Blog Peribadi Juga Boleh Berjaya (^_^)
Satu ketika dulu aku pernah persoalkan sama ada blog peribadi boleh berjaya dan mempunyai trafik bulanan yang cukup tinggi seperti blog yang mempunyai niche berbeza.Hakikatnya, boleh! Ya, kita sebagai blogger yang memilih untuk menggunakan niche blog peribadi juga mampu mengecapi kejayaan dalam bidang ini.
Ada banyak contoh blogger blog peribadi yang berjaya dalam bidang ni sehingga dikejar oleh pelbagai syarikat ternama hanya disebabkan nama mereka yang gah dalam dunia blogger.
Contoh paling mudah adalah Ben Ashaari! Paling terbaru, dia diberi peluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kapal terbang jenis Airbus di Perancis bersama beberapa blogger lain.
Liku perjalanan Ben Ashaari dalam bidang blogger ni juga bukan mudah. Tapi yang pasti beliau seorang yang cukup rajin dan hasilnya seperti apa yang kita lihat sekarang.
Disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh beliau dan beberapa blogger lain yang seangkatan dalam dunia populariti blogger, aku juga menyimpan keinginan.
Aku tulis satu entry yang bertanyakan pendapat korang. Alhamdulillah, aku menerima pelbagai responds yang membina berdasarkan pengalaman masing-masing.
Terima kasih untuk semua yang memberikan pendapat.
Komen yang paling berinformasi dan sekaligus akan aku berikan ganjaran adalah dari Vee Sandi. Vee bukan setakat tinggalkan komen di sini, dia juga tinggalkan message di Facebook.
Dia juga menyarankan aku menghubungi saudara Hasrul Hassan. Nama tu acap kali aku dengar sebenarnya terutama apabila melibatkan panduan blogger mengenai SEO.
Cuma tak pernah terlintas untuk menghubungi beliau. Surprisingly, saudara Hasrul memberikan responds yang tak aku sangka.
Dalam entry dia yang bertajuk 10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan sedikit sebanyak membantu aku mempelajari memberapa tips yang aku perlu do's and don'ts.
Antaranya blogger blog peribadi disarankan memperkenalkan diri ke blog peribadi lain, perlu join contest atau giveaway, perkenalkan URL kita kepada orang lain di Facebook dan banyak lagi.
Untuk pembacaan lanjut mengenai tips tu, korang boleh klik pautan di sini. Korang juga boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut cara menaikkan trafik blog.
Kesimpulannya, bukan senang nak jadi senang. Apa sahaja kerja yang dilakukan memerlukan usaha. Termasuk dunia blogger itu sendiri. Tiada jalan mudah atau pintas.
Bukan klik satu button, terus popular! There is no such thing. Memang tak ada shortcut untuk seseorang blogger menaikkan atau maintain trafik blog.
P/S - Tetiba rasa nak nyanyilah pula, "Kalau aku kaya, hari-hari raya, bil-bil jiran keluarga, aku belanja selamba" (^_^)
Betul bila join giveaway dan segmen, memang terasa peningkatan pageview dan penambahan rakan blogger..bila dah cuba, kita sendiri merasai peningkatannya..
ReplyDeletemalangnya saya ni agak sukar nak menyertai giveaway atau sebarang segmen
Deletekekangan masa dan juga line internet yang tenat
rasanya kena tunggu jadi house wife baru boleh....hehe
great sharing. mantap artikel ini. moga maju jaya dalam bidang blogging.. :)
ReplyDeleteterima kasih kak
Deletemasih lagi tertatih, insya ALLAH will get there =)
Insyallah, mana tau rezeki masa depan.. blog boleh jadi sumber pendapatan.
ReplyDeleteMalas jugak ni nk kerja mkn gaji.. ha..ha
kan, aku pun malas nak kerja dengan orang
Deletedok goyang kaki mengadap blog pun masyuk juga =)
Tak mudah nak jadi blogger berjaya... tapi dengan usaha yg bersungguh sungguh, Insya Allah tiada yg mustahil....
ReplyDeletebetullah kak, banyak yang perlu ditempuhi
Deletetapi tak ada yang mustahil kan =)
Pekerjaan yg dilakukan dgn bersungguh2 dan ikhlas, pasti akan berjaya. All the best Yana!!
ReplyDeleteterima kasih untuk kata-kata semangat tu en khir
Deleteinsya ALLAH, tak mustahil angan-angan boleh jadi kenyataan
Selamat berjaya..
ReplyDeleteterima kasih MKL
Deletehihi.....saya kurang rajin.......sokuranglah imbuhannya kann
ReplyDeletesama ajelah dengan akak pun dik
Deleteinsya ALLAH kita semua boleh berjaya
terbaik...betul..tapi blog CHK kathy tu susah nak berjaya sebab entri entah apa² ..hehehehe..
ReplyDeletetak boleh lah kata gitu
Deletesaya tengok ramai aje yang singgah tu
tak apa, kita pelahan-lahan bertatih dari bawah ye =)
buat apapun kena usaha.. usaha lebih dapat lebih.. usaha kurang dapat kurang. macam saya.. saya berblog sebab saya suka sangat menulis. ada jugak pendapatan sampingan.. tp saya tak nak buat sesuatu yang saya suka dengan stress maka saya pilih tak nak terlalu mengejar tapi terus melangkah.
