Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

7:46:00 am Yana Yani 34 Comments

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang | Sebenarnya dah banyak kali aku cerita pasal restoran yang ni dalam blog aku. Nak selongkar balik rasa macam malas, so aku cerita lagi untuk kesekian kaliya. Kami dah lama tak makan ke Restoran Seri Has ni. Kali terakhir makan ketika Aisyah di masukkan ke wad disebabkan pneumonia. So kunjungan kali ni nak melepaskan gian aje.

Nasi lemak ayam goreng dia memang terbaik! Anyway, Restoran Seri Has ni terletak di berhadapan dengan Pasar Besar Klang yang terletak di Jalan Meru. Sebelum ni restoran dia warung kecil aje, sekarang dah dinaik taraf menjadi restoran yang besar. Paling best restoran yang dimiliki oleh bumiputera ni dibuka 24 jam dan tujuh hari seminggu.

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

Dekat sini ada macam-macam menu yang mampu membangkitkan selera korang! Pendek kata semua yang korang nak makan ada dijual di sini. Gambar dekat bawah ni adalah sebahagian makanan yang aku sempat snap.

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

Dalam banyak-banyak makanan yang ada dijual di sini, aku lebih suka nasi lemak ayam goreng dia. Memang satu menu wajib sekiranya korang plan nak makan di sini.

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

Secara jujurnya, nasi lemak dia biasa aje macam nasi lemak yang biasa kita makan. Tak ada kelainan. Tapi kalau ayam goreng dia memang lain dari yang lain. Tak ada kedai atau restoran yang boleh menandingi keenakkan ayam goreng Restoran Seri Has. Bila makan pula dengan nasi lemak, memang masyuk!

Biasanya kalau dekat sini anak-anak aku suka makan roti telur. Sekeping roti telur tu, diorang mampu habiskan dan diorang tak berkongsi pinggan.

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

Cuma hari tu mood Afif kurang baik. Dia merajuk semata-mata disebabkan kitorang kejutkan dia dari tidur. Langsung tak mahu makan. Padahal dia suka sangat roti telur tu. Malahan sepanjang kitorang menjamu selera tu, dia langsung tak bersuara. Tengok ajelah muncung dia yang panjang sedepa tu.

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

Aisyah pula selamba aje makan roti telur tu sampai habis. Tak toleh langsung Abang dia yang tengah angin satu badan tu. Agaknya dalam hati dia kata, "Lantak kaulah Abang!"

Nasi Lemak Ayam Goreng Restoran Seri Has, Klang

So itulah ajelah bebelan aku mengenai restoran ni yang agak well known terutama dikalangan penggemar makanan yang ada dijual di situ. Kalau hujung minggu, restoran ni terlalu penuh sampai kena tunggu giliran nak makan. Kalau singgah Klang, jangan lupa makan di restoran ni tau.

Till we meet again, Assalamualaikum.

34 comments:

  1. nampak macam sedap tu,kalau dekat dah join gak..

    ReplyDelete
  2. kalo ke sana boleh lah cuba..kalo ingat...

    ReplyDelete
  3. Mesti nak simpan dalam memori ni... Kalau tersampai di Klang, mesti nak cuba jugak. Dah orang kata ayam gorengnya takda tandingan, haruslah nak rasa. Anak-anak saya kan kaki ayam. Eh, bukan berkaki ayam tapi suka makan ayam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti wajib singgah tau MD
      memang sedap banggat ayam goreng dia
      budak memang suka punya

      Delete
  4. Ingatnya pasal Restoran Seri Has ni awak pernah cerita dulu.....
    Agaknya apa yg dia letak dalam ayam goreng tu sampai awak tak boleh lupa ye YY.....Teringin gak nak tau resepi diakan.... Rasa Okje dia perap ayam tu kasi masyukkkk rempah dalam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah okje
      dah jadi kemaruk makan nasi lemak ayam dia
      memang sedap giler pada tekak saya ayam goreng dia
      hehe...memang confirm kena perap tu

      Delete
  5. Hehe..pernah baca juga. Lama xsinggah,kathy sibuk edit blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri untuk sis...
      http://coretanhatikathy.blogspot.com/2014/09/ole-dari-blogger-yana-yani.html

      Delete
    2. saya pun tak berapa sihat lately
      tak sempat reply komen
      terima kasih kak ye

      Delete
  6. Assamualaikum.. salam perkenalan..

    Menarik restoran nih.. tapi jauh la plak nak terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam
      memang menarik dan yang paling penting sedap

      Delete
  7. jauh la nak merasa makan kat sini..
    salam perkenalan dari saya.. :-)
    roti telur tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh cikgu ye, tak apa
      lain kali kalau singgah boleh rasa
      salam perkenalan

      Delete
  8. abg afif tak puas tido tu.. rugi la tak makan roti telur sedap tu..tengok aisyah, sedapnya dia makan...

    psstt..tq bagi hadiah penghargaan cute sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, sampai macam tu dia punya merajuk
      buat spoil mood aje
      langsung tak tapau tuk dia, bagi dia tahu sikit

      dah dapat ye kak, hehe
      glad akak suka

      Delete
  9. Fuhh menarik ni.. best. Thanks sharing Yana.. :)

    ReplyDelete
  10. Alolo...hero merajuk yer...tamo tamo...nanti tak macho hero majuk majuk... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah bunda
      boleh pula dia buat perangai hari tu

      Delete
  11. tak ada makna nak tapau, memang nak jar sikit
    yeke dah terima, alhamdulillah
    nanti saya singgah ye

    ReplyDelete
  12. Bilalah agaknya dapat ke Klang lagi ni... Rindu pula nak mengimbau kenangan2 manis semasa bujang tinggal di bandar Klang dan sudah pastinya restoren ini akan ku tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan jauh sangat klang dengan rasa BM
      kalau dah teringin, singgah ajelah =)
      tapi memang dah banyak berubah dah restoran ni

      Delete
  13. Amboi.... mmg muncung betul tu si afif... merajuk sgt2 la tu... tak puas tidur yea... kesian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak nora, dia marah sangat kena kejut dari tidur

      Delete
  14. Sedap menunya nasi lemak.. pat kal KM berpantang dengan lemak haha... tak leh makan...

    p/s : KM done follow sini.. nanti KM singgah lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la awatnya kena pantang
      ada masalah kesihatan ye
      p/s-mekacih ye KM. saya pun dah follow balik

      Delete
  15. Hai 'abg' naper merajuk nanti lapor :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dia, biar dia merajuk depan rezeki
      tak dapat dah

      Delete
  16. Memang menarik nampak barisan lauk pauk dia tue... semuanya nampak berselera jerk... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh tahan lauk dia idah
      saya suka sangta ayam goreng dia

      Delete
  17. Kat kawasan perumahan ke tu?
    * Nampak sedap!
    Roti telur tu memang bersalut penuh.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...