Blog Peribadi Juga Boleh Berjaya (^_^)

3:57:00 pm Yana Yani 40 Comments

Satu ketika dulu aku pernah persoalkan sama ada blog peribadi boleh berjaya dan mempunyai trafik bulanan yang cukup tinggi seperti blog yang mempunyai niche berbeza.

Hakikatnya, boleh! Ya, kita sebagai blogger yang memilih untuk menggunakan niche blog peribadi juga mampu mengecapi kejayaan dalam bidang ini.

Ada banyak contoh blogger blog peribadi yang berjaya dalam bidang ni sehingga dikejar oleh pelbagai syarikat ternama hanya disebabkan nama mereka yang gah dalam dunia blogger.

Contoh paling mudah adalah Ben Ashaari! Paling terbaru, dia diberi peluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kapal terbang jenis Airbus di Perancis bersama beberapa blogger lain.

Liku perjalanan Ben Ashaari dalam bidang blogger ni juga bukan mudah. Tapi yang pasti beliau seorang yang cukup rajin dan hasilnya seperti apa yang kita lihat sekarang.

Disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh beliau dan beberapa blogger lain yang seangkatan dalam dunia populariti blogger, aku juga menyimpan keinginan.

Aku tulis satu entry yang bertanyakan pendapat korang. Alhamdulillah, aku menerima pelbagai responds yang membina berdasarkan pengalaman masing-masing.

Terima kasih untuk semua yang memberikan pendapat.

Komen yang paling berinformasi dan sekaligus akan aku berikan ganjaran adalah dari Vee Sandi. Vee bukan setakat tinggalkan komen di sini, dia juga tinggalkan message di Facebook.


Dia juga menyarankan aku menghubungi saudara Hasrul Hassan. Nama tu acap kali aku dengar sebenarnya terutama apabila melibatkan panduan blogger mengenai SEO.

Cuma tak pernah terlintas untuk menghubungi beliau. Surprisingly, saudara Hasrul memberikan responds yang tak aku sangka.

Dalam entry dia yang bertajuk 10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan sedikit sebanyak membantu aku mempelajari memberapa tips yang aku perlu do's and don'ts.

Antaranya blogger blog peribadi disarankan memperkenalkan diri ke blog peribadi lain, perlu join contest atau giveaway, perkenalkan URL kita kepada orang lain di Facebook dan banyak lagi.

Untuk pembacaan lanjut mengenai tips tu, korang boleh klik pautan di sini. Korang juga boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut cara menaikkan trafik blog.

Kesimpulannya, bukan senang nak jadi senang. Apa sahaja kerja yang dilakukan memerlukan usaha. Termasuk dunia blogger itu sendiri. Tiada jalan mudah atau pintas.

Bukan klik satu button, terus popular! There is no such thing. Memang tak ada shortcut untuk seseorang blogger menaikkan atau maintain trafik blog.

Cuma yang pasti, mana-mana blogger pun boleh berjaya. Pokoknya usaha dan ditambah dengan kesabaran yang biasanya agak mahal untuk diperolehi (^_^)

P/S - Tetiba rasa nak nyanyilah pula, "Kalau aku kaya, hari-hari raya, bil-bil jiran keluarga, aku belanja selamba" (^_^)

40 comments:

  1. Betul bila join giveaway dan segmen, memang terasa peningkatan pageview dan penambahan rakan blogger..bila dah cuba, kita sendiri merasai peningkatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya saya ni agak sukar nak menyertai giveaway atau sebarang segmen
      kekangan masa dan juga line internet yang tenat
      rasanya kena tunggu jadi house wife baru boleh....hehe

      Delete
  2. great sharing. mantap artikel ini. moga maju jaya dalam bidang blogging.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      masih lagi tertatih, insya ALLAH will get there =)

      Delete
  3. Insyallah, mana tau rezeki masa depan.. blog boleh jadi sumber pendapatan.
    Malas jugak ni nk kerja mkn gaji.. ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, aku pun malas nak kerja dengan orang
      dok goyang kaki mengadap blog pun masyuk juga =)

      Delete
  4. Tak mudah nak jadi blogger berjaya... tapi dengan usaha yg bersungguh sungguh, Insya Allah tiada yg mustahil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak, banyak yang perlu ditempuhi
      tapi tak ada yang mustahil kan =)

      Delete
  5. bukan senang nak senang..semua nya bermula dengan usaha..paling penting kena tanya pendapat dan pengalaman orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya sedar akan perinsip tu
      kalau malu bertanya, sesat jalan kan? =)
      insya ALLAH, perlahan-lahan saya bertatih

      Delete
  6. Pekerjaan yg dilakukan dgn bersungguh2 dan ikhlas, pasti akan berjaya. All the best Yana!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk kata-kata semangat tu en khir
      insya ALLAH, tak mustahil angan-angan boleh jadi kenyataan

      Delete
  7. hihi.....saya kurang rajin.......sokuranglah imbuhannya kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ajelah dengan akak pun dik
      insya ALLAH kita semua boleh berjaya

