Syawal 1435H: Perjumpaan Keluarga di Kuala Lipis (^_^)
Hari ni kita dah memasuki 20 Syawal 1435H, tapi aku masih lagi nak bercerita pasal sambutan raya me and my family. Lantak ler, aku nak cerita juga! Hehe!Kali ni lebih nak cerita pasal perjumpaan keluarga sebelah Mak aku di Kuala Lipis, Pahang. Kali pertama aku dan Encik suami join perjumpaan ni.
Lagipun tiap kali perjumpaan keluarga adalah turn Encik suami beraya di kampung dia. So memang tak pernah dapat pergi. Ini kalilah, kami dapat join! (^_^)
-------------------------------------
Kami bertolak dari rumah sejak awal pagi, nak kejarkan perjumpaan tu yang dijadualkan sekitar lepas Zohor. Mujur juga masa kami bergerak balik ke Kuala Lipis dah raya ketiga.
So jalan memang clean and clear! Tapi malangnya ada perkara yang tak diingini berlaku yang menyebabkan kami terpaksa berhenti banyak kali.
Mak dan yang lelain dah berada di kampung sejak raya kedua. Yang tak ada hanya Angah dan Nuar yang terpaksa berkerja walaupun masing-masing masih lagi dalam mood raya. Kesian.
Masa kami sampai majlis dah hampir ke penutup. Sampai aje kami terus cari nasi. Lagilah bila nampak gulai kawah yang buat nafsu makan menggila. Tak toleh kiri kanan dah time makan (^_^)
Untuk makluman, perjumpaan keluarga di antara keturunan Almarhum Imam Awang Ngah bin Manan dan Armarhumah Itam binti Pokcik ni diadakan setiap dua tahun sekali.
Ianya bagi mengeratkan hubungan silaturrahim keturunan kedua mereka yang berada di seluruh pelusuk Malaysia. Sesekali berjumpa memang seronok!
Kalau korang nak tahu juga, aku adalah cicit pertama yang berkahwin. Afif dan Aisy pula piut pertama dalam keturunan keluarga Almarhum Imam Awang Ngah dan Armarhumah Itam.
Dekat bawah ni pula adalah sebahagian adik-beradik arwah Nenek yang sempat aku snap.
Dekat bawah ni pula gambar Afif, Mak Long, Mak, Dayah dan Khaira. Annor dengan Syafie pun ada dekat situ. Masa ni diorang bukan berbaris untuk dapatkan duit raya.
Tapi diorang berbaris untuk bersalam dengan semua ahli keluarga yang ada. Maklumlah bukan selalu dapat peluang untuk berjumpa macam ni kan.
Ni pula adalah sebahagian gambar yang aku sempat snap selepas majlis berakhir. Bawah ni ada Annor, Abah, Encik suami, Aisy, Syafie dan Afif.
Bawah ni pula yang kiri sekali tu sepupu Mak yang aku lupa nama dia. Hehe! Tapi dia ada kanser darah. Kesian dekat dia. Dalam majlis ni juga ada buat collection untuk meringankan beban dia.
Lepas tu Dayah, Khaira, Mak, Ateh Wah dan sepupu aku, Hani. Hani ni bakal doktor gigi tau. Tumpang bangga juga ada sepupu berjaya camtu.
Yang bawah ni start dari kiri tu sepupu aku juga, anak-anak Mak Long. Yang kiri sekali tu aku lupa sape nama dia. Tapi confirm sepupu aku. Hehe!
Lepas tu yang sebelah tu kakak dan abang dia. Syuhada a.k.a Ada dan Hanif. Sebelah diorang pula Encik suami, Syafie, Afif, Dayah dan Khaira.
Yang dekat bawah ni pula adik-adik ipar Mak, kiranya pangkat makcik lah dengan aku. Tapi pada Afif dan Aisy, Nenek dan diorang ni. Hehe!
Sebelah kiri tu Mak Ucu dan yang sebelah kanan tu Mak Itam. Mak aku duduk tengah-tengah tu.
Yang dekat bawah ni pula start dari kiri tu semua sepupu aku. Tapi umur diorang berdua cuma tua setahun aje dari Afif. Muda lagi dah kena panggil pakcik. Hehe!
