Hari-Hari Tanpa Afif dan Aisyah (^_^)

8:45:00 am Yana Yani 40 Comments

Hari ni dah hari ketiga tanpa Afif dan Aisyah. Malam tadi pula dah malam ketiga tanpa diorang sebab aku dah tinggalkan diorang berdua sejak malam Isnin dekat rumah Mak aku.

Susah sebenarnya hidup berjauhan dari dua permata aku ni. Semua benda yang ada dekat rumah buat aku teringat dekat diorang even laptop yang aku gunakan sekarang.

Semua benda ada memori tersimpan dengan diorang.

Nak tidur malam teringat diorang, bangun pagi pun teringat dekat diorang. Nak makan minum aku boleh teringat dekat diorang.

Biasa kalau tinggal diorang pun masa aku pergi bekerja aje. Lain waktu memang aku akan seret diorang sama walau kemana sahaja aku pergi.

Aku memang tak pernah tinggal anak-anak. Kalau Encik suami, aku memang dah biasa tak ada dia sebab dia bekerja dalam tiga shift. Setakat tak tidur satu bilik tu aku okay lagi.

Tapi berjauhan dengan anak-anak tu yang buat aku rasa susah sangat.

Masa aku mula-mula dapat tarikh untuk buat rawatan radioactive iodine tu, aku beritahu pada Afif dan Aisyah yang aku tak boleh jumpa diorang untuk beberapa hari.

Reaksi pertama Afif adalah dengan berkata, "Alah, macamana Afif nak makan? Mama masak sedap"


Dalam rumah ni memang Afif seorang aje yang aku selalu dengar dia kata aku masak sedap. Tak tahulah kot dia nak ambil hati aku atau memang aku masak sedap. Hehe!

Aisyah pula belum pandai nak menunjukkan respond. Tapi bila berjauhan ni, dialah paling banyak bertanya pasal aku menurut cerita Mak.

Tu yang buat aku bertambah teringat dekat dia.


Aku sendiri pun bila disarankan buat rawatan ni, benda pertama yang aku fikir adalah macamana nak berjauhan dengan anak-anak.

Aku dah boleh nampak kesusahan tu bila diorang tak ada di sisi aku. Tapi aku gagahkan juga buat rawatan ni sebab memikirkan masa depan diorang.

Kalau aku berterusan sakit, impact di kemudian hari adalah diorang ni. Dah lah dua-dua masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang aku dan Encik suami.

Nak melalui hari-hari tanpa diorang ni memang secara jujurnya buat aku rasa susah tapi aku gagahkan juga.

Hari Jumaat ni nanti aku dah boleh jumpa diorang. Kami nak kena menghantar sepupu aku nikah di Pulau Pinang, Doktor dah bagi permission and I just can't wait.

40 comments:

  1. be strong ye yani..
    ingat nk sihat..nk blk cepat2 jumpa ank.. cept sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PB
      tulah yang cuba aku lakukan

      Delete
  2. Sabar ye sis.. Moga segalanya selesai dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang mengharapkan begitu
      terima kasih kak

      Delete
  3. in sha Allah..tak lama je lagi tu..bertahanlah ye..kuatkan semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, besok aje dah
      kalau bernasib baik, mungkin hari ni pun dapat jumpa
      apapun terima kaish mar

      Delete
  4. Untuk anak2, kena kuat Yani...
    Tapi tulaa, bila x pernah berpisah ngan anak2, serba x kena rasanya walau sehari tak jumpa...

    Ps: lupa lak bgtau, k nurul dah terima cenderahati tu... comel... terima kasih ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, saya kena kuat untuk mereka
      saya yakin saya boleh =)

      p/s-dah dapat ye, glad akak suka

      Delete
  5. Sedih pulak baca entri ni... saya pun dah rasa berjauhan dengan anak2 masa saya sakit hari tu.... mmg tak boleh tahan rindunya... nangis je boleh... huhu take care yana... moga Allah kuatkan semangat dan tabahlah jalani rawatan yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. P/s: yana, saya mmg 'akak'... heheh umur saya thn ni 34... ;)

      Jaga diri tau!!

      Delete
    2. ni lebih kepada entry melepasakna perasaan rindu pada diorang
      tak dapat jumpa, dapat tengok gambar pun jadilah rasanya )
      apapun terima kasih ye kak
      saya sebenarnya kurang yakin nak berakak...hehe
      apapun dah lega bila akak dah confirm kan

      Delete
  6. Bear in mind - you are strong!

    Hari ni dah Rabu, esok Khamis then Jumaat. Dah boleh jumpa anak-anak :) Jangan tengok jam, buat-buat sibuk je. Kemas rumah mana yang tak patut. Buat apa sahajalah janji tak terlalu terkenangkan mereka. Nanti jadi sedih.

    Boleh bayangkan keadaan sekarang ni. Dulu masa bersalinkan Adik di hospital, tiga hari je kat sana tapi berbulan sebelum tu tak terfikir macamana Abang tak dapat tidur dengan Mommy selama tiga hari. Syahdunya hati....

