Syawal 1435H: Makan Aje! (^_^)
Hari ni aku nak sambung lagi cerita pasal raya. Muntah hijau lah korang baca cerita aku ni. Banyak lagi benda nak cerita ni. Hehe!Tanpa melengahkan masa, meh kita mulakan!
------------------------------------------
Perancangan asal hari kedua kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang ni cadangnya nak ke semua rumah pakcik dan makcik Mak yang ada di sini.
Tapi rancangan hanya tinggal rancangan bila masing-masing mengalami diarrhea. Ni mesti pasal masing-masing makan tak ingat dunia bila dapat jumpa gulai kawah semalamnya. Hehe!
Dah petang sikit baru kami berjalan ke rumah Ayah De, adik Mak yang nombor tiga. Itupun dia yang beria menjemput kami singgah sebab dia ada masak-masak sikit.
Di sinilah bermulanya episod makan aje kerja kami. Padahal kami hanya pergi tiga rumah aje. Tapi menu yang tuan rumah hidangkan memang marvelous! Hehe!
Paling pantang jumpa makanan adalah anak dara aku, Aisy. Tu tanda dia sihat. Kalau dia tak sihat, satu jenis makanan pun dia tak mahu sentuh.
Afif pula agak selective bab apa yang masuk ke mulut dia. Tapi dia tak akan tolak satay. Dia paling suka makan satay. Dia boleh makan berpuluh cucuk sekali hadap.
Dalam banyak-banyak menu yang tuan rumah hidangkan, paling menarik perhatian adalah pelbagai jenis buah-buahan antaranya rambutan, kundang dan salak. Memang terbaik!
Tapi time makan tu beringat juga, takut mengalami episod berebut tandas lagi. Hehe!
Lepas masing-masing dah kekenyangan, kami bergerak ke rumah Mak Long a.k.a kakak Mak. Sebelum tu sempat juga berposing dengan sepupu-sepupu cilik kami.
Time dekat rumah Mak Long, kami dihidangkan dengan buah-buahan lagi. Tapi time ni dah slow makan sebab satay tadi belum habis digest. Hehe!
Sambil tu posing dulu dengan Mak aku.
Si Annor pula time kami nak ke rumah terakhir, sempat lagi posing ala-ala Victoria Beckham. Hehe! Cermin mata Abang Long a.k.a suami aku juga dia bedal.
Time dalam perjalanan tu, jumpa pula pokok buah mata kucing a.k.a longan. Apa lagi masing-masing bertapa kejab bawah pokok tu. Rasa kelakar bila teringat moment tu.
Sorang goyang pokok, yang lelain berkejaran cari buah mata kucing yang jatuh. Kelakar. Hehe!
Sebelum nak bergerak ke rumah Ateh Wah iaitu adik Mak juga, kami posing lagi. Biasalah kan, memang hobi kami posing depan kamera. Hehe!
Rumah Ateh Wah ni adalah Rumah Mesra Rakyat yang baru aje siap beberapa bulan yang lalu. So dikesempatan ni, Ateh kumpulkan semua adik-beradik buat bacaan doa selamat.
Anak dara aku pula, orang lain baca doa dia jadi ibu keladi. Duduk tengah orang ramai-ramai, dia rasa macam pelik tengok orang berdoa agaknya.
Masa yang di tunggu adalah makanan dihidangkan! Paling best menu hari tu adalah patin masak tempoyak dan petai jeruk! Memang bertambah aku makan walau sebenarnya dah kenyang.
Menu lain dah tak pandang. Hehe!
Anak dara aku, si Aisy suka makan benda berkuah especially sup. So bila dia jumpa soto, memang berselera aje dia makan. Pula tu nak suap sendiri, eksyen!
Bila dah kekenyangan tu, konon nak selfie manja-manja dengan Encik suami di bawah rimbunan pohon rambutan. Tapi dia boleh buat muka gitu, sabar ajelah!
So itu ajelah cerita tentang hari kami kedua di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang pada raya kali ni. Besoknya pula adalah hari terakhir kami di sini.