Dari kiri tu Adib, anak bongsu Mak Long. lepas tu Iman, anak bongsu Ateh Wah. Yang sebelah diorang tu kalau korang tak kenal juga, tak tahu lah aku nak kata apa (^_^)
Lepas tu kami sekeluarga pun tak mahu lepaskan peluang untuk berposing. Kami sekeluarga ni memang hantu posing, pantang nampak kamera. Hehe!
Bawah ni aku dengan jelitawan dalam keluarga aku. Anis aje yang entah kemana menghilang. Planned nak bergambar juga dengan semua ahli keluarga yang lain.
Tapi dah ramai-ramai ni, kesemua mereka gagal dikesan.
Ni pula gambar closeup si Nur Khaira Mardhiah. Ni juga gambar terakhir yang aku snap dekat majlis tu. Lepas tu kami berangkat ke rumah Pak Ucu, nak tumpang berehat.
Lagipun Khaira dah nyanyi lagu rock time tu.
Masa aku dan Encik suami berehat, kecoh bebudak ni cerita yang Afif dapat ambil durian yang baru gugur. Risau juga takut dia dekat sangat dengan pokok durian tu.
Tengoklah muka Afif tu, bukan main bangga lagi dapat ambil durian. Tapi dia tak suka makan durian, macam aku. Dia kata durian masam. Hehe!
Yang hantu durian, Aisy. Sikit punya banyak dia makan time dekat kampung. Dia sama macam Papa dia yang kalau sebakul durian dihidangkan pun dia mampu habiskan.
Itu ajelah bebelan aku untuk kali ni. Lain kali aku sambung cerita pasal hari kedua kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang!
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
serba merah ye.. berkumpul ramai2 camni dah macam kenduri besar jadinya..
ReplyDeletemerah tu memang warna tema tahun ni
Deletetapi bila balik sana tak sangka diorang pun merah
hehe...tapi serius seronok =)
seronok, mesti meriah dengan cerita sana sini..
ReplyDeletehehe...memang mama
Deletekan jarang berjumpa, so bila jumpa memang ada
macam-macam cerita
meriah tuh. ..bila fmly bsar bkmpul
ReplyDeletehehe...memang meriah
DeleteBestnya berkumpul ramai-ramai. Kalau tanya saya pun part sepupu sepapat je yang saya kenal. Yang jauh-jauh, yang bau-bau bacang, bau durian memang dah tak kenal.
ReplyDeleteBest Aisy, boleh geng dengan Aunty. Aunty pun loveee durian. Bagi dua bakul pun takpa, memang tak tolak punya :)
hehe...sep sikit
Deletesamalah kita, tapi rupa cam juga
nama aje masalah sikit nak ingat
memang boleh geng sangat, sebab dia memang hantu durian =)
Merahnya mak ngah..
ReplyDeleteni bukan mak ngah, mak long...hehe
DeleteAduhai bestnyer kumpul ramai². Meriah sangat²..
ReplyDeletememang best kak
Deletelagipun bukan selalu jumpa kan
tu yang buat ianya jadi lagi meriah
Alhamdulillah.. perjumpaan keluarga ni mmg pasti dpt merapatkan hubungan kekeluargaan dgn lebih akrab. Pasti meriah & menjadi kenangan manis kpd semua ahli keluarga.. :)
ReplyDeletebetullah tu en khir
Deletelagipun bukan selalu kan dapat jumpa
dah ada banyak generasi tu, memang seronok
wah bestnya ada keluarga besar mcmni.. setahun sekali dapat berkumpul mcmni memang meriah la suasananya kan..=D
ReplyDeletehehe...memang best sungguh farah
Deletelagilah jarang dapat jumpa
tu yang tambah seronok
speechless sbb meriah sgt..suka kelaurga besar begini dapat berkumpul bersana...tapi akak belum dapat rasai suasana begini sbb masih bujang huhuhuh sob sob sob
ReplyDeletehehe...insya ALLAH adalah jodohnya nanti JM
Deletetaoi sememang best bila berkeluarga