Pojen a.k.a Frozen (^_^)
Masa korang baca entry hari ni, aku mungkin dalam perjalanan atau mungkin dah sampai ke Bukit Tambun, Pulau Pinang sebab sepupu aku nikah lepas solat Jumaat.Paling best aku dah dapat jumpa anak-anak. Arghhh! Excited sebab aku rindu singguh dengan diorang berdua. Rasa macam lama betul tak jumpa diorang.
Well hari ni aku nak bercerita pasal anak dara aku, Dayana Hanna Aisy. Hari ni genap dah umur dia dua tahun sembilan bulan dan sepuluh hari.
Aisyah tak banyak bercakap berbanding Abang dia, Afif. Tapi tangan dia cukup ligat. Malahan tak serik langsung walau dia dah banyak kali luka.
Tapi kalau dia dah mula bercakap, pening pula korang nak melayan dia. Bukan pening sebab apa. Korang pening nak memahamkan apa yang cuba dia sampaikan.
Anak dara aku ni pelat. Aku ni Mama dia pun kadang tak faham apa dia cuba cakapkan. Kena dengar banyak kali baru dapat tangkap. Dia pun sampai marah bila aku tak faham. Hehe!
Macam Sabtu baru ni lah. Lepas menghantar Afif ke kelas tambahan di sekolah dia, aku dan Aisyah lepak rumah Mak kejab. Aku beria bawa laptop konon nak update blog.
"Mama, pojen!" Aisyah tiba-tiba bersuara.
"Apa dia?" tanya aku yang kurang faham permintaan Aisyah.
"Pojen! Pojen!" kata dia lagi dengan bersungguh-sungguh.
"Cuba Aisyah cabut jari dekat mulut tu. Mama tak faham" kata aku lagi. Aisyah memang suka hisap ibu jari dia.
Dia cabut ibu jari yang dia tengah hisap tu, lepas tu dia kata lagi, "Pojen!"
Macam sama aje bunyi dia aku dengar. Berpeluh aku nak fahamkan apa dia cakap. Mak aku pun yang cuba fahamkan pun tak faham juga. Blank kejab kami.
Lepas tu Aisyah tunjuk laptop, "Pojen Mama!"
Baru aku dapat tangkap apa dia cuba katakan, "Frozen? Aisyah nak tengok Frozen?"
"Haaa! Pojen!" kata dia pula dengan senyuman sampai ke telinga.
"Lah, Frozen rupanya ko nak tengok!" kata Mak aku pula a.k.a Wan dengan gelak besar. Kalau Aisyah tak tunjuk laptop, memang sampai ke sudah aku tak faham. Hehe!
Hasrat nak update blog memang hai hai, bye bye. Kena layan Aisyah dok menengok cerita yang entah dah berapa ratus kali dia dan Afif tengok.
Anak-anak aku ni memang tak terkecuali terkena penangan cerita Frozen. Entah apa yang Walt Disney buat sampai semua budak dah macam kena possessed dengan cerita ni.
Anyway, berbalik kepada cerita Aisyah tadi. Mujur dia tengok sampai lagu Let It Go tu aje. Lepas tu dia dah sibuk main. Cuma masa lagu tu, Aisyah suruh aku nyanyi juga.
Setakat nak menyanyi tu tak menjadi masalah, sedap juga suara aku ni. Tapi yang menjadi masalah, aku tak hafal lagu tu. Aku cuba tahu jerit let it go, let it go aje. Hehe!
Mujur dia tengok kejab aje.
Tapi kejab aje pun, macam-macam aksi dia tunjuk. Kejab muka serius. Penat muka serius, dia sumbat jari dia dalam mulut. Dah penat hisap jari, dia baring pula. Macam-macam.
Ni lah dia budak yang paling aku rindu sepanjang tempoh pertapaan aku. Tak terkecuali Afif. Tiap-tiap hari aku telefon sampai berbelas minit. Rindu nak dengar celoteh diorang.
Afif dah pandai bercakap, memang banyak celoteh dia. Semua benda dia cerita sampai apa yang dia makan pun dia cerita. Aisyah pula tak berapa pandai lagi cakap dekat telefon.
Tapi dengar dia sebut "Mama" aje pun dah cukup hilangkan perasaan rindu aku pada dia. Jujurnya, indah sebenarnya perasan sebagai seorang Mama ni (^_^)
---------------------------------------------------
Aku sebenarnya rasa serba salah bila korang dok risau dekat aku. Aku okay aje sebenarnya. Cuma rasa terseksa sikit bila berjauhan dengan anak-anak.