      Delete
  8. terbaik...betul..tapi blog CHK kathy tu susah nak berjaya sebab entri entah apa² ..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh lah kata gitu
      saya tengok ramai aje yang singgah tu
      tak apa, kita pelahan-lahan bertatih dari bawah ye =)

      Delete
  9. buat apapun kena usaha.. usaha lebih dapat lebih.. usaha kurang dapat kurang. macam saya.. saya berblog sebab saya suka sangat menulis. ada jugak pendapatan sampingan.. tp saya tak nak buat sesuatu yang saya suka dengan stress maka saya pilih tak nak terlalu mengejar tapi terus melangkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cik lekit
      saya pun dah bulatkan hati untuk teruskan apa yang saya usahakan
      cuma perlu perbaiki here and there berdasarkan pendapat rakan blogger

      Delete
  10. alamatnya, entri kak yana yg ni pun sy bookmark.. since dah jarang sgt bw skarang, kena bahagi pandai masa antara blog dgn kerja.. huhuhu.. nice tips kak yana.. tenkiu so much. mungkin dpt mmbantu sy yg busy sokmo la ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenar situasi kita lebih kurang serupa
      macam akak ni bekerja , balik kerja nak layan anak dan suami
      so masa untuk blog memang limited
      tapi insya ALLAH akan cuba perbaiki

      Delete
  11. tak sangka pulak jadi glamer sekejap ... ada pembetulan disitu ... perkataan yg diboldkan adalah perkataan yg sama dgn tajuk entry krn di situ keywords yg robot google akan kesan . ini utk pembaca yg mencari di google search . tak perasan lak saya tulis pageviews ... bro HH mmg sgt membantu . dia akan balas mssg x kira di mana dia berada dan apa dia sdg buat ... lagi satu , klu x sempat nak blogwalking , update entry lbh dri satu dlm sehari . blh tgk blog mialiana.com sbg cth ... p/s ; blog saya mcm sepi bkn sbb x de org berkunjung tapi sbb komen yg blm publish . quota dah habis , loading lambat ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, people make mistake vee. tak mengapa
      apapun terima kasih atas setiap pendapat yang diberikan
      kalau bab nak update entry lebih dari sekali dalam satu hari tu, susah sikit
      saya memang hanya mampu buat apa yang saya buat sekarang
      insya ALLAH, saya slow-slow bertatih =)

      Delete
  12. Tak fikir lagi nk pergi jauh... Cuma nk mntapkan seo je... Sbb itu point utk smpaikan ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog niche macam cikgu maria, mungkin tak ada masalah
      orang memang akan sentiasa mencari
      berbanding blog peribadi macam saya

      Delete
  13. Betul tue..bukan senang nk senang kan..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Kita ni dok syok sendiri cerita pasal hal anak-anak dan perkara yang berlaku sehari-hari. Tak tahulah boleh pergi sejauh mana. Tapikan kejayaan tu bukan mustahil. Kalau ada rezeki kita, mana tahu tetiba jadi terkenal tak bertempat. Hahaha...

    Apa pun, good luck lah Yana. Mana tahu kalau boleh menjana income dari blog, leh duduk rumah goyang kaki jek. Takdalah stress bangatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ben ashaari tu pun cite pasal anak-anak dia aje
      income banyak dia tu wei MD
      dalam dunia ni, mana ada yang mustahil
      pokoknya usaha aje...hehe

      saya memang bercita-cita duduk rumah aje! hehe

      Delete
  15. Wah....... penuh wawasan nampaknya impian awak tu YY....apa pun okje doakan moga tercapai hasrat terpendam tu...Sok kalau dah kaya jgn lupa belanja mak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup memang kena ada wawasan OKje...hehe
      terima kasih ler ye sebab selalu dok support saya
      mesti punya...nanti saya roger2 ye =)

      Delete
  16. Usaha tangga kejayaan insyaallah... apa pun istiqomah dengan apa yg kita lakukan... :)

    ReplyDelete
  17. Bukan senang nak senang dan bukan senang nak popular...apapun kena usaha lebih dan istiqomah...

    Tahniahlah Yana atas pencapaian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih belum boleh menandingi bunda
      terima kasih bunda ye untuk peringatan tu

      Delete
  18. akak ni menulis di blog utk suka2 tp utk blog yg lama tu dah cash out juga satu cek nuffnang walapon jumlahnya takde la byk mana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun asalnya gitu juga
      sebab dok fikir nak bagi kenangan tu anak-anak
      manalah tahu kot umur tak panjang kan
      at least adalah peninggalan =)
      cuma lepas tu dok fikir, kenapa orang lain boleh, saya tak boleh
      tu yang nak cuba tu =)
      saya belum pernah merasa sekali pun

      Delete
  19. betul tu mama..
    pa pe pon usaha tangga kejayaan..
    salam kenal dri saya
    maap lambat balas jejak bru habis pantang.
    sibuk balas jejak yg blom hbs hbs lgi. huhhu
    thanks singgah blog saya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan, usaha tu tangga kejayaan =)
      salam kenal QR =)
      tak mengapa, saya pun kadang tak sempat nak membalas jejak =)
      terima kasih juga singgah ke sini ye

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...