ReplyDeletetulah cik lekit
Deletesaya pun dah bulatkan hati untuk teruskan apa yang saya usahakan
cuma perlu perbaiki here and there berdasarkan pendapat rakan blogger
alamatnya, entri kak yana yg ni pun sy bookmark.. since dah jarang sgt bw skarang, kena bahagi pandai masa antara blog dgn kerja.. huhuhu.. nice tips kak yana.. tenkiu so much. mungkin dpt mmbantu sy yg busy sokmo la ni.. :)
ReplyDeletesebenar situasi kita lebih kurang serupa
Deletemacam akak ni bekerja , balik kerja nak layan anak dan suami
so masa untuk blog memang limited
tapi insya ALLAH akan cuba perbaiki
tak sangka pulak jadi glamer sekejap ... ada pembetulan disitu ... perkataan yg diboldkan adalah perkataan yg sama dgn tajuk entry krn di situ keywords yg robot google akan kesan . ini utk pembaca yg mencari di google search . tak perasan lak saya tulis pageviews ... bro HH mmg sgt membantu . dia akan balas mssg x kira di mana dia berada dan apa dia sdg buat ... lagi satu , klu x sempat nak blogwalking , update entry lbh dri satu dlm sehari . blh tgk blog mialiana.com sbg cth ... p/s ; blog saya mcm sepi bkn sbb x de org berkunjung tapi sbb komen yg blm publish . quota dah habis , loading lambat ... heh heh .
ReplyDeletehehe, people make mistake vee. tak mengapa
Deleteapapun terima kasih atas setiap pendapat yang diberikan
kalau bab nak update entry lebih dari sekali dalam satu hari tu, susah sikit
saya memang hanya mampu buat apa yang saya buat sekarang
insya ALLAH, saya slow-slow bertatih =)
Tak fikir lagi nk pergi jauh... Cuma nk mntapkan seo je... Sbb itu point utk smpaikan ilmu...
ReplyDeleteblog niche macam cikgu maria, mungkin tak ada masalah
Deleteorang memang akan sentiasa mencari
berbanding blog peribadi macam saya
tulah, saya sedar akan perinsip tu
ReplyDeletekalau malu bertanya, sesat jalan kan? =)
insya ALLAH, perlahan-lahan saya bertatih
Betul tue..bukan senang nk senang kan..hehehe..
ReplyDeletehehe...betul, betul, betul =)
DeleteKita ni dok syok sendiri cerita pasal hal anak-anak dan perkara yang berlaku sehari-hari. Tak tahulah boleh pergi sejauh mana. Tapikan kejayaan tu bukan mustahil. Kalau ada rezeki kita, mana tahu tetiba jadi terkenal tak bertempat. Hahaha...
ReplyDeleteApa pun, good luck lah Yana. Mana tahu kalau boleh menjana income dari blog, leh duduk rumah goyang kaki jek. Takdalah stress bangatkan.
ben ashaari tu pun cite pasal anak-anak dia aje
Deleteincome banyak dia tu wei MD
dalam dunia ni, mana ada yang mustahil
pokoknya usaha aje...hehe
saya memang bercita-cita duduk rumah aje! hehe
Wah....... penuh wawasan nampaknya impian awak tu YY....apa pun okje doakan moga tercapai hasrat terpendam tu...Sok kalau dah kaya jgn lupa belanja mak hehe
ReplyDeletehidup memang kena ada wawasan OKje...hehe
Deleteterima kasih ler ye sebab selalu dok support saya
mesti punya...nanti saya roger2 ye =)
Usaha tangga kejayaan insyaallah... apa pun istiqomah dengan apa yg kita lakukan... :)
ReplyDeleteye betul!
Deletetiada yang mustahil kan =)
Bukan senang nak senang dan bukan senang nak popular...apapun kena usaha lebih dan istiqomah...
ReplyDeleteTahniahlah Yana atas pencapaian..
saya masih belum boleh menandingi bunda
Deleteterima kasih bunda ye untuk peringatan tu
akak ni menulis di blog utk suka2 tp utk blog yg lama tu dah cash out juga satu cek nuffnang walapon jumlahnya takde la byk mana hehe
ReplyDeletesaya pun asalnya gitu juga
Deletesebab dok fikir nak bagi kenangan tu anak-anak
manalah tahu kot umur tak panjang kan
at least adalah peninggalan =)
cuma lepas tu dok fikir, kenapa orang lain boleh, saya tak boleh
tu yang nak cuba tu =)
saya belum pernah merasa sekali pun
betul tu mama..
ReplyDeletepa pe pon usaha tangga kejayaan..
salam kenal dri saya
maap lambat balas jejak bru habis pantang.
sibuk balas jejak yg blom hbs hbs lgi. huhhu
thanks singgah blog saya ye :)
betullah kan, usaha tu tangga kejayaan =)
Deletesalam kenal QR =)
tak mengapa, saya pun kadang tak sempat nak membalas jejak =)
terima kasih juga singgah ke sini ye