Kerana Biskut Tat Nenek (^_^)
Sebelum ni dah cerita pasal Afif, hari ni pasal Aisy pula!Aisy baru-baru ni kena ulser, hampir keseluruhan mulut dia ada ulser. Kita yang dah tua, kena satu pun dah tak larat kan. Ni kan bukan kecik yang bukan takat kena satu aje. Banyak wei!
Aku dah bawa dia pergi klinik, beli ubat. Tapi tak baik-baik juga ulser dia. Semua petua aku cuba semata-mata nak bagi dia sembuh. Ada orang kata sapu planta, sapu sardin and bagi air bali.
Tapi still the same. Aisy masih lagi tak sembuh. Air liur asyik meleleh aje. Kesian tengok dia.
Nak dijadikan cerita, anak-anak aku cukup suka makan biskut tat yang Mak Mentua aku buat. Kalau dah jumpa biskut tu, memang tak akan sentuh makanan lain.
Aku pernah cerita sebelum ni dekat, Penangan Biskut Tat Nenek.
Walaupun Aisy kena ulser penuh satu mulut, dia tetap nak makan biskut buatan air tangan Nenek dia walau aku dah melarang. Aku tahu memang akan pedih punya kalau dia makan biskut tat tu.
Tapi dia nak juga!
Aku yang tengok pun rasa ngeri bila dia masukkan biskut tu dalam mulut dia. Yelah kita mak kan. Sakit rasa hati bila tengok anak sihat. Kalau boleh transfer, dah transfer kesakitan tu.
Perlahan aje dia suap biskut tu ke mulut dia. Bila terasa pedih, dia berhenti kejab makan sambil menunjuk ke arah bahagian yang sakit.
Start merengek dah.
Lepas tu mulalah dia meraung. Hancur hati dok tengok anak gitu. Aku pun pujuk sambil kata, "Dah ye, kita makan lain kali"
Dengan tangisan yang masih belum reda tu dia jawab, "Adik nakk!"
Sebab kesian, aku bagi jugalah biskut tu dekat dia.
Dia menangis pun kejab aje. Mungkin perasaan teringin makan biskut buatan tangan Nenek dia tu buat dia tolak ketepi kesakitan yang dia alami.
Hilang rasa pedih, dia makan lagi macam tak ada apa yang berlaku. Jerit tangis dia akan berulang sehingga habis dia makan biskut tat tu.
Tapi sekarang Aisy dah okay sebab ikut petua Bin Muhammad. Dia syorkan makan aiskrim vanilla untuk mengubati ulser. Alhamdulillah, Aisy dah pulih.
Lepas ni kalau Aisy kena ulser lagi, memang aku sumbat aiskrim vanilla ajelah jawabnya! Hehe!
Sekarang ni biskut tat dekat rumah ni dah habis dimakan Afif dan Aisy. Ni nampak gayanya Mama diorang kena juga belajar cara buat biskut tat (^_^)
Tapi tahulah kurun ke berapa baru Mama diorang pandai buat biskut tat. Hehe!
----------------------------
Hari Selasa malam dalam minggu ni, Aisy jatuh katil. Habis pecah bibir dia. Darah usah cakaplah, banyak! Panik aku tengok darah gitu punya banyak.
Gigi dia pun bergoyang sikit dan ada kemungkinan akan kena pakai braces besar nanti. Nanti aku cerita in details pasal kecederaan yang dia alami tu.
Dia ligat mengalahkan Abang dia. Aku jadi risau dengan sifat dia yang seem tak takut bahaya. Ke sebab nama Aisy tu yang dia ligat? Namakan membentuk peribadi.
Nama Aisy tu aku sendiri yang teringin bagi sebab ianya singkatan nama manja Aisyah RA yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk memanggil Aisyah.
