Keprihatainan Rakan Blogger (^_^)
Sejak aku bercerita tentang radioactive iodine, aku tak sangka ramai rakan blogger yang aku hanya kenali di alam maya menunjukkan keprihatainan.Seriously keprihatainan korang buat aku rasa nak nangis. In fact memang ada komen yang buat aku menangis bila baca. Aku terharu dengan keprihatainan korang.
Terima kasih untuk semua kata-kata semangat yang diberikan. Pada masa sekarang, memang itu semua amat aku perlukan. TERIMA KASIH.
Well, hari ni aku nak cuba bersikap terbuka tentang sejarah perubatan aku yang rakan di alam nyata juga tak ketahui. So korang rakan alam maya kira bertuah tau. Hehe!
Sejak aku berusia enam tahun, aku tak putus-putus menghadapi masalah kesihatan. Aku pernah kena hernia sehingga menyebabkan aku terpaksa menjalani small operation.
Ironinya kerana berpantang selepas operation kecil tu, aku disahkan menghidap hyperthyroid yang disebabkan kekurangan iodine yang terdapat pada makanan laut ketika berusia 13 tahun.
Selepas bersalinkan Afif, aku disahkan kena tuberculosis a.k.a TB pula. Disebabkan aku kena virus tu dibahagian leher, aku kena setahun makan ubat berbanding yang kena di paru-paru.
Selain tu aku pernah disyaki kena SLE disebabkan masalah sendi yang aku alami. Aku juga pernah buta sebelah mata yang disyaki kerana brain cancer ataupun tumor.
Aku juga disahkan kena psoriasis. Tapi seriously yang ni paling kelakar.
By the way aku yang mungkin korang kenali dalam dunia nyata mungkin secra fizikal kelihatan sihat. I mean, tak nampak secara jelas aku mempunyai masalah kesihatan.
Aku pernah dengar orang kata aku lembik bila aku cuba bersikap terbuka. Sebab tu aku tutup semua pintu cerita. Aku tapis apa yang orang perlu tahu.
Aku boleh tahan segala penyakit yang ALLAH nak berikan pada aku tapi aku tak tahan mulut jahat orang. Aku sensitif dan itu fakta!
Senyum aku hanya lakonan penutup segala luka. Muak dengan judgement orang. Cukuplah hanya suami aku mengetahui kebenaran dan menerima aku seadanya.
----------------------------------------------------
Hyperthyroid tak sakit. Ia adalah satu keadaan apabila kalenjar tiroid yang memang ada pada setiap manusia produce terlebih banyak hormon tiroid.
Antara tanda-tanda penyakit adalah hilang berat badan walau selera makan tak berkurangan, cepat penat, heartbeat laju, sweating dan banyak lagi. Klik sini untuk makluman lanjut.
Hyperthyroid tak bahaya macam cancer atau yang sewaktunya dengannya. Tapi sesiapa sahaja boleh kena sakit ni terutama kalangan wanita.
Ibu mengandung pun cukup mudah kena penyakit ni sama macam mudahnya terkena tekanan darah tinggi atau rendah ketika mengandung.
Penyakit ni walau tak bahaya tapi boleh menyebabkan kematian sekiranya pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. So jangan pandang ringan penyakit ni.
Mungkin ianya kedengaran teruk bila aku terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Tapi semua tu disebabkan rawatan yang aku jalani.
Untuk rawatan hyperthyroid ni, ada tiga jenis rawatan yang biasa dilakukan. Yang pertama adalah ubat anti-thyroid. Tapi ubat macam Carbimazole mempunyai kesan buruk masa panjang.
Rawatan yang kedua pula adalah radioactive iodine. Rawatan paling kerap dilakukan untuk pesakit hyperthyroid sebab ianya paling mudah dan paling selamat.
Yang ketiga paling jarang dilakukan adalah surgery. Even doktor sendiri tak berapa galakkan rawatan ni sebab akan ada risiko seperti berlaku kerosakkan pada peti suara
Malangnya untuk penyakit ni, walau mana-mana option yang kita pilih, ubat-ubatan tetap perlu diteruskan seumur hidup untuk mengekalkan hormon tiroid dalam badan.
Rawatan ni sebenarnya paling selamat walau ia kedengaran bahaya. Walaupun pesakit perlu minum radioactive iodine tu, ia hanya akan affect kalenjar tiroid.
Radiasi memang dalam kehidupan biasa kita pun, kita dah terdedah. Macam dari TV, telefon bimbit dan sebagainya. Cuma dalam kuantiti yang banyak atau tidak sahaja.
Doktor bukan tak bagi langsung aku jumpa anak-anak. Tapi aku sendiri yang memilih untuk berjauhan dari mereka memikirkan kesan radiasi.
Kalau kita baca dekat internet pasal radioctive iodine, kebanyakkannya mengatakan perlu berjauhan dari orang sekeliling pada jarak tiga atau enam kaki. Lebih kurang semeter.
Semuanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga atau lima hari. In fact pinggan magkuk pun tak boleh berkongsi.
Tapi doktor di HKL menggalakkan lapan hari sebab mereka tak berapa pasti berapa lama kesan radioactive tu ada dalam badan. Tapi kalau kita banyak minum air, we should be okay.
Sebab tu gamaknya dia bagi permission aku ke Pulau Pinang besok. Macam tak sabar aje menanti hari esok. Cepatlah masa berlalu.
Anyway doktor bagi MC untuk beberapa hari yang kita tak boleh jumpa orang tu. Aku dapat lapan hari MC. Angah kata, bestlah aku MC tak sakit. Hehe!