Kami dah plan misi terbaik punya! Semuanya dah diatur, hanya menanti harinya. Apa misinya? Kenalah tunggu, akan aku ceritakan nanti.
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
seronoknya dapat beraya sampai ke kuala lipis tu, meriah betul raya... hihi
ReplyDeletehehe...saudara dekat sana
Deletememang ke sanalah destinasinya
tapi memang meriah bila sesekali berjumpa camni =)
Meriah suasana raya ya! Nilah baru best raya. Cam kita satu famili ni gi raya kat Nilai 3lah, gi shopping mall, gi ukur jalan kot ada tanah nak runtuh, meriah tu kurang sikitlah. Hahaha!
ReplyDeleteTahun ni raya tak rasa macam raya sangat. Jadi takdalah kami sakan beraya. Begitu juga dengan team raya tahun lepas. Kurang pulak berjalan tahun ni....
Hehehe....tak payah nak komen. Dah tahu keluarga bahagia suka berposingkan... Raya masa musim buah ni memang buahlah yang dapat tempat. Kuih raya tolak tepi :)
hehe...pergi ukur jalan? ok juga tu, bukan semua orang buat...hehe
Deleteraya saya memang cam gini lah,
nampak seronok mungkin sebab semua benda saya nak ambil gambar
raya tahun ni saya pun kurang berjalan sebenarnya
hehe...hantu posing kami ni!
bukan apa mummy, kat bandar semua buah=buah tu kena beli
tu berat nak makan
tapi sebab dekat sana free, dia jadi sedap nak makan =)
Meriah betul raya... Btul2 raya...
ReplyDeletehehe...memang betul-betul raya ni =)
DeleteKebetulan pula raya ni time musim buah kn sis? Feveret kathy rambutan la..
ReplyDeletetulah pasalnya kak
Deleteeh sama la kita kak, sep sikit
saya pun suka makan rambutan =)
Dah namanya hari raya...memang makan aje la ye... :) Tahun ni memang best sebab raya pada musim buah, memang kebanyakan rumah akan hidang buah2an tempatan ni.
ReplyDeletehehe..hari lain pun makan BM
Deletetapi hari raya aje yang makan lebih =)
kat kampunglah yang biasanya hidang buah tu
mana idak nyer, buah tu ada sebelah rumah aje =)
Sakan jugak awak beraya ye YY...Yang bestnya dah tentulah bab makan hehe....
ReplyDeleteTengok Afif makan satay teringinlah pulak nak makan satay.....lama tak pekena ni....
Soto tu bukan faveret Aisy jer...Okje pun suka tu hehe tambah ada bergedil! pergh!
memang sakan okje! sampai naik badan syok sangat makan!
DeleteSedaplah tengok sate tu... mintak sikit hehee. Hari raya ni mmg meriah klu dpt berjumpa & makan2 raya.. kdg2 dah tak telarat makan tp bila balik menyesal pulak napalah tak makan bnyk2 hehee.. :D
ReplyDeletedah selamat dalam perut lah en khir =)
Deletetapi kalau saya kan time raya ni lah
yang makannyer berlebih
tiap rumah yang hidang makanan tu saya bedal
tu badan membesar aje tu...hehe
nih betul betul makan nih...menambah lemak nih...saya kalo gi mana mana msti perut pnuh mcm.mne pun xkn tolak satay
ReplyDeletehehe...tu memang dah pasti mimi
Deletemembesarkan badan yang memang sedia besar...hehe
satay kan sedap, sape yang boleh tolak =)
Meriah betul.. Afif 'sep' sikit aunty pun hantu satay jugak..=D
ReplyDeletehehe...saya tolong sep kan! =)
Deletemeriah betul raya tahun ni yana..maybe sbb syawal pada musim buah kan..ada buah ada kuih rasa ..bestnya..terigin nk kawin dgn org ada dusun..bolh? hiksss
ReplyDeletesamalah kita, saya pun suka makan buahan tempatan ni
Deletehehe...insya ALLAH adalah jodohnya nanti