Seriously aku sebagai Mama dia ni risau, bukan first time dia jatuh luka camtu.
eee..kita yg tua ni dgr pun dah gerun.. kalau kena ulser, memang hilng nikmat makan. ma kita selalu kena.. kalau deman sikit, mesti kena ulser..dia mcam darah panas..mudah kena ulser terutama kalau taking medicine..
ReplyDeleteselera dah tu boleh makan tart..dah baik sangat, jenis tahan sakit ni Aisy ni..
aisy ni dah dua kali kena ulser
Deleteada orang kata panas dalam, kesian kat dia
tapi memang betul tau
dia memang tahan sakit
Ianya bukan sekadar petua, Vanilla sememangnya terbukti secara saintifik sebagai pengubat sakit ulser dalam mulut atau tekak. Lagipun ianya tidak menyakitkan dan sedap pula...sesuai utk kanak dan orang dewasa,,,haha!
ReplyDeleteAnak buah saya pun namanya Aisy... Aisy Auni. Tengah jd trend nama Aisy sekarang ni... Kuih tat masih banyak dijual lagi, beli ajer la...hehe
saya tak tahu pula bab terbukti secara saintifik tu...hehe
Deleteapapun terima kasih sebab berkongsi ilmu
sedap nama anak saudari BM tu
trend ye, hehe...tak tahulah pula
nak beli tu yang buat pikir berpuluh kali
lagipun hak yang nenek diorang buat aje, diorang makan
Alahai aisy..kesian sangat². Wah..bagus betul petua BM tu..
ReplyDeletedah okay sekarang dah
Deletealhamdulillah
cuba next time akak try ye
sakit tu.. kesian tengok.. nak makan susah... betul lah tu, bagikan aiskerim, mama tercekik tulang hari tu, lepas tulang tu lenyap, tinggal bengkak.. sakit jugak, mama makan aiskerim lah, baru lega..
ReplyDeletetulah mama, pedihkan kalau makan
Deletetapi alhamdulillah dah okay sekarang
semoga bermanfaat =)
ReplyDeleteooOooo vanila yer ubat mujarab tu.... dulu2 idah selalu gak kena ulser nie tapi sekarang dah jarang dah... kalau kena tak taruk apa2 pun... dia baik sendiri jer... tapi lama jugak laa... kesian aisy...
ReplyDeletesaya pun baru tahu...hehe
Deletekesian dak Aisy yg comei nih..sakit mulut iye..mmg x selesa lah time mkn..mesti tart nenas nenek tu sedap...
ReplyDeletepasal sedap sangatlah sakit pun sanggup makan JM =)
Deletealhamdulillahd ia dah okay sekarang
petua berguna tu..saya tetiba kena ulser jugak ni..hihihi..aiskrim vanila sedap..
ReplyDeleteboleh cuba mar
Deleteaisy lepas makan beberapa kali, sembuh =)
Alhamdulillah... Mmg doktor pun sarankan aiskrim vanilla..
ReplyDeletesaya tak pernah dengar
Deletebiasa diorang suruh makan benda sejuk aje =)
Kesianlah.. seka sgt makan tu tp kesian sbb menahan sakit pulak... Alhamdulillah.. dah pulih.. :) :)
ReplyDeletetulah en khir
Deletedia bersungguh nak makan juga
kesian dok menengok dia tahan sakit
tapi alhamdulillah sihat dah
Ala ciannya.. suka punya pasal sanggup menahan sakit tue.. huhuhu
ReplyDeletetulah dia budak aisyah
Deletesakit pun dia nak juga
mesti sedap jiddan tart nenek tu sampai Aisyah makan tak henti walaupun sakit....
ReplyDeleteNampaknya awak mmg wajib belajar YY ...pas tu pos kat OKje hehe
memang sdap sangat okje, ramai yang rasa cakap gitu
Deletesaya ni boleh aje nak buat
tapi rasa tak sama ler, sebab air tangan kan...hehe
alasan!
kerana biskut tat nenek,aisy sgup ketepikan skit die..
ReplyDeletetulah, sedap sangat pada dia agaknya
Delete