat 'pengajaran' cikgu ni so kita hi light mana yang patut ajelah. Tak sangka sekarang cikgu dah jadi chef. Walla, donut bulat pun bulatlah janji sedap. Buat 30, habis semua. Padanlah tak sampai pun kat rumah kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah sampai chef
      setakat buat donat ni, expert dah...tu yag perturunkan ilmu
      cehwah ayat, riak
      alahai kalau dah sikit, camne nak hulur

      Delete
  4. bentuk bulat2 ni kan macam jemput2 manis yang mak saya selalu buat sebagai breakfast kami masa sekolah dulu..
    apsal..sekarang ni dah jadi donut ek??..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pemalas, memang gitulah rupa dia...hehe

      Delete
  5. Sedapnya donat...suka makan donat tapi kadang buat tak menjadi pula...hehe.InsyAllah nak try resepi donat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya pun rasa susah, tapi lepas ikut ajaran kawan saya
      menjadi pula
      tu yang asyik buat donat guna resepi ni je =)

      Delete
  6. Tetiba teringin mak nak buat donat esok hehe....
    Mak ni gelojoh jugaklah YY tapi masih sangguplah jugak tunggu yis tu berbuih hehe....Rupanya ada org lagi gelojoh haha....
    Cantik kuali ko nak .......rajin menyental ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dah entry pagi tadi, senang kan nak buat
      nampak dia naik gebu tu yang bertambah geram =)
      saya tak sanggup nak menunggu dia berbuih, saya tuang aje
      kembang juga jadinya apa...hehe

      pasal kuali tu, perli saya ke apa ni
      tak cukup tenaga nak menyantal...hehe

      Delete
    2. Eh...tak perli ni .....betul cantik kuali tu. Awak tak tengok kuali Okje, legam dik haha

      Delete
    3. hehe...tu pun saya rasa dah habis kuat sental
      mak kata jangan sental, kuali nipis katanya
      tapi saya buat juga, tak lalu tengok itam sangat

      Delete
  7. Wahh best ni makan sambil menonton tv mlm2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga kan makan malam donat ni
      tapi rasanya saya tak sanggup pula kalau mengdonat
      time malam...hehe
      baik makan chips je =)

      Delete
  8. Wahhh gebu dah donat tu... :) nak sikittt!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat masuk perut lah idah
      kena buat sendiri tu jawab nyer =)

      Delete
    2. okok.... insyaallah nanti kita buat ekk... nak dapat mood tu bukan senang... hehehe...

      Delete
    3. hehe...betul juga tu
      kalau tak ada mood, memang buat apa pun tak jadi

      Delete
  9. Bila ntah nak buat lagi... Lama dh x buat donat nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mesti ada masa nak buat
      sebab senang je nak buat ni

      Delete
  10. seronok ni lau dpt bt hr ni...hnm xsempat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat aje kalau arini nak buat
      sekejab aje jarak masa pun =)

      Delete
  11. Haha... donat senang ni... bulat2 kan je... ;D

    ReplyDelete
  12. Menarik juga buat donut bulat2 macam tu... tak perlu nak terap bagai... Tetiba rasa nak mendonut juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nur, tapi ni sebab malas
      kalau rajin, cantik juga rupa dia =)

      Delete
  13. akak tak pernah buat donat..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang aje kak, cer buat
      akak kan pandai masak =)

      Delete
  14. walau mcm mana rupa dan bentuknya..janji tetap rasa donat,kan..:)

    ReplyDelete
  15. Mudah betul ni yana, main campur2 je, nampaknya boleh lah sis try tuk juadah ailadha nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang JM, campak aje bahan dia
      saya ni tahu pun sebab orang ajar
      tapi confirm menjadi! =)

      Delete
  16. ooo sedap jer nak buat nie..nnti free boleh try buat..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh farah, memang senang sangat rasanya
      especially untuk beginner ler =)

      Delete
  17. hahaha comei jer donut.. haha cam sama jer kita malas nak tunggu tunggu tu sampai sekarang tak pernah buat donut lagi.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...comel ye
      tapi saya rajin juga nak buat
      malas nak tunggu aje...hehe

      Delete
  18. saya dah ada bahan ni, cuma nak buat ja duk ber'lagu' tak menjadi-jadi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, baru perasan komen ni
      awatnya? tak payah sangat rasanya ni
      kuih paling senang ni pada saya

      Delete
  19. bila tengok donut teringat big apple.. hehe

    Jemput Singgah : Contest Review Lynk.My 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya punya resipi belum sampai level tu =)

      Delete
  20. asaalmm nk tanye .yang air letak yis dengan garam tu tunggu berapa minit ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      tunggu sehingga yis berbuih
      tak lama...kalau tak silap antara 10 ke 15 minit
      atau mungkin juga cepat dari tu
      guna air biasa aje tau, jangan guna air panas

      Delete
  21. 4 Bahan jer ? So simple.. boleh try ni..thank for sharing..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup 4 bhn aje dan insya allah jadi
      saya dulu first time buat pun terus jadi =)
      takde masalah. ilmu berguna kan =)

      Delete
  22. Bourg try ni.. thank for sharing..=)

    ReplyDelete
  23. simple bahan dan nmpk mudah cara nak buat..nanti boleh try..kena beli yis dulu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple aje cik tom
      banyak juga tau kalau buat dengan 500g tepung tu
      jenuh nak perabih. nanti cuba ye

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...