Apapun rakan blogger sekalian walau aku tak sebutkan semua nama, dengan rendah diri aku ucapkan terima kasih untuk keprihatain korang. ALLAH aje yang membalasnya.
specless yani..
ReplyDeletetake care.
kami kawan2 blogger harap ko sihat dpt bersama keluarga x lama lagi.
terima kasih PB
Deleteokay dah ni, besok dah tak lama =)
apa yg mampu saya doakan..semoga yana yani cepat sembuh dan tak lama lagi dah dapat jumpe anak2 kan..
ReplyDeleteterima kasih mar
Deletedapat jumpa dah besok
Ya Allah berat Ujian Yana Yani dari kecik. Insan terpilih untuk di uji tanda kasih sayang Allah... Jika dengan berpura2 sihat tu bagi kekuatan, teruskan.. Jika pendam tu menambah sakit luahkan even kat blog kami sudi membaca
ReplyDeletesecara jujurnya cik lekit nak bandingkan dengan semua orang
Deletesaya punya penyakit ni biasa aje
ada yang lagi teruk
ALLAH nak bagi peringatan dekat saya yang selalu lupa dia
Jaga diri baik² sis.. Anak² dan suami masih perlukan sis lagi.. Kami pun masih dahagakam entri² sis..
ReplyDeleteterima kak
Deletesenyum kejab saya baca komen akak ni
Hehe...senyum lama² la..
DeleteOh ye,blog CORETAN HATI KATHY dah tukar link baru.
kathyrbain.blogspot.com
okay kak, noted
DeletePanjang sejarahnya. Tergamam. Tak tahu nak ucap apa. Nak suruh bersabar, rasanya saya sendiri pun tak boleh dah nak bersabar lagi kalau diduga begini. Nak suruh tabah, entahlah boleh ke tidak saya bertabah kalau dalam situasi yang sama. Harapnya Yana sentiasa redha dengan dugaan yang datang. Setiap yang terjadi ada sebab musabab dan hikmahnya.
ReplyDeleteApa yang penting, esok dah boleh jumpa Afif dan Aisy. Itu je yang paling penting dalam hidup mak-mak macam kita - ANAK!
saya pula tak tahu nak jawab apa komen MD
Deletekomen MD memang paling saya nanti, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang buat saya
rasa tenang, terima kasih wahai rakan blogger =)
betullah kan, kita ni hidup hanya kerana ANAK.
buat apa aje sebab anak. anaklah segalanya
Tak pelah YY..... dah ditakdirkan kita cenggitu terimalah dengan redho ....moga dgn redho kita itu kita akan lebih tenang.....
ReplyDeleteTak sangka pulak awak pernah mengalami penyakit yg awak sebutkan tu. OKje dpt bayangkan bagaimana keadaan ketika awak menerima berita tu dpd doktor....Tapi syukur semuanya dah pun berlalukan...moga Allah meringankan dugaan itu YY
saya memang redha dengan semua yang diberikan
Deletein fact saya bersyukur sebab ALLAH bagi saya ruang dan peluang untuk
seketika ingat bahawa MATI tu pasti =)
saya tak ada apa-apa perasan pun masa memula tahu
sebab semua nama penyakit tu pelik...hehe
Pelik2nya nama penyakit Yana ni... Begitu banyak sekali dugaan anda. Semoga terus sabar dan tabah kerana ingatlah sakit itu penghilang dosa kecil dan ada hikmah disebaliknya...
ReplyDeletekan...hehe, kelakar sebnarnya
Deletemasa mula-mula dulu dapat tahu, saya dok pikir "apa kebenda tu"
don't worry BM, saya tahu saya kuat =)
teruskan menyokong saya, selain dari ahli keluarga
sokongan seorang yang bernama sahabat tu amat penting
terima kasih MKL
ReplyDeletewill do
ReplyDeleteSaya doakan yg terbaik buat Yana.. semoga cepat sembuh ye... aamiin.
ReplyDeleteterima kasih en khir
Deletestill dalam rawatan lagi
Sakit tu tanda kasih sayang Allah... Syukur kita ada sakit...tanda Allah nak kita sentiasa dekat dgn Dia.... :-)
ReplyDeleteterima kasih cikgu maria
Deletesaya yakin juga pasal tu
jujurnya masih banyak yang perlu diperbaiki
ada sakit, sekurang-kurangnya saya beringat sikit
Hanya yang terpilih je yang mampu hadap semua ni tp KM yakin semua ni ada hikmah.
ReplyDeletebetul tu, saya yakin
DeleteBe strong k yana.. farah doakan semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteterima kasih farah
Deleteamin
sis JM pun sebagai rakan blogger hanya mampu berdoa yg terbaik je buat Yana :-)
ReplyDeleteterima kak JM ye
Deletehopefully semua seperti sedia kala lepas ni
semoga cepat sembuh....
ReplyDeletealhamdulillah, sihat dah ni
DeleteSaya harap sis Yana kekal tabah dengan ujian dari Allah. Walaupun saya x pernah alami, tapi saya boleh tahu n faham kesakitan yang sis alami kerana saya seorang doktor & saya juga selalu mengendalikan ahli-ahli keluarga saya yang sering sakit.
ReplyDeleteterima kasih doktor untuk kata-kata itu
Deletesebenarnya sakit ni tak sakit cuma kita rasa macam kurang selesa
contohnya macam hyperthyroid, cepat penat tu yang kadang buat tension =)
orang yang tak tahu tak akan paham