Tapi okay dah ni. Penyakit yang aku ceritakan sebelum ni, aku dah boleh hidup dengannya. Dah jadi sebahagian diri aku. Anyway aku memang okay! Confirm! Hehe!
Selagi aku ada anak-anak, suami, ahli keluarga dan tak lupa juga korang yang sentiasa menyokong, aku mampu harunginya. Terima kasih kerana menyokong.
Oh ya, aku berhutang "lawatan" dengan beberapa orang rakan blogger. Sorry tau. Mujur tak glamour, idak jenuh! Hehe! Tapi ada seorang blogger famous dok mencemar duli ke sini.
Siapa? Tungggguuuu
rindu terbalas..pojen eh aisyah..hihi...sama lah dengan aisyah saya..kemaruk dengan kartun ni
ReplyDeleteyes...rindu terbalas jua
Deletepuas ati dapat peluk cium dia...hehe
budak kan, memang tengah musim cerita ni =)
wahh.. tengok frozen ye dia
ReplyDeletedia minat sungguh =)
DeleteAlala..comei je aisy..
ReplyDeletehehe...cam mama dia dak? =)
DeleteWahh...blogger ben ashaari follow blog sis juga..tahniah..
ReplyDeletehehe...bangga kak wei!
Deletetak sangka dia mencemar duli ke sini
Okey, okey...yang bab pelat ni boleh faham sesangat sebab anak kita sebaya ya. Cakap sikit punya laju macam tengah bawa train pastu terkial-kiallah emaknya nak faham. Kadang tu awal-awal boleh juga tangkap maksud tapi bila dah laju sangat, okey surrender lagi baik :)
ReplyDeleteAfif suka juga Pojen ek. Si Abang tak suka langsung. Siap kata lagi dia pelik kenapa semua budak-budak perempuan suka Pojen ni. Dia kena tengok kat dewan sekolah cerita ni sampai sakit bahu katanya BOSAN :D
hehe...budak usia tu kot
Deletetapi saya tengok anak orang lain lancar aje cakap tau
walau umur diorang kecik aje lagi
anak-anak saya memang dua-dua pelat, tapi paling pelat aisy la =)
mungkin sebab dia kecik lagi kot MD
Si luth tu dah bujang, tu yang tak doyan melayan cite girlish ni =)
Hehee.. comel je Aisyah tengok pojen eh.. :) :)
ReplyDeletehehe...dia minat
Deletelayan ajelah en khir
ramai dah kanak2 suka cerita frozen nie
ReplyDeletetulah kan, cam dah kena possessed
DeleteSeronok dan gembira apabila melihat kawan2 ceria dan gembira bersama keluarga... walaupun sedikit ada rasa cemburu krn xdpt merasainya...namun ianya tidak sedikitpun berbekas dihati. Semoga Yana sekeluarga sentiasa bahagia dan diberkati... :)
ReplyDeleteBM ni buat saya rasa syahdu
Deletebahagian masing-masing yang ALLAH uji tanda kasih dan sayang dia
adalah rahsia kenapa saya sakit dan kenapa BM dan isteri masih belum
dikurniakan cahaya mata
saya juga mendoakan semoga BM terus berbahagia walau tiada seseorang untuk
dipanggil anak
Hadoii.. Berhantu kan citer nih.. X jemu tul bebudak tgk... Termasuk mak budak juga..
ReplyDeletememang berhantu sungguh cikgu
Deleteentah apa yang buat bebuda suka
tapi betullah, mak budak pun layan juga...hehe
tgk frozen pun isap jari tu ... membayangkan yana nyanyi lagu frozen yg tak tau lirik ... heheheeee
ReplyDeletehehe...kelakarlah vee ni
Deleteboleh pula bayangkan ye, tapi sungguh
memang tak tahu, boleh pyula dak aisyah suruh nyanyi
naya sungguh
Pojen pun pojen la.. janji layannnnnn...hehehe=D
ReplyDeletehehe...budak pelat
Deletepojen?..ahaha..so cute lah..itulah kan Yana..mana boleh nk berenggang lama ngan anak2 pengubat jiwa ni..ada bersama mereka rasa bahagia sgt
ReplyDeletedia pelat kak JM, frozen jadi pojen =)
Deletebetul sangatlah kak JM, diorang lah segalanya
pojen ni memng pemes emes la ni kan......sy suka lagu dia jaaaah....hihihi
ReplyDeletebudak nini, semua cerita diorang suka =)
DeleteMemang pening nak fahamkan perkataan anak yang pelat ni.
ReplyDeleteAnak ke2 saya dah 3 tahun 3 bulan tapi still pelat.