Pakaian Ke Jemputan Perkahwinan (^_^)
Aku tulis entry ni disebabkan ada beberapa rakan blogger seperti Hainom OKje dan Lieya Latif bertanya kenapa aku menghadiri kenduri kahwin pakai seluar jeans.Untuk pengetahuan, aku ni seorang yang cukup suka berpakaian casual apabila menghadiri undang perkahwinan. Tu memang trademark aku.
Aku rasa selesa walau mata yang memandang terasa pelik.
Bila berkeja aku pakai baju kurang. Nampak formal sikit kan? Kadang-kadang tu ada juga pakai seluar slack especially bila mood menggosok baju hilang bak angin lalu.
Bila dah selalu sangat pakai baju kurung ni, rasa macam nak pergi kenduri pakai baju kurung pun aku rasa malas. Rasa macam dah selalu sangat, bosan katanya.
Susah sikit kot nak nampak aku pakai baju kurung bila menghadiri undangan perkahwinan. Memang aku balun pakai seluar jeans aje bagi memudahkan pergerakkan.
Kecualilah kalau majlis tu ada letakkan tatacara berpakaian. Kalau tak ada, memang selamat aku berseluar jeans ajelah jawabnya (^_^)
Dah lah anak-anak aku sekarang ni dalam usia tengah ligat. Senang sikit aku nak berlari berkejaran bila pakai jeans berbanding bila pakai baju kurung.
Nak rewang pun senang sikit. Kononlah. Hehe!
Sepupu Encik suami di Kuala Lumpur sebelum puasa aritu |
Kawan Encik suami di Pantai Remis, Kapar baru-baru ni |
Kalau macam terpaksa atau kena ugut dengan Mak aku, barulah aku pakai baju kurung. Hehe! Teringat time Dayah kahwin dua tahun dulu.
Semua kena pakai sedondon. Aku terpaksa turutkan walau aku rasa baju tu buat aku nampak gemuk. Tapi sebenarnya memang aku gemuk time tu sebab baru aje habis pantang. Hehe!
Agak malang juga sebab aku terpaksa menjadi pengapit Dayah disebabkan tak ada orang yang nak jadi pengapit. Orang tua kata, biar yang dah kahwin jadi pengapit.
Dah sudahnya aku terpaksa jadi bidan terjun. Tak sempat jari kasut time tu, bantai pakai selipar jepun aje. Aku tengok pengapit lelaki pun pakai selipar jepun aje. Hehe!
Kesimpuannya, memang aku tak akan pakai baju kurung kalau pergi kenduri kahwin kecuali terpaksa aje! Memang jeans tetap akan aku sarung. Hehe!
-----------------------------------------------------
Dah tertengok gambar kahwin Dayah ni kan, aku nak tayang gambar Aisyah yang ketika tu berusia tiga bulan. Masa kahwin Dayah ni lah kitorang adakan majlis cukur untuk dia.
Habis botak dia lepas tu (^_^)
Yang bawah ni Afif yang ketika tu berusia empat tahun. Dia tengah posing dengan kereta lama kesayangan Papa dia, si Merah. Time tu, dia ligat yang teramat. Susah hati aku dibuatnya.
Dah, aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Lain kali aku cerita lagi ye. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
oh.. pakaian tak penting pun, yang penting jemputan itu kita hadiri
ReplyDeletetak juga mama
Deletepakaian bila menghadiri kenduri kahwin ni penting juga
cuba perhati keliling bila mama ke kenduri kahwin
see any difference? =)
oo gitu..saya biasa memang berbaju kurung kecuali kalo jemputan ari sabtu & kebetulan minggu tu saya kerja setengah hari kan..malas nak patah balik umah..terus je gi jemputan & merangkap lunch..huhu..
ReplyDeletetak berapa nak reti pakai baju kurung pergi kenduri kahwin
Deleterasa cam kekok sikit
lebih selesa pakai jeans =)
tu la yana kan...kalo majlis kawin santai2 mcm ni takpe laa berjeans...kalo majlis kat dewan siap ade protokol kite pakai jeans kang ade yg jeling kan haahahahaha....mcm lieya la ni, dah keje ari2 pakai baju kurung, rase nak gi jemputan pakai seluar ajek..senang pas gi kenduri leh lepak2 jalan2 mall heheheeheh....lagi pun baju kurung pakai gi opis mcm takbest nak pakai pi kenduri...alasan la tu nak soping baju hahahahahaah
ReplyDeletehehe...tu yang saya suka kalau yang jenis tak ada protokol
Deletebalun aje pakai apa
tapi biasa memang pakai jeans
cam lieya katalah kan, senang nak berjalan lepas tu...hehe
Tata cara berpakaian bagi saya tidak menjadi masalah asalkan masih sopan dan tidak keterlaluan mengikut keadaan majlis. Biasalah...orang pompuan, masa kenduri pun nak melaram, terutama OKje tu...haha!
ReplyDeleteada setengah orang memandang serius sebab saya pernah kena perli =)
Deletebila lagi nak melaram BM wei, time kenduri ler nak
tayang baju baru, kasut baru, semua benda yang baru!
ni statement berani mati ni, OKje over to you! =)
Kalau orang jemput untuk rewang, okeylah pakai seluar jeans. Senang sikit nak merewang! Errkkk!
