Kebahagian Selama 57 Tahun (^_^)
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Lirik lagu di atas adalah sedutan daripada lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Lagu yang cukup mudah but yet begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
Lagu tersebut sentiasa berkemundang terutamanya menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan. Selain dari lagu Warisan yang juga nyanyian Allahyarham.
Malahan tema Hari Kebangsaan tahun ini khabarnya juga diambil dari petikan lirik lagu tersebut.
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Berjambah menjadi warisan
------------------------------------------
Selama 57 tahun ini jugalah kita telah merasai nikmat kebebasan yang setengah negara masih belum mampu kecapi. Banyak contoh yang boleh kita lihat.
MALAYSIA sebuah bumi bertuah sebelum ini telah menyaksikan banyak pertumbahan darah dan kemusnahan harta benda demi meraih satu perkataan iaitu MERDEKA.
Keamanan dan kehormanian yang kita miliki ni adalah hasil dari pengorbanan nenek moyang kita. Tanpa usaha dan pengorbanan itu, apa yang kita ada hari ni mungkin hanya mimpi.
Generasi hari ini adalah amat beruntung. Kesenangan dan keharmonian dinikmati tanpa perlu melalui jerih payah hasil dari cengkaman penjajah. Semuanya telah terhidang di depan mata.
Malaysia hari ni adalah ibarat sebuah kapal laut yang amat besar. Ia telah berjaya mengharungi segala ombak ganas atau ribut taufan dan kita hanya perlu memastikan ianya terus stabil.
Tapi persoalan yang wujud dengan situasi sekarang, dapatkah kita meneruskan atau mempertahankan kebahagian yang telah kita kecapi sejak 57 tahun yang dulu?
Adakah kerana terlalu taksub kepada sesuatu parti politik, kita sanggup menggadai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini? Lupa bahawa ketaksuban hanya akan memusnahkan?
Lupa ada peribahasa yang mengatakan kalah jadi abu, menang jadi arang?
Peribahasa itu cukup jelas menerangkan tak kira kita kalah atau menang dalam sesuatu pertelingkahan, ianya tetap tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Sekiranya kita semua tidak bersatu dan terus hanyut dalam ketaksuban, percayalah MALAYSIA tetap akan tergadai! Siapa rugi? Kita dan anak cucu kita!
Jadi kita tak nak semua itu berlaku. Kita nak kemerdekaan hari ni dapat terus dirasai sehingga ke serata keturunan kita. Jadi kita semua bertanggungjawab!
Ya, bertanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita perolehi selama ni. Cuba wujudkan perasan cinta pada negara ini. Sayangilah MALAYSIA tempat tumpahnya darah kita.
Ingat apa sahaja yang kita lakukan hari ini adalah untuk kelangsungan generasi akan datang. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57.
Salam Kemerdekaan Yana... semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia dgn kemakmuran yg berpanjangan... aamiin.
ReplyDeleteMerdeka!!!
salam kemerdekaan en khir =)
Deleteamin!
Wah berkobar-kobar semangat membaca coretan cik Yana hari-hari merdeka macam nih!
ReplyDeleteFuhh!!!
Selamat hari merdeka cik Yana!!
hehe..kamu ni gee
Deletelama tak dengar cerita, sihat ke?
apapun akak kau ni dah bertitle puan ye =)
anyway selamat hari kemerdekaan gee
Selamat menyambut Kemerdekaan kak. Moga kita terus merdeka dalam semua lapangan kehidupan dunia dan akhirat.
ReplyDeleteselamat menyambut hari kemerdekaan cikgu
Deleteye begitulah harapan kita semua
Salam merdeka sis. Da masuk usia emas kita merdeka kan? Merdeka! Merdeka!
ReplyDeletebetul tu kan kak
Deletejangan gadaikan kemerdekaan yang telah kita kecapi ni
Salam kemerdekaan ke-57..semoga negara kita sentiasa aman dan makmur..=D
ReplyDeletesalam kemerdekaan farah
Deleteye, sememangnya itulah harapan kita semua
Merdekaaa...!! :D Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 sis... :D
ReplyDeletesalam kemerdekaan untuk idah juga =)
DeleteSalam kemerdekaan...
ReplyDeletesalam kemerdekaan cikgu maria
DeleteSalam kemerdekaan ke 57!...semoga negara ini kekal aman, selamat dan terus melangkah maju!
ReplyDeletesalam kemerdekaan BM
Deleteye, kita semua mengharapkan sedemikian =)
Dah terlambat tapi tetap nak komen juga!
ReplyDeleteSaya sayang Malaysia, tanahairku tercinta. Tak dapat dibayangkan kalau tercampak menjadi warga negara yang berantakan ataupun dilanda kemiskinan selamanya. Indah sebenarnya jadi rakyat Malaysia ni. Walaupun tak pernah mengerti lebih jelas apa erti peperangan, tetap juga kuhargai kemerdekaan yang dikecapi.
wah, hebatnya dia berpujangga. tepuk sikit!
Deletesuka baca komen ni
patriotik betuk MD ni
amboiiii bukan main lagi sambil memblog pakej menyanyi sekali hehe
ReplyDeletepakej katanya...hehe
DeleteMERDEKA!!!!...baru boleh tinggalkan jejak di sini..
ReplyDeletesalam merdeka kak JM
Deleteglad akak dapat singgah