Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

7:17:00 am Yana Yani 32 Comments

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam | Hari Rabu baru ni, kami sekeluarga di jemput menghadiri majlis sambutan hari jadi sepupu Encik suami, Rina di Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam.

Belum masuk dalam tempat tu pun aku dah rasa semacam. Bukan apa, nampak tempat tu macam exclusive sikit buat aku rasa tak sedap perut. Orang macam aku yang dah terbiasa makan nasi berlauk ikan masin ni, tempat macam ni bukan kata masuk, lalu pun aku tak pernah! Hehe!

Kami terus duduk tempat yang memang telah di khaskan untuk semua ahli keluarga besar arwah Wak Jalil. Tak lama lepas kami duduk, waiter datang memberikan menu. Aku tengok menu aje dah rasa pening. Nak menyebut nama pada menu pun macam nak terbelit lidah dibuatnya. Nak order lagilah rasa takut bila dok tengok harga.

"Siapa yang belanja ni?" tanya aku pada sepupu Encik suami, Ana yang duduk bersebelahan. Ana dengan senyuman menjawab, "Rina. Celebrate birthday dia"

"Order aje apa yang berkenan. Rina belanja" tambah Ana lagi. Dia juga ada menyebut beberapa jenis menu. Malangnya otak yang tak berapa muda aku ni gagal captured.

Tapi dengar perkataan "belanja" tu aje dah buat aku hilang perasaan tak sedap perut. Encik suami belum apa-apa dah kata, "Sayang orderlah, Abang tak pandai"

"Lah, Ayang pun tak pandai nak order" kata aku pula.

"Ala, Sayang order ajelah apa-apa. Abang telan je nanti. Tapi nak yang ada ayam tau" kata dia pula sambil menyeluk tangan di dalam poket mencari racun pembunuh senyap (rokok).

Lepas tu dia hilang. Cis, aku kena jugalah order benda ni sesorang. Tapi Ana yang duduk bersebelahan memang banyak membantu bila dok nampak aku terkial-kial nak order. Kampung sungguh aku ni!

Tak lama lepas tu makanan yang kami order sampai. Cepat juga diorang buat. Lagipun kami terlalu ramai malam tu. Tak termasuk customer lain. Efficient! Dia punya rasa, korang boleh tengoklah gambar dua hero aku dekat bawah ni bagi melambangkan rasa yang dilahirkan melalui steak yang diorang telan.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam
Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Aku pula, aku ambil lamb. Tapi apa nama dia pada menu, aku tak ingat. Aku balun aje! Makan pun aku selamba pakai tangan, tak reti nak pegang garfu dengan pisau at the same time.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Tapi seriously memang sedap walau hakikatnya itulah pertama kali makan lamb cara gitu. Sehingga menjilat jari! Sedap! Memang highly recommend! Kalau ada omputih dekat situ, mau jijik dia menengok kelakuan aku dok terjilat-jilat gitu. Hehe! Tapi ada aku kisah, janji kenyang!

Anyway aku tak tahu pula makan steak aje pun boleh kenyang (^_^)

Tak lama lepas tu bergegar sekejab suasana Palperro Steak House apabila kami semua menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat birthday womanNak cakap girl macam tak sesuai pula. Oops, Rina! Terbocor rahsia pula. SorryHehe!

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Bawah ni pula antara kaum kerabat Encik suami yang hadir. Ramai kan? Banyak tu jugalah gamaknya ringgit yang si Rina habiskan. Seram aku membayangkan.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam
Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Apapun terima kasih sesangat kepada Rina kerana menjemput kami sekeluarga ke majlis sambutan hari jadi dia. Paling best sebab bagi orang macam aku merasa makan steak (^_^)

Aku doakan moga Rina dipertemukan semula jodoh bagi mengisi kekosongan di hati dan dipanjang umur sehingga boleh melihat anak dia, Benji beranak pinak. Tak lupa juga semoga rezeki yang ada ni makin bertambah dan boleh belanja kami lagi makan di tempat-tempat yang aku segan nak jejak. Hehe!