ReplyDeleteNasib baik takda pengantin yang sudi ambil Yana jadi pengapit bidan terjun masa tengah pakai uniform kenduri kahwinkan... Kalau tidak, haru biru majlis. Pengantin siap berjaga dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian cantik, makeup pun cun tetiba dapat pengapit pakai selipar dan seluar jeans. Haru :)
Masa saya muda dulu, saya pun rajin tersasar dari tujuan. Orang pakai begini pergi majlis, kita pakai begini. Orang pakai lipstik kaler ni, kita nak pakai lipstik kalau drakula. Jadinya mak saya dah biasa, malas nak tegur lagi. Dah tua sikit ni, dah pandailah berubah. Keh3x.
Tak kisahlah pakai apa pun nak pergi majlis kahwin yang penting bagi saya tak kena pakai emas lip lap lip lap nak bagi tunjuk kat semua guests. Rimas betul!
wahahaha, tulah tujuan utamanya MD wei
Deletetak nak jadi bidan terjun lagi, confirm diorang tak akan suruh saya jadi pengapit
kalau dah pakai jeans dengan selipar jepun...hehe
dia saja tayang barang kemas dia yang beso2 tu
ko ada kata dia? saya pun boleh juga nak lawan, tapi zulian ler...hehe
X pnh lagi la pakai seluar g knduri khwin... Sy sendiri rasa jnggal wpun org lain x kisah..
ReplyDeletehehe...biasa sangat dah saya buat gitu cikgu maria =)
Deletesaya pulak baju kurung kadang2 setahun 2 kali je pakai.. time raya. kalau dulu kerja seminggu sekali jer pakai utk hari jumaat. Kalau pergi majlis kawen mcm biasa la org melayu baju kurung. lagipun baju tradisional melayu ni sy ada baju kurung jer.. takde dah pesen2 lain. kebaja ker.. kurung moden jer.. @ jubah moden @ klasik..
ReplyDeletesaya pun banyak baju kurung je cik lekit
Deletelelain tu tak ada, tak reti pakai sebab jenis jalan cam orang tak bedung =)
Sampai lupalah ....ada yeh okje tanya nape pakai seluar jean masa kenduri kawen. Mesti dah lama nikan YY ....hehe....Apa pun tq sebab menjawab soklan hehe...
ReplyDeleteBetullah okje rasa kalau kita pakai gitu mmg jadi tumpuan umumlah....tp tak kena tangkap pun .....so suka hati diri sendiri hehe...Lagipun kalau kenduri kat KL ni mmg org tak heran
Okje pernah gak buat tp pakai slack atau palazo...
Alolo tomeinya Aisy...
adalah OKje, sekarang baru saya ada masa nak reply...hehe
Deletememang ler sebab tak pernah dibuat orang
biasa orang pakai baju kurung, baru namanya pergi kenduri kahwin
ni pakai jeans, orang tengok pun pelik =)
kasual ok lagi . saya pernah jumpa pengiring pengantin pakai dress atas lutut yg ketat beserta makeup yg tebal di sebuah kg . klu kat kl mungkin org tak ambil kisah ...
ReplyDeletedress atas lutut? daring betul tu
Deletepula tu dekat kampung yang biasanya
masih belum tercemar dengan dakyah pemakaian
Ok pe pakai jeans asalkan bersesuaian dgn keadaan kan... jngn pakai jeans yg koyak lutut ke majlis kawen dah lah.. rocker lah pulak.. :D
ReplyDeletekalau saya pakai gitu kan en khir
Deletebelum keluar rumah pun suami saya dah sound
anak bujang saya pun sekarang cukup pandai menegur cara saya berpakaian
hehehe... sama lah kiter... selalu kena marah dengan mak... idah selalu ngelat pergi kenduri sebab baju laa... malas betul nak pakai baju kurung... :D
ReplyDeletekan idah, leceh lah pakai baju kurung
Deleterasa cam tak gerak bebas =)
promoted content 4 ur family... :)
ReplyDeleteterima kasih idah ye =)
DeleteAla tak kisah la kan yana.. janji kita selesa kan..
ReplyDeletetulah kan =)
Deletebagi sis JM pakai je baju apa pun jgn x pakai baju sudah ahahaah..tp lah masyarakat kita ni pelik sikit..bila sebut kenduri mesti berbaju kurung...sebenarnya tak kisah pakai je apa pun janji selesa..kalau kendiri kahwin akak nanti nk pakai jena pun pakai lah akak x komplain
ReplyDeletepsst : nko ni JM..calon belum hado dh berangan
hehe...kelakarlah komen ni
Deletememang betullah tu, sebenarnya dah jadi cam adat bila
menghadiri majlis perkahwinan kena pakai baju kurung
saya ni pula rules breaker, idaknya kisah. bukan kena saman pun...hehe
JM, tak salah kalau berangan kan =)
ala..itupun berbaju apa..okeylah tu..lainlah kalau sis berbikini,dengan mata pengantin lelaki terjojol keluar kan? hehehe...
ReplyDeletekalau saya buat camtu kak kathy
Deletebelum sempat keluar rumah dah hilang kepala tau! hehe
jeans pun boleh yg penting masih lagi sopan kannn ...:-)
ReplyDeletehehe...ye betul!
Deletesopan dan sekaligus selesa =)
muka aisy ni sama je dari kecik sampai besar.memang comey sangat akak tgk
ReplyDeleteada lain sikit kot kalau akak tengok dia dari umur sehari
Deletesampailah pada usia sekarang =)
Kita baru tanya en.suami...apa patut kita pakai..dalam hati dah kata patut pakai yg simple dan senang. Baju kurung leceh nak kejar anak kecik.
ReplyDeletepakai aje ikut keselesaan sendiri. haha. baju kurung tu ok je. tapi dah panas merelit, pakai baju kurung pula, anak buat hal...ish triple masalah. haha
Delete