    Okey jangan sedih....sehari setengah je lagi dah boleh jumpa Afif dan Aisy ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen ni memang buat saya meleleh air mata..waaaa
      terima kasih buat i feel good about myself
      memang tu yang buat sejak beberapa hari dulu
      hari ni pula dah tak lalu, cakap berjam dengan anak-anak
      rindu betul rasanya

      apapun terima kasih MD

      Delete
  7. Yana, salam kenal..
    moga cepat sembuh ya, dan dapat bersama diorg kembali..:)
    love your blog

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal
      terima kasih kerana singgah,
      saya dah pun membalas kunjungan

      Delete
  8. kan? bukan senang nak tinggalkan anak kat orang huhu... mesti jadi rindu-rinduan..

    ReplyDelete
  9. terus kuatkan semangat . dulukan kesihatan . insha Allah , anak boleh tunggu ... thanks beritahu pasal vertification words tu . udah tukar . heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang mencuba untuk terus kuat...hehe
      tak juga vee, anak tak boleh tunggu
      manalah ia mungkin masa-masa terakhir kita dengan dia

      Delete
  10. Salam perkenalan dari blog nora...
    Sedih pula baca entry ni..
    Moga Yana diberikan kekuatan semasa berjauhan dgn anak-anak..
    untuk kebaikan mereka juga di masa depan...
    Be strong dear....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan nora =)
      saya dah okay sikit berbanding hari pertama
      terima kasih ye

      Delete
  11. Ohhhh awak dah buat yeh YY.....Tak pe....berjauhan bukan selamanya pun beberapa hari jer kan.
    Fikirkan yg gembira selepas rawatan....inshaallah hati jadi tenang...lagipun mereka bukan dgn org lain pun , nenek dan atuk...confirm terjamin kasih sayangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak buat OKje
      maklumlah tak pernah berjauhan
      saya memang mencuba untuk tak terlalu memikirkan
      tapi sukar melaksanakannya

      Delete
  12. Akhirnya akak JM berjaya masuk blog ni..setiap kali klik..access denied ntah tak tahu kenapa
    pastu dpt tahu Yana perlu buat rawatan radiactive iodine pulak..Yana x sihat ye..sakit apa nih..risau akak..so skrg mcm mana keadaan kesihatan..ok ke..Apa-apa pun semoga semua urusan berjalan lancar je. Dlm apa suasana pun amalkan 'Rabbi Yassir Waa Tuassir, Robbi Taman Bilkhoir' aminn

    Kalau akak ada anak pun mesti x boleh berjauhan..rindu nak main2 dgn mereka..so sabar lah ye seok dah khamis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah dah lama tak nampak akak JM =)
      saya ok secara fizikalnya, cuma rawatan ni yang memerlukan saya berjauhan
      dengan anak-anak buat saya rasa susah
      tu aje...hehe
      tapi saya dah okay sikit nak banding memula dulu

      Delete
  13. sama dengan saya ..langsung tak boleh jauh dengan anak.saya ni suri rumah memang 24 jam dengan diorang..banyak kan bersabar ye..kita kena lah berkorban untuk masa depan..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mencuba...hehe
      tapi tulah, susah sebenarnya bila nak laksanakan =)

      Delete
  14. semoga awak kuat dan tabah dear, kami di sini mendoakan kesejahteraan anak-anak awak yana.. mama memahami sangat apa yang yana rasa.. sabar ye, sekejap je lagi nak jumpa mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama
      saya memang memerlukan kata-kata seperti tu
      terima kasih ye

      Delete
  15. Mmg rindu bila anak2 ni berjauhan.. semoga cepat sembuh & semoga segalanya dipermudahkan ye... aamiin.

    ReplyDelete
  16. Banyakkan bersalah ye yana... mula2 memang kita rasa susah... sebab kita tak biasa... tapi nak buat macam mana kan... demi untuk anak2 juga... insyaallah... semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih acik idah
      memang rasa susah memula tu, tapi sekarang saya dah much better
      lagipun besok jumpa dah...hehe
      rasa seronok dah ni

      Delete
  17. Insha Allah setiap dugaan ada ganjarannya... Insha Allah... Anak2 akk pun mesti kuat sbb ibu dia kuat dan tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaaah! rasa nak meraung baca komen ni
      terima kasih cikgu maria
      alhamdulillah, saya dah dapat lepaskan segala rindu dendam =)

      Delete
  18. Wa doakan moga segala urusan dipermudahkan...wa pun pernah berjauhan dengan anak-anak, masa tu kena warded ..dah tak tahan sangat ..t/tangan surat , pas tu keluar dari hospital ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wa ye,
      cam saya ni tak ada option, terpaksa juga berjauhan

      Delete
  19. Memang sedih bila terpaksa berjauhan dengan anak. Saya pun pernah tinggal sorang + berjauhan dengan anak pada tahun 2009/2010. Azab rasanya. Asik menangis saja. Asben pun tggal kat lain. Anak mak yang jaga:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan sebab kita bukan jenis biasa berjauhan
      bila terpaksa berjauhan tu, alahai seksanya
      saya pun sama, nasib ada suami dan blog...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...