Kalau korang ada perasaan teringin ke sini. Bolehlah klik pautan ni ye. Aku rasa korang tak akan kecewa dengan servis dan hidangan yang di sediakan. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 juga pernah mensyorkan Palperro Steak House. So moh ler cuba. Tak pun korang "ketuk" lah sesapa suruh belanja  (^_^)

-------------------------------------------

On the way nak balik, aku tanya Encik suami, "Bila pula Sayang nak bawa Ayang makan tempat gini lagi. Sedap rupanya menatang steak tu"

"Tunggu Abang jadi Datuk" jawab dia ringkas.

"Lah nak tunggu berpangkat Datuk Datin ni, memang tak dapatlah untuk orang macam kita ni" jawab aku pula.

"Mana pula sayang jadi Datin, jadi Neneklah!" kata dia dengan riak wajah selamba. "Anak Afif Aisy besok boleh belanja kita. Sayang nak hari-hari pun boleh" tambah dia lagi.

Aku diam lepas dengar dia kata gitu. Tapi aku ada rasa macam nak makan orang malam tu!

32 comments:

  1. He he..kelakar giler. Ala,bukan sis sorang je kekok. Kathy pun rasanya mesti panik. Maklumlah tak biasa. Hmm..teringin pula nak merasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, adeh disuruh order pun saya rasa nak demam
      tapi mujur dia kata belanja, hilang demam...hehe
      insya ALLAH, adalah yang belanja nanti =)

      Delete
  2. Adehh.. Teringin plak .. Sbb dh lama juga x mkn westren food..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru ni dapat, rezeki dari orang belanja =)

      Delete
  3. Wah org belanja makan steak.. percaya dak farah tak pernah makan steak..hahaha.. nnti nk kena cuba jugak nie... rasa kg.com sgt tak pernah makan steak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama
      tapi ni pun sebab orang belanja, idak tak merasa juga =)

      Delete
  4. Hahaha...hilang kisah tekun membaca pasal steak house ni. Para yang last tu yang buat saya gelak tak ingat orang sekeliling ^__^

    Napa tak pelawa saya sekali? Laju je sampai rumah pastu terus ikut tanpa rasa segan silu ke majlis birthday orang-yang-takda-kaitan-dengan-kita-sekeluarga. Makan tempat macam ni memanglah menjana kebangkrupan kalau selalu dilakukan. Cuma kena ingat this wise statementlah (wiselah sesangat) - tak papa kalau tabur duit kat makanan. Hahaha....

    Saya pun baru meninjau steak house juga nih.... Nantilah kalau dah masuk baru cerita. Kalau nasib sama macam kisah itu hari, confirm saya mengamuk dalam blog lagi ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...part akhir tu memang buat saya hangin satu badan =)

      nak ajak sebenarnya tau, tapi dah malam. takut MD dan tidur...hehe
      ayat nak mengelak ni
      suami saya tak suka makan western, lagi nak ajak walau duit dia penuh kat poket
      mimpilah, confirm dia suruh saya makan belancan aje..hehe

      hehe...tapi kat sini service dia excellent lah, tak percaya saya
      lambat faham juga sebab orang ramai
      tapi diorang boleh cope! rasa pun sedap pula tu. hebat
      bravo palperro steak house! =)

      Delete
  5. Wahh..bestnya ada orang belanja...tentu sedap kan....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah orang belanja...sedap aje lah jawab nyer...hehe

      Delete
  6. Makanan tak sedap pun jadi sedap kalau ada org belanjakan YY hehe....Tak pernah sampailah restoren mahei gitu YY....sellunya makan steak kat restoren tepi jalan jer sedao jugak weyh....hihi

    Awak bagi hadiah apa YY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul sangatlah tu OKje
      saya pun baru nilah sampai, harapkan en suami memang mimpilah
      lagi dia suruh tunggu sampai saya jadi nenek, nyampah
      saya kalau pergi mana pun tak pernah makan western
      makan ikan masin je..hehe

      tu yang malu nak cite OKje, saya datang makan je
      tengok orang lain bagi hadiah sikit punya mahal! hehe
      saya melenggang kangkung je

      Delete
    2. Hish...lain kali tak payah diajak mak si Aisy ngan Afif ni hehe....org bezday dia lenggang kangkung pulak ....bawakkan le t shirt RM10 henggit tu ke....huhu

      Delete
    3. malu OKje wei
      orang lain bagi hadiah beratus-ratus
      saya pula bagi t-shirt sepuluh ringgit? malu OKje
      lagipun rina buka hadiah time tu juga
      sape bagi tudung rega ratus ringgit memang paling kembang ler
      saya tengok aje...hehe

      Delete
  7. Wahh meriah... makan pun best apatah lagi klu org belanja hehee.. :D

    ReplyDelete
  8. Tapi serious sis... memang nampak menarik lamb chop tu... feveret tu... rasa nak ngendeng kat en.suami la mai sini... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya pun tak berapa nak tahu
      main bedal order je tu, tapi rasa memang marvelous tau
      p bodek en suami ye

      Delete
  9. kelakar plak bila yana cite pasal nak order tu. Hehehe... saya pun org kampung gak, dan mula2 mmg tak reti benda2 mcm ni, tapi oleh sebab suka buat2 reti, so macam takde masalah sgt kot. Banyaknya duit Rina, belanje ramai macam tu, kat tempat macam tu. Perghhh.... itu kalo 2 org makan pun dah nak dekat seratus. kalo beramai camtu taktau le. tapi takpe la, belanja family dan buat family hepi, byk pahala. happy bday to rina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang tak reti nak order LS
      saya kekok sebab biasanya makan pakai tangan
      tiba kena pakai pisau, dahlah lamb tu bertolak, celah mana nak pakai pisau
      tu yang guna tangan je...hehe

      tulah LS, cer bayangkan berapa banyak dia dah habis
      mau ribu-ribu tu, murahlah rezeki dia sebab dok belanja kami kat tempat ni kan =)

      Delete
  10. Ramainya ahli keluarga yg sporting, sesekali makan sedap apa salahnya..doakan birthday women tu bertambah murah rezeki belaja sanak saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun orang belanja, mestilah ramai...hehe
      ye betul tu, moga dia bertambah rezeki

      Delete
  11. Wow, ramai tu...
    Suka juga makan lamb chop tapi kat kedai2 biasa je... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah makan lamb chop
      first time lah ni
      rezeki orang nak belanja, idak tak mampu =)

      Delete
  12. hahaha...kelakar juga suami yana ni ye..ingat jd datuk berpangkat rupanya datuk bercucu..

    kalau akak pun sama yana x reti makan kat tempat mcm tu,pernah la kakak belanja dulu,tp yg tlg order adik sbb akak ni nak menyebut menu omputih terbelit lidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kak, panas hati juga tau
      saya ni memang tak biasa makan benda gini
      tapi makan jugalah walau pakai tangan je =)

      Delete
  13. hahahaha. kelakarrrr.

    not bad jugak ni. boleh try makan steak kat sanaaa. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, cubalah
      worth it lah dengan servis dan juga rasa dia

      Delete
  14. Palperro? Dgr nama kedai pun dh nk meroyan rasa kedai ni mmg x sesuailah klau sis jm nak masuk x mampu you! Klau ada org nk belanja boleh je ajak ke sini. Jahat kan nk 'ketuk' org suh lanje :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sila saya, nama kedai sempena nam tempat di London
      kalau tak silaplah =)
      saya ni pun sebab orang belanja, idak, usah mimpilah JM =)

      Delete
  15. Kan best kalau ada hari2 orang belanja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan bunda
      tapi rasanya tauke balak pun lingkup kalau dah hari